You are on page 1of 42

BAHAGIAN A

PENGETAHUAN & KEFAHAMAN KEMAHIRAN (JAWAB 3 SOALAN DPD 5 SOALAN )

BAHAGIAN B
MENGAPLIKASI MEMBUAT KEPUTUSAN MEMBANDINGBEZA MENGANALISIS 1 SOALAN WAJIB ( KAJIAN KES )

SUATU KATA KERJA YANG BERFUNGSI UNTUK MENGARAH DAN MEMANDU CALON MEMBERIKAN RESPONS YANG SEJAJAR DENGAN TUGASAN ITEM.

MEMBERIKAN MAKLUMAT YANG KHUSUS ATAU SPESIFIK

APAKAH belanjawan Peribadi ? ( 1m )

Belanjawan peribadi ialah anggaran pendapatan dan perbelanjaan individu untuk suatu tempoh tertentu.

MEMBERI JAWAPAN YANG SPESIFIK TANPA MEMERLUKAN PENERANGAN LANJUTAN / HURAIAN/ SOKONGAN

MEMBERI BEBERAPA FAKTA / CIRI / KONSEP / PRINSIP / TEORI SECARA SPESIFIK / BERBENTUK POIN TANPA MEMBERI HUBUNGAN / PERKAITAN / PENERANGAN LANJUTAN BAGI SETIAP SATUNYA

NYATAKAN / SENARAIKAN dua ciri barang awam. ( 2m ) Dua ciri barang awam ialah disediakan oleh Kerajaan ( 1 ) dan mempunyai kos lepas ( 1 )
Dua ciri barang awam ialah
1.Disediakan oleh kerajaan ( 1 ) 2.Mempunyai kos lepas (1)

MEMBERI KETERANGAN YANG SINGKAT TETAPI JELAS TENTANG MAKNA SUATU PERKATAAN KHUSUS / ISTILAH / TERMINOLOGI

TAKRIFKAN upah benar. ( 1 m )


Upah benar ialah kuasa beli upah wang ( 1 )

DEFINISIKAN upah benar. ( 1 m ) Upah benar ialah kuasa beli upah wang ( 1 )

MEMBERI KUANTITI

a) . Pengiraan tidak berformat ( ada formula)


Bentuk soalan yang memerlukan jawapan seperti ini tidak semestinya ada jalan kerja. Kadangkala jawapan sahaja diberi markah . Akan tetapi, sebagai langkah sistematik, sangat digalakkan menjawab dengan jalan kerja kerana biasanya jalan kerja pun ada markah. Diantara tajuk-tajuk yang biasa dikeluarkan dalam soalan termasuklah Keanjalan, Kadar Pertukaran Asing, Imbangan Dagangan dan Imbangan Pembayaran dan jenis-jenis kos.

BERAPAKAH nilai X ? ( 1m ) Nilai X ialah 1.5 ( 1 )

MEMBERI NILAI KUANTITATIF DENGAN MELAKSANAKAN LANGKAH- LANGKAH TERTENTU ATAU MENGGUNAKAN RUMUS

a)Pengiraan berformat ( mesti ada format)

Biasanya soalan yang memerlukan jawapan berbentuk pengiraan berformat boleh dibentuk daripada tajuk-tajuk seperti belanjawan peribadi , pendapatan boleh guna dan pendapatan boleh cukai.
Kata kata arahan soalan seperti berikut: - sediakan

- kirakan
- hitungkan

- buatkan satu penyata.

HITUNGKAN nilai X

( 2 m)

Nilai X ialah
Peratus perubahan kuantiti

Peratus perubahan Harga


= 45 %

15 %
= 3

(1)
(1)

MEMBERI PENERANGAN TENTANG SESUATU DENGAN SOKONGAN SUPAYA MUDAH DIFAHAMI

JELASKAN fungsi wang . ( 4m )


Fungsi wang ialah sebagai alat perantaraan pertukaran ( 1 ) yang dapat memudahkan urusan jual beli ( 1 ) Wang juga berfungsi sebagai alat pengukur nilai ( 1 ) dengan meletakkan harga pada barang tersebut ( 1 )

MENYATAKAN FAKTA DENGAN SOKONGAN ATAU MENJELASKAN SESUATU DENGAN SEBAB

TERANGKAN dua fungsi wang . ( 4 m )


Fungsi wang ialah sebagai alat perantaraan pertukaran ( 1 )
yang dapat memudahkan urusan jual beli ( 1 ) Wang juga berfungsi sebagai alat pengukur nilai ( 1 )

dengan meletakkan harga pada barang

tersebut ( 1 )

MEMPERIHALKAN / MENCERITAKAN SESUATU DENGAN PANJANG LEBAR / TERPERINCI SECARA TERATUR

TERANGKAN dua fungsi wang . ( 4 m ) Fungsi wang ialah sebagai alat perantaraan pertukaran ( 1 ) yang dapat memudahkan urusan jual beli ( 1 ) Wang juga berfungsi sebagai alat pengukur nilai ( 1 ) dengan meletakkan harga pada barang tersebut ( 1 )

MEMPERIHALKAN / MEMBERIKAN PENERANGAN TENTANG CARA / KEADAAN / LANGKAH / KEJADIAN

BAGAIMANAKAH firma menyelesaikan masalah kekurangan yang dihadapinya ? ( 4m ) Firma mengahadapi masalah kekurangan faktor pengeluaran ( 1 ).
Oleh itu firma terpaksa membuat pilihan output ( 1 ) yang dapat memberi keuntungan maksimum ( 1 ) dan menghadapi kos lepas ( 1 ) iaitu melepaskan output kedua terbaik. ( 1 )

MEMBERI SEBAB

MENGAPAKAH individu menyediakan belanjawan peribadi ? ( 4 m )

Individu menyediakan belanjawan peribadi untuk mengelakkan pembaziran .( 1 ) Individu dapat mengutamakan barang penting ( 1 )
Di samping itu dapat menabung ( 1 ) dan mengelakkan berhutang ( 1 )

MENYATAKAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA DUA ATAU LEBIH PERKARA

BANDINGKAN perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa. ( 4 m )


Persamaan PDN dan PAB ialah kedua-duanya bermotifkan keuntungan ( 1 ) dan menggunakan dokumen dalam urusniaga ( 1 )

Perbezaan PDN dan PAB ialah PDN menggunakan dokumen yang sedikit tetapi PAB menggunakan dokumen yang banyak ( 2 )

MENYATAKAN KELAINAN / KETIDAKSAMAAN ANTARA DUA ATAU LEBIH PERKARA

Syarat jawapan bentuk esei:

1.Mesti ada perkataan manakala, tetapi, dan lain-lain penanda wacana perbezaan. 2.Membezakan aspek yang sama serentak. 3.Jika diasingkan perengggan mestilah setiap aspek mengikut turutan.

BEZAKAN perdagangan dalam negeri dan perdagangan Antarabangsa. ( 4 m )


Perbezaan PDN dan PAB ialah PDN menggunakan dokumen yang sedikit tetapi / manakala PAB menggunakan dokumen yang banyak ( 2 )

PDN menggunakan mata wang yang sama tetapi / manakala PAB menggunakan mata wang yang berbeza ( 2 )

Boleh diberi dalam bentuk jadual :

Syarat bentuk jawapan jadual:


1.Mesti ditulis ayat perbezaan dalam ayat yang lengkap. 2.Mesti membezakan aspek yang sama serentak. 3.Tidak diterima simbol X dan .

Contoh:

Kos tetap

Kos berubah

1. Kos tetap mesti 1. Kos yang tidak perlu ditanggung walaupun ditanggung jika keluaran sifar. keluaran sifar. 2. Contoh kos tetap ialah sewa kilang. 2. Contoh kos berubah ialah bahan mentah.

MEMBERI PERSEMBAHAN BERBENTUK GRAFIK / RAJAH / GAMBAR RAJAH / GRAF BAGI MENGGAMBARKAN SUATU BENDA ATAU PERKARA DENGAN MENGGUNAKAN ALAT DAN MENGIKUT UKURAN ATAU SKALA TERTENTU ( GUNA KERTAS GRAF )

Jawapan berbentuk rajah dan keluk kadangkala hanya meminta calon melukis sahaja dan kadangkala perlu dihuraikan.Soalan - soalan yang berkaitan datangnya daripada tajuk seperti keluk permintaan , penawaran, keseimbangan pasaran atau keseimbangan buruh dan rajah Aliran Pusingan Ekonomi 2 sektor.

LUKISKAN keluk permintaan individu ( 3 m )


Harga / RM

(1) D

6 4

D (1) Kuantiti ( 1 )

10

15

Keluk permintaan individu

MEMBERI PERSEMBAHAN BERBENTUK RAJAH / GAMBAR RAJAH / GRAF SECARA KASAR DAN TIDAK MEMERLUKAN PERINCIAN

( TIDAK MEMERLUKAN KERTAS GRAF )

LAKARKAN keluk permintaan individu dan jelaskan hukum permintaan.


Harga / RM

D 6 4

D Kuantiti

10

15

Keluk permintaan individu

MENGULAS SESUATU BERDASARKAN MAKLUMAT / DATA YANG DIBERI

TAFSIRKAN nilai pelkali keanjalan harga penawaran 2.3 ( 3m )


Pekali keanjalan harga penawaran 2.3 menunjukkan barang itu adalah anjal ( 1 ) . Peratus perubahan harga yang kecil akan menyebabkan peratus perubahan kuantiti ditawar yang lebih besar ( 1 ) Apabila harga barang itu berubah 1 % kuantiti ditawar akan berubah 2.3 % ( 1 )

You might also like