You are on page 1of 9

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh Masa Mata Pelajaran Tahun Bilangan Murid Tajuk Tema Hasil Pembelajaran: Fokus Utama 5.0 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca Aras 3 i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik Fokus Sampingan 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk Aras 1 i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara yang berkaitan tentang kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai Aras 1 i. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai : 14 November 2011 : 9.00 10.00 pagi : Bahasa Melayu : Tahun 2 (Dua) : 10 orang - 8 murid perempuan - 2 murid lelaki : Bendera Malaysia : Kami Anak Malaysia

Objektif Pelajaran: Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat:

1. 50% daripada pelajar membaca petikan prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Murid dapat memberi makna perkataan sukar yang terdapat dalam teks. 3. Membina 3 soalan daripada 5 soalan berpandukan jawapan yang diberi berkaitan dengan petikan teks. 4. membina 3 ayat yang lengkap dengan menggunakan kata ganda yang diberikan. Sistem Bahasa: i) ii) Morfologi Kata ganda Sintaksis Ayat mudah Pengisian Kurikulum a. Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik b. Nilai :rasional, kesyukuran, kebebasan c. Kemahiran Bernilai Tambah: i) Kemahiran Berfikir: mencirikan dan menghubungkait ii) Kemahiran Belajar Cara Belajar: membaca dengan kritis, bacaan secara luncuran, mencatat nota, membuat rujukan iii) Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal, kinestetik Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat/memegang/mengibarkan bendera Malaysia semasa hari kemerdekaan Bahan Bantu Mengajar : Gambar ,Bahan Maujud., lagu, teks, lembaran kerja

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti P&P Set Induksi 1. Guru memperdengarkan 1. Murid-murid (5 minit) lagu Jalur Gemilang kepada murid-murid. 2. Menayangkan gambar Bendera Malaysia. 3. Soalan: a) Bendera apakah yang ditunjukkan di LCD ? b) Melalui gambar yang ditunjukkan ini, apa yang kamu faham mengenai gambar tersebut? c) Guru mengaitkan tajuk pelajaran hari ini mendengar lirik lagu, Jalur Gemilang 2. Murid-murid menyatakan tempattempat yang biasa mereka lihat Jalur Gemilang. 3. Murid-murid diminta menyatakan warna,bentuk dan maksud disebaliknya.

Catatan Bahan bantu mengajar:

Gambar Jalur Gemilang Lagu Jalur Gemilang

Laptop

Kemahiran Bernilai Tambah:

Kecerdasan pelbagai iaitu interpersonal & intrapersonal.

Nilai:

Meningkatkan semangat patriotisme.

Langkah 1 (10 minit)

1. Petikan Teks 2. Bertanya pada murid mengenai kefahaman mereka mengenai teks yang diberikan

1. Murid-murid disediakan dengan sebuah teks kefahaman yang berkaitan dengan tajuk.

Bahan bantu mengajar:

Teks petikan pemahaman tentang Jalur Gemilang. (Teks edaran)

3. Guru menerangkan dengan lebih lanjut lagi Soalan: 1) Apakah yang kamu yang disampaikan itu? 2. Murid-murid di Kemahiran Bernilai petikan teks tersebut Tambah: Kecerdasan dan menjawab soalan pelbagai iaitu interpersonal & lengkap secara berkaitan isi teks tersebut kehendaki membaca

faham isi cerita / isi penting dengan ayat yang

4. Guru juga menerangkan spontan. tentang kosa kata yang boleh diperolehi daripada teks pemahaman yang telah diedar. Soalan: 1) Gariskan 4 perkataan yang sukar difahami?

intrapersonal.

3.Murid-murid menyatakan namanama negeri di Malaysia. 4. Murid-murid mencari perkataan yang mereka tidak fahami maksudnya.

Kinestetik

Nilai:

Mewujudkan semangat cintakan negara.

perpaduan mendukung teguh kedaulatan

Mewujudkan rasa hormat kepada Jalur Gemilang.

5. Guru memberi penerangan tentang makna perkataan dengan gambaran atau contoh.

Langkah 2 (20 minit)

1. Membina soalan berpandukan jawapan yang tidak memahami diberi bimbingan. 2. Guru menyemak jawapan murid dengan

1) Murid-murid membina lima soalan yang diberi. 2) Murid-murid memberi jawapan dan berkongsi jawapan rakan-rakannya yang lain. 3) Lembaran kerja yang diberikan adalah berdasarkan petikan teks kefahaman yang diedarkan.

Bahan bantu mengajar:

Teks petikan pemahaman tentang Jalur Gemilang. (Teks edaran)

yang yang diberikan.Murid berpandukan jawapan

berbincang bersama-sama. mereka dengan Kemahiran Bernilai Tambah:

Kecerdasan pelbagai iaitu interpersonal & intrapersonal.

Mencatat

maklumat.

Nilai:

Mewujudkan semangat cintakan negara.

Mewujudkan rasa hormat kepada Jalur Gemilang.

Bersikap rasional dalam menghadapi apa jua situasi.

Langkah 3 (20 minit)

Membina ayat 1. Guru mengarahkan murid membina ayat berdasarkan kata ganda yang disediakan dalam petikan. Contohnya: i) bersungguh-sungguh ii) kawan-kawan iii) berjalan-jalan

-Murid membina tiga Bahan bantu mengajar: ayat tentang kata ganda yang diberikan -Guru bersama murid menyemak jawapan yang dibuat

Teks petikan pemahaman tentang Jalur Gemilang. (Teks edaran)

Kemahiran Bernilai Tambah:

Kecerdasan pelbagai iaitu interpersonal & intrapersonal.

Pembelajaran konstruktivisme.

Nilai:

Mewujudkan rasa hormat kepada

Jalur Gemilang.

Berusaha dalam melaksanakan tugasan.

Bekerjasama dengan rakanrakan dalam mencari jawapan.

Langkah 4 (5 minit)

Penutup (kognitif) Rumusan Penilaian

-Guru merumuskan secara keseluruhan isi pelajaran yang di sampaikan pada hari ini -Guru bertanya

Bahan bantu mengajar:

Bendera Jalur Gemilang.

Kemahiran Bernilai

kembali kepada murid Tambah: Kecerdasan untuk menguji kefahaman muridmurid terhadap isi pelajaran yang disampaikan pada hari ini terutama nilainilai yang boleh diterapkan dalam diri. -Murid menyanyikan lagu Negara Ku

pelbagai iaitu interpersonal & intrapersonal.

Nilai:

Mewujudkan rasa hormat kepada Jalur Gemilang. Berusaha dalam melaksanakan tugasan.

Mewujudkan rasa kecintaan terhadap negara.

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO


Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Cikgu Hishamuddin kerana telah membuat rakaman mikropengajaran ini.Tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar Tahun 2 yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik semasa proses pengajaran berjalan .Semoga Allah membalas budi baik mereka dan kepada pelajar semoga berjaya dalam pelajaran.Tajuk yang saya pilih untuk mikropengajaran adalah haiwan Peliharaan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2. Saya telah berjaya membangkitkan rasa ingin tahu pelajar dengan menyuruh mereka meneka perkataan yang dilekatkan di papan hitam.Pelbagai jawapan yang diterima daripada pelajar.Seterusnya,minat dan penglibatan pelajar amat memberangsangkan apabila pelajarpelajar meneka nama-nama haiwan berpandukan rakaman yang dimainkan.Impak daripada itu,pelajar-pelajar menjadi aktif dan mudah faham serta dapat menyenaraikan nama-nama haiwan peliharaan.Komitmen dan respon daripada pelajar hampir seratus peratus kerana pengetahuan sedia ada mereka yang peka dan pernah melihat haiwan-haiwan tersebut di pesekitaran mereka. Manakala kekurangan yang dapat perhatikan adalah semasa guru memainkan bunyi haiwan, ada pelajar yang tidak menumpukan perhatian. Sebelum memainkan rakaman,guru harus memberi penekanan supaya pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya Seterusnya,jika guru menggunakan haiwan yang sebenar seperti anak itik,mungkin pelajar dapat menyentuh,melihat dan mendengar bunyi anak itik yang sebenar kerana dalam rakaman tadi pelajar keliru antara bunyi anak ayam dengan anak itik.Di samping itu,guru seharusnya menggunakan gambar yang besar dan berwarna bagi menarik minat pelajar kerana kemungkinan pelajar yang duduk di barisan belakang tidak nampak dengan jelas. Akhir sekali ialah audio yang bergema dan bunyi yang kurang jelas kerana saya menggunakan rakaman kemera semasa merakamkan pengambaran mikropengajaran ini.Saya akan berusaha memperbaiki kekurangan yang terdapat di dalam sesi mikropengajaran ini dan ini merupakan platform mikro maupun makro yang akan datang.Kekuatan yang dapat saya nilai daripada mikropengajaran ini adalah objektif pengajaran yang hendak disampaikan telah berjaya dicapai dengan merangsang,menarik minat dan menimbul sikap ingin tahu pelajar walaupun masa yang diambil hanya 8 minit 46 saat telah berjaya .

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO


Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Cikgu Roslin Ak.Neop kerana telah membuat rakaman untuk pengajaran makro ini walaupun keadaan beliau

kurang sihat pada masa itu dan tidak lupa kepada pelajar-pelajar Tahun 2 kerana telah memberi kerja sama dan komitmen yang baik semasa proses pembelajaran dijalankan.Hanya Allah yang dapat membalas budi baik mereka. Dalam proses pengajaran makro ini saya telah mengambil masa selama 34 minit 06 saat walaupun masa sebenar 60 minit.Beberapa langkah pengajaran saya terpaksa pendekkan memandangkan memori kamera tidak mencukupi.Sepanjang proses pengajaran berlangsung ternyata murid-murid aktif di dalam kelas. Selain daripada itu, 90% murid-murid di dalam kelas boleh membaca teks kefahaman yang diedarkan. Terdapat seorang pelajar sahaja yang agak lemah dalam menjawab soalan kefahaman memandangkan dia adalah pelajar linus. Keempat-empat objektif ternyata telah dicapai di dalam kelas ini. Ini kerana muridmurid boleh membaca petikan prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul. Selain daripada itu juga, objektif kedua juga telah dicapai di mana murid-murid dapat mengetahui makna perkataan sukar setelah dibantu oleh guru. Murid-murid juga telah berjaya dalam mencapai objektif yang ketiga di mana mereka boleh membina 3 soalan daripada 5 jawapan yang diberi berpandukan pernyataan yang diberi dan objektif yang terakhir juga berjaya dicapai yang murid-murid dapat membina ayat dengan menggunakan kata ganda yang diberikan. Dengan ini secara keseluruhannya keempat-empat objektif telah berjaya dicapai dan ini menunjukkan kelas pada hari ini berjaya dilaksanakan. Kekuatan yang ada adalah terletak pada anak murid saya sendiri. Ini kerana mereka sangat aktif di dalam kelas. Pelbagai persoalan diutarakan dan mereka juga gemar bertanya soalan.Ini menunjukkan mereka memberi perhatian yang penuh di dalam kelas. Mereka memberi kerjasama dan komitmen yang baik semasa proses pengajaran.Mereka aktif dan tidak malu mencuba walaupun jawapan mereka kurang tepat. Keseluruhan rancangan mengajar yang saya rancang telah saya laksanakan sepenuhnya melalui makro ini,walaupun saya tidak dapat melaksanakan dalam masa sebenarnya disebabkan masalah teknikal..Saya juga telah merakam semula pengajaran makro ini,tetapi memori kad dalam kemera telah mengalami masalah kerana virus, jadi saya terpaksa menghantar makro ini,walaupun saya tahu ia mengalami masalah audio dan imej.Tambahan pula ia merupakan minggu terakhir persekolahan dan amat sibuk dengan aktiviti sekolah seperti Hari Anugerah dan Sukan Sekolah. Bahan bantu mengajar yang saya gunakan dalam makro ini tidak mencukupi.Saya terpaksa menggunakan sumber yang ada memadangkan kemudahan di sekolah tidak ada peralatan seperti perakam video,OHP projektor,pusat akses dan peralatan komputer yang canggih. Sekolah ini baru dibina pada bulan Jun 2011 mengantikan sekolah lama yang terletak 10 km jaraknya,maka kemudahan dan peralatan tidak mencukupi.Sekiranya ada

OHP projektor,penggunaan slaid atau perisian power point saya yakin proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Jika saya berpeluang membuat pengajaran makro semula,saya akan merancang dengan teliti dan meminta bantuan dari pegawai Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) untuk merakam proses pengajaran makro kerana saya inginkan hasil dan kualiti yang baik. Kesimpulannya, proses pengajaran makro yang telah saya buat telah berjaya dan objektif pembelajaran yang saya rancang telah tercapai.Walaubagaimanapun,saya tidak menafikan masih ada kelompongan dan kekurangan daripada pengajaran makro ini.Saya berharap ini akan menjadi panduan dan dorongan kepada saya di masa-masa akan datang.

You might also like