You are on page 1of 4

Laporan Aktiviti

Aktiviti Seminar Motivasi Dan Kecemerlangan Diri Nama Program Program Motivasi dan Peningkatan Sahsiah Murid Islam PMR/SPM Tahun 2011 Info Program

1.0 PENDAHULUAN

Program Motivasi dan Peningkatan Sahsiah Murid Islam PMR dan SPM ini perlu dilaksanakan supaya murid diberikan motivasi yang akan menjadi pencetus kepada perubahan diri mereka.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Jiwa dan sahsiah murid terdidik.

2.2 Jatidiri murid dipupuk dan dimantapkan.

2.3

Perasaan cintakan Islam dan Negara disuburkan.

2.4

Murid sedar tentang kelebihan dan kekurangan diri.

2.5

Murid melaksanakan tanggungjawab dan amanah kerana Allah s.w.t.

2.6

Murid berjaya di dunia dan di akhirat.

3.0 TARIKH

22 JULAI- 24 JULAI 2011

4.0 MASA/TEMPAT

SMK SERI TANGKAK

5.0 SASARAN

5.1 54 ORANG CALON PMR

5.2 39 CALON SPM

Tarikh Program 22 Jul 2011 - 24 Jul 2011 Lokasi SMK SERI TANGKAK Kehadiran 93 pelajar / 40 fasilitator

Komen/Cadangan Penambahbaikan Aktiviti

Program ini dapat dijalankan dengan teratur hasil sokongan dan kerjasama semua pihak seperti PNB, Pejabat Agama, Pegawai penerangan dan Biro UMNO daerah Ledang, Fasilitator berpengalaman daripada Kolej Matrikulasi dan sokongan daripada pihak sekolah. Semoga program ini dapat memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan dan seterusnya melaksanakan tanggung jawab dan amanah kerana Allah supaya berjaya di dunia dan akhirat.

Program Peningkatan Sahsiah Palajar telah dijalankan pada 5 April 2011 di Bilik Tayangan. Penceramah bagi program ini ialah Master Happy. Tajuknya ialah mengharungi kehidupan yang sihat dan bermakna. Pelajar telah dididik agar mempunyai kehidupan sosial yang sihat, menghindari daripada masalah sosial seperti menggugurkan bayi atau melahirkan anak luar nikah tanpa sebuah keluarga yang sempurna. Selain itu, pelajar juga didedahkan tentang kehidupan seorang catat melalui tayangan video dengan harapan boleh membangkitkan semangat pelajar ke arah hidup yang lebih bermakna.

LAPORAN PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH PELAJAR CINA Tarikh : 15 Oktober 2010Hari: JumaatMasa: 7.30 pagi 8.30 pagiTempat: Bilik Audio VisualFasilitator :(1) Pn. Chee Pei Yoh(2) Cik See Soo Bee(3) Cik Tan Li LingTajuk : Semangat BekerjasamaSasaran Pelajar : Pelajar Cina Tingkatan 1 ( 41 orang )Jumlah Pelajar Yang Hadir : 37 orang1.Pn. Chee Pei Yoh memulakan program dengan memperkenalkan fasilitator yang sedia membantu danmatlamat / objektif Program Peningkatan Sahsiah Pelajar Cina diadakan.2.Seterusnya, Cik See Soo Bee menerangkan tentang kepentingan semangat

bekerjasama antara rakan-rakan bagi mewujudkan perpaduan tanpa mengira jantina, kaum dan bangsa.3.Para pelajar diminta mengemukakan beberapa ciri-ciri penting yang harus ada pada setiap pelajar untuk memupuk sikap saling tolong-menolong antara satu sama lain.(a)Tidak mempunyai perasaan hasad dengki terhadap pelajar lain(b)Sedia membantu tanpa mengharapkan balasan(c)Mempunyai kepekaan terhadap keperluan orang lain(d)Sentiasa berkongsi kegembiraan dan kesusahan bersama-sama dengan rakan-rakan4.Program ini diteruskan dengan sesi nyanyian lagu yang mempunyai mesej penting berkaitan dengan temasemangat bekerjasama iaitu :[ Tema : Fen Xiang Sharing oleh penyanyi Taiwan, Sky Wu ]5.Pelajar-pelajar menunjukkan inisiatif yang baik dalam menghayati lirik lagu dan mesej yang cubadisampaikan.6.Pn. Chee Pei Yoh berharap agar para pelajar dapat memahami dan mengamalkan sahsiah terpuji dalammemupuk semangat bekerjasama.

Disediakan oleh~~~~~~

You might also like