You are on page 1of 7

REFLEKSI AKTIVITI KOKURIKULUM Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu melibatkan semua guru dan

murid. Penglibatan murid tahap dua iaitu darjah empat, lima dan enam diutamakan. Murid yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum akan memakai uniform atau pakaian sukan pada hari tersebut. Ini bagi memastikan murid-murid diterapkan dengan disiplin di samping menimbulkan rasa semangat dalam diri mereka semasa menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu diadakan pada hari Selasa dan Rabu setiap minggu mengikut giliran seperti berikut : Hari Minggu pertama dan ketiga Minggu kedua dan keempat Masa Latihan sukan/ permainan Hari Masa Perahu Layar Hari Masa : Selasa dan Khamis : 3.30 4.30 petang Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental. Untuk memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar dan teratur, Tuan Haji Mansor B. Ismail sebagai guru penolong kanan kokurikulum akan memastikan dan memantau setiap perjalanan aktiviti supaya berjalan dengan baik dan lancar. Pemantauan yang dijalankan adalah bagi memastikan murid-murid menjalankan aktiviti dalam keadaan selamat dan berjaya. : Selasa : 4.30 5.30 petang : Rabu : Persatuan/ kelab : Badan beruniform : 1.05 2.05 petang

Selain itu juga, semasa menjalankan aktiviti kokurikulum, pihak sekolah perlu memberi perhatian terhadap perkara-perkara seperti semua aktiviti perlu mendapat kebenaran daripada Guru Besar, kebenaran bertulis daripada ibu bapa, guru penasihat perlu sentiasa mengawasi murid sepanjang aktiviti dijalankan dan juga murid perlu diberitahu tentang segala peraturan dan undang-undang penyertaan aktiviti kokurikulum. 2. KELEBIHAN

Terdapat kelebihan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu. Antaranya Guru Penolong Kanan Kokurikulum menyediakan jadual waktu gerak kerja kokurikulum dan memaklumkannya kepada semua guru, pelajar dan ibu bapa. Kedatangan pelajar juga direkodkan setiap kali latihan atau aktiviti diadakan. Selain itu, Sekolah Kebangsaan Seri Bayu juga mempunyai prasarana yang baik dan sesuai untuk menganjurkan apa-apa aktiviti ko-kurikulum di sekolah seperti berikut : 1. Sukan i. ii. iii. i. ii. Mempunyai padang sekolah yang luas dan lengkap. Mempunyai gelanggang untuk bola jaring, badminton dan lain-lain. Peralatan sukan yang mencukupi. Dewan untuk menjalankan program ceramah, motivasi dan lain-lain. Bilik-bilik untuk aktiviti kelab dan persatuan.

2. Persatuan/ Kelab

Di samping itu, Sekolah Kebangsaan Seri Bayu juga bertuah kerana mempunyai guru-guru yang berdedikasi dan akan memberikan komitmen sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Guru-guru penyelaras juga sentiasa menganjurkan apa-apa program sepeti ceramah dan seminar untuk persatuan/ kelab dan pasukan beruniform mereka. Aktiviti yang dijalankan juga memberikan keseronokan kepada murid sesuai

dengan konsep bermain sambil belajar. Aktiviti ko-kurikulum di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu juga berjaya memupuk perpaduan di kalangan murid. 3. KELEMAHAN

Terdapat juga kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu. Antaranya ialah kehadiran murid pada hari kokurikulum masih belum mencapai sasaran. Hal ini didorong oleh beberapa faktor iaitu : Murid terlibat dengan tuisyen luar. Tiada kesedaran terhadap aktiviti ko-kurikulum (sengaja tidak hadir kerana tidak berminat) dan lain-lain. Aktiviti yang dijalankan juga akan terbantut sekiranya wujud masalah seperti guru penyelaras yang terlibat pada hari aktiviti tiada tiada di sekolah kerana berkursus. Oleh sebab tiada pengganti dari guru yang berkelayakan maka aktiviti menjadi hambar dan ini tentunya mempengaruhi penilaian murid terhadap aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Di samping itu, aktiviti ko-kurikulum yang dilakukan pada waktu tengah hari juga telah mengakibatkan murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Hal ini didorong oleh rasa penat yang dialami muridmurid selepas P&P di dalam kelas. Kelemahan lain ialah kekurangan jurulatih yang berpengalaman terutama dalam sukan Perahu Layar di mana saya ditugaskan sebagai guru penasihat. Hal ini kerana sukan ini masih lagi belum mempunyai jurulatih yang berpengalaman dalam kalangan guru sekolah. Jurulatih semasa hanya seorang dan kadang-kala terdapat jurulatih jemputan daripada Persatuan Perahu Layar Pulau Pinang namun kehadirannya tidak konsisten.

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN Sukan Perahu Layar

Pasukan Pengakap Kanak-Kanak

You might also like