You are on page 1of 1

LA MA N UTA MA

ETUISYEN

BA NK SOA LA N

BILIK GURU

INTER@KTIF

KOMUNITI

PETA LA MA N

SPM > Fizik

Bahan Arkib 2002

Aruhan Elektromagnet
NOTA
Bahan disediakan oleh guruguru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!

1.

Nota Latihan P&P Tip Rancangan Mengajar Bank Soalan 3. 2.

Aruhan elektromagnet adalah penghasilan daya gerak elektrik (d.g.e) dalam satu konduktor apabila terdapat perubahan fluks magnet dan gerakan relatif antara konduktor dan medan magnet. Hukum aruhan elektromagnet Faraday menyatakan bahawa satu daya gerak elektrik akan teraruh dalam satu litar elektrik apabila terdapat satu perubahan fluks magnet yang berkaitan dengan litar elektrik itu. Magnitud d.g.e aruhan adalah bergantung pada perubahan fluks magnet. Faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud d.g.e aruhan ialah. i. Kekuatan magnet - Magnet yang lebih kuat akan menghasilkan d.g.e aruhan yang lebih tinggi kerana ketumpatan fluks adalah lebih tinggi. ii. Bilangan lilitan gegelung - Bilangan lilitan gegelung yang lebih banyak akan menghasilkan d.g.e aruhan yang lebih tinggi. iii. Laju relatif antara gegelung dengan magnet - Laju relatif yang lebih tinggi akan menghasilkan d.g.e aruhan yang lebih tinggi kerana kadar perubahan fluks magnet adalah lebih tinggi. D.g.e adalah sifar apabila magnet pegun dalam gegelung. iv. Diameter gegelung - Diameter gegelung yang lebih besar akan menghasilkan d.g.e aruhan yang lebih tinggi kerana kadar pemotongan fluks magnet yang lebih tinggi. Hukum Lenz menyatakan bahawa arah d.g.e aruhan adalah bergantung kepada arah perubahan fluks magnet.

4.

5.

Cetak Muka Surat


TENTANG KAMI | HUBUNGI KAMI | PANDUAN | TERMA/SYARAT | CARIAN:

CARI
Portal Pendidik an Utusan 2001-2007 Hak Cipta Terpelihara
U TU S A N M E LA YU (M ) BE RH A D, KU A LA LU M P U R

Portal Pendidik an Utusan 2001-2005 Hak Cipta Terpelihara


U TU S A N M E LA YU (M ) BE RH A D, KU A LA LU M P U R

You might also like