You are on page 1of 22

PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 JUMLAH

BML 3083
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

TUGASAN 1 DAN TUGASAN 2


KUMPULAN EL-A04 DISEDIAKAN OLEH NAMA NORSHIDA BT ABU BAKAR @ AHMAD NO. ID D20102042895 NO. TELEFON 013-5011252

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK ABDULLAH BIN YUSUF. TARIKH SERAH : 5 MEI 2012

ISI KANDUNGAN Perkara Tugasan 1 1.0 Pengenalan 2.0 Metafora 2.1 Contoh metafora 2.2 Contoh metafora 2.3 Contoh metafora 2.4 Contoh metafora 2.5 Contoh metafora 3.0 Kesimpulan 4.0 Rujukan Tugasan 2 1.0 Pengenalan - definisi semantikdari beberapa tokoh 2.0 Hubungan Perkataan dengan Makna 2.1 sinonim 2.2 antonim 2.3 polisemi 2.4 homonim 2.5 hiponim 2 11-13 14-15 16 17 18 10 3 4 5 6 7 8 9 2 Muka surat

3.0 Kesimpulan Rujukan

19 20

1.0 PENGENALAN 1.1 Definisi Perkataan Metafora dikatakan berasal daripada perkataan Greek, iaitu meta bermaksud atas, manakala pherein bermakna diangkat. Oleh itu metafora merujuk kepada satu set proses linguistik di mana sesetengah karakteristik sesuatu subjek diangkat ke atas atau dipindahkan kepada objek yang lain. Oleh yang demikian, objek yang kedua dituturkan atau diaplikasikan seolah-olah ia berada pada kedudukan objek yang pertama. Menurut Lakoff & Johnson, metafora melambangkan maksud yang berlainan daripada ekspresi yang diujarkan. Bagi pendapat Hawkes ( 1986 ), Metafora ialah suatu cara untuk mendeskripsikan sesuatu dengan mengatakan bahawa terdapat suatu perkara lain yang mempunyai kualiti terhadap sesuatu yang hendak dijelaskan. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. pula berpendapat bahawa metafora ialah kiasan yang tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti seolah-olah, ibarat, seakan-akan, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama. Menurut Asmah Haji Omar (1996), definisi metafora tidak hanya terbatas sekadar bungabunga bahasa atau bahasa yang indah tetapi lebih dalam daripada pengertian itu di mana metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut. Dr. Muhammad Haji Salleh (2002:135) menjelaskan bahawa perlambangan atau metafora adalah elemen penting di dalam puisi Melayu dan menentukan nilai estetikanya. Metafora terbentuk dengan adanya tindakan untuk membandingkan sesuatu konsep atau abstraksi dengan sesuatu yang konkrit dan lebih dekat atau lebih dikenali oleh masyarakat. Selain objek alam, metafora juga dibentuk dari unsur-unsur lain seperti watak cerita rakyat dan lagenda. Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, metafora bermaksud pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan. Mengikut istilah sastera pula, 3

metafora merupakan gaya bahasa perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna sebenar kata atau frasa tersebut. Kebiasaannya metafora terdiri daripada 2 patah kata seperti kota derita , sayap kecil , kaki pagi dan perigi neraka.

2.1 Contoh Metafora 1 Tajuk Sajak : Burung Kecil Di atas Dahan (halaman 14) Karya Jair Sulai. Gapaian sayap kecil ini Tak sampai ke mana pun Di kitaran ruang maha saujana Selain kembali juga Hinggap di dahan Benar Sayap kecil ini Tak mampu mengepak Sebebasnya Di bawah langit maha khalis Metafora yang terdapat di dalam sajak Burung Kecil Di atas Dahan ialah sayap kecil yang membawa maksud kudrat manusia yang terhad. Manusia insan yang lemah dalam menghadapi cabaran dan permasalahan di dalam kehidupan seharian. Manusia memerlukan pertolongan dan ihsan daripadaNya. Allah SWT berkuasa di atas segala-galanya dan manusia ibarat sayap kecil yang tidak berupaya terbang sesuka hati. Dengan sayap yang kecil manusia tidak berupaya terbang jauh dan terpaksa kembali ke dahan untuk berehat. Penyair menyatakan kelemahan diri sendiri dan manusia lain. Sajak ini mengingatkan manusia agar bersifat tawaduk iaitu tidak berbangga diri dengan segala kekayaan, kuasa dan kecantikan yang dimiliki kerana semua itu tidak membawa manusia ke mana-mana. Penyair percaya sehebat manapun manusia, mereka tetap insan yang lemah, mengharapkan ihsan daripada Allah SWT. Manusia tidak berkuasa untuk mendapatkan segala yang diingini seumpama burung yang tidak 4

akan dapat terbang ke seluruh ruang angkasa. Ruang yang maha saujana membawa maksud seluruh ciptaan Allah SWT. Dari sudut Pendekatan Dakwah, Teori Pengkaedahan Melayu, sajak ini mengingatkan bahawa hanya Allah yang berkuasa ke atas segala-galanya. Perihal burung yang terbang di angkasa juga mendapat sebutan di dalam kitab suci Al-Quran. Burung adalah objek alam yang perlu diperhati dan direnungkan oleh manusia.

2.2 Contoh Metafora 2 Tajuk Sajak : Lambaian Senja ( hal. 73 ) Karya Jair Sulai Kaki pagi semakin jauh tertinggal Daunan waktu pun berguguran satu demi satu Aku semakin siaga menghadapi lambaian senja Mengundang aku merapat ke pelabuhan sepi. Di dalam sajak ini terdapat beberapa metafora iaitu daunan waktu lambaian senja dan kaki pagi, Daunan waktu menerangkan tentang waktu yang tidak kekal selamanya dan akan berkahir seperti gugurnya daun-daun dari pokok. Lambaian senja dan kaki pagi memperlihatkan satu kaedah penciptaan metafora di mana unsur alam dan manusia telah dihubungkan. Kaki pagi terhasil dari tindakan memberikan anggota badan dan deria rasa manusia kepada sesuatu konsepsi atau objek yang tidak bernyawa. Ahli falsafah Itali Giambattista Vico menyifatkan kaedah pembinaan metafora seperti ini sebagai anthropomorphic metaphore . Beliau menulis tentang metafora jenis ini sebagai expressions referring to inanimate objects formed by transfers from the human body and its parts, from human senses and human passions (Ullmann,84) Contoh-contoh lain termasuklah ungkapan-ungkapan seperti di tangan takdir, di kaki gunung', 'di dada rimba',dan 'mata pena'. Ungkapan lambaian senja memperlihatkan satu lagi kaedah pembentukan metafora iaitu memberikan pekerjaan melambai yang biasanya dilakukan oleh manusia kepada Senja. Di dalam puisi ini penyair memperkatakan tentang peredaran hari. iaitu pagi yang telah jauh ditinggalkan, senja yang menjelma dan malam yang kian menjelang. Perjalanan hari sepatutnya mengingatkan manusia kepada perjalanan usianya. Senja merupakan waktu yang 5

kerap digunakan di dalam puisi. Warna senja yang merah bercampur jingga adalah warna senja yang melambang kesementaraan hidup manusia. Kedatangan waktu senja adalah petanda bahawa kehidupan itu telah menghampiri penghujungnya.

2.3 Contoh Metafora 3 Tajuk Sajak : Penanam Benih (hal:9) Karya Jair Sulai Sewaktu di ruang perhentian ini Kita hanya penanam benih Di halaman taman kasih yang abadi Kalau benih yang terbaik Pasti tumbuh menghijau dan berbuah lebat Kerana bertunjangkan hakiki Kita akan tetap dapat memetik Dan mengecapi buahnya pada musim terakhir Dan ketika itu kita pun berbahagia Ini, tentulah yang abadi Yang memberikan zat Pulangan suci kepada kita. (9). Di dalam sajak ini unsur metaforanya berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan iaitu penanam benih dan buah . Penyair menyifatkan manusia sebagai penanam benih. Sekiranya manusia banyak melakukan amalan yang baik, hasilnya akan dapat dituai di hari pembalasan nanti. Begitulah diibaratkan seperti menanam benih, manusia akan mendapat hasil apabila ia mengeluarkan buah. Jika biji benih itu dijaga dengan baik maka manusia akan mendapat hasil yang baik begitulah sebaliknya. Percambahan benih menjadi bukti kekuasaan dan kasih sayang Allah sepertimana yang diterangkan di dalam ayat yang bermaksud Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih. Yakni angin itu membawa awan 6

yang mengandungi air hujan, angin juga membawa debu bunga jantan kepada bunga betina, dari sebatang pokok ke pokok yang lain, dari hasil pertemuan itu lahirlah buah-buahan (Surah alHijr, ayat 22)

2.4 Contoh Metafora 4 Jodol antologi diambil dari sajak berjodol Sungai Hayat (hal 38) . Sungai Hayat Ini sungai berliku Airnya sekeras batu Arusnya mata pisau Muaranya tanda tanyaku Dengan nyali keyakinan Di sini kukayuh sampan harapan Pada airnya kusaring kelembutan Pada arusnya kujaring kebeningan Ini sungai berliku Mengapungkan degup rinduku Mengalirkan pijar cintaku Ke samudera Maha Khalikku Penyair ini menggunakan sumber metafora dari alam jagat raya iaitu sungai dengan meyifatkan perjalanan sebatang sungai sebagai perjalanan diri atau perjalanan hidup menempuh pelbagai kejadian. Pada pandangan Penyair, perjalanan hidup bukanlah sesuatu yang mudah. Ia adalah umpama berdayung di sebatang sungai yang airnya tidak lembut, malah keras seperti batu. Di dalam hidup kita akan menemui perkara-perkara yang menyakitkan. Hal ini diibaratkan seperti arus sungai yang kadang-kadang tajam seperti mata pisau. Seperti arus sungai, perjalanan hidup membawa kita ke suatu destinasi atau menuju masadepan yang tidak dapat ditentukan ataupun diramal. Hal ini dilambangkan oleh ungkapan muaranya tanda tanyaku Namun begitu 7

penyair telah membina keberanian dan keyakinan diri untuk terus melangkah. Selain sungai hayat, ungkapan yang berupa metafora yang terdapat di dalam sajak ini ialah sampan harapan yang membawa maksud sesuatu yang amat diperlukan di dalam menjalani kehidupan ini.

2.5 Contoh Metafora 5 Tajuk Sajak : Bahtera Hidup (halaman 19) Karya Jair Sulai. Sewaktu pelayaran bahtera hidup Di samudera fana ini Hanya kemudi iman yang teguh Meluruskan arah tujuanya Meski dilanda badai dan Dioleng arus gelombang dugaan. namun yang memastikan ke mana haluan bahtera hidup adalah nakhoda minda yang arif tentang ilmu pelayaran Kerana tali kemudi iman Terletak dalam genggamannya Sajak ini menggunakan lambang laut sebagai metafora yang membawa maksud perjalanan manusia di dalam kehidupan dan perjalanan menuju ke akhirat. Kita mesti berhati-hati dalam melayari kehidupan yang penuh dengan cabaran seperti laut yang bergelombang . Laut yang luas dan bertenaga adalah juga lambang kekuasaan Allah SWT. Sajak ini mengandungi peringatan bahawa manusia adalah pelayar yang mengharungi samudera dan mereka memerlukan pertolongan Allah agar tidak karam dan tenggelam di lautan yang dalam. Pemikir8

pemikir Islam turut membandingkan kehidupan di dunia sebagai satu pelayaran di tengah lautan yang dalam. Contohnya, Syeikh Abdul Qadir Jailani pernah menyebut, Wahai anakku, dunia ini adalah samudera, dan iman adalah perahunya. Angin haluan adalah ketaatan, sementara pantai itu adalah ibarat akhirat (2003: 157). Ucapan dibuat di Madrasah al-Mamurah, 9 Zulkaedah 545 H.

2.0 Kesimpulan Sebagai rumusan dapat dikatakan bahawa seorang penyair memerhatikan tingkah alam dan mempelajari perlakuan alam untuk melahirkannya di dalam metafora bagi menyampaikan maksud puisi. Selain alam, pemikiran di dalam puisinya turut dibentuk oleh tingkah laku manusia. Dua faktor ini, iaitu alam dan manusia, mencorakkan kreativitinya. Mesej mesej yang baik dan positif adalah menepati ciri-ciri yang digariskan oleh Teori Pengkaedahan Melayu sejak zaman berzaman dimana sastera membawa mesej ke arah kebaikan dan kebajikan. Kita dapat menyimpulkan bahawa metafora, atau kias ibarat, adalah antara alatan terpenting sastera Melayu sejak awal lagi, melalui zaman tulisan, hinggalah ke zaman mutakhir. Oleh sebab orang Melayu lebih suka menyampaikan makna secara tidak langsung, maka ini menjadi amat penting, malah menjadi satu ciri dasar dalam estetikanya. ( 1,500 pp)

Rujukan: Jair Sulai, Sungai Hayat, 2006,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Bisri, Mustofa. 1991. Ohoi: kumpulan puisi-puisi balsem. Jakarta: Pustaka Firdaus. -1993. Tadarus. Yogyakarta: Prima Pustaka. .-1995. Pahlawan dan tikus. Jakarta: Pustaka Firdaus Braginsky, V.I. 1994, Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Harun Mat Piah, 1997, Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi, Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang, 1998. Teori dan Kritikan Kesusasteraan Melayu (Bahagian Pertama), Dewan Sastera, Julai: 7- 9. Hashim Awang, 1998. Teori dan Kritikan Kesusasteraan Melayu (Bahagian Kedua), Dewan Sastera, Ogos: 7- 9. Hashim Awang, 1998. Teori dan Kritikan Kesusasteraan Melayu (Bahagian Ketiga), Dewan Sastera, September: 7- 11. Muhammad Haji Salleh, 2000. Puitika Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 10

Rahman Shaari, 1993. Memahami Gaya Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://zurinahhassan.blogspot.com/2011/01/menyusur-metafora-dalam-sungai-hayat.html.

TUGASAN 2 1.0 PENGENALAN Perkataan semantik berasal daripada bahasa Yunani sema yang bererti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang kajian yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa. Selain istilah semantik, sejarah ilmu linguistik terdapat beberapa istilah lain yang digunakan seperti semiotik, semiologi dan semasiologi. Namun Istilah semantik lebih digunakan kerana istilah ini hanyalah makna atau erti yang berkenaan dengan bahasa sebagai alat komunikasi verbal. Menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Pada dasarnya, semantik ialah bidang ilmu yang mengkaji makna pada peringkat kata, frasa, ayat dan hubungannya dengan idea, konsep dan perkataan. Menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985), bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. John Lyons (1981) dalam bukunya berkata, menurut satu teori yang dapat diterima, makna adalah idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur kepada pendengarnya yang akan menghasilkan satu bahasa atau satu bahasa yang lain. Menurut Harimurti Kridalaksana (1949) pula, semantic adalah bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Semantic juga disebut sebagai satu sistam penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. Semantara Katz (1972:1) pula menyebut semantic ialah kajian

11

tentang makna linguistic yang membicarakan tentang apakah yang ditonjolkan dalam ayat atau lain-lain dalam linguistic.

2.0 Hubungan Perkataan Dengan Makna Menurut Abdullah Hassan (1981) kata-kata mengandungi makna dan bagaimana kata-kata itu berhubungan sebenarnya bergantung pada bagaimana pengguna sesuatu bahasa tersebut menyusun segala pengalamannya dalam ungkapan yang berbentuk kata-kata. Setiap perkataan dalam suatu bahasa dikatakan mempunyai hubungan yang erat di antara satu sama lain. Banyak faktor yang melibatkan interpretasi makna dan amat sukar memastikan ketepatan makna. Hubungan antara makna perkataan berdasarkan : (a) Kata Sinonim (kesamaan makna) (b) Kata Antonim ( perbezaan makna/berlawanan/bertentangan) (c) Kata Homonim ( kesamaan ejaan dan sebutan) (d) Kata Polisim (banyak makna) (e) Kata Hiponim (struktur makna) Setiap hubungan kata-kata boleh dilihat dari sudut kesinambungan dengan kata-kata lain dalam bahasa yang sama, perbandingan bahasa dan sudut komponen makna tersebut makna kata-kata tersebut.

2.1 SINONIM Perkataan sinonim berasal daripada bahasa Yunani kuno, iaitu anomadan syn yang bererti dengan. Maksud sinonim ialah (ungkapan iaitu perkataan, frasa atau ayat yang makna lebih kurang sama dengan makna ungkapan lain) Memang sukar mencari makna seratus peratus sama, jadi memadailah kita mencari makna yang terdekat sahaja. Abdullah Hassan (1981)

12

menjelaskan lagi bahawa, memang agak sukar untuk memberi satu takrif yang menyeluruh dalam definisi kata-kata sinonim ini. Oleh sebab bentuknya berbeza, maka maknanya pun tidak seratus peratus sama. Perkataan mati dan meninggal bersinonim, tetapi ayat (1) berikut mengandungi perkataan mati tidak dapat diganti dengan perkataan meninggal ayat (2). 1. Ayam itu mati digelek oleh lori. 2. Ayam itu meninggal digelek oleh lori. Sifat sinonim boleh berlaku pada pelbagai tahap bahasa, iaitu: 1. Antara morfem (yang bebas) dengan morfem (terikat), contohnya: (a) Itu buku dia Itu bukunya 2. Antaranya perkataan dengan perkataan, contohnya: Kerana dengan sebab Kasih dan sayang 3. Antara frasa dengan frasa, contohnya: Ibu bapa dengan orang tua Meninggal dunia dengan pulang ke rahmatullah Terdapat beberapa perkara tentang gejala sinonim yang menarik perhatian iaitu : Pertama (tidak semua perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai sinonim). Contohnya, beras, salji, dan batu tidak mempunyai sinonim. Kedua ( ada perkataan bersinonim pada bentuk dasar, tetapi tidak bersinonim pada bentuk terbitan) contohnya perkataan benar bersinonim dengan betul tetapi kebenaran tidak bersinonim dengan kebetulan. Ketiga, (ada perkataan yang tidak mempunyai sinonim pada bentuk dasar, tetapi memiliki sinonim pada bentuk terbitan). Contohnya, jemur tidak mempunyai sinonim, tetapi menjemurkan bersinonim dengan mengeringkan, dan berjemur bersinonim dengan berpanas. Keempat, (terdapat perkataan yang mengikut erti sebenarnya tidak mempunyai sinonim, tetapi dalam erti kiasan mempunyai sinonim). Contohnya hitam tidak mempunyai sinonim, tetapi 13

dalam erti kiasan mempunyai beberapa sinonim, seperti gelap, buruk dan jahat. Interpretasi kedua-dua perkataan ini juga mungkin berbeza dari seorang ke seorang. .

2.1.0 Jenis Sinonim dan Contohnya 2.1.1 Sinonim Pinjaman Belalang bermakna patung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau. Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah.

2.1.2 Sinonim Konteks Perkataan Jemput dan undang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Nota: Konteks mewujudkan perkataan yang sama makna. 2.1.3 Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi, manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.

2.1.4.Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, 1. Terdapat banyak kereta terpakai yang tidak laku kerana berlaku kemerosotan ekonomi. 14

2. Ramai pelajar yang tgembiri setelah lulus peperiksaan. Perkataan banyak boleh digunakan, sama ada bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda, tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Jika anda menyebut Banyak pelajar yang gembira setelah lulus peperiksaan tersebut akan menunjukkan makna yang salah. Alasannya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.

2.2 ANTONIM Perkataan antonim berasal daripada perkataan Yunani kuno, iaitu anoma yang bererti nama dan anti yang bererti melawan. Oleh itu, antonim bermaksud perkataan yang maknanya dianggap berlawanan atau kebalikan daripada perkataan lain. Contohnya ialah baik/buruk, tinggi/rendah dan panjang/pendek. Bagi perkataan yang tergolong dalam kata sifat, biasanya perkataan lawannya mudah dikaji tetapi bagi kata kerja, tidak semua kata kerja mempunyai lawan. Contohnya kita tidak dapat menentukan lawan bagi berjalan, bermain, duduk, memasak, mandi, dan sebagainya. Pertentangan makna ini juga bergantung pada konteks dan budaya. Contohnya perkataan tinggi mungkin bertentangan makna dengan rendah atau pendek, kaya dengan fakir ataumiskin dan sebagainya. Bagaimanapun kita boleh melawankan atau mempertentangkan perkataan seperti menolak-menerima, keluar-masuk, membuka-menutup, menangis-ketawa, mendedahkanmenyembunyikan dan sebagainya. Bagi perkataan nama, demikian juga keadaannya. Kita boleh menentukan kata berlawanan bagi perkataan langit, ibu, kakak, malam dan sebagainya tetapi tidak untuk perkataan seperti perang, kertas, cawan, bakul, tali, sayur, daun, meja, dan sebagainya. Secara mudah, antonim dapat dikatakan sebagai perkataan berlawan maksudnya, misalnya sejuk lawannya panas, panjang lawannya pendek, besar lawannya kecil, tinggi 15

lawannya rendah. Bagi perkataan yang tergolong sebagai kata sifat, biasanya perkataan lawannya mudah dikaji tetapi bagi kata kerja, tidak semua kata kerja mempuyai lawan, misalnya, kita tidak dapat menentukan lawan bagi berjalan, bermain, duduk, memasak, mandi dan sebagainya. Bagaimanapun, kita boleh melawankan atau mempertentangkan perkataan seperti menolakmenerima, keluar-masuk, membuka-menutup, menangisketawa, mendedahkanmenyembunyikan dan lain-lain lagi. Bagi perkataan nama, demikian juga keadaannya. Kita boleh menentukan perkataaan berlawan bagi perkataan 'bumi-Iangit', 'malam-siang', 'pagi-petang', 'kawan-musuh' dan lain-lain tetapi tidak untuk perkataan-perkataan seperti parang, kertas, cawan, bakul, tali, sayur, meja,lembu dan sebagainya.

Ragam antonim 1) antonim kompremental - pasangan yang saling melengkapi (tidak akan sempurna tanpa disertakan dengan pasangannya). Contoh : baik - jahat, kaya - miskin 2) antonim berperingkat - pasangan yang berperingkat apabila berpenegatifan sesuatu kata tidak bersinonim dengan sesuatu kata yang lain. Contoh : kurang murah - lebih mahal 3) 4) antonim radisional - menggambarkan makna yang semitrikal bagi pasangannya. antonim resiprokal - mengandungi pasangan yang berlawanan atau bertentangan dalam Contoh : guru - murid, pesuruh -- penyuruh makna tetapi fungsinya berkait rapat dan merupakan hubungan timbang balik. Contoh : memberi - menerima 2.2.0 Jenis Antonim dan Contohnya 2.2. 1 Antonim Berpasangan Misalnya perkataan siang lawannya malam. Perkataan perkataan tersebut menunjukkan makna yang berlawan tentang alam semula jadi. 2.2.2.Antonim Berperingkat

16

Antonim ini dinamakan antonim berperingkat kerana terdapatnya peringkat, sama ada usia, ukuran, bentuk dan sebagainya. Peringkat ini berasaskan kata sifat atau kata yang menunjukkan kead aan dalam kategori yang sama sahaja. Contohnya ialah muda lawannya tua dan tinggi lawannya rendah. 2.2.3 Antonim Berhubungan (Kata Bertentangan yang Berhubungan) Maksud antonym ini ialah perkataan yang berlawan makna tetapi mempunyai hubungan. Misalnya pensyarah lawannya pelajar. Jelasnya, jika ada pensyarah, pelajar pun wujud. 2.3 POLISEM Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan secara konseptual (Kuiper & Allan, 2004: 55). Abdullah Hassan (2006: 231) pula memberikan maksud perkataan yang semula jadi mempunyai banyak makna. Kesamaan bunyi dan bentuk ejaan tetapi berbeza makna di dalam konteks yang berlainan. Banyak perkataan dalam bahasa Melayu yang sama ejaannya tetapi berbeza maknanya apabila digunakan dalam konteks yang berlainan., (2) Orang yang mengetuai negara, kampung dan sebagainya. (3) bahagian yang letaknya di atas (di hadapan sekali) dan (4) akal; fikiran; otak. . Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan secara konseptual. Perkataan yang semula jadi mempunyai banyak makna. Ketaksaan struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. 2.3.1 Polisem Tulen Berdasarkan sebuah kamus, kata polisem mengandungi satu senarai makna yang berlainan yang kesemuanya dihuraikan bawah satu kata masukan sahaja. Contohnya, kata pelat bermakna kurang betul cara pengucapan dan gaya tertentu mengucapkan sesuatu ungkapan (Kamus Dewan, 2000: 999). Terdapat dua makna berlainan wujud yang bermaksud polisem tulen. Pada situasi lain pula, jika sesuatu perkataan sekadar mempunyai sama sebutan atau sama ejaan dibentuk sebagai kata masukan berlainan, maka perkataan berkenaan bukan tergolong dalam polisem yang mempunyai banyak makna.

17

2.3.2 Polisem Konteks Jika anda melihat secara teliti makna sesuatu perkataan, maka terdapat perkataan yang mempunyai makna yang berlainan yang bergantung pada konteks. Misalnya kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa makna lawan, seperti dalam ayat Kita tentang secara habis-habisan. Contoh lain ialah perkataan bisa yang membawa sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan boleh. 2.4.HOMONIM Perkataan Homonim berasal daripada bahasa Yunani kuno, iaitu anoma yang bererti nama dan homo yang bererti sama. Homonim diertikan sebagai ungkapan (perkataan, frasa atau ayat) yang bentuknya sama dengan ungkapan lain tetapi maknanya tidak sama. Contohnya: Buku i. bererti keras pada tempat pertemuan dua ruas buluh, tebu dan sebagainya Buku ii. bererti beberapa helai kertas berjilid yang bererti tulisan untuk dibaca atau bererti ruang-ruang kosong untuk ditulis. Di dalam kamus, perkataan berhomonim ditandai dengan angka roman yang diletakkan selepas setiap entri yang berhomonim itu. Contohnya: Buku i Buku ii Homonim terbahagi 2 iaitu homofon dan homograf. Homofon dilihat dari segi bunyi (homo=sama, fon=bunyi). Contohnya buku-bunyi dan ejaannya sama. Homograf dilihat dari segi tulisan / ejaan (homo=sama, graf=tulisan). Sebutan sama tetapi ejaan berbeza. Contohnya bang (azan) dengan bank (institusi kewangan- mengikut sebutan baku). Ada juga perkataan yang ditulis sama seperti tetapi sebutan berbeza. Contohnya mengerat (memotong) dan mengeratkan (merapatkan). Ini kerana huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e pepet dan e taling. Terdapat perkataan-perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan sebutan dan maknanya. Contohnya: Ejaan bunyi makna Perang [peran] perang, pergaduhan Semak [sema] belukar 18

[sema?] meneliti Honmonim merujuk kepada homofon dan homograf (Finegan, 2004: 195-196). Homofon pula bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan (O Grady, 2000: 120-121). Manakala homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan (Finegan, 2004: 195). Homofon Penggunaan dua bahasa, antara perkataan nun yang menunjukkan jauh di sana dan noon (tengah hari) dalam bahasa Inggeris. Homograf Contohnya bedak (bahan yang disapu pada muka lazimnya) dan bedak (bahagi sesuatu). 2.5 HIPONIM (a) Kata Hiponim (struktur makna) Perkataan hiponim berasal daripada Yunani kuno, iaitu anoma yang bererti nama dan hypo yang bererti di bawah. Hiponim ialah ungkapan yang maknanya dianggap merupakan sebahagian daripada makna ungkapan lain. Contohnya bawal ialah hiponim terhadap perkataan ikan, oleh sebab bawal adalah termasuk makna ikan. Bawal memang ikan tetapi, ikan bukan hanya bawal, sebaliknya meliputi pelbagai ikan-ikan lain seperti ikan cencaru, haruan dan keli. Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hirarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat (O Grady, 2000: 119-120 Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan (Abdullah Hassan, 2006: 233). Dalam sesetengah bahasa lain, golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika anda dapat meneliti struktur tatatingkatnya. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, saya mendedahkan kepada anda dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang linguistik makna, 2.5.0 Jenis Hiponim 2.5.1. Hiponim Tulen Hiponim Tulin ialah perkataan yang mencakupi dua perkataan yang segolongan dengannya, misalnya perkataan padi iaitu beras dan nasi. 2.5.2. Hiponim Umum 19

Hiponim ini bermaksud satu perkataan yang menjadi kata nama umum, seperti rumah teres dan rumah banglo. Ini bererti bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan rumah untuk membentuk satu komponnen kata nama am. maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hierarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat. Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan. 3.0 KESIMPULAN Kesimpulannya bahasa merupakan satu kaedah pemprosesan bagi kita untuk mengetahui makna. Jelas bahawa sesuatu yang bermakna akan wujud apabila terdapat sesuatu yang ditunjuk. Bahasa melambangkan sesuatu objek atau mendukung konsep tertentu. Semua lambang mestilah bermakna . Hubungan lambang dengan benda atau konsep akan mewujudkan tanda linguistik .Hubungan antara lambang dengan benda/perkara/peristiwa merupakan sesuatu yang kompleks. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa sesuatu bahasa itu terutamanya bahasa melayu adalah begitu indah, kompleks ,dinamik serta menakjubkan. (2,143 pp)

20

RUJUKAN 1. Asmah Haji Omar (2009),Nahu Melayu Mutakhir,Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)

2. Nik Safiah Karim,Farid M Onn,Hasyim Haji Musa,Ab Hamid Mahmood (2009) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

3. Asmah Haji Omar (2008) Ensiklopedia Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 4. Nathesan (2008),Makna Dalam Bahasa Melayu Edisi ke dua Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 5. Asmah Haji Omar(2000),Kepelbagaian Struktur Makna: sinonim, antonim Pelita Bahasa 6. Modul UPSI KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu

7. Abdullah Hassan (2006). Linguistik am. Kuala Lumpur: PTS Professional.

21

22

You might also like