You are on page 1of 4

RESEPI KUIH DONAT Ini resepinya (30-35 biji) : 1kilo tepung gandum 1 paket yis Mauripan 1 1/2 mug

air suam 1 sudu kecil gula 5 sudu besar planta/majerin 1 sudu besar kentang lecek 2 sudu besar susu tepung gula halus / icing Cara-cara: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Bancuh yis dengan air suam dan gula. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang Gaul tepung, susu tepung dan planta hingga berderai (ala-ala breadcrumb) Masukkan bancuhan yis Uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekit pada tangan. Teruskan menguli sehingga tidak melekit lagi. Biar doh naik sebentar baru canai untuk diterap pada acuan donat Biar donat naik lagi baru digoreng Bila warna dah kekuningan, angkat dan toskan minyak Gaul dengan gula atau tuang coklat..

Oleh kerana saya tiada susu tepung, saya gantikan dengan susu pekat pun ok juga

Bahan-bahan untuk masak kuih donat: Tepung gandum-1/2 kilo Mauripan -1 peket kecil Air suam- jgn panas sgt. lebihkan air sejuk dari air panas Gula Garam Telur-1 biji Planta-sedikit utk menguli. Minyak utk mengoreng donat Cara-cara: 1. Ambil air suam( 1/2 gelas) + mauripan. kacau. asingkan. 2. Masukkan tepung sedikit dulu+ telur+ gula(3 sudu besar) kemudian masukkan air yg bercampur mauripan tadi. kacau dgn tangan dan pastikan gula tadi larut.

kemudian masukkan tepung sedikit2 hingga adunan tadi lembut.Langkah ini penting bagi memastikan kuih donat kini lembut dan gebu. 3. Uli dgn planta sedikit2. biar ianya jadi lembut sgt. Biarkan dlm 2 jam. 4. Lepas 2-3 jam. Ambil acuan donat dan acukan atas dulang besar. panaskan minyak. kisar gula tadi jadi halus. 5. Goreng donat sehingga perang dan kuning. kemudian angkat, toskan minyak dan salutkan dengan gula halus tadi.. Selamat mencuba dengan resepi kuih donat.

seperti yang dijanjikan ni RESEPI nya.. * untuk adunan doh 4 cawan tepung gandum, 1 pek yis (jenama MAURIPAN, korang pakai jenama lain gerenti tak tembam) 2 sudu susu krimer pekat manis 1 senduk marjerin ( campur 2 sudu butter, petua untuk doughnut lebih gebu dan lembut) 1 biji telur 4 sudu besar gula pasir 2 cawan air suam (untuk larutkan gula & yis) *cara adun 1. sebelum membuat doh, larutkan gula dan yis dalam air suam (biarkan yis naik, sementara yis naik bolehla adun bahan2 dalam langkah 2) 2. masukkan semua dalam 1 bekas(tepung gandum, telur, majerin & susu) gaul hingga sebati 3. masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit hingga menjadi doh 4. uli doh hingga lembut 5. taburkan tepung gandum di atas dulang (utk elakkan donut dari melekat) 6. bentukkan donut ikut saiz yang anda mahu 7. apabila donut yang anda bentuk tadi dah naik, bolehla digoreng (guna api yang sederhana) 8. goreng hingga warnanya keemasan 9. biarkan hingga sejuk dulu donut yang dah digoreng, kemudian bolehla disalut dengan gula icing ( nak save blender je gula pasir) OK, SELAMAT MENCUBA...dan pastikan donut anda GEBU, SEDAP dan TEMBAM!!

Bahan-bahan: Utk ikan: 1 ekor Ikan Siakap Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan Serbuk Pasti Sedap Knoor Minyak untuk menggoreng ikan Utk kuah: 1 biji bawang besar - potong dadu 3 biji bawang putih - diketuk 10 biji cili padi - potong kecik-kecik 1 inci halia - dihiris kecik 1 biji tomato - potong dadu Segenggam nenas - yang dipotong dadu 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos ikan Garam secukup rasa Ajinomoto secukup rasa Gula secukup rasa Minyak untuk menumis Cara membuatnya: Ikan dibersihkan dan ditoskan Lumurkan ikan dengan Serbuk pasti sedap knoor.Pastikan semua bahagian di lumur rata Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur ke dua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali Pastikan minyak betul-betul panas barulah di masukkan ikan tadi Goreng terendam ikan tersebut Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan Panaskan minyak dalam kuali yang lain Tumiskan cili padi, halia dan bawang putih Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan Kacau sebentar Masukkan bawang besar, tomato dan nenas Masukkan air sedikit Tambahkan garam, gula dan ajinomoto Biarkan kuah mereneh seketika Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi

dxdRESEPI IKAN MASAK STIM

BAHAN BAHAN

1 ekor ikan siakap ( siang bagi bersih ) 2 batang serai (diketuk) 1/2 inci halia (diketuk) 1/2 inci lengkuas (diketuk) 3 ulas bwg putih (diketuk) 5-7 biji cili api (diketuk) 1 sb sos tiram 1/2 sb sos ikan 4 sb jus limau campur (limau nipis + limau kasturi) 4 sb susu cair 1 biji tomato (dibelah 4) 1 labu bwg besar (dihiris) sedikit daun sup & daun bawang (dihiris) 1 biji cili merah (dihiris) sedikit garam 1-1 liter air sedikit cendawan dan bunga kobis 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air) CARA MEMBUATNYA 1. Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana. 2. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan. 3. Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.

You might also like