You are on page 1of 6

TAJUK DAN BIDANG KAJIAN Tajuk Jurnal Sumber : Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak Dan Ekspresi Emosi Ibu

u Bapa : Prosiding Konferen Antarabangsa Pendidikan Guru, Penyertaan

Bersama UPI & UPSI, Bandung Indonesia. Penulis : Norli Jamil ( Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Sains

Kognitif dan Pembangunan Manusia, UPSI

Di dalam jurnal ini pengkaji mengkaji samada hubungan antara tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekspresi emosi ibu bapa. Kajian ini menjelaskan bahawa tingkah laku emosi kanak-kanak mempunyai hubungan dengan ekspresi positif ibu bapa dan ekspresi negatif ibu bapa. Kajian ini lebih tertumpukan kepada aspek tingkah laku emosi kanak-kanak yang dipengaruhi oleh peranan keluarga atau ibu bapa yang menjadi model ekspresi yang membentuk tingkah laku emosi kanakkanak samada positif atau negatif. Pengkaji juga, menggunakan pendapat pengkaji yang lepas sebagai sandarannya untuk mengkaji bidang ini iaitu keluarga atau ibu bapa sebagai sosialisasi yang mempengaruhi tahun-tahun awal kanak-kanak seharusnya menjadi model ekspresi kepada kanak-kanak dan memberi peluang kepada mereka untuk mengingati dan memahaminya (Cassiddy, ParkeButkovsky & Braungart, 1992; Cummings and Davie,1994;Denham et.al, 1990; Dunn, 1995 dan Dunn & Munn, 1987). Kajian melihat perbezaan tingkah laku emosi kanak-kanak ini hanya terhad kepada yang berumur 5 tahun dan 6 tahun sahaja yang melibatkan seramai 101 sampel. Manakala sampel ysng digunakan pengkaji terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun dari 11 buah tadika KEMAS Semenanjung Malaysia.

FOKUS KAJIAN

Di dalam jurnal ini secara umumnya pengkaji mengkaji hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekspresi emosi ibu bapa akan tetapi terdapat beberapa fokus kajian yang khusus tertumpu kepada beberapa komponen iaitu: 1. Pengkaji melihat sudut perbezaan ekspresi ibu bapa mengikut status 2. Melihat sudut perbezaan ekspresi ibu bapa mengikut status sosioekonomi; 3. Melihat sudut perbezaan ekspresi ibu bapa mengikut pendidikan 4. Melihat sudut perbezaan ekspresi ibu bapa mengikut umur

5. Melihat sudut perbezaan tingkah laku emosi kanak-kanak mengikut umur 6. Menentukan hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak denga ekspresi emosi positif ibu bapa; 7. Menentukan hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak denga ekspresi emosi negatif ibu bapa;

PERMASALAHAN KAJIAN

Mengikut pengkaji, perkembangan sosioemosi sangat penting untuk melindungi kanak-kanak berdepan dengan masalah stress dan merupakan langkah pencegahan awal bagi membendung masalah tingkah laku masalah emosi yang serius. Menurut pengkaji, kajian mendapati kanak-kanak yang berkebolehan meluah perasaan dan berkeinginan lebih baik dalam tingkah lakunya boleh berada dalam keadaan yang harmoni di dalam pergaulan sosialnya sebaliknya jika tidak berkemahiran meluah perasaan mereka akan berada dalam sosial tidak stabil. Dari sudut inilah pengkaji membuat inisiatif mengenal pasti permasalahan ini yang jelas setiap kemahiran tingkah laku kanak-kanak mempunyai kaitan yang rapat dengan emosi dan tingkah laku ibu bapa mereka dan suasana persekitaran yang mereka hadapi. Ini kerana komunikasi di antara kanak-kanak dan ibu bapa amat penting dalam

mempertingkatkan kemahiran emosi mereka. Sering kali kajian mengatakan perkembangan sosioemosi kanak-kanak selalu dipengaruhi oleh ibu bapa( Maccoby, Martin 1983) dan juga perkembangan sosioemosi kanak-kanak dengan perspektif sosialisasi keibubapaan ialah tentang ekspresi emosi.(Denham, 1993; Dunn & Brow 1994) Keluarga atau ibu bapa sebagai sosialisasi yang mempengaruhi tahun-tahun awal kanak-kanak merupakan model ekspresi emosi dan terdapat kajian lepas menunjukan terhadap hubungan ekspresi emosi oleh kanak-kanak itu sendiri Oleh itu, pengkaji membuat kajian sejauh mana tingkah laku emosi kanak kanak berkait rapat dengan ekspresi emosi ibu bapa dan kajian perkembangan emosi ini sangat penting kerana emosi merupakan komponen penting dalam kemahiran social mereka. Emosi kanak-kanak selalu dikaitkan dengan tingkah laku sosial mereka yang boleh menyebabkan masalah tingkah laku kepada kanak-kanak itu sendiri ( Carlos Valiente etal). emosi ibu bapa dengan pemahaman

TEORI YANG MENJADI ASAS KAJIAN

Pengkaji, menggunakan teori pembelajaran sosial Albert Bandura sebagai asas kajiannya yang mengatakan pembelajaran tingkah laku seseorang itu adalah melalui pemerhatian yang dibuat atau peniruan. Seseorang itu akan melakonkan apa yang diperhatikan. Berdasarkan teori inilah pengkaji membuat satu tindakan untuk mengkaji sejauh mana tingkah laku ibu bapa mempengaruhi emosi kanakkanak. Berdasarkan teori bandura pengkaji menyatakan kanak-kanak biasanya belajar daripada apa yang sedang dan yang telah terjadi, bukannya daripada apa yang dikatakan atau diberitahu kepada mereka. Boleh dikatakan di sini, teori Bandura menjadi sandaran kerana setiap kanakkanak pastinya akan belajar terlebih dahulu dengan ibu bapanya. Setiap perbuatan dan perkataan atau apa saja yang didedahkan pasti akan menjadi ikutan dan contoh kepada kanak-kanak tersebut kerana ibu bapa atau persekitaran adalah yang paling hampir dan berkesan untuk mempengaruhi tingkah laku emosi mereka berbanding dengan persekitaran luaran atau pihak yang lain seperti guru, rakan sebaya dan persekitaran masyarakat. Penggunaan teori Bandura amat bersesuaian dengan pemasalahan kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

METODE DAN REKA BENTUK KAJIAN

Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif di dalam menjalankan kajiannya. Di mana data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Pengkaji menggunakan kaedah ini melihat kekerapan dan peratus agi data-data demografi dan pengujian hipotesis data dengan menggunakan T Test, Anova Satu Hala dan Kolerasi Pearson. Kajian ini juga, menggunakan dua soal selidik yang telah diubah suai daripada soal selidik Expressiveness Family Questionnaire (FEQ) oleh Halberstadt (1986) dan soal selidik Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak oleh Rohani b. Abdullah (2001). Bagi memastikan keesahan (FEQ), penyelidik merujuk kepada pakar bahasa di UPSI. Pengkaji menggunakan ibu-bapa dan kanak-kanak ( 5- 6 tahun) yang belajar di KEMAS Seluruh Semenanjung Malaysia sebagai responden yang terdiri daripada 101 sampel dipilih iaitu 10 sampel di setiap 11 buah KEMAS. Kaedah kuantitatif merupakan satu kaedah yang paling mudah mendapat data maklumat, namun

begitu pengkaji perlu mendapat keesahan soalan kajian supaya responden dapat memahami kehendak soalan dan dapat memberi jawapan yang telus dan jujur tanpa berat sebelah. Dicadangkan pengkaji juga boleh menggunakan kaedah kualititatif bagi memperolehi data yang lebih berkualiti dan tepat seperti temu ramah.

INSTRUMEN KAJIAN

Alat kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini ialah set soalan soal selidik. Pengkaji membahagi instrumen kajian itu kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A : Maklumat Peribadi Bahagian B : Tingkah Laku Emosi KanakKanak dan Bahagian C : Eksoresi Emosi Ibu Bapa. Pengkaji mengubah suai soal selidik ini daripada soal selidik Expressiveness Family Questionnaire (FEQ) oleh Halberstadt (1986) dan soal selidik Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak oleh Rohani b. Abdullah (2001). Bagi memastikan keesahan (FEQ), penyelidik membuat penterjemahan semula dengan merujuk kepada pakar bahasa di UPSI dan juga diberi kepada dua orang pakar dalam bidang bagi memastikan keesahan kandungannya.

DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah berjaya membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan tingkah laku kanak-kanak mengikut umur. Di Dalam kajian ini, umur menjadi faktor yang membeza tingkah laku dan emosi kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara tingkah laku emosi kanakkanak dengan ekspresi emosi ibu bapa masing-masing. Pengkaji menggunakan Ujian T bagi menentukan perbezaan perbezaan tingkah laku emosi kanak-kanak mengikut umur. Di sini dapat dibuktikan bahawa setiap kanak-kanak menunjukkan tingkah laku emosi mereka berdasarkan faktor umur Pengkaji juga menggunakan Ujian Kolerasi Pearson, dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekspresi emosi positif ibu bapa dan terdapat hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekspresi emosi negatif ibu bapa. Ujian juga menunjukkan bahawa hubungan tingkah laku kanak-kanak dengan ekspresi emosi negatif ibu bapa menyumbang kesan yang tinggi berbanding hubungan tingkah laku kanak-kanak dengan ekspresi emosi positif ibu bapa. Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting di dalam membentuk emosi dan

tingkah laku anak-anak. Ibu-bapa tidak wajar menyerah bulat-bulat kepada orang lain untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka. Pengkaji juga dapat mengenal pasti beberapa faktor lain seperti faktor demografi iaitu status, tahap sosioekonomi, tahap pendidikan dan umur tidak dapat dibuktikan hubungannya. Kegagalan pengkaji membuktikan kesignifikannya

kemungkinan kaedah kuantitatif yang digunakan pengkaji tidak memberi maklum balas yang tepat di atas beberapa sebab antaranya responden tidak ambil berat, tidak faham soalan atau reponden tidak menjawab secara jujur dan telus. Untuk meningkatkan keberkesanan kajian disyorkan kaedah kualitatif seperti interbiu dan pemerhatian harus diguna pakai.

REFLEKSI

Kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu para ibu bapa, guru-guru dan masyarakat bahawa setiap perlakuan atau ekspresi emsi ibu bapa dapat mempengaruhi tingkah laku emosi kanak-kanak. Menurut kajian yang dijalankan ekspresi emosi negatif ibu bapa lebih kuat mempengaruhi tingkah laku kaak-kanak berbanding ekspresi emosi positif yang dipamerkan oleh ibu bapa. Berdasarkan kajian, boleh disimpulkan persekitaran sekeliling juga boleh dikaitkan dengan perkembangan seseorang kanak-kanak itu. Jikalau kanak-kanak itu, tinggal di persekitaran yang baik dan kondusif minda dan tingkah laku emosi kanak-kanak tersebut akan berkembang dengan baik. Walaupun kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik yang boleh dipertikaikan ketelusan dan kejujuran responden, namun kajian ini masih ada keesahan dan kebolehpercayaannya memandangkan nilai alpha setelah membuat kajian rintis tinggi iaitu 0.91. Kajian ini boleh diteruskan lagi dengan menggunakan kaedah kualititatif iaitu dengan bersoal jawab, interbiu dan pemerhatian dengan yang lebih mendalam. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat membantu para ibu bapa, guru-guru, pembaca dan masyarakat di dalam mengenal pasti masalah yang berlaku di dalam masyarakat terutama masalah remaja hari ini yang boleh disimpulkan permulaannya bermula dengan orang paling dekat dengan mereka semasa kecil.

You might also like