You are on page 1of 16

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

MAKLUM BALAS, PENGUKUHAN DAN MOTIVASI INTRINSIK.


Setiap mengharapkan orang kepada suka maklum dan balas.

Pakar motivasi profesional menggunakan teknik asas iaitu yang berdasarkan dengan prinsip

pengukuhan suasana

mewujudkan

menyeronokkan,

pertumbuhan dan penguasaan. Pengukuhan ialah penggunaan ganjaran dan hukuman/dendaan yang meningkatkan atau mengurangkan kemungkinan berlakunya tindak balas yang sama pada masa hadapan. Prinsip ini bertunjang teguh di dalam teori modifikasi tingkah laku dan pelaziman operan. Seorang pakar teori behaviourisme, B.F Skinner, menyatakan pengajaran bersandar sepenuhnya di atas prinsip pengayaan. Sebagai contoh, Skinner (1968) menyatakan hujahnya bahawa pengajaran adalah susunan pengukuhan dalam proses pembelajaran. Guru mengurus dan menyusun

pengukuhan yang dapat mempercepatkan proses pembelajaran. Pemahaman tentang prinsip pengukuhan diperlukan untuk memberikan maklum balas yang membina kepada pelajar dan atlet.

1.0 Prinsip Pengukuhan


Walaupun terdapat banyak prinsip yang berkaitan untuk mengubah tingkah laku, dua asas mendasari keberkesanan pengukuhan. Pertama, jika seseorang berjaya melakukan sesuatu perkara dengan baik dan mendapat ganjaran, ia akan terdorong untuk mengulangi perbuatan/perlakuan tersebut untuk memperoleh lebih banyak kesan positif. Kedua, jika seseorang melakukan sesuatu perkara yang tidak menyenangkan dan mendapat hukuman, ia akan cuba untuk tidak mengulangi perbuatan/perlakuan yang tidak menyenangkan tersebut agar mereka dapat mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu perkara yang memberikan kesan negatif.

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

Sebagai contoh, di dalam satu sesi pengajaran Pendidikan Jasmani yang fokus kepada kemahiran melakukan hantaran dalam bola sepak. Guru berkata, Hantar bola kepada kawan yang tidak dijaga oleh pihak lawan teruskan permainan yang baik!. Pemain berkemungkinan tinggi berusaha mengulangi cara hantaran tersebut untuk mendapatkan lagi penghargaan daripada guru. Sekarang, bayangkan seorang pemain bola tampar yang melakukan servis lompat dan bola tersangkut pada net. Jurulatih menjerit, Gunakan kepala awak berhenti daripada melakukan servis yang sedemikian!. Kemungkinan besar pemain tersebut tidak akan mengulangi servis lompat lagi kerana cuba mengelak daripada dimarahi oleh jurulatih.

2.0 Pendekatan untuk mempengaruhi tingkah laku


Terdapat cara positif dan negatif untuk mengajar dan membimbing. Pendekatan yang positif berfokus kepada pemberian ganjaran kepada tingkah laku yang sesuai/baik. Sebaliknya, pendekatan yang negatif berfokus kepada pemberian hukuman kepada tingkah laku yang tidak diingini. Pendekatan secara positif adalah untuk menguatkan keinginan tingkah laku yang baik dengan memotivasikan pelajar/pemain untuk melakukan semua tingkah laku positif. Pendekatan secara negatif pula adalah untuk menghapuskan tingkah laku negatif melalui hukuman dan kritikan. Kebanyakan jurulatih menggunakan kedua-dua pendekatan iaitu positif dan negatif dalam memberikan motivasi dan mengajar atlet-atlet mereka. Namun, menurut Smith, 2006, pakar psikologi sukan bersetuju pendekatan utama dalam sukan dan aktiviti fizikal sepatutnya positif. Bersikap positif membantu dalam membina keyakinan dan harga diri yang membawa ke arah kejayaan (Pitino1998).

3.0 Panduan untuk menggunakan pengukuhan positif


Pakar psikologi sukan sangat mengesyorkan pendekatan positif untuk motivasi bagi mengelakkan potensi berlakunya kesan negatif daripada hukuman yang diberikan. Kajian menunjukkan bahawa ahli sukan yang bermain untuk jurulatih yang berorientasikan positif lebih menyukai rakan sepasukan, menikmati

pengalaman yang lebih dalam bersukan, lebih menyukai jurulatihnya dan hubungan sesama ahli pasukan semakin baik (Smith & Smoll, 1997). Pengukuhan boleh

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

disalurkan dalam pelbagai bentuk termasuk secara lisan, pujian, senyuman atau tingkah laku bukan lisan yang dapat meningkatkan keistimewaan, dan penggunaan ganjaran.

3.1 Memilih peneguhan yang berkesan


Ganjaran yang diberikan haruslah bersesuaian dengan apa yang mereka lakukan. Adalah lebih baik untuk mengetahui perkara yang disukai dan yang tidak disukai oleh orang yang bekerja bersama anda dan pilih peneguhan yang berkesan sewajarnya : a) Peneguhan sosial : pujian, senyuman, tepuk di belakang, publisiti b) Peneguhan material : trofi, medal, reben, baju-T c) Peneguhan aktiviti : bermain permainan bukannya drill, bermain di posisi yang berbeza, bermain dengan kumpulan yang lain, berehat d) Perlawanan khas : pergi melihat permainan oleh golongan profesional, mendengar kata-kata daripada atlet profesional Seorang guru Pendidikan Jasmani mungkin memerlukan borang soal selidik berkenaan dengan minat murid-muridnya bagi menentukan apakah jenis ganjaran yang paling digemarinya. Kadang kala, mungkin anda boleh memberikan ganjaran kepada setiap ahli pasukan atau kelas, bukan sekadar ganjaran kepada individu atau pelbagaikan jenis ganjaran (ganjaran yang sama akan menjadikan ia bosan). Ganjaran yang diterima daripada seseorang digelar sebagai ekstrinsik kerana ia datang daripada sumber luaran seperti jurulatih atau guru. Selain itu, terdapat juga ganjaran intrinsik yang datangnya daripada dalam diri sendiri. Contoh bagi ganjaran intrinsik ialah bangga dengan pencapaian diri dan berasa kompeten.

3.2 Jadualkan pengukuhan dengan berkesan


Masa yang sesuai dan kekerapan boleh memastikan ganjaran adalah berkesan. Pengkaji telah menunjukkan bahawa maklum balas yang berterusan tidak hanya bertindak sebagai motivasi tetapi juga membekalkan pelajar maklumat tentang bagaimana ia melakukan sesuatu tindakan. Walau bagaimanapun, apabila sesuatu kemahiran atau sikap telah dikuasai, maka jadual pengukuhan boleh dikurangkan secara beransur-ansur (Martin & Pear, 2003). Kajian (Schmidt & Wrisberg, 2004) telah mendedahkan bahawa pemberian maklum balas bagi setiap

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

percubaan (berterusan 100%) adalah jauh lebih baik bagi meningkatkan prestasi semasa latihan berbanding pemberian maklum balas selepas percubaan lain telah dilakukan (sekejap 50%). Namun, dalam sebuah ujian yang telah dilakukan melihat bahawa pelajar yang mendapat maklum balas selepas tamat sesi latihan menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik daripada murid yang menerima maklum balas bagi setiap percubaan yang dilakukan. Pada asasnya, maklum balas bagi setiap percubaan menyebabkan ia sangat bergantung kepada maklum balas. Selain mengurangkannya jumlah maklum balas, jurulatih mungkin boleh meminta atlet untuk membina maklum balas untuk diri sendiri.

3.3 Beri ganjaran kepada tingkah laku yang sesuai


Memilih tingkah laku yang sesuai untuk diberikan ganjaran merupakan sesuatu yang kritikal. Anda tidak boleh memberikan ganjaran kepada setiap kali mereka melakukan sesuatu yang betul. Kebanyakan jurulatih dan guru lebih fokus memberikan ganjaran kepada hasil sesuatu prestasi (contoh : kemenangan), tetapi tingkah laku yang lain juga harus diberikan peneguhan. 3.3.1 Ganjaran juga diberikan kepada usaha yang hampir berjaya Apabila seseorang mempelajari sesuatu kemahiran baru, khususnya yang sukar, mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Ia mungkin mengambil masa yang lama untuk menguasai sesuatu kemahiran dan perkara ini pastinya

sedikit sebanyak mengecewakan dan tertekan. Dengan memberikan sedikit ganjaran terhadap usaha yang telah mereka lakukan, sebenarnya ia sangat membantu dan bermakna. Teknik ini digelar sebagai membentuk, ia tidak menyekat mereka untuk meningkat sehingga mereka semakin hampir dengan apa yang diingini tercapai (Martin & Hrycaiko, 1983). 3.3.2 Beri ganjaran kepada prestasi, bukan hanya kepada hasil Jurulatih yang menekankan kemenangan terdorong untuk memberikan ganjaran hanya berdasarkan hasil. Kadang kala, hasil sesuatu permainan adalah di luar kawalan pemain, sehubungan dengan itu jurulatih harus fokus kepada prestasi atlet berbanding hasil prestasi.

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

3.3.3 Ganjaran diberikan kepada usaha Jurulatih dan guru perlu mengiktiraf usaha sebagai sebahagian daripada prestasi. Hal ini kerana, tidak semua orang boleh berjaya di dalam sukan. Apabila sukan disertai oleh golongan muda, mereka mengetahui bahawa mereka mencuba kemahiran baru dan sukar. Apa yang mereka mampu lakukan ialah mencuba sedaya upaya dan jika hal ini dikenal pasti, mereka sebenarnya mereka tidak perlu takut kepada apa-apa. Menariknya, kajian yang dijalankan bersama golongan belia (Mueler & Dweck, 1998) menunjukkan bahawa pelaku yang menerima tindak balas berdasarkan usahanya (Cubaan yang baik) akan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding mereka yang menerima tindak balas berdasarkan keupayaan (Anda berbakat), khususnya selepas gagal. 3.3.4 Ganjaran diberikan kepada kemahiran emosi dan sosial Dalam keadaan tertekan untuk memenangi sesuatu perlawanan, pemain mungkin mudah untuk melupakan cara permainan sesuatu perlawanan, pemain

mungkin mudah untuk melupakan cara permainan yang adil. Atlet yang mampu menunjukkan tingkah laku yang baik dalam sukan, bertanggungjawab dan tahu cara mengawal diri serta memberikan kerjasama sepatutnya diiktiraf dan diperkukuhkan. Sebagai seorang ketua dalam bidang sukan atau aktiviti fizikal, kita mempunyai peluang dan tanggungjawab yang besar untuk menggalakkan emosi positif dan kemahiran bersosial. Seharusnya kita tidak terlepas pandang untuk memberikan ganjaran kepada tingkah laku positif, terutamanya kepada golongan muda.

3.4 Berikan maklum balas kepada prestasi


Bantu peserta dengan memberikan maklumat dan maklum balas tentang ketepatan dan kejayaan mereka dalam pergerakan yang dilakukan. Maklum balas seperti ini kebiasaannya diberikan kepada peserta sejurus mereka selesai melakukan sesuatu pergerakan. Dalam memberikan maklum balas kepada atlet atau pelajar, maklum balas tersebut harus diberikan dengan ikhlas dan bergantung kepada tingkah laku.

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

Nyatakan kepada atlet cara melakukan sesuatu kemahiran dengan betul akan menunjukkan bahawa anda prihatin dan mengambil berat dalam membantunya.

3.4.1 Manfaat memberikan maklum balas Pemberian maklum balas terhadap prestasi akan memberikan manfaat yang besar kepada peserta dalam pelbagai cara. Dua fungsi utama maklum balas adalah untuk memotivasikan dan mengarahkan. Maklum balas berbentuk motivasi adalah untuk memudahkan prestasi dengan meningkatkan keyakinan, memberi ilham untuk melakukan usaha yang lebih dan penggunaan tenaga, dan mencipta perasaan yang positif. Maklum balas berbentuk arahan menyediakan maklumat tentang (a) tingkah laku secara spesifik yang perlu ditunjukkan, (b) tahap penguasaan yang patut dicapai, (c) tahap terkini penguasaan seseorang dalam kemahiran dan aktiviti yang ingin dicapai. 3.4.2 Jenis-jenis maklum balas Pujian secara lisan, mimik muka dan tepukan di belakang bahu adalah cara mudah dan efektif untuk memberikan pengukuhan kepada tingkah laku yang diingini. Kata-kata seperti Bagus! Teruskan usaha yang bagus! dan Awak semakin bagus! boleh menjadi pengukuhan yang sangat bagus. Walau

bagaimanapun, pengukuhan tersebut akan menjadi lebih berkesan apabila anda mengenal pasti tingkah laku yang spesifik tentang orang yang berurusan dengan anda.

4.0 Panduan untuk menggunakan hukuman


4.1 Sokongan terhadap hukuman
Hukuman pasti dapat mengawal dan mengubah tingkah laku negatif (Smith, 2006), dan ia mendapat sokongan daripada jurulatih dan guru yang menggunakan hukuman sebagai untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi. Terdapat beberapa hujah lain yang menyokong penggunaan hukuman dalam olahraga :

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

a) Individu yang menipu perlu dihukum kerana mereka tidak berkongsi, membantu, dan bekerjasama dengan orang lain (Walsh, 2000) b) Penipu, walaupun mendapat manfaat dalam jangka masa yang pendek, ia akan mengalami kerugian di masa akan datang kerana kesalahan yang telah mereka lakukan. c) Memberikan hukuman kepada pesalah akan memberikan peringatan kepada orang lain bahawa semua individu bertanggungjawab atas salah laku masingmasing (Radzik, 2003) d) Keputusan daripada 157 kajian menunjukkan bahawa individu yang mengalami hukuman sebat yang mempunyai risiko yang kecil untuk membangunkan masalah emosi dan tingkah laku (Paolucci & Violato, 2004).

4.2 Kritikan terhadap hukuman


Beberapa hujah-hujah yang berbeza telah dikemukakan untuk menunjukkan bahawa hukuman yang teruk tidak mempunyai apa-apa asas sokongan dan

sebenarnya mempunyai kaitan dengan tingkah laku negatif. Berikut merupakan beberapa hujah mengenai kritikan dalam hukuman : a) Hukuman boleh menyebabkan menjatuhkan maruah dan malu, khususnya apabila individu melihat imej mereka dijatuhkan di hadapan orang lain. b) Hukuman biasanya meningkatkan ketakutan kepada kegagalan. Atlet yang takut kepada kegagalan tidak akan bermotivasi dan tidak menikmati hasil kemenangan. Kajian juga menunjukkan bahawa atlet yang mempunyai ketakutan yang melampau kepada kegagalan bukan sahaja prestasinya rendah malah boleh meningkatkan risiko mendapat kecederaan, kurang menikmati pengalaman bersukan, dan tercicir. c) Hukuman secara tidak sengaja boleh mengukuhkan tingkah laku yang tidak diingini dengan menarik perhatian kepada kesalahannya. d) Hukuman boleh mewujudkan keadaan yang tidak menyenangkan,

menghasilkan permusuhan dan kebencian antara jurulatih dan atlet.

4.3 Membuatkan hukuman menjadi berkesan


Sesetengah jurulatih beranggapan bahawa dengan memberikan hukuman kepada atlet yang melakukan kesilapan akan menghapuskan kesilapan. Walau

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

bagaimanapun, jurulatih yang baik yang juga menggunakan hukuman kebiasaannya pakar dalam strategi, pengajaran, atau analisis teknikal. Di sini terdapat beberapa garis panduan untuk memaksimumkan keberkesanan dalam hukuman (Martens e tal., 1981) : a) Konsisten dalam memberikan hukuman kepada semua orang yang melanggar peraturan yang sama. b) Hukum tingkah lakunya, bukan menghukum orangnya. Beritahu kepada pesalah laku bahawa tingkah lakunya yang perlu diubah. c) Jangan menggunakan aktiviti fizikal untuk menghukum. d) Jangan menghukum atlet kerana membuat kesilapan semasa mereka bermain. e) Jangan beri hukuman kepada ahli kumpulan lain terhadap kesilapan individu. f) Pastikan hukuman yang diberikan bersesuaian dengan tahap umur. g) Pastikan atlet mengetahui kenapa hukuman diberi.

5.0 Modifikasi tingkah laku dalam sukan


Terdapat berapa nama besar dalam literatur psikologi sukan : pengurusan jangkaan (Seidentop, 1980), bimbingan tingkah laku (Martin & Lumsden, 1987), dan modifikasi tingkah laku (Donahue, Gillis & King, 1980). Secara umumnya, teknik tingkah laku digunakan dalam sukan dan aktiviti fizikal untuk membantu individu bermotivasi sepanjang sesi latihan.

5.1 Penilaian program tingkah laku


Teknik tingkah laku telah memberikan banyak manfaat seperti meningkatkan output oleh perenang dalam praktisnya, meningkatkan kecergasan semasa melakukan aktiviti, mengurangkan kesilapan dalam permainan tenis, bola sepak dan gimnastik dan telah meningkatkan prestasi pemain golf. 5.1.1 Maklum balas dan pengukuhan dalam permainan bola sepak Jurulatih telah menjalankan satu ujian untuk meningkatkan asas permainan secara bertahan. Beliau telah memberikan pengukuhan secara sistematik dan maklum balas kepada pemainnya. Maklum balas tersebut termasuklah :

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

a) Demonstrasi tingkah laku yang betul pada setiap peringkat. b) Senarai semak bahagian-bahagian yang telah berjaya dilaksanakan. c) Pujian dan pengiktirafan untuk melakukan aktiviti dengan betul pada setiap peringkat. 5.1.2 Latihan tingkah laku dalam golf Dengan menggunakan pendekatan rantaian mengundur, langkah terakhir dalam rantaian tersebut ialah mula ditubuhkan (contoh : memasukkan bola golf ke dalam lubang). Selepas itu, langkah yang terakhir berpasangan dengan langkah sebelumnya (contoh : driving atau chipping bola ke dalam kawasan green), dan sebagainya, akhirnya langkah tersebut kembali ke langkah permulaan rantaian tersebut. Pendekatan ini merupakan pendekatan yang lebih berkesan dan lebih baik berbanding dengan kejurulatihan cara tradisional.

5.1.3 Rakaman dan membentuk dalam bola keranjang Salah satu program tingkah laku adalah yang menyasarkan kepada tingkah laku prestasi dan bukan prestasi (Siedentop, 1980). Dalam program ini, jurulatih telah membuat keputusan untuk memberikan mata kepada praktis harian seperti jaringan melompat drill balingan bebas dan menjadi ahli kumpulan (bermaksud anda yang berperanan untuk meningkatkan semangat ahli kumpulan yang lain). Dalam sistem ini, mata juga boleh ditolak apabila ada yang melakukan kesalahan atau sikap yang buruk. Mata terkumpul bagi setiap murid ditunjukkan di sebuah papan tanda yang mudah dilihat dan pelajar yang cemerlang menerima anugerah Eagle effort. 5.1.4 Tingkah laku yang tidak sesuai dalam permainan tenis Dalam kajian yang terkini menggunakan reka bentuk kajian kes (Galvan & Ward, 1998), tujuannya adalah untuk mengurangkan jumlah tingkah laku yang tidak diingini dalam kalangan pemain tenis dan penyalahgunaan raket. Bilangan tingkah laku yang tidak diingini bagi setiap pemain ditunjukkan di papan buletin dan loker

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

masing-masing. pemain akan

Semua diberitahu

tentang tingkah laku yang tidak diingini yang telah mereka

lakukan semasa perjumpaan awal dan telah dibekalkan strategi untuk mengurangkan tingkah laku tersebut.

5.2 Mewujudkan program tingkah laku yang berkesan


Walaupun terdapat program tingkah laku dapat mengubah tingkah laku, sebenarnya perubahan tingkah laku dalam sukan boleh menjadi sesuatu yang rumit. Program tingkah laku yang berkesan mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting : a) Mereka memberi penekanan khusus, terperinci, dan pengukuran prestasi dan tingkah laku yang tetap dan menggunakan pengukuran ini untuk menilai keberkesanan program tersebut. b) Mereka mengenal pasti perbezaan antara membina tingkah laku yang baru dan mengekalkan tingkah laku sedia ada pada tahap yang sesuai, dan menawarkan mereka prosedur yang positif. c) Mereka galakkan pelajar untuk meningkatkan prestasi kepada yang lebih baik daripada yang sebelumnya. d) Mereka menekankan tingkah laku berprosedur yang telah di demonstrasikan oleh pengkaji dengan berkesan. e) Mereka menekankan bahawa jurulatih, guru atau ketua mesti berhati-hati memantau tingkah laku (contoh : rakaman video, senarai semak tingkah laku) agar tingkah laku yang tidak diingini dapat dihapuskan. f) Mereka menggalakkan ketua mendapat maklum balas daripada pelajar berkenaan dengan keberkesanan tentang pelbagai aspek intervensi tingkah laku. Secara jelasnya, teknik tingkah laku boleh menghasilkan perubahan yang positif. Dalam melaksanakan teknik tingkah laku, garis panduan berikut boleh meningkatkan tahap keberkesanan program intervensi yang anda jalankan : a) Sasaran tingkah laku b) Menentukan tingkah laku sasaran

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

c) Merekodkan tingkah laku d) Menyediakan maklum balas yang bermakna e) Nyatakan hasil dengan jelas f) Menyesuaikan sistem ganjaran

6.0 Motivasi intrinsik dan ganjaran ekstrinsik


Dunia sukan atau senaman menggunakan ganjaran ekstrinsik secara meluas. Ramai yang bersetuju bahawa ganjaran dapat meningkatkan motivasi, meningkatkan pembelajaran, dan meningkatkan keinginan untuk penyertaan. Seperti yang kita ketahui, motivasi mempunyai dua sumber : ekstrinsik dan intrinsik. Melalui ganjaran ekstrinsik, motivasi datang daripada orang lain melalui peneguhan positif dan negatif. Tetapi, seseorang yang melibatkan diri dalam sukan dan aktiviti fizikal adalah untuk mendapatkan motivasi intrinsik. Orang yang mempunyai motivasi intrinsik berusaha bersungguh-sungguh untuk bersaing dan menentukan sendiri usaha mereka untuk menguasai sesuatu perkara. Mereka suka kepada persaingan, suka aksi dan keseronokan, fokus kepada keseronokan dan ingin mempelajari kemahiran sebaik mungkin.

6.1 Jenis-jenis motivasi intrinsik dan ekstrinsik


6.1.1 Motivasi intrinsik a) Pengetahuan seseorang akan berasa nikmat dan kepuasan apabila mendapat pengalaman semasa belajar, penerokaan atau cuba memahami sesuatu yang baru. b) Pencapaian seseorang akan berasa nikmat dan kepuasan apabila melakukan atau mengusai sesuatu kemahiran yang sukar. c) Rangsangan untuk merasai ketenangan seperi bermain, keseronokan dan keseronokan estetik (merasai kepuasan seperti memanjat gunung). 6.1.2 Motivasi ekstrinsik a) Peraturan bersepadu aktiviti yang dinilai hasilnya melalui perhitungan terhadap diri sendiri.

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

b) Peraturan yang dikenal pasti tingkah laku yang mempunyai nilai yang tinggi, diterima, dan dinilai oleh seseorang dan ia dilakukan secara rela hati, walaupun aktiviti tersebut tidak menyenangkan dirinya. c) Peraturan luar tingkah laku dikawal sepenuhnya oleh sumber daripada luar seperti ganjaran dan kekangan. 6.1.3 Faktor yang mempengaruhi motivasi intrinsik dan ekstrinsik Faktor psikologi dan sosial boleh mempengaruhi motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam sukan dan senaman. Beberapa faktor sosial yang terkemuka termasuklah (a) kejayaan dan kegagalan, (b) fokus pertandingan, dan (c) tingkah laku jurulatih. Faktor psikologi pula ialah (a) memerlukan kecekapan, (b) memerlukan otonomi, (c) memerlukan hubungan yang baik. Dengan menyedari faktor-faktor ini dan mengubahnya apabila perlu akan meningkatkan motivasi intrinsik. 6.1.4 Adakah motivasi ekstrinsik melemahkan motivasi intrinsik? Gabungan motivasi ekstrinsik dan intrinsik mampu menghasilkan lebih motivasi. Sebagai contoh, menambahkan ganjaran ekstrinsik seperti trofi ke dalam dalam aktiviti secara dalamannya dapat meningkatkan motivasi. Pengkaji awal melihat motivasi intrinsik dan ekstrinsik sebagai ketagihan: lebih banyak, lebih baik. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berpendapat bahawa ganjaran ekstrinsik melemahkan motivasi intrinsik. Kebiasaannya, lebih banyak seseorang mendapat motivasi ekstrinsik, beliau akan kurang motivasi intrinsik (diCharms, 1968).

6.1.5 Apa kata pengkaji? Dalam kajian pada 1960, pengkaji memulakan ujian yang sistematik mengenai hubungan antara ganjaran ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Edward Deci (1971, 1972), mengatakan bahawa pemain yang diberikan duit untuk penyertaan mereka dalam aktiviti yang menarik meluangkan sedikit masa berbanding pemain yang tidak dibayar.

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

Bayaran yang diberikan untuk sesuatu aktiviti yang dilakukan atas kerelaan sendiri boleh mengurangkan motivasi intrinsik terhadap aktiviti tersebut. Tidak semua kajian menunjukkan ganjaran ekstrinsik mengurangkan motivasi intrinsik. Pakar psikologi umum yang mengkaji hubungan antara ekstrinsik dan motivasi intrinsik merumuskan bahawa ganjaran luaran melemahkan motivasi intrinsik dalam persekitaran tertentu.

7.0 Teori penilaian kognitif


Bagi membantu menerangkan perbezaan kesan ganjaran kepada motivasi intrinsik. Deci dan rakan membina konsep pendekatan yang digelar teori penilaian kognitif (CET; Deci. 1975).

7.1 Aspek mengawal ganjaran


Aspek mengawal ganjaran berkaitan dengan tingkah laku seseorang dalam sesuatu situasi. Jika dengan memberikan ganjaran dapat mengubah tingkah laku seseorang maka motivasi intrinsiknya berkurangan. Manusia biasanya mengalami konflik antara dikawal oleh orang lain dan dirinya sendiri. Hal ini kerana, orang yang secara intrinsiknya bermotivasi melakukan sesuatu kerana kemahuannya sendiri, berbanding orang yang mendapat ganjaran luaran. Apabila orang dikawal oleh ganjaran, tingkah lakunya bukannya dari dalam dirinya sendiri. Pengkaji telah mendedahkan enam strategi mengawal yang digunakan untuk mengawal tingkah laku atlet, dengan itu melemahkan motivasi intrinsik

(Bartholomew, Ntoumanis, & Thogersen-Ntoumanis, 2009). Strategi-strategi tersebut adalah : a) Ganjaran ketara b) Maklum balas terkawal c) Mengawal tindakan peribadi yang berlebihan d) Tingkah laku ugutan e) Menggalakkan penglibatan ego f) Anggapan bersyarat

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

Bagaimana ganjaran yang diterima mampu meningkatkan motivasi intrinsik seseorang bergantung kepada cara penerimaannya. Ganjaran yang menekankan aspek informasi dan memberikan maklum balas positif tentang kecekapan seseorang mampu meningkatkan motivasi intrinsik.

7.2 Aspek maklumat daripada ganjaran


Aspek maklumat mempengaruhi motivasi intrinsik dengan mengubah bagaimana seseorang berasa kompeten. Apabila seseorang menerima sesuatu ganjaran atas kejayaannya, ia membekalkan informasi positif tentang kompeten dan perlu meningkatkan motivasi intrinsik. Pada dasarnya, untuk ganjaran yang meningkatkan motivasi intrinsik, mereka perlu bergantung pada tahap tertentu prestasi atau tingkah laku.

7.3 Kepentingan fungsi acara


Di samping ganjaran berkenaan dengan kawalan dan aspek informasi, tiga elemen utama teori penilaian kognitif (CET) adalah kepentingan fungsi acara (Ryan & Deci, 2002). Pada dasarnya, semua ganjaran berkemampuan mempunyai kawalan dan aspek informasi. Bagaimana ganjaran tersebut memberi kesan terhadap motivasi intrinsik adalah bergantung sama ada seseorang melihatnya untuk menjadi lebih kepada mengawal atau lebih informasi.

8.0 Bagaimana ganjaran ekstrinsik menjejaskan motivasi intrinsik dalam sukan


Magic Johnson (pemain bola keranjang) pernah menerima tawaran daripada banyak pasukan. Beliau memberikan respon Saya mendapat tawaran kereta dan duit. Saya segera berpaling daripada tawaran tersebut. Mereka seperti mahu membeli saya dan saya tidak berminat kepada sesiapa yang ingin membeli saya. Hal ini menunjukkan bahawa Magic Johnson telah merujuk aspek-aspek yang mengawal ganjaran. Beliau tidak gemar orang lain cuba untuk mengawalnya melalui rasuah dan insentif ekstrinsik yang lain.

8.1 Biasiswa dan motivasi intrinsik

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

Pemain yang mendapat biasiswa dilaporkan kurang motivasi intrinsik berbanding pemain yang tidak mendapat biasiswa. Namun, hal ini bergantung kepada jenis sukan yang mendapat ganjaran tersebut. Tidak semua pemain dari pelbagai jenis sukan yang kurang motivasi intrinsik dan kecundang selepas mendapat biasiswa. Biasiswa boleh mempunyai fungsi maklumat biasiswa memberitahu atlet bahawa mereka adalah seorang yang bagus. Perlu diingat bahawa 1980, hanya sedikit atlet olahraga yang mendapat biasiswa. Biasiswa boleh mengurangkan dan meningkatkan tahap motivasi intrinsik atlet, bergantung kepada yang lebih menekankan aspek kawalan dan informasi. Oleh hal yang demikian, berkenaan dengan motivasi intrinsik, jurulatih memainkan peranan yang sangat penting berbanding biasiswa.

8.2 Persaingan dan motivasi intrinsik


Kejayaan atau kegagalan dalam persaingan boleh menjejaskan motivasi intrinsik. Dengan memanipulasi kejayaan dan kegagalan, beberapa pengkaji telah mendedahkan bahawa seseorang akan mempunyai motivasi intrinsik yang lebih tinggi selepas kejayaan berbanding selepas kegagalan (Vallerand, Gauvin & Halliwell, 1986a; Weinberg & Jackson, 1979; Weinberg & Ragan, 1979). Persaingan yang berjaya berkecenderungan motivasi intrinsiknya meningkat, manakala

persaingan yang gagal berkecenderungan motivasi intrinsiknya menurun.

8.3 Maklum balas dan motivasi intrinsik


Maklum balas positif menghasilkan motivasi intrinsik yang tinggi berbanding pemberian maklum balas negatif atau tiada maklum balas (Vallerand & Reid, 1984). Maklum balas positif seperti (awak yang terbaik dalam kelas ini) berbanding maklum balas positif yang sederhana (awak berada pada tahap purata) jauh lebih bermakna dan lebih motivasi intrinsik. Hal ini menunjukkan bahawa kualiti maklum balas tersebut jauh lebih penting berbanding kuantitinya.

8.4 Penentu lain bagi motivasi intrinsik

UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation

Selain daripada faktor yang telah dicatatkan, pengkaji mendapati terdapat pelbagai faktor yang berkaitan dengan motivasi intrinsik (lihat Vallerand & Rousseau, 2001). Tahap motivasi intrinsik yang tinggi yang mempunyai kaitan adalah : a) Bermain untuk autonomi (demokratik) vs jurulatih yang mengawal. b) Penyertaan dalam rekreasi vs persaingan kumpulan. c) Kecekapan tahap tinggi vs kecekapan tahap rendah. d) Kawalan tahap tinggi vs kawalan tahap rendah.

9.0 Strategi untuk meningkatkan motivasi intrinsik


Berikut merupakan cadangan bagi meningkatkan motivasi intrinsik dan menganalisis bagaimana menggunakan ganjaran boleh memberikan pemain maklumat yang dapat meningkatkan motivasi intrinsik dan persepsi kepada kecekapan. a) Memberikan pengalaman untuk berjaya. Contohnya, dengan merendahkan tahap permainan sebenar kepada tahap yang mampu atau sesuai dilakukan oleh pemain kita. b) Berikan ganjaran yang di luar jangkaan atas sesuatu prestasi. Melalui cara ini, motivasi intrinsik pemain meningkat. Berikan ganjaran bagi tingkah laku yang bagus, semangat kesukanan yang tinggi atau penguasaan sesuatu kemahiran baharu. c) Gunakan pujian secara lisan dan bukan lisan. Kebanyakan orang lupa pujian mampu memberikan kesan yang besar terhadap seseorang. d) Pelbagaikan kandungan dan urutan latihan. Latihan dalam sukan dan senaman boleh menyebabkan kebosanan. Dengan kepelbagaian kandungan dan urutan latihan dapat meningkatkan motivasi intrinsik. e) Libatkan pemain dalam melakukan sesuatu keputusan. Beri peluang kepada pemain untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam membuat sesuatu keputusan dan peraturan. f) Tetapkan satu matlamat yang realistik. Tidak semua pemain mempunyai kemahiran yang tinggi untuk menang sesuatu pertandingan. Walau bagaimanapun, manusia boleh belajar untuk menetapkan matlamat yang realistik berdasarkan kebolehan diri sendiri.

You might also like