You are on page 1of 2

31 Ogos Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka ! Merdeka !

Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka ! Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh Hari mulia negaraku merdeka

Keranamu Malaysia Buruh, nelayan dan juga petani Gaya hidup kini dah berubah Anak-anak terasuh mindanya Lahir generasi bijak pandai Pakar IT, pakar ekonomi Jaguh sukan dan juga jutawan Berkereta jenama negara Megah menyusur di jalan raya Alam cyber teknologi terkini Kejayaan semakin hampiri Biar di kota ataupun desa Kita semua pasti merasa bangga Keranamu kami mendakap tuah Keranamu kami bangsa berjaya Keranamu kami hidup selesa Limpah budi kemakmuran negara Keranamu kami bebas merdeka Keranamu myawa dipertaruhkan Keranamu rela kami berjuang Demi bangsa kedaulatan negara ( ulang dari mula ) Keranamu Negara Malaysia Malaysia... Terima kasih Malaysia !

Jalur Gemilang Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua Puncak dunia telah kau tawan Lautan luas telah kau redah Membawa semangat jiwa merdeka Semarak jaya kami warganya Empat belas melintang jalurnya Semua negeri dalam Malaysia Satu suara satu semangat Itu sumpah warga berdaulat Jalur gemilang... di bawah naunganmu Jalur gemilang... kami semua bersatu Perpaduan ketaatan Amalan murni rakyat Malaysia Jalur gemilang... megah kami terasa Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan Merah putih biru kuning Jalur semangat kami semua Berkibarlah Berkibarlah Berkibarlah Jalur gemilang

Sejahtera Malaysia Puji dan syukur pada Ilahi Anugerahnya tiada terhingga Kedamaian kemakmuran Malaysiaku bahagia Dengan tekad untuk berjaya Berbakti pada nusa dan bangsa Kami junjung cita-cita luhur Perpaduan seluruh negeri ( korus ) Seia sekata sehati sejiwa Menghadapi cabaran Kami sedia kami setia Berkorban untuk negara Bersemarak Malaysia tercinta Kibarkan panji kebesarannya Kami rela menjaga namamu Sejahtera Malaysia

Malaysia Berjaya Malaysia kita sudah berjaya Aman makmur bahagia Malaysia abadi selamanya Berjaya dan berjaya Berbagai kaum sudah berikrar Menuju cita-cita Satu bangsa satu negara Malaysia berjaya Dari Perlis sampailah ke Sabah Kita sudah merdeka Negara makmur rakyat mewah Kita sudah berjaya Dengan semboyan kita berjaya Menuju di angkasa Satu bangsa satu negara Malaysia Berjaya

Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera Kemakmuran kedamaian terus dinikmati Kejayaan kemasyhuran sama dirasai Ayuhlah kita, merealisasikannya Kitalah pemangkin (kitalah pemangkin) Transformasi negara Transformasi Berjaya, rakyat sejahtera Kita bersatu melangkah Bergandingan bersama Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan Kita satu Malaysia Kita satu Malaysia,

You might also like