You are on page 1of 1

Cara nak format laptop windows 7

By Kun Izzul

Proses format atau reformat ialah cara termudah dan pantas untuk anda membersih dan meningkatkan semula performance laptop anda. Dalam kata lain ialah proses reformat hard disk laptop anda. Anda nak reformat semula laptop anda mungkin sebab nak bersihkannya atau membuang malware yang ada dalam laptop. Proses untuk reformat laptop pada masa kini adalah sangat mudah. Manufacturer mungkin ada beri anda cd/dvd semasa anda beli laptop iaitu copy kepada Operating system(OS) bersama dengan drivers dan utilities lain. Berikut ialah apa yang anda perlukan semasa proses reformat laptop anda dan step by step cara untuk format windows pada laptop.

1. Jika anda ada cd/dvd windows recovery anda boleh gunakannya. Anda pilih reformat option dan proses installation akan bermula secara auto. Sesetengah laptop mungkin mempunyai partition tersendiri untuk Operating system(OS), drivers sekiranya anda ingin reformat laptop anda tanpa menggunakan cd/dvd. 2. Sekiranya anda tidak ada recovery cd anda boleh minta dari manufacturer anda di tempat anda beli laptop. Jikalau tidak ada anda boleh juga reformat laptop tanpa cd/dvd dengan menggunakan Partition Wizard tool. Apa yang perlu ialah sebelum anda format download dulu semua drivers untuk laptop anda yang mana termasuk motherboard, chipset, graphic card, sound card, modem, network card. Bila dah download semua drivers baru anda boleh mulakan proses installation. 3. Tips semasa anda format laptop anda ialah anda bahagikan partition pada hard drive anda supaya anda mempunya partition khas untuk Operating system(OS) dan partition untuk backup. Ini memudahkan anda supaya jika anda ingin reformat laptop anda cuma perlu format pada partition Operating system sahaja ex C:\. 4. Setelah anda selesai proses reformat dan installation Operating system(OS) baru anda bolehlah install drivers laptop anda satu per satu.Anda boleh lakukannya dari ex. motherboard, chipset, graphic, sound, modem, networking, etc. 5. Install semula program yang telah hilang semasa proses reformat ex Microsoft Office. Tips mudah ialah anda boleh backup semua program ke cd/dvd supaya proses installation menjadi lebih cepat. Akhir sekali anda cuma perlu mengatur semula setting Operating system(OS) anda ex. time, date.

You might also like