You are on page 1of 1

SUGGESTED PROGRAM FOR UPSR Setelah analisis item dijalankan, guru-guru bahasa inggeris tahun 6 mendapati bahawa terdapat

3 komponen utama yg perlu diberikan perhatian bagi Kertas 1 (014/1) iaitu: a) Section C : Grammar b) Section D : Cloze Text c) Section E: Reading and Comprehension Antara langkah-langkah mengatasi masalah bagi Section C dan D, guru-guru bahasa inggeris tahun 6 telah bersetuju untuk: a) menjalankan latih tubi (drillings) soalan daripada Section C dan D pada setiap waktu bahasa inggeris (20 minit setiap waktu) - latihan tersebut akan dijalankan secara berfokus iaitu soalan-soalan latih tubi bagi Section C dan D akan diberikan kepada murid2 pada setiap sesi. b) Program "Master This Topic"-dijalankan pada setiap waktu bahasa inggeris di mana topik-topik khusus yg menjadi masalah kepada murid-murid, contohnya bagi soalan dalam Section C di mana topik-topik jenis-jenis "Tense" (Past Tense, Present Tense, Future Tense dan Perfect Tense) akan diberi latihtubi khusus sehingga murid2 berjaya menguasainya. c) Bagi Section E, iaitu Reading and Comprehension, murid-murid akan didedahkan dengan pelbagai jenis bentuk "Reading Material-Linear and Non-Linear Texts" di mana murid-murid akan diajar kemahiran membaca "Skimming and Scanning for Answers". Bagi Kertas 2 (014/2) pula, guru-guru mendapati bahawa murid-murid lemah dalam Section C (Question 3: Writing a Recount). Oleh itu, kami bersetuju untuk: a) Latihtubi menggunakan teknik "Nouns and Verbs" untuk memudahkan murid-murid menjawab Section A dan Section C. b) Teknik "Remember the Reasons" - bagi Section B (Question 2b), murid-murid dibekalkan dengan nota yang mengandungi sebab-sebab memilih barangan (Choosing an item) di mana murid-murid hanya perlu mengingat dan menghafal sebab-sebab yang diberikan. c) Latihan menjawab soalan-soalan UPSR sebenar yang lalu dan juga soalan-soalan dari negerinegeri lain (Pra-Percubaan/Percubaan) turut akan diberi sebagai persediaan murid-murid untuk diberi pendedahan kepada aras soalan UPSR sebenar. d) Teknik Menjawab Soalan sebagai langkah pengukuhan yang dijalankan setiap bulan agar muridmurid sentiasa ingat tentang format kertas soalan dan cara menjawab soalan.

You might also like