You are on page 1of 1

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan yang diperlukan iaitu papan congkak dan buah congkak.

Bagi permainan congkak, seramai dua orang pemain diperlukan dan mereka akan duduk menghadap antara satu sama lain. Untuk memulakan permainan, tujuh biji guli akan diisikan dalam setiap rumah. Kemudian, kedua-dua pemain akan memulakan permainan secara serentak. Mereka akan mengambil biji guli dan dimasukkan secara satu persatu guli ke dalam setiap rumah menuju ke rumah masing-masing mengikut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan akan kehilangan giliran. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. 1. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua guli (jika ada) di dalam rumah tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga kehabisan guli. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Di akhir permainan, biji guli akan dikira dari rumah masingmasing. Mereka yang mempunyai biji guli yang terbanyak dinobatkan sebagai pemenang.

You might also like