You are on page 1of 5

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

SEPTEMBER 2011

HBEF 1503

MASYARAKAT DAN TAMADUN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

771219065788001 771219-06-5788 0139162659 shanieli77@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PPW KELANTAN

1.0 PENGENALAN Tamadun, budaya dan masyarakat adalah tiga elemen yang tidak dapat dipisahkan peranannya dalam kehidupan seseorang individu. Ini kerana, Individu adalah sebahagian masyarakat, masyarakat sebagai penggerak budaya manakala perkembangan budaya akan mempengaruhi perkembangan sesebuah tamadun. Bayangkan, jika ada sebuah tamadun tanpa masyarakat yang akan melestarikan kebudayaan, adakah tamadun itu akan wujud. Bayangkan pula jika di suatu wilayah itu ada masyarakat yang kaya akan kebudayaan, namun di antara mereka tidak satupun memeliki kesedaran untuk melestarikan kebudayaan tersebut, maka budaya itu akan hilang begitu sahaja.

1.1 DEFINISI TAMADUN Menurut Hashim Hj. Musa (2005), Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab tamaddun yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku, yang berpunca daripada kata kerja maddana yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku dan juga bererti membuka atau membuat Bandar. Daripada perkataan itu terbit perkataan madinah bererti Bandar, dan perkataan madana bererti bersifat halus dan beradap sopan dalam budi bahasa dan tingkah laku, dari situ juga lahir kata adjektif madani bererti yang berkelakuan seperti orang Bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradap sopan dalam tingkah laku. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan tamadun sama ertinya dengan peradapan.

1.2 DEFINISI MASYARAKAT Ismail Yusoff (2008), menyatakan para ahli antropologi sosial merujuk masyarakat pada orang yang buta huruf, menghasilkan pengeluaran sendiri, mempunyai adat istiadat, mempunyai tempat tinggal khusus dan mempertahankan peraturan sosial. Manakala pendukung fahaman konflik seperti Robert Lynd, C Wright Mills, Lewis Coser (1947) dan Dahrendorf (1959), melihat masyarakat sebagai kumpulan berbagaibagai institusi seperti ekonomi, politik, pendidikan yang sering tidak berpadu antara satu sama lain. Selain itu ada juga yang menggunakan istilah masyarakat sebagai sinonim dengan negara atau peradaban. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula masyarakat merujuk kepada kumpulan manusia yang hidup bersama (di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu). Jika diperhatikan definisi-definisi yang dinyatakan, jelas

kepada kita bahawa masyarakat adalah sejumlah orang yang hidup dalam suatu

lingkungan yang mempunyai suatu perasaan hidup bersama seperti dalam sebuah negara, daerah, bandar dan pelbagai kelompok lain seperti sebuah keluarga.

1.3 DEFINISI BUDAYA Sebenarnya agak sukar untuk member pengertian budaya secara tepat kerana terlalu banyak definisi yang berbeza-beza dikemukakan. Ismail Yusoff (2008), menyatakan terdapat beratus definisi kebudayaan dikemukakan oleh sarjana dalam pelbagai disiplin ilmu seperti antropologi,psikologi, falsafah, sejarah dan sebagainya. Dalam Jurnal Antropologi Papua terbitan Falkutas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Universitas Cenderawasih, seorang Ahli Antropologi yang mencuba mengumpulkan

definisi yang pernah dibuat mengatakan ada sekitar 160 definisi kebudayaan yang dibuat oleh para ahli Antropologi. Maksud budaya dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ialah budaya sebagai kemajuan fikiran, akalbudi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Hal ini bersamaan dengan petikan pada Laman sesawang Wordpress.com pada artikel yang bertajuk Konsep Budaya dan Masyarakat, menjelaskan bahawa budaya dalam bahasa Melayu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Dari laman sesawang Wikipedia ensiklopedia bebas pula menyatakan budaya atau kebudayaan berasal dari perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi perkerti atau akal. Sementara itu, Ismail Yusoff (2008), menyatakan kebudayaan atau culture dalam bahasa Inggeris adalah berasal daripada bahasa Yunani, culere yang bererti mengerjakan tanah. Sesetengah pendapat mengatakan dengan mengejakan tanah manusia mula mulai hidup sebagai pengeluar makanan (food producing) serta meninggalkan kehidupan sebagai pemungut hasil alam (food gathering). Jadi bajak inilah dikatakan wujudnya artifak yang menandakan manusia berbudaya. Salah satu definisi budaya yang dianggap klasik dan diguna pakai secara sejagat oleh sarjana-sarjana antropologi ialah antropologis Edward Burnett Taylor. E.B Tylor (1875), dalam Modul Masyarakat dan Tamadun terbitan Open Universiti Malaysia berpendapat bahawa:

Culture..is that complex whole which includes knowledge, belief, arts, morals,law,custom and any other capabilities and habits acquired by man as a member of society. (Budaya merujuk kepada suatu keseluruhan yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, tatasusila, serta sebarang kemahiran dan tingkah laku yang dipelajari oleh manusia sebagai sebuah masyarakat.)

Mengikut Taylor, kebudayaan hanya meliputi perkara-perkara yang diperoleh orang daripada belajar. Seseorang itu mempelajari proses pembudayaan ketika mereka mengalami proses tumbesaran dalam lingkungan sesebuah masyarakat. Ini kerana, budaya itu sentiasa dipelajari apabila berlakunya interaksi sosial antara ahli-ahli masyarakat. Menurut Koentjoroningrat (1986), antropologis Indonesia ini mengertikan bahawa kebudayaan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan akal. Beliau juga membahagikan kebudayaan kepada tiga sistem, pertama adat istiadat, kedua sistem sosial dan ketiga ialah sistem teknologi. Merujuk kepada Jurnal Antropologi Papua, salah satu definisi kebudayaan yang dibuat oleh antropologis Ralph Linton ialah: Kebudayaan adalah seluruh cara kehidupan dari masyarakat dan tidak hanya mengenal sebahagian tata cara hidup saja yang dianggap lebih tinggi dan lebih diinginkan.

Maksudnya di sini, kebudayaan menunjukkan pelbagai aspek kehidupan. Istilah ini meliputi cara-cara berlaku, kepercayaan dan sikap dan juga hasil dari kegiatan manusia yang khas untuk suatu masyarakat atau kelompok-kelompok tertentu. Kesimpulannya, kebudayaan boleh diertikan sebagai cara hidup yang diperoleh orang daripada belajar dan diwarisi dari satu generasi ke generasi tanpa disedari. Kebudayaan juga merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, kebolehan dan bakat yang dihasilkan dalam suatu masyarakat dan berkembang dalam suatu tamadun.

2.0 FUNGSI BUDAYA KEPADA MASYARAKAT

2.1 Budaya Mengekalkan Keharmonian Budaya mempunyai kekuatan yang tersendiri bagi mengekalkan keharmonian sesebuah negara. Kepelbagaian kaum dan budaya bukanlah penghalang kepada keamanan tetapi ia mampu menjadi elemen yang akan melahirkan suasana yang harmoni dan unik. Malaysia merupakan contoh terbaik . Ini kerana, budaya Malaysia

pada hari ini adalah campuran pelbagai budaya yang berlainan jenis iaitu budaya Melayu, Cina, India, Asli, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Kepelbagaian ini diadun dan menjadi satu bangsa Malaysia yang berbeza latar belakar etnik, agama, dan kebudayaan tetapi begitu memahami dan menghormati antara satu sama lain.

2.2 Budaya Mewujudkan Perpaduan Amalan kunjung mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran dan perayaan merupakan amalan yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia. Masyarakat Malaysia tidak kira agama, keturunan dan bangsa turut merayakan bersamasama dan saling mengunjungi.

You might also like