You are on page 1of 6

ELEKTRONIK TAHUN 5

KOMPONEN ELEKTRONIK 1. Setiap komponen elektronik yang digunakan dalam menghasilkan projek litar elektronik mempunyai nama dan fungsinya. Mari kita mengenali komponen elektronik di bawah. a) Diod Pemancar Cahaya (LED)

i) Komponen ini berfungsi untuk membenarkan arus elektrik mengalir sehala dan memancarkan isyarat cahaya. ii) LED mempunyai dua kaki iaitu anad berpunca positif dan katod berpunca negatif. iii)LED boleh didapati dalam pelbagai warna. iv) LED perlu disambung mengikut punca yang betul untuk membolehkan ianya mengeluarkan isyarat cahaya. v) Voltan melebih 3 volt boleh menyebabkan LED rosak. b) Perintang Tetap

i) Perintang tetap ini berfungsi untuk mengawal arus elektrik mengikut nilai rintangan. Nilai rintangannya tidak boleh diubah. ii) Pada badan perintang terdapat jalur warna. Jalur warna ini mewakili nilai rintangan perintang tersebut.

iii) Semakin tinggi nilai rintang, semakin sedit arus yang dapat mengalir sementara semakin rendah nilai rintangannya, semakin banyak arus boleh mengalir. c) Perintang Boleh Laras

i) Berfungsi untuk mengawal arus dan nilai rintangannya boleh diubah. ii) Nilai rintangan perintang boleh diubah dengan menggunakan tombol pelaras. iii)Perintang ini banyak digunakan dalam peralatan seperti radio, televisyen,kipas, dan komputer yang bertujuan untuk menguatkan atau memperlahankan suara, kecerahan, kelajuan dan warna. d) Buzer

i) Buzer digunakan sebagai penggera kerana menghasilkan bunyi apabila dibekalkan arus elektrik. ii) Ada dua jenis buzer iaitu buzer piezo dan buzer elektromagnet. iii) Buzer mesti disambung mengikut punca yang betul untuk membolehkan ianya berfungsi. iv) Warna merah mewakili punca + dan warna hitam mewakili punca -

Pengenalan

Download

Dalam kehidupan seharian, manusia menggunakan banyak peralatan elektrik. Peralatan tersebut membantu manusia melakukan sesuatu kerja dengan lebih mudah. Terdapat peralatan yang mengandungi komponen elektrik dan komponen elektronik. Antara peralatan yang mengandungi komponen elektronik adalah seperti di bawah.

Penggunaan peralatan elektronik yang banyak bermakna meningkatnya penggunaan tenaga elektrik. Kita harus tahu bahawa sumber utama tenaga elektrik adalah daripada bahan fosil, iaitu gas asli, petroleum dan arang batu. Bahan ini akan pupus jika digunakan berterusan tanpa henti. Oleh itu, kita harus memikirkan penggunaan sumber lain yang ada di sekitar kita sebagai alternatif sumber yang berikut : Tenaga suria - boleh menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik dengan menggunakan sel suria.

Tenaga ombak - menyebabkan pergerakan relatif pada mesin kuasa ombak dan bertukar kepada tenaga elektrik. Tenaga biojisim - Bahan api biojisim dan biogas yang mengandungi tenaga kimia terhasil daripada tumbuhan, tanaman, haiwan reput dan najis haiwan. Tenaga kimia tersebut dapat menghasilkan tenaga haba. Tenaga geoterma - tenaga haba yang terhasil melalui proses ini dapat ditukar kepada tenaga elektrik. Tenaga hidro - tenaga yang kita hasilkan melalui pergerakan air. Kita menggunakan tenaga ini untuk menghasilkan elektrik.

Nama fungsi dan simbol komponen elektronik


Kita akan mempelajari komponen elektronik, iaitu diod pemancar cahaya (LED), perintang tetap, perintang boleh laras dan buzer. Setiap komponen mempunyai nama, simbol dan fungsinya. Mari kita mengenal komponen elektronik di bawah.

Diod Pemancar Cahaya (LED)

LED boleh didapati dalam pelbagai warna. LED mempunyai dua kaki, iaitu kaki anod dan kaki katod. Kaki anod (+) hendaklah disambung pada punca positif. Kaki katod (-) pula hendaklah disambung pada punca negatif. LED tidak akan menyala jika disambung pada punca yang salah.

Perintang Tetap

Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang tidak boleh diubah. Pada badan perintang tetap terdapat jalur warna. Jalur warna menerangkan nilai rintangan.

Perintang boleh laras Perintang boleh laras ialah sejenis perintang yang mempunyai nilai rintangan yang boleh diubah. Nilai rintangan perintang boleh laras boleh diubah dengan memutarkan tombol pelaras. Nilai rintangan maksimum sesuatu perintang boleh laras dilabelkan pada bahagian bawah badannya.

Buzer

Buzer digunakan sebagai penggera kerana menghasilkan bunyi apabila dibekalkan arus elektrik. Buzer boleh didapati pada penggera seperti jam loceng atau loceng rumah.

Membaca dan memahami litar skematik


Litar elektronik mengandungi beberapa komponen elektronik. Litar ini dibina berdasarkan lukisan skematik dan lukisan bergambar. Lukisan skematik menunjukkan penyambungan komponen elektronik dalam bentuk simbol. Maklumat dalam lukisan skematik membantu pengguna memilih komponen elektronik yang betul semasa kerja-kerja pemasangan. Lukisan bergambar pula merupakan terjemahan lukisan skematik dalam bentuk gambar komponen.

Langkah-langkah membaca dan memahami lukisan skematik : 1. Kenal Pasti jenis dan nama komponen yang terlibat berpandukan simbol yang terdapat dalam lukisan skematik. 2. Kenal pasti nilai komponen yang digunakan. 3. Kenal pasti cara komponen disambung dengan komponen lain dalam litar. 4. Tentukan kekutuban setiap komponen yang berkutub. 5. Semak lukisan bergambar dengan lukisan skematik. 6. Pastikan setiap sambungan dalam lukisan bergambar sama dengan lukisan skematik.

You might also like