You are on page 1of 24

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011

1.0 KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 1.1 KONSEP Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, kanak-kanak merupakan seorang individu muda yang belum mencapai baligh lagi. Perkembangan kanakkanak merujuk kepada perubahan kualitatif biologi dan psikologi yang berlaku kepada manusia di antara kelahiran dan pada akhir zaman remaja. Perbuatan perkembangan ini tidak dapat di ukur tetapi dapat dilihat perubahannya dengan membuat perbandingan dengan peringkat awal. Paul Eggan & Don Kauchak (1997) menyatakan the concept of development, the orderly, durable changes in a learner resulting from a combination of learning, experience and maturation. Ini bermaksud konsep perkembangan dan perubahan yang berlaku ke atas seorang kanak-kanak berlaku akibat daripada pengalaman dirinya dan kematangan yang diperolehi melalui pengamalan itu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkembangan bermaksud perihal yang berkembang, pertumbuhan, kemajuan. Manakala menurut Santrock (2008), perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan hingga ke akhir hayat. Ini bermaksud bahawa perkembangan ialah satu langkah kehadapan iaitu dari pelbagai aspek yang melibatkan aktiviti mental yang boleh dilihat daripada lahirnya seorang bayi hinggalah bayi itu membesar, menjadi dewasa sehingga akhir hayatnya. Ianya merupakan satu proses yang berterusan dari lahir hingga kematangan dan akhir hayat atau boleh dikatakan sebagai proses individu mencapai kematangan secara berterusan

Crow & Crow (1980) pula berpendapat perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl G. Garisson ( 1975 ) menyatakan bahawa perkembangan
1

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


terhasil daripada tindakan yang berkaitan di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran yang mengikut urutan semulajadi serta bersifat sejagat. Woolfolk dan Margetts ( 2007 ) mentafsirkan perkembangan fizikal sebagai perubahan di dalam badan, perkembangan kognitif sebagai perubahan dalam pemikiran, perkembangan sosial sebagai perubahan dalam hubungan dengan individu lain dan akhir sekali perkembangan emosi sebagai perubahan dalam kefahaman, ekspresi serta pengurusan emosi.

1.2 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Terdapat lapan prinsip perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah; Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Prinsip

perkembangan

kanak-kanak

yang

kedua

ialah,

susunan

perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Ketiganya, perkembangan berlaku daripada keadaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu.

Perkembangan

kanak-kanak

bersifat

berterusan

iaitu

semenjak

percambahan hingga akhir hayat. Namun ia berlaku pada tahap atau kecekapan yang berbeza-beza dan perkembangan pada peringat awal mempengaruhi pringkat yang seterusnya.. Prinsip yang kelima pula ialah perkembangan berlaku mengikut kecepatan yangberlainan. Perkembangan bahagian-bahagian organisma adalah tidak sama dari segi kecepatan meskipun perkembangan organisma bersifat berterusan.

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


Selain daripada itu,perkembangan kecerdasan untuk sampai ke peringkat kematangan juga berbeza dari segi umur antara seorang dengan seorang yang lain. Misalannya, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada umurnya 18 bulan. .Selain daripada itu, antara prinsip perkembangan kanak-kanak juga ialah perkembangan bahagian-bahagian anggota adalah saling berkaitan dan mempengaruhikeseluruhan organisma. .Prinsip yang seterusnya pula ialah corak perkembangan berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap kanak-kanak mempunyai corak

perkembangannya sendiri walaupun susunannya serupa dengan orang lain.

Prinsip perkembangan kanak-kanak yang terakhir ialah perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat.

1.3 FAKTOR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Dalam teori perkembangan manusia, menyatakan bahawa setiap individu menunjukkan ciriciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.

Baka: Ahli psikologi perkembangan yang berpegang kepada pengaruh

persekitaran menekankan bahawa tret personaliti, kecerdasan, dan lain-lain terbentuk melalui genetik sebelum lahir. Malahan, mereka menekankan bahawa aspek-aspek fizikal, khususnya, diwarisi daripada ibu bapa, nenek dan moyang mereka, seperti ketinggian, bentuk badan dan warna mata seseorang.

Persekitaran: Kumpulan ahli psikologi yang kedua menyokong pendapat bahawa aspekaspek perbezaan individu yang biasanya dipengaruh oleh persekitaran seperti, budaya, norma keluarga, media massa, pada umumnya bersifat sosial, kerohanian dan emosional. Faktor-faktor seperti amalan menjaga anak, kesihatan dan pemakanan, status sosio-ekonomi keluarga dan kualiti sekolah merupakan penentu penting bagi perkembangan kognitif dan sosial seseorang individu.

1.4 PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF

Dalam peringkat perkembangan kognitif, Piaget mencadangkan empat peringkat seperti ; Peringkat Perkembangan Kognitif Peringkat Sensori Motor Peringkat Pra Operasi Peringkat Operasi Konkrit Peringkat Operasi Formal Peringkat Umur Semenjak lahir 2 Tahun 2 7 Tahun 7 11 Tahun 11 Tahun ke atas

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


1.4.1Peringkat Sensorimotor (bayi 0 2 tahun) Ketika peringkat ini, anak-anak mula mempelajari bahawa setiap tindakan yang dilakukan akan menghasilkan kesan. Hal ini dikenali sebagai kesan dan faktor (cause and effect). Sebagai contoh, mereka mempelajari bahawa pengoncangan loceng menggunakan tangan akan menghasilkan bunyi. Justeru, kita dapat memerhatikan sikap ingin mencuba terhasil dimana anak-anak akan bermain dengan setiap objek yang dilihat olehnya. Pada peringkat ini, tahap kognitif anak-anak belum lagi berkembang. Biasanya, anak-anak lebih menggunakan deria-deria mereka.

Pada tahap ini juga, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). 1.4.2 Peringkat Pra Operasi (2 7 tahun) Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk

menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat.Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka sudah berupaya untuk memberikan alasan mahupun hujah untuk menyokong pemerhatian mahupun pendapat mereka. 1.4.3 Peringkat Operasi Konkrit (7 12 tahun) Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat
5

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objekobjek konkrit dan pengalaman secara langsung.

1.4.4 Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik.

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


BAHAGIAN A REFLEKSI TUGASAN A

Subjek Perkembangan Kanak-Kanak merupakan salah satu subjek yang penting dan berguna sebagai asas kepada ilmu dalam bidang perguruan di negara kita, Malaysia. Subjek ini juga turut membantu guru untuk mengetahui sikap, psikologi dan keperluaan kanak-kanak dan hal in dapat memudahkan guru untuk mengajar dan membentuk seorang kanak-kanak manjadi insan yang berguna.

Sebagai seorang yang bergelar guru pelatih, subjek ini amat membantu saya dalam memberi pendedahan kepada saya untuk mmengetahui serba sedikit tentang dunia kanak-kanak yang dipenuhi dengan fantasi dan pelbagai karakternya tersendiri. Pendedahan kepada dunia kanak-kanak amat membantu dalam menyelami dunia kanak-kanak yang tersendiri dan mampu untuk memberikan malumat serta info dengan mudah tanpa ada halangan mahupun sekatan dari segi jurang serta kehendak kanak-kanak itu tersendiri.

Secara umumnya, kanak-kanak mentafsir dan melihat dunia ini melalui pandangan dan persepsi diri mereka sendiri. Golongan yang lebih dewasa sukar untuk mendidik serta membantu mereka dalam permasalahan kehidupan seharian kerana faktor egosentrik yang masih menebal dalam diri kanak-kanak itu sendiri. Oleh itu, jurang yang ada di antara orang dewasa dengan kanakkanak perlu dirapatkan lagi bagi mendapatkan kepercayaan kanak-kanak itu.

Melalui teori humanistik yang dinyatakan oleh Abraham Maslow dan Carl Roger yang melihat individu sebagai insan yang baik, murni dan sentiasa berkembang ke arah kebaikan dan ciri ini semuanya terdapat dalam diri kanakkanak kerana mereka belum terdedah secara lansung dengan dunia sebenar oleh itu kita sebagai guru atau sebagai orang dewasa harus memastikan semua

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


keperluaan kanak-kanak dipenuhi dan menjaga mereka supaya tidak terpesong dari landasan dunia sebenar.

Melalui teori humanistik ini, saya dapat mengetahui keperluan-keperluan yang perlu diutamakan dalm kehidup bakal pelajar saya kelak. Dengan berpandukan teori ini, saya juga dapat mengkaji personality pelajar dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi dalam kehidu. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya pan bermain dan kehidupan belajar mereka. Menurut Maslow individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Pendapat tokoh ini menyatakan bahawa semua individu mempunyai matlamat dan tidak terkecualilah kanakkanak dan sebagai guru kita harus membimbing mereka serta membantu mereka agar mereka jelas akan matlamat sendiri.

Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta

mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.

Keperluan fisiologi merupakan keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Keperluan asas ini penting dalam perkembangan diri kanak-kanak. Keperluan Keselamatan merupakan
8

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


keperluan yang kedua selepas keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. Keperluan bagi perkembangan dan proses pembesaran kanak-kanak dan sebagai guru kelak saya sedar bahawa saya merupakan salah seorang yang penting dalam penyumbang kepada pembesarnya. Oleh itu, saya harus menjaga keselamatan mereka supaya mereka berasa bebas untuk bermain, belajar serta bergaul dengan rakan-rakan yang lain dan dengan ini juga mereka akan mendapat ilmu bukan sahaja di dalam tetapi di luar bilik darjah juga.

Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan pula keperluan ketiga dalam Hieraki Teori Keperluan Maslow. Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Keperluan ini penting

kerana kanak-kanak perlulah dididik dengan penuh kasih sayang kerana merekalah peneraju negara kelak. Melalui subjek perkembangan kanak-kanak juga banyak membantu saya dalam mengetahui keinginan mereka. Kita tidak seharusnya bengis ketika mengajar mahupun mendidik pelajar tetapi pendekatan secara lembut dan tegas ketika mengajar amatlah sesuai. Ini kerana pelajar tidak akan berasa takut ketika hendak bertanyakan soalan dan biarlah takut itu timbul bukan kerana kebengisan kita sebagai tetapi kerana perasaan segan dan hormat.

Tahap yang seterusnya pula ialah tahap penghargaan kendiri. Pada tahap ini kita mahu berkuasa, sekurang- kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. Kehidupan sebagai bakal pendidik juga harus peka dengan kehendak atau keperluaan pelajar dalam tahap penghargaan kendiri seperti yang dinyatakan oleh Abraham Maslow. Ini kerana dalam setiasa perkara terutamanya kanak-kanak, mereka suka seandainya kerja yang dibuat mahupun dalam segala
9

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


kerja yng disiapkan itu diberi penghargaan mahupun pujian. Sekali gus, penghargaan serta pujian boleh menjadi peneguhan positif dalam diri pelajar dan mereka akan sentiasa membuat yang terbaik dalam apa jua perkara yang mereka ikuti. Manakala Keperluan Kesempurnaan Kendiri pula merupakan teori terakhir dan tertinggi dalam Hieraki Teori Keperluan Maslow. Keperluan ini merupakan usaha manusia yang teragung iaitu mencapai kesempurnaan kendiri tetapi sebelum mencapai tahap ini, individu itu haruslah memenuhi keperluan yang lain terlebih dahulu. Melalui teori yang dinyatakan oleh Abraham Maslow dan Carl Roger ini, saya dapat mengetahui keperluan-keperluan yang penting dalam kehidupan kita dan dengan ini saya dapat mengaplikasikannya pada pelajar dan juga kepada diri saya sendiri.

Selain daripada itu, pembelajaran teori perkembangan kanak-kanak turut mengubah persepsi saya yang beranggapan bahawa peringkat kanak-kanak hanyalah peringkat bermain sahaja berubah. Melalui subjek ini juga saya dapat mengetahui bahawa kanak-kanak mengalami atau melalui proses pembelajaran ketika bermain dan daya imaginasi mereka tidak tersekat dan ini akan mengajar ataupun memberi pendedahan kepada kanak-kanak dalam memperkembangkan lagi idea mereka dan proses pembelajaran itu tidak tersekat. Persepsi peribadi saya ini juga turut mengatakan bahawa kanak-kanak juga tidak perlu dijaga emosi mereka kerana mereka masih belum mengetahui atau mendalami perasaan yang mereka yang dialami seterusnya akan melupakan apa yang telah dirasa setelah minda mereka berkembang secara sempurna kelak.

Kanak-kanak juga perlu dijaga perasaan mereka kerana lahirnya mereka juga turut disertakan perasaan-perasaan seperti marah, gembira, sedih dan lainlain lagi seperti mana wujudnya perasaan yang terdapat dalam diri seorang dewasa. Kecelaruan emosi yang mengganggu hidupan kanak-kanak mereka hanya mendatangkan kesan-kesan yang lebih negatif apabila mereka mula melangkah masuk ke dunia perkembangan seterusnya iaitu alam awal remaja dan seterusnya. Inilah yang menyebabkan kita sering kali mendengar tentang
10

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


keruntuhan ahklak masa kini. Sebagai bakal guru dapat saya rasai betapa beratnya tanggungjawab yang saya pikul dalam melahirkan seorang insan yang baik dari segala aspek. Namun begitu, cabaran ini akan saya sahuti dan tempuhi berkat daripada apa yang saya pelajari secara pratikal dan secara lisan dan saya berharap untuk menjadi seorang pendidik yang mampu menjana modal insan kelas pertama seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selain daripada sudut emosi dan kognitif, pembelajaran perkembangan kanak-kanak melaui aspek perkembangan fizikal juga turut menyedarkan saya betapa pentingnya aktiviti-aktiviti yang dilakukan terhadap mereka dalam mempengaruhi aspek perkembangan tersebut. Perkembangan fizikal yang sempurna dari aspek motor kasar mahupun motor halus dibimbing oleh pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, guru serta masyarakat sekliling bagi membentuk individu yang sempurna zahirnya dan mampu mengeksploitasikan kemahiran-kemahiran tubuh mereka ke arah pembangunan diri, negara mahpun agama. Teori-teori yang diperkenalkan dalam perkembangan kanak-kanak amat berguna kepada diri saya dalam mengenali serta mendekati golongan kanakkanak seperti ini. Kanak-kanak yang menghadapi masalah memerlukan penjagaan yang lebih khusus agar mereka menikmati keindahan dunia kanakkanak selayaknya seorang kanak-kanak yang normal. Guru sebagai ibu bapa kedua amat terkesan dalam diri saya kerana saya sedar bahawa pembentukan kanak-kanak itu sendiri bukanlah bergantung kepada faktor genetik sematamata, malahan turut mengambil kira faktor persekitaran untuk membesar dengan lebih sempurna, iaitu guru, rakan-rakan serta masyarakat sekelilingnya.

Melalui teori yang terdapat dalam Perkembangan Kanak-Kanak juga membantu saya dalam pelbagai aspek yang boleh saya aplikasikan dalam kerjaya saya sebagai seorang guru di kemudian hari. Informasi-informasi yang saya perolehi akan saya jadikan panduan dan sebagai ilmu di dalam dada yang saya bawa dan simpan sampai bila-bila. Sekian.
11

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


BAHAGIAN B PENGENALAN: Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir,memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Jean Piaget (1896-1980) ialah ahli psikologi Switzerland yang telah cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina schemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Beliau mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui peringkat-peringkat perkembangan.(Ramlah dan Mahani.2002) Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu. i. ii. iii. iv. Kematangan biologi Interaksi individu dengan persekitaran Pengalaman sosial Keseimbangan Perkembangan kognitif kanak-kanak akan dipengaruhi dan terus

berkembang hasil daripada pergaulan kanak-kanak tersebut dengan masyarakat


12

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


di persekitarannya. Vygotsky turut berpendapat bahawa pembelajaran kanakkanak terbentuk daripada hasil pengalaman yang dipraktikkan kerana pada tahap perkembangan tersebut, kanak-kanak masih belum berkemampuan untuk membina pengetahuan mereka sendiri mengenai persekitaran mereka.

Pengetahuan ini perlu berkembang melalui interaksi sosial dengan individuindividu di persekitaran mereka seperti ibu bapa, guru, adik beradik dan juga rakan sebaya. Proses ini akan berkembang dengan tindakan memberi arahan, maklum balas mahupun bimbingan terhadap mereka. Hasilnya, berdasarkan segala pengalaman dan pengetahuan yang telah terbina melalui interaksi sosial dengan persekitaran, maka kanak-kanak tersebut akan menggunakan segala maklumat tersebut pada sesi interaksi yang lain seperti sewaktu bermain bersama rakan-rakan mereka ataupun apabila berhadapan dengan situasi yang mirip kepada pengalaman mereka yang lalu. Maka, sehubungan dengan itu, bagi mengkaji teori ini dengan lebih terperinci lagi, sebuah kajian tindakan telah dilakukan terhadap sekumpulan murid sekolah rendah dengan melaksanakan lakonan main peranan yang membawa tema yang telah ditetapkan iaitu kemasyarakatan yang menyentuh tentang bantuan kepada orang yang berada dalam kesusahan.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan pendekatan teori Vygotsky dalam mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dari sudut sosial. Vygotsky berpendapat bahawa aktiviti main peranan merupakan salah satu aspek penting dalam teori perkembangan kanak-kanak kerana melalui aktiviti ini, kanak-kanak tersebut pasti akan melakonkan semula aksi berdasarkan persekitarannya walaupun tidak

memahami tujuan aktiviti tersebut dijalankan. Teori ini boleh diaplikasikan oleh kanak-kanak dalam memperkembangkan lagi idea serta fahaman mereka berkaitan dengan dunia luar.
13

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


Bagi menjamin hasil dapatan kajian yang berkesan, maka saya telah memilih sebuah tema yang menjadi dasar pelaksanaan kepada kajian saya iaitu kemasyarakatan. Tema ini dipilih bagi mengkaji tindakan serta pemikiran kanakkanak ketika berlakunya sesuatu kecemasan seperti yang mereka saksikan di media massa mahupun dalam kejadian sebenar. Maka, secara tidak langsung pelajar akan dapat mengadaptasikan info yang mereka perolehi dengan pengetahuan yang sedia ada dalam diri mereka dan menzahirkannya dalam bentuk lakonan atau main peranan. METADOLOGI KAJIAN POPULASI KAJIAN Kajian telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Lubok Baya, yang terletak di kawasan pedalaman Pekan Kapit, Sarawak. Kajian telah dijalankan selama seminggu ketika menjalani program Pengalaman Berasakan Sekolah yang telah dianjurkan oleh pihak institut.

KUMPULAN SASARAN Bagi aktiviti main peranan ini, responden yang telah dipilih ialah dikalangan pelajar Tahun 4 Bestari kerana pada peringkat umur tersebut, perkembangan kognitif mereka sudah berkembang ke tahap operasi konkrit. Pada tahap ini, mereka sudah mampu untuk berfikir secara logik serta mampu menyelesaikan bentuk-bentuk permasalahan harian yang mudah dan ringkas. Selain faktor itu juga, sepanjang minggu itu mereka banyak masa yang terluang kerana banyak guru yang menyertai kursus serta seminar dan ini memudahkan penulis untuk mebuat pemerhatian serta menjalankan aktivti main perana tanpa mengganggu masa pengajaran dan pembelajaran mereka. Pada peringkat umur ini juga, pelajar dapat memberikan komitmen yang tinggi kepada penulis dlaam menjalankan kajian kerana perasaan malu serta
14

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


sifat egosentrik yang ada dalam diri pelajar berkurangan serta tahap ingin tahu mereka tinggi.

INSTRUMEN KAJIAN Sebuah borang senarai semak telah disediakan terlebih dahulu bagi memastikan dapatan hasil kajian yang lebih tepat dan berjaya. Borang senarai semak ini mengandungi sebelas entri yang berkaitan dengan tema kajian yang telah disusun mengikut situasi kemalangan jalan raya. Tema Situasi KEMASYARAKATAN

Memberi Bantuan Kepada Orang Yang Memerlukan - Kemalangan Jalan Raya Watak Bomba, Doktor, Mangsa Orang awam (pemberi maklumat, rawatan awal) Kumpulan Dibimbing / Tanpa Bimbingan Pemerhati Suzzene Tiara Unsang Tanpa Senarai Semak Dibimbing Bimbingan 1. Dapat memahami arahan yang diberikan oleh guru 2. Bertindak mengikut arahan yang telah diberikan 3. Melaksanakan peranan yang diberikan dengan baik 4. Memerlukan bantuan daripada guru 5. Menunjukkan kemahiran dan kebolehan diri dalam melakukan peranan tersebut 6. Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas 7. Mampu menyelesaikan masalah diberi 8. Dapat menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, intonasi, dan nada) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan dan lain-lain) dengan berkesan

15

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Dapat berinteraksi di antara satu sama lain Dapat melahirkan emosi Daapt mengadaptasikan kehidupan realiti ke alam imaginasi sendiri Dapat memberi kerjasama dalam melaksanakan tugas Menghormati orang lain Responden menunjukkan tingkah laku positif Penggunaan bahasa baku (bahasa Melayu) dengan baik

Rajah 1 Borang Senarai Semak Main Peranan

MENGUMPUL DATA

Teknik pemerhatian dan juga temu bual adalah kaedah yang digunakan oleh penulis dalam membuat kajian bagi mendapatkan data yang diperlukan. Semua gerak geri serta perbuatan responden telah diperhatian oleh penulis dan di rekodkan bagi mendapatkan data untuk hasil kajian yang telah dijalankan ini.

16

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


HASIL KAJIAN

PERBEZAAN PELAJAR YANG DIBIMBING DENGAN TANPA BIMBINGAN DALAM MEMAINKAN WATAK YANG DIBERIKAN
16 14 12 BILANGAN ITEM 10 8 6 4 2 0 BOMBA DOKTOR MANGSA ORANG ORANG AWAM AWAM (PEMBERI (RAWATAN MAKLUMAT) AWAL) DENGAN BIMBINGAN TANPA BIMBINGAN

WATAK PELAJAR

RAJAH 2 : PERBEZAAN PELAJAR YANG DIBIMBING DENGAN TANPA BIMBINGAN DALAM MEMAINKAN WATAK YANG DIBERIKAN

Berdasarkan graf pada rajah 2, terdapat lima watak yang telah disediakan oleh penulis dan setiap watak itu dimainkan oleh dua pelajar yang berbeza dimana seorang dibimbing dan seorang tidak dibimbing. Bagi setiap watak yang dilakon, penulis mencatat serta memerhatikan kelebihan serta kekurang yang dihadapi oleh pelajar samaada mereka yang dibimbing dan yang tidak dibimbing.

17

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011 PERATUS PERBEZAAN PENCAPAIAN PELAJAR

49%

DENGAN BIMBINGAN TANPA BIMBINGAN 51%

RAJAH 3: PERATUS PERBEZAAN PENCAPAIAN PELAJAR

Hasil analisis yang telah dibuat menggunakan data yang telah diperolehi daripada rajah 1, penulis telah mendapatkan peratusan dengan menggunakan data yang sedia ada. Melalui gambar rajah 3, dpaat dilihat bahawa peratusan perbezaan di antara responden sangatlah tipis iaitu hanya berbeza dalam dua peratus sahaja. Melalui peratusan ini, dapat dilihat bahawa pencapaian yang tinggi ialah responden yang memainkan watak dalam aktiviti main peranan dengan baik iaitu mereka yang telah di bimbing dari awal aktiviti. Dan pencapaian pelajar yang tidak dibimbing hanya kurang daripada dua peratus daripada kumpulan yang terdahulu. Dengan ini dapat di interpret data yang telah dikumpulkan dan pencapaian yang terbaik ialah kepada pelajar yang mendapat bimbingan daripada penulis

18

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


DAPATAN KAJIAN Berdasarkan graf hasil kajian yang telah dibuat, terdapat beberapa perbezaan yang ketara dari segi aspek lakonan pelajar yang di bimbing dan di antara pelajar yang berlakon tanpa bimbingan daripada penulis.

Bagi kumpulan yang diberi bimbingan lakonan berdasarkan entri senarai semak, mereka dapat melaksanakan hampir kesemua entri tersebut dengan tepat kerana mereka sudah diberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai situasi yang telah diberikan. Menurut Vygotsky (1920), ilmu pengetahuan dibina berdasarkan interaksi individu dengan sosial, alat budaya dan juga aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu dan konsep ini bertetapan dengan teori konstruktivisme sosial yang telah

diperkenalkan oleh beliau. Malahan Vygotsky turut memperkenalkan konsep scaffolding iaitu sebuah teori yang mencadangkan bantuan penuh kepada kanak-kanak pada awal peringkat penyelesaian masalah dan seterusnya akan dikurangkan bagi membolehkan kanak-kanak tersebut menyelesaikan masalah tanpa bimbingan dan bantuan daripada orang dewasa. Berkaitan dengan aktivti main peranan yang dilakukan oleh penulis, diakui bahawa teori ini membuktikan bahawa pelajar atau kanak-kanak yang dibimbing dapat melakukan kerja itu dengan lebih baik berbanding dengan yang tidak dibantu.

Manakala melaluii pemerhatian penulis kepada kumpulan pelajar yang tidak dibimbing, mereka menghadapi kesukaran dalam menjiwai watak yang diberikan. Namun begitu ada sesetengah daripada mereka mempunyai idea yang luas serta dapat berkembangn dengan bagus ketika memainkan peranan yang telah ditetap. Sebagai contoh salah seorang responden iaitu adik Natalie sangat petah bercakap dan mampu untuk menjiwai wataknya dengan baik dan berpengetahuan luas. Malahan dia berjaya juga menzahirkan idea yang bernas
19

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


serta membuat ekspresi muka yang bersesuaian dengan watak yang telah diberikan.

Hampir kesemua ahli dalam kumpulan ini gagal memenuhi kesemua entri kerana mereka tidak diberi bimbingan oleh individu yang lebih berpengelaman seperti mana yang telah dijelaskan oleh Vygotsky melalui konsep Zon Perkembangan Proksimal (ZPD). Menurut teori ini, ZPD kanak-kanak terbahagi kepada dua aras, iaitu aras rendah dan juga aras tinggi. Aras rendah hanya memerlukan diri kanak-kanak itu sendiri untuk menyelesaikan masalah mereka manakala aras tinggi pula, bantuan orang dewasa atau orang yang lebih berpengalaman diperlukan untuk menyelasaikan masalah mereka. Faktor ini dapat dikaitkan dengan hasil kajian penulis kerana hasil pemerhatian penulis mendapati bahawa pelajar yang tidak dibimbing tidak mampu untuk menjiwai watak mahupun memahami kehendak yang telah penulis terangkan.

Menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor (2001), faktor persekitaran atau turut dikenali sebagai faktor eksogen merupakan faktor yang berasaskan pengalaman individu daripada persekitaran mereka. Persekitran yang

dimaksudkan juga turut merangkumi persekitaran sebelum dan selepas kelahiran individu tersebut. Seterusnya, faktor ekosgen juga dikaitkan kepada model Bronfenbrenner yang membahagikan persekitran yang mempengaruhi individu kepada lima peringkat iaitu peringkat mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Selain itu, kegagalan kumpulan ini juga turut dipengaruhi oleh faktor persekitaran mereka sendiri. Hal ini berkait rapat dengan situasi penulis sendiri iaitu seorang yang asing bagi pelajar Berdasarkan teori persekitaran ini, maka kumpulan ini mungkin

dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang tidak terdedah kepada dunia luar. Ini akan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak kerana pendirian
20

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


mereka akan terdorong kepada corak budaya yang telah wujud dan diamalkan di dalam kelas sosial persekitaran mereka. Maka, dapat juga disimpulkan bahawa terdapat sebilangan mereka yang tinggal di kawasan persekitaran yang tidak terdedah seperti mana yang berlaku kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar.

KESIMPULAN

Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, maka dapat disimpulkan bahawa teori Vygotsky amat berkesan dalam mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dari sudut sosial kerana kumpulan sasaran kajian lebih cenderung untuk melakonkan semula aktiviti main peranan berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

Melalui pendekatan teori ini juga, maka dapat juga dirumuskan bahawa seorang kanak-kanak perlu dinilai bagi menentukan zon perkembangan proksimal mereka sendiri. Selain itu, teori ini juga menggalakkan kanak-kanak atau pelajar untuk menerima bantuan daripada rakan-rakan sebaya yang lain sebagai pengganti kepada bimbingan orang tua atau orang yang lebih dewasa seperti guru mahupun ibu bapa seterusnya membolehkan kanak-kanak tersebut untuk lebih memahami proses P&P yang dijalankan tanpa menggunakan teknik penghafalan.

Hal ini kerana kanak-kanak suka untuk menyanyi dan menari serta berlakon dan melalui semua medium ini kanak-kanak akan memperoleh sesuatu pengetahuan dan sebagai seorang guru seharusnya kita memantau ilmu yang diterimanya itu positif ataupun negatif. Maka, sekiranya kanak-kanak tersebut
21

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


mampu mencapai tahap ini dalam pembelajaran, proses penghayatan atau pengaplikasian dalam kehidupan seharian pastinya dapat diamalkan dengan lebih mudah berbanding kanak-kanak yang tidak berjaya memahami apa yang dipelajari mereka sewaktu proses P&P dijalankan.

Sehubungan dengan itu, seorang guru seharusnya mengaplikasikan pendekatan Vygotsky dalam perkembangan kanak-kanak melalui teori ini dalam usaha pembentukan sahsiah yang lebih baik dalam diri kanak-kanak tersebut dengan memperkenalkan serta mengajar mereka norma-norma masyarakat yang tinggi nilai murninya seterusnya menyerapkan ke dalam kehidupan seharian mereka.

22

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


REFLEKSI

Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini, banyak rintangan serta halangan yang telah saya hadapi. Ada yang positif dan ada juga yang negatif, contohnya pengurusan emosi yang tidak teratur. Kesan negatif yang saya alami ialah saya telah menghadapi tekanan yang mampu membuatkan emosi saya mudah terjejas seperti mudah marah, sedih dan sebagainya. Manakala yang positifnya dari sini saya mampu belajar mengawal serta menguruskan emosi saya dengan baik

Selain itu juga, saya berhadapan dengan masalah kekangan masa iaitu tempoh yang begitu singkat ketika menjalankan kajian saya terhadap responden yang telah saya pilih. Di sebabkan masalah ini, saya belum dapat mendalami serta mengetahui pelajar yang saya kaji dengan baik dan jurang yang ada juga menyebabkan mereka kurang untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada saya.

Secara keseluruhannya, banyak ilmu serta maklumat yang saya perolehi sepanjang tempoh seminggu saya menjalani Pengalaman Berasakan Sekolah. Melalui program ini saya telah diberikan pendedahan awal tentang profesion perguruan ini dan prosedur-prosedur yang dijalankan oleh seorang guru ketika proses P&P dan juga ketika mengendalikan aktiviti-aktiviti yang berada di luar bidang akademik.

23

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2011


BIBLIOGRAFI A) BUKU 1. Hamzah. (2008). Perkembangan kanak-kanak Untuk PISMP. Kuala Lumpur: SKumpulan Budiman SDN BHD. 2. Katmisingh, Y. (2007). Teori dan Peranan Vugotsky dalam Matematika. Teori Pembelajaran , 30-52. 3. Nani Menon. Prof.Madya Dr. Rohaini Abdullah. (2004). Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. Pahang Darul Makmur. Pts Publication&Distributor Sdn.Bhd 4. Sang, M. S. (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Perak: Penerbitan Multimedia SDN BHD.

B) INTERNET

1. http://www.scribd.com/doc/52240306/49948750-perkembangan-kanakkanak-2 RETRIVE ON: 22 MAC 2011 2. http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/konsep-dan-prinsipperkembangan-kanak.html RETRIVE ON: 24 MAC 2011 3. http://en.wikipedia.org/wiki/Abraham_Maslow RETRIVE ON: 24 MAC 2011 4. http://www.scribd.com/doc/14682336/Perkembangan-kanakkanak RETRIVE ON: 28 MAC 2011 5. http://www.scribd.com/doc/17520047/TEORI-HUMANISTIK-MASLOW RETRIVE ON: 28 MAC 2011

24

You might also like