You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 1 BUKIT BERUNTUNG 48300,RAWANG SELANGOR

Mesyuarat Induk Kejohahanan Sukan Tahunan Kali ke-9 1/2012 Tarikh : 2 Julai 2012 Tempat : Bilik Komputer Sekolah Kehadiran :

1. Pn. Zalinah bt Zubir (Guru Besar) 2. En. Ariffin Bin Hj Aban (GPK Kokurikulum) 3. Pn. Fauziah binti Amran (GPK PPKI) 4 .En. Zaini bin Mad Lazin (GPK Petang) 5. En. Shuib b Hussein 6. Pn. Fadzilah bt Mohd Yusof 7. En. Mohd Shahizan bin Shamsuddin 8. Pn. Siti Rafifiah binti Marjunit 9. En. Che Muhammad b Che Othman 10. Pn. Rubiah binti Abdul Razak 11. En. Suhaimi b Salleh 12. En. Zamhariz b Din 13. Pm. Fadzlina bt. Kadri 14. En. Noraini Khairuddin b. Noraini 15. Pn. Suzana bt. Ahmad Subari 16. Pn. Wan Mazni bt. Wan Hamzah 17. Pn. Wan Nurul Hafiza 18. Pn. Zubaidah bt. Ali 19. En. Masrizal bt. Mohd Akhir 20. En. Borhanuddin b. Saaid 21. Pn. Sabanon bt. Suhaili 22. Pn. Mariani bt. Aziz 23. En. Suhaimi bt. Saidin 24. Pn. Hamidah bt. Othman 25. Pn. Asmahani Bt Rashid

Agenda: 1. 2. 3. 4. Ucapan Guru Besar Taklimat Setiausaha Sukan Taklimat Penolong Kanan Kokurikulum Hal-Hal Lain

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi 1. 1.1.1 Ucapan/Taklimat Puan Guru Besar Pn. Zalinah bt. Zubir, selaku Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Kali ke-9 kerana dapat hadir ke mesyuarat kali ini. Makluman Semua AJK Induk Sukan 2. 2.1 Taklimat Setiausaha Sukan En. Wan Mohd Firdaus selaku setiausaha sukan mengedarkan kertas kerja Temasya Olahraga Tahunan kali ke 9 dan kertas kerja ini akan dipanjangkan kepada ahli jawatankuasa yang lain pada mesyuarat yang akan datang. Beliau memberitahu bahawa penetapan tarikh sukan sebelum ini ialah pada 24 September 2012 tetapi tarikh tersebut terpaksa diubah pada 25 September 2012 . Ini kerana ramai guru yang terlibat dengan Pengajian Jarak Jauh dan mereka terlibat sebagai AJK Pelaksana. Beliau memberitahu bahawa penyertaan Sukan Tara diwajibkan bagi murid tahap 1 iaitu tahun 3 sahaja dan semua tahun pada tahap 2 kecuali yang bersebab dan bermasalah kesihatan. Latihan rumah sukan akan dibuat mengikut jadual yang telah disediakan. Muridmurid tahun 3,4,5 dan 6 yang bersekolah agama akan diminta pelepasan dari pihak SRA Taman Bunga Raya. Surat akan diberi kepada pihak sekolah berkenaan. Pengagihan jawatankuasa sukan telah dibuat dan guru-guru yang terlibat boleh melihat seperti dalam lampiran A. Acara saringan akan dijalankan bagi acara Lari Pecut 100m dan 200m (Lelaki dan Perempuan) tahun 4,5,6 . Acara Lari Berganti-Ganti 4X100m (Lelaki dan Perempuan) tahun 2 hingga 6 dijalankan terus ke peringkat akhir. Acara Lontar Peluru tahun 4,5,6 (Lelaki dan Perempuan) setiap rumah menghantar wakil seramai 6 peserta iaitu 2 peserta bagi setiap tahun. Untuk acara Lompat Jauh tahun 4,5,6 (Lelaki dan Perempuan), seramai 4 peserta untuk tahun 4,5 dan 3 peserta bagi tahun 6. Manakala acara berpasukan tahun 1,2,3, setiap rumah menghantar seramai 10 orang peserta. Makluman dan tindakan semua Ketua Rumah Sukan

2.2

2.3

2.4

2.5 2.6 2.7 2.9

3. 3.1

Taklimat Penolong Kanan Kokurikulum En. Ariffin Bin Hj Aban selaku Penolong Kanan Kokurikulum menegaskan agar semua guru rumah sukan hadir ke sesi latihan rumah sukan mengikut jadual yang telah disediakan . Kerja sama guru amatlah diharapkan. Makluman semua AJK Sukan

4. 4.1

Hal-Hal Lain Semua Ahli Jawatankuasa yang dilantik perlu menjalankan tugas dan libatkan semua ahli PIBG sekolah. Makluman semua AJK Sukan

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada semua guru yang hadir dan berharap semua pihak akan memberikan kerjasama bagi menjayakan Temasya Olahraga Tahunan kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh : ______________________ (WAN MOHD FIRDAUS) Setiausaha Sukan SKTBR 1

Disemak oleh :

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 1, BUKIT BERUNTUNG, 48300, RAWANG SELANGOR
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Kali Ke-9 2/2012 Tarikh : 23 Ogos 2012 Tempat : Bilik Komputer Sekolah Kehadiran :

1. Pn. Zalinah bt Zubir (Guru Besar) 2. En. Ariffin Bin Hj Aban (GPK Kokurikulum) 3. Pn. Fauziah binti Amran (GPK PPKI) 4 .En. Zaini bin Mad Lazin (GPK Petang) 5. En. Shuib b Hussein 6. Pn. Fadzilah bt Mohd Yusof 7. Pn. Asmahani Bt Rashid 8. Cik Umi Zakiah Bt Hasran 9. En. Mohd Shahizan bin Shamsuddin 10. Pn. Siti Rafifiah binti Marjunit 11. En. Che Muhammad b Che Othman 12. Pn. Rubiah binti Abdul Razak 13. En. Suhaimi b Salleh 14. En. Zamhariz b Din 15. Pm. Fadzlina bt. Kadri 16. En. Noraini Khairuddin b. Noraini 17. Pn. Suzana bt. Ahmad Subari 18. Pn. Wan Mazni bt. Wan Hamzah 19. Pn. Wan Nurul Hafiza 20. Pn. Zubaidah bt. Ali 22. En. Masrizal bt. Mohd Akhir 23. En. Borhanuddin b. Saaid 24. Pn. Sabanon bt. Suhaili 25. Pn. Mariani bt. Aziz 26. En. Suhaimi bt. Saidin 27. Pn. Hamidah bt. Othman

Agenda: 5. 6. 7. 8. 9. Ucapan Guru Besar Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat lalu Perkara Berbangkit Pembentangan Kertas Konsep Hal-Hal Lain

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi 1. Ucapan/Taklimat Puan Guru Besar Pn. Zalinah bt Zubir selaku Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Temasya Sukan Tahunan kerana dapat hadir ke mesyuarat kali ini dan diharap dapat mengikut masa serta memberi komitmen seperti yang dirancangkan dengan jayanya. Makluman Semua AJK Sukan 2. 2.1 MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU En. Che Mohamad mencadangkan minit mesyuarat lalu disahkan dan disokong oleh En. Shuib. PERKARA BERBANGKIT Latihan rumah berjalan seperti yang dirancang dan mengikut jadual walaupun cuaca pada sebelah petang kadang-kadang hujan. Latihan yang tertangguh kerana hujan akan diganti pada hari lain. Acara sukaneka dilaksanakan juga untuk murid tahap 2. Ini bermakna semua murid terlibat secara langsung. Hadiah diperuntukkan bagi setiap pemenang dan menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing. Semua guru dan penyelaras rumah sukan bersetuju acara tersebut dilaksanakan.

3. 3.1 3.2 3.3

3.4 Raptai perbarisan penuh akan diadakan pada hari Sabtu 24 September jam 8.30 pagi. 3.5 AJK Induk diminta bersiap sedia untuk kejohanan ini. Senarai semak tugas akan diedarkan kepada mereka. 3.6 Ketua ketua rumah sukan diminta menyediakan peserta untuk saringan dan melangkapkan borang penyertaaan yang akan diedarkan nanti. 3.7 Rumah rumah sukan boleh mula untuk membuat latihan perbarisan. Makluman dan tindakan semua Ketua Rumah Sukan

5. 5.1

HAL-HAL LAIN PK Kokurikulum mencadangkan guru-guru membeli baju t-shirt sukan dengan anggaran harga antara RM25 hingga RM30. Pihak sekolah akan memohon subsidi daripada kelab guru atau pihak PIBG sekolah untuk membantu dalam pembayaran baju tersebut kerana Temasya Sukan kali ini melibatkan pihak PIBG sendiri. Guru perlu menambah sedikit bagi melengkapkan pembayaran tersebut. Semua guru menyokong sebulat suara cadangan tersebut. Makluman semua AJK Sukan

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada semua guru yang hadir dan berharap semua pihak akan memberikan kerjasama bagi menjayakan Temasya Sukan Tahunan kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang.

Disediakan oleh : _________________________ (WAN MOHD FIRDAUS) Setiausaha Sukan SKTBR1

Disemak oleh :

Minit Mesyuarat AJK Induk Kejohanan Sukan Kali ke-9

3/2012 Tarikh : 15 September 2012 (Khamis) Tempat : Bilik Mesyuarat Kehadiran :

1. En. Ariffin Bin Hj Aban (GPK Kokurikulum) 2. Pn. Fauziah binti Amran (GPK PPKI) 3 .En. Zaini bin Mad Lazin (GPK Petang) 4. En. Shuib b Hussein 5. Pn. Fadzilah bt Mohd Yusof 6. En. Mohd Shahizan bin Shamsuddin 7. Pn. Siti Rafifiah binti Marjunit 8. En. Che Muhammad b Che Othman 9. Pn. Rubiah binti Abdul Razak 10. En. Suhaimi b Salleh 11. En. Zamhariz b Din 12. Pm. Fadzlina bt. Kadri 13. En. Noraini Khairuddin b. Noraini 14. Pn. Suzana bt. Ahmad Subari 15. Pn. Wan Mazni bt. Wan Hamzah 16. Pn. Wan Nurul Hafiza 17. Pn. Zubaidah bt. Ali 18. En. Masrizal bt. Mohd Akhir 19. En. Borhanuddin b. Saaid 20. Pn. Sabanon bt. Suhaili 21. Pn. Mariani bt. Aziz 22. En. Suhaimi bt. Saidin 23. Pn. Asmahani Bt Rashid 24. Pn. Hamidah bt. Othman 25. En. Wan Mohd. Firdaus (Setiausaha Sukan)
Agenda: 10. 11. 12. 13. 14. Ucapan Pengerusi Membaca dan mengesah minit mesyuarat yang lalu Perkara berbangkit Laporan ahli jawatankuasa Hal-Hal Lain

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi. 1. Ucapan Pengerusi 1.1 En. Ariffin Bin Hj Aban mewakili guru besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Sukan kerana dapat hadir ke mesyuarat kali ini. Makluman Semua AJK Sukan 2. 2.1 2.2 2.3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu En. Wan Mohd Firdaus selaku setiausaha sukan membentangkan minit mesyuarat yang lalu. En. Zamharis bin. Din mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan. Minit mesyuarat yang lalu disokong untuk disahkan oleh Pn. Rubiah bt. Razak. Makluman semua 3. 3.1 Perkara Berbangkit En Sahizan mencadangkan latihan perbarisan perlu dijalankan dalam satu sesi iaitu melibatkan murid-murid tahap I dan tahap II. Ini bagi memudahkan dan melicinkan perjalanan latihan perbarisan sukan. Makluman semua 4. 4.1 Laporan Ahli Jawatankuasa Pengurus peserta

4.1.1 En. Noraini menyatakan senarai peserta untuk kejohanan telah diterima, beliau dan ajk yang lain akan memastikan peserta disediakan mengikut acara. 4.1.2 Beliau meminta ketua rumah sukan memastika peserta bagi setiap rumah berada di dalam khemah yang disediakan untuk memudahkan pengurus peserta mendapatkan mereka. 4.2 4.2.1 4.2.2 Siaraya En. Suhaimi b. Salleh membentangkan bahawa segala persiapan berkenaan siaraya termasuk kelengkapan bilangan mikrofon, pembesar suara dan sebagainya telah diuji. En. Borhanuddin mencadangkan agar semasa hari sukan berlangsung dapat diceriakan dengan muzik-muzik atau pun lagu-lagu. Ini dapat memeriahkan lagi suasana hari sukan tersebut.

4.3

Disiplin, Keselamatan Dan Kebersihan

4.3.1

Pn. Mariani bt. Aziz menerangkan bahawa semua kenderaan guru pada hari sukan diletakkan di luar kawasan sekolah berhampiran dengan kantin sekolah. Ini bagi memudahkan para ibu bapa meletakkan kenderaan mereka di sekitar hadapan sekolah. Setiap tempat letak kenderaan akan diselia oleh kakitangan sekolah yang bertugas. Pn. Sabanon selaku AJK Keselamatan menerangkan bahawa First Aid yang secukupnya telah disediakan dan murid PBSM tahun 6 telah dipilih untuk membantu beliau. Pengurus Rumah Sukan Semua ketua rumah sukan dikehendaki berbincang dengan En Jumaat berkenaan dengan disiplin kawat kaki dan pengucapan slogan rumah sukan semasa lintas hormat. Pelepas En. Zamharis b. Din memerlukan alat pelepas yang sesuai sebelum sesuatu acara dimulakan. En Ariffin Bin Hj Aban akan menyediakan alat pelepas tersebut. Hakim Penamat Pn. Rubiah bt. Razak selaku ketua hakim memerlukan dua orang murid untuk membantu memegang tali penamat dan bendera merah putih, empat orang hakim, empat unit jam randik, 4 orang pemegang nombor untuk diberikan kepada para pemenang dan beberapa orang untuk membantu mencatat pemenang. Pencatat Keputusan Pn Wan Mazni memerlukan borang pencatat keputusan seperti yang sedia maklum. Borang ini memudahkan keputusan dicatat dengan segera. Memerlukan dua oarng murid untuk menghantar keputusan kepada juruacara dan statistik. Beliau juga memerlukan beberapa unit meja, pencetak (printer) dan beberapa helaian kertas. Pengurus Hadiah Dan Pengurus Peserta Menerima Hadiah Pn Wan Nurul Hafiza selesai. menerangkan bahawa hadiah peserta seperti medal telah

4.3.1

4.5 4.5.1

4.6 4.6. 4.6.2 4.7 4.7.1

4.8 4.8.1

4.8.2

4.9 4.9.1 4.9.2

Beliau menerangkan tiga unit piala untuk persiapan khemah terbaik, perbarisan lintas hormat terbaik, johan rumah sukan keseluruhan, cenderahati perasmi, hadiah olahragawan dan olahragawati telah disediakan.

4.9.3

Beliau memberitahu bahawa hadiah untuk peserta acara pendidikan khas masih belum dibeli lagi. Jamuan Perasmi, Pegawai Dan Peserta

4.10

4.10.1 Pn. Hamidah bt. Othman menerangkan bahawa jamuan untuk perasmi, pegawai sukan dan para peserta telah disediakan. Antara menu makan tengahari ialah nasi ayam dan air sirap. Nasi ayam (RM3.60) ditaja oleh pihak sekolah manakala air sirap ditaja oleh pihak kantin sekolah. Untuk makluman, makanan akan dihidangkan dalam bentuk buffet. 4.10.2 Untuk makluman, kenderaan bergerak MILO akan datang ke sekolah pada hari sukan tersebut. 4.11 Penjaga Masa.

4.11.1 Puan Suzana menyatakan beliau memerlukan stop watch yang berfungis dengan baik supaya masa dapat dicatat dengan tepat. 4.11.2 AJK Penjaga Masa akan bertugas bergilir-gilir kerana hanya8 lorong sahaja yang digunakan. Makluman semua 5. 5.1 Hal-Hal Lain En. Shuib memberitahu kepada ketua rumah sukan bahawa hanya tiga kali sahaja nama peserta akan dipanggil dalam satu-satu acara. Jika peserta gagal hadir selepas tiga kali pengumuman panggilan peserta dibuat maka penyertaan peserta tersebut akan terbatal dengan sendirinya. En Ariffin Bin Hj Aban mengumumkan bahawa setiap bantahan ketua rumah sukan dalam mana-mana acara akan dikenakan RM200 sahaja. Beliau menegaskan keputusan pengadil adalah muktamad. En Wan Mohd Firdaus memberitahu bahawa baju t-shirt sukan akan diterima selewat-lewatnya hari Khamis 22 September 2012 bersama topi berwarna hijau yang ditaja khas.

5.2

5.3

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada semua jawatankuasa yang telah membentangkan laporan masing-masing dan berharap semua ahli jawatankuasa akan memberikan kerjasama penuh bagi menjayakan Temasya Olahraga Tahunan kali ini seperti yang dirancang. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang. Disediakan oleh: _________________ (WAN MOHD FIRDAUS) Setiausaha Sukan SKTBR 1

You might also like