You are on page 1of 44

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV3104 )


KUMPULAN / UNIT : PPG FEB. 2012 / SEMESTER 3 JAN 2013 / K5 NAMA PENSYARAH : ENCIK PUTRA ABD RAHMAN BIN IBRAHIM NAMA PELAJAR : SITI FATIMAH BINTI HARUN ( 660110026142) SAAIDI BINTI SUDIN ( 680611025402 ) NORBANI BINTI HAMID ( 670728025124 ) : 06 APRIL 2013

TARIKH SERAHAN

Soalan Tugasan Kumpulan 5


Pengurusan aktiviti dalam dan luar bilik darjah.
Aktiviti individu, kumpulan dan aktiviti kelas Aktiviti dalam bilik darjah Aktiviti luar bilik darjah

Jenis Aktiviti dalam P&P

Individu Kumpulan Kelas

AKTIVITI INDIVIDU

AKTIVITI INDIVIDU
Merupakan pembelajaran satu di kaedah mana murid pengajaran berpeluang dan untuk

menjalankan
bersendirian.

aktiviti

pembelajaran

secara

Murid lebih banyak berinteraksi dengan bahan di pusat-pusat pembelajaran. Aktiviti individu juga turut memberi peluang kepada murid mendapatkan perhatian secara personal

daripada guru

Sambungan
Peluang untuk mengukuhkan nilai murni seperti berdikari dan kerajinan adalah tinggi Peluang untuk murid menumpukan kebolehan

istimewa yang ada padanya bagi meningkatkan kefahaman tentang sesuatu konsep Murid adalah bebas untuk mencuba dan meneroka dengan gaya tersendiri

Sambungan
Murid berpeluang untuk mengaplikasikan akan kemahiran berfikir seperti membuat perbandingan, menganalisis dan menyelesaikan masalah.

Murid dapat bergiat secara aktif untuk menjalankan aktiviti


binaan dari bongkah, bermain dengan doh ataupun bermain suai pasang.

Contoh-contoh aktiviti individu


Melukis gambar Menggunting / menampal Menguntai manik / bunga Membaca buku kecil / buku bacaan Menyusun bongkah

AKTIVITI KUMPULAN

AKTIVITI KUMPULAN
Merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang

sama atau berbeza-beza di antara satu kumpulan


dengan kumpulan yang lain. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara

kolaboratif untuk memperolehi hasil yang sama

Sambungan
Murid-murid dapat belajar melalui rakan sebaya mereka dalam aktiviti ini. Aktiviti kumpulan mampu memupuk kemahiran

sosial dan penyelesaian masalah.


Ianya juga boleh menerapkan nilai-nilai murni

Contoh-contoh aktiviti kumpulan


Cantuman puzzel Menyusun huruf

Main pondok
Berkebun

Menyusun perkataan
Menyusun gambar bersiri

Penerokaan
Kolaj Capan

AKTIVITI KELAS

AKTIVITI KELAS
Melibatkan seluruh kelas menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama secara serentak. Aktiviti kelas dapat memupuk kemahiran bersosial Aktiviti ini juga mampu memupuk nilai murni seperti kerjasama, hormat-menghormati, keadilan dan semangat bermasyarakat. Dalam masa yang sama juga, aktiviti kelas mampu memupuk kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

Sambungan
Aktiviti ini digunakan memberi dan apabila guru menyampaikan bercerita, akhir

maklumat, bersoal

arahan, membuat

penerangan, refleksi

jawab

pada

pembelajaran.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan secara kelas adalah


menyanyi beramai-ramai, berlakon, mendengar cerita dan menonton pertunjukkan boneka.

Contoh-contoh aktiviti kelas


Bercerita

Circle time (perbualan pagi, pesanan, hasil kerja, rumusan


selepas pembelajaran, penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan) Nyanyian / gerakan Lawatan (pengalaman secara langsung)

Aktiviti dalam kelas

Melalui Pembelajaran Dalam Bilik Darjah (PDBD), sesi pengajaran dan pembelajaran perlu menyeronokkan pelajar supaya mereka minat untuk belajar.
Guru perlu merancang aktiviti yang akan dijalankan. Aktiviti juga perlulah sentiasa berubahubah. Biasanya aktiviti dijalankan secara individu, kumpulan atau kelas.

1. Iklim bilik darjah Faktor fizikal Faktor sosial Faktor emosi 2. Kesihatan pelajar 3. Teknik pengajaran

Aspek Fizikal -Penyusunan meja adalah teratur -Kebersihan kelas -Unsur pengudaraan & pengcahayaan yang baik Aspek Sosial -Merujuk kepada perhubungan & corak interaksi di antara murid dengan murid. -Murid dapat berinteraksi dalam pembelajarannya dengan mudah.

Aspek Emosi Menarik minat murid, masyarakat, guru Berfungsi sebagai pemangkin untuk kembangkan minat, bakat, kreativiti dan

inovatif
Wujudkan suasana interaksi sesama murid

Galakkan pendedahan pelbagai budaya

Memainkan peranan penting dalam P&P. Guru perlu mengetahui tahap kesihatan pelajar, misalnya pelajar yang mempunyai alahan terhadap sabun tidak boleh diberikan tugasan membersih alatan seni. Pelajar yang mempunyai masalah penglihatan

juga tidak boleh diletakkan di bahagian belakang


bengkel seni ketika P&P dijalankan.

P&P yang membosankan akan menyebabkan

pelajar tidak berminat dengan PSV.


Guru PSV sepatutnya kreatif dalam mencipta atau mempelbagaikan aktiviti P&P. Perancangan & pelaksanaan aktiviti hendaklah sesuai dengan tahap usia murid. Misalnya aktiviti kolaj untuk murid tahun 3 dengan murid tahun 6 berbeza.

Diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk kontekstual. Untuk memastikan PLBD dilaksanakan dengan lebih berkesan, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) bagi membantu guru menjalankan PLBD.

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian PLBD seperti berikut: Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.

Objektif-objektif PLBD merangkumi tiga domain pembelajaran, iaitu domain pengetahuan, domain sikap dan domain kemahiran. Antaranya ialah: Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas. Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan.

Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual.
Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar.

Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan. Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat. Menerapkan nilai-nilai murni.

Tiga model PLBD dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD:


Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah. Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah. Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) (Lawatan terancang & berintergrasi ilmu)

Sebelum PLBD

Semasa PLBD
Selepas PLBD

Menetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam sukatan, sikap dan kemahiran). Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD. Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD dan ibu bapa. Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program LPBD. Mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungi . Membuat tempahan tempat dan pengangkutan.

Memastikan bas mempunyai insuran penumpang, permit perjalanan dan dua orang pemandu.
Memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk murid. Memastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk sekumpulan sepuluh orang murid Membahagikan murid kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua bagi setiap kumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan di sepanjang lawatan

Melawat tempat PLBD dan merancang aktiviti Memberi taklimat kepada murid tentang keselamatan, peraturan dan tanggung jawab masing-masing Membahagikan tugas & tanggung jawab kepada murid Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-alat seperti kamera, perakam audio dll).

Mengetahui dan menyedari tujuan dan objektif lawatan.

Menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti lawatan. Melatih teknik-teknik mengumpul maklumat. Mengetahui dan memahami tanggung jawab diri dan kumpulan.

Memahami peraturan dan aturcara lawatan.


Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatan.

Memahami keperluan-keperluan keselamatan.

Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga.

Memberi bantuan bila diperlukan.


Mengalakkan murid menanya soalan untuk mendapat maklumat. Membuat pemerhatian secara langsung. Mengumpul dan merekod maklumat. Mematuhi peraturan-peraturan lawatan. Berkerjasama dalam kumpulan.

Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid. Membimbing murid membuat rumusan. Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD (termasuk pengurusan & pengelolaan aktiviti). Menyusun maklumat yang dikumpul.

Menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan.

Menyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau kumpulan lain.


Menyediakan laporan. Menghantar / membentang hasil / laporan.

Membincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada).

Aktiviti luar kelas


Murid-murid mampu meneroka sendiri bahan berdasarkan pengajaran yang telah dijalankan oleh guru.
Membuat binaan ; murid akan membawa sendiri bahan dari rumah seperti kotak tisu, botol dan akan berfikir terlebih dahulu produk yang akan dilakukan. Ini membolehkan mereka berimaginasi tentang apa yang bakal dihasilkan nanti. Membawa kerja PSV yang tidak disiapkan lagi ke rumah membolehkan mereka berkarya dengan lebih kreatif pabila mendapat bantuan/ idea dari keluarga dan mewujudkan kemesraan..

Contoh aktiviti luar kelas

Lukisan Montaj Assemblaj Gosokan

Kolaj
Wau

Aktiviti di luar kelas

Guru dapat kenal pasti punca dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan. Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran PSV di sekolah, atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain.Hal ini kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan dan berdaya maju.

Sumber rujukan
Kasnan Ab Karim, Ramlah bt. Jantan, Akmal Hisyam Arshad, Siti Norsyafika Kamarudin (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. http://skdua.blogspot.com/2006/09/pengelolaan-pengajaran-dan.html

http://ppdkerian.edu.my/prasekolah/kurikulum/index.htm
http://www.phirgo.co.cc/2010/05/pengelolaan-kelas.html http://ayamj.blogspot.com/2010/05/strategi-pengelolaan-kelas.html

http://www.maiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan/pendidikan/tadikaislam.html

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like