You are on page 1of 2

Kepada: Daripada: Perkara:

GURU BESAR SKKCB)

(MESYUARAT KARNIVAL BAHASA MELAYU)

Tarikh : 15 MAC 2013 Masa : 8.30 pagi

Tempat : SK TASIK PERMAI 1. LATAR BELAKANG MESYUARAT

SK Tasik Permai selaku tuan rumah bagi aktiviti Karnival Bahasa Melayu peringkat Zon Ampang mengadakan mensyuarat ini setelah ditangguhkan beberapa kali. Guru Besar SK Tasik Permai mempengerusikan mesyuarat. Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai PPDHL Encik Syed Norzalman bin Syed Yusuff. TUJUAN MESYUARAT Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan Karnival Bahasa Melayu peringkat Zon Ampang yang akan diadakan di SK Tasik Permai pada 16 April 2013. 2. 2.1 ISU ATAU MAKLUMAT PENTING Makluman dari Encik Syed Norzalman bin Syed Yusuff (Penolong PPD Kokurikulum Akademik) Memaklumkan peruntukan koku BKK dan BTP telah ada dalam akaun dan meminta sekolah menghabiskan peruntukan tersebut pada tahun semasa. Untuk aktiviti yang melibatkan penyertaan murid gunakan BKK Untuk aktivti peringkat sekolah (dalaman) gunakan BTP Mengingatkan sekolah untuk menghantar data penglibatan Koku secepat mungkin kerana pihak PPDHL perlu menghantar data tersebut ke Jabatan Pelajaran Selangor pada 31 Mac 2013. Guru Besar ada hak untuk mewujudkan Kelab/ Persatuan yang diperlukan (Kokurikulum) Apabila melibatkan penglibatan jurulatih luar, pihak sekolah perlu dapatkan kelulusan daripada jabatan. Pastikan alamat email sekolah betul agar semua maklumat yang hendak disampaikan dapat sampai di alamat yang betul.

a) b) c) d)

e) f) g)

2.2 (a)

KEPUTUSAN PENTING MESYUARAT Tarikh pertandingan peringkat Zon Ampang 16 Mac 2013 Tempat : SK Tasik Permai

(b) (c) (d)

Bayaran Penyertaan : RM 50.00 Makan dan minum peserta tanggungjawab sekolah masing-masing Hakim pertandingan ditukarkan mengikut zon. Hakim setiap zon tidak menghakimi zon sendiri.

3. a) b)

MAKLUMAN/TINDAKAN PENGURUSAN SK Murid Bukan Warganegara tidak dibenarkan menyertai pertandingan. Guru Besar dijemput ke SK Taman Kosas pada 20 Mac 2013 jam 11.00 12.00 untuk majlis penutup Semarak Teater. MAKLUMAT PERTANDINGAN Rujuk Lampiran.

4.

. Tandatangan Tarikh: 21 Mac 2013

You might also like