You are on page 1of 3

Puding Roti Berkuah

Rasanya belum terlambat untuk saya post resepi puding roti ni. Puding ni saya buat semasa menyambut hari lahir anak perempuan saya. Saya sangat suka makan puding ini. Cara membuatnya juga mudah.. Boleh di kukus atau di bakar dalam oven. Kali ini saya hanya membakar dalam oven sahaja kerana saya agak malas mengeluarkan alat kukusan saya. Sebenarnya jika puding roti ini di kukus ia lebih lembab berbanding dengan jika di bakar. Namun begitu boleh sediakan kuahnya agar ia lebih sedap di makan. Lebih sedap jika di makan dengan fruit koktail atau puri buah-buahan. Kami makan dengan puri strawberi untuk mengimbangkan rasa lemak, manis dan masam.

Resepi Puding Roti Berkuah 10 keping roti keping 2 tin susu cair 3 biji telur 4 sudu besar gula ( boleh tambah jika suka lebih manis) 1 sudu teh vanillla 100 g kismis 2 sudu besar mentega
Cara membuatnya

1. Potong kecil-kecil roti keping dan letak di dalam mangkuk pembakar. 2. Satukan telur. gula dan essen vanilla. kacau hingga rata. Tuang susu cair kedalam adunan telur tadi dan kacau hingga gula larut. 3. Masukkan butter kedalam mangkuk pembakar yang berisi roti. Ratakan mentega tadi pada roti dengan menggunakan sudu. 4. Taburkan pula dengan kismis dan last tuangkan adunan susu dan telur ke atas roti. Rendam roti ke dalam susu hingga rata dan bolehlah di bakar atau di kukus. Bakar dalam oven 150 darjah celcius selama 30 -40 minit. 5. Hidangkan dengan kuah/sos kastad dan puri buah-buahan. Resepi Sos Kastad 2 cawan susu cair 1 sudu makan tepung kastad atau tepung jagung( di larutkan dengan sedikit air.) 2 sudu makan gula Cara membuatnya **Satukan semua bahan dalam periuk dengan api perlahan. Kacau hingga kuah dah mula pekat. Sejukkan dan boleh di hidangkan.

Like One blogger likes this post.

You might also like