You are on page 1of 8

2.

0 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENANGANI DAN MENGURUSKAN PERPADUAN ETNIK DI MALAYSIA Malaysia merupakan sebuah negara yang mashyur dengan pelbagai agama, budaya, tradisi, kepercayaan, adat resam dan nilai murni. Hal ini adalah kerana, negara kita mengamalkan konsep melting pot di mana, negara kita mempunyai komposisi pelbagai etnik seperti etnik India, Melayu, Cina, penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Sesebuah negara yang diduduki oleh pelbagai etnik yang berbeza dari segi agama, kepercayaan, adat resam dan nilai murni akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan bagi mengekalkan perpaduan anatara rakyat negara tersebut dan begitu juga senario yang berlaku di negara kita, di mana terdapat pelbagai cabaran dari segi aspek sosial, ekonomi, politik, nilai antara etnik, sikap penduduk Malaysia, dan cabaran luaran bagi menangani dan menguruskan perpaduan etnik di negara kita. 2.1 ASPEK SOSIAL Dari segi aspek sosial, terdapat pelbagai cabaran yang menjadi halangan bagi menangani dan menguruskan perpaduan antara etnik di negara kita dan antara cabarannya ialah, pemisahan fizikal, pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar, kontrak sosial dan perbezaan agama dan adat resam antara masyarakat Malaysia. 2.1.1 PEMISAHAN FIZIKAL Konsep pemisahan fizikal merupakan pengagihan masyarakat mengikut lokasi tempat tinggal di negara kita. Pada zaman pra merdeka, masyarakat negara kita menduduki sesebuah tempat tinggal mengikut etnik, sebagai contohnya, kebanyakan etnik India tinggal di estate, manakala etnik Melayu pula di kampung dan etnik Cina pula menduduki kawasan bandar. Hal ini adalah disebabkan oleh, mata pencariaan atau kerjaya mereka tertumpu di kawasan-kawasan tersebut. Walaupun begitu, pada zaman pasca kemerdekaan iaitu pada era ini, penduduk negara kita menduduki sesebuah tempat tinggal mengikut status dan kemampuan ekonomi, bukan itu sahaja, malah masyarakat Malaysia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu masyarakat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Walaupun negeri Sabah dan Sarawak hanya dipisahkan oleh sebatang Lautan China, kita, penduduk di Semananjung Malaysia menganggap negeri-negeri tersebut seperti sebuah negara asing bagi kita, namun hakikatnya, negeri Sabah dan Sarawak beratapkan bumbung yang sama seperti kita iaitu, Malaysia. Pemisahan masyarakat Malaysia kepada tiga bahagian menyebabkan mereka tidak

mengenali dan memahami antara satu sama lain, justeru merenggangkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat negara kita. Konsep pemisahan fizikal bukan sahaja boleh merenggangkan hubungan dan interaksi pelbagai etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota yang seterusnya menimbulkan prasangka, streotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan etnik terhadap etnik yang lain. 2.1.2 PENDIDIKAN YANG BERASINGAN Pendidikan di negara kita terbahagi kepada tiga iaitu, pendidikan di sekolah rendah, menengah dan tertinggi. Walaupun pendidikan diberikan secara sama rata kepada rakyat negara kita tetapi konsep sekolah vernikular masih diguna pakai dalam sistem pendidikan negara kita walaupun konsep ini telah lama dimansuhkan, di mana bahasa ibuanda digunakan sebagai bahasa pengantar dalam Sekolah Kebangsaan (SK) mahupun Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan penggunaan bahasa pengantar ini akan mengurangkan perpaduan di antara etnik negara kita. Hal ini adalah kerana, para pelajar akan fasih bertutur dan memahami bahasa ibuanda masing-masing, justeru komunikasi antara etnik yang berlainan akan berkurangan dan merenggangkan perpaduan antara etnik. Disamping itu, sekolah rendah yang terbahagi kepada SK dan SJK juga menjadi halangan kepada perpaduan rakyat negara kita kerana kebanyakan para pelajar SJK Tamil dan Cina terdiri daripada etnik masing-masing dan interaksi hanya akan berkisar dalam kalangan etnik yang sama, justeru akan mengurangkan jurang perpaduan antara etnik di negara kita. 2.1.3 POLARISASI DALAM KALANGAN PELAJAR Polarisasi dalam kalangan pelajar bermaksud amalan bergang iaitu hanya berkawan, bertegur sapa dan berinteraksi antara etnik masing-masing yang wujud diantara para pelajar di Malaysia. Situasi ini berlaku di setiap sekolah mahupun SK dan SJK dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam mahupun Swasta. Kerajaan telah memperkenalkan sebuah program bagi membentuk perpaduan antara pelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik dan program ini dikenali sebagai, Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Walaupun rancangan sebegini telahpun diwujudkan, namun pelajar negara kita masih mengamalkan polarisasi dalam kalangan mereka, maka usaha untuk mengeratkan perpaduan antara rakyat negara kita akan terbantut disebabkan oleh amalan polarisasi dalam kalangan pelajar.

2.1.4 KONTRAK SOSIAL Kontrak sosial ialah satu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan asli. Persefahaman penduduk rakyat Malaysia tentang kontrak sosial telah menimbulkan hura-hara dalam kalangan rakyat dan menjejaskan perpaduan etnik di negara kita seperti yang berlaku pada tahun 2008 iaitu perhimpunan haram Hindraf yang menyoalkan tentang kontrak sosial tersebut. Perhimpunan haram ini telah menjejaskan perpaduan etnik di negara kita di mana, kontrak sosial ini telah menimbulkan suatu perasaan aneh iaitu etnosentrisme dan rasisme dalam kalangan penduduk Malaysia dan menjadi halangan dalam menangani dan mengekalkan perpaduan antara etnik di Malaysia. 2.1.5 PERBEZAAN AGAMA DAN ADAT RESAM Seperti yang sedia maklum, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, justeru negara ini kaya dengan pelbagai agama dan adat resam. Kepelbagaian agama dan adat resam akan memisahkan rakyat kita kepada kumpulan etnik mereka yang tersendiri dan menjurangkan perpaduan antara mereka. Selain itu, perselisihan faham antara agama dan adat resam etnik lain akan mengujudkan salah faham antara etnik dan menjejaskan perpaduan etnik di negara kita. Setiap agama dan adat resam perlulah dihormati bagi mengurangkan jurang sosial antara etnik di negara kita. 2.2 ASPEK EKONOMI Dari segi aspek ekonomi, terdapat pelbagai cabaran yang menjadi halangan bagi menangani dan menguruskan perpaduan antara etnik di negara kita dan antara cabarannya ialah, dominasi ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi antara masyarakat Malaysia. 2.2.1 DOMINASI EKONOMI Dominasi ekonomi merujuk kepada penguasaan ekonomi oleh sesetengah etnik dan dominasi ini akan mengujudkan jurang yang lebih luas antara etnik di Malaysia. Dasar pecah dan perintah yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan penjajah British telah memberikan kesan kepada penduduk negara kita sehingga kini di mana, pada zaman penjajahan, masyarakat dibahagikan kepada sektor ekonomi orang Melayu dalam pertanian, orang India terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit dan orang Cina menguasai sektor

yang lebih maju berbanding dengan etnik yang lain. Selepas zaman pasca kemerdekaan, dominasi dalam sektor ekonomi ini telah berubah kepada bumiputera dan bukan bumiputera, di mana, penduduk bumiputera menguasai ekonomi negara kita dalam sektor primary, secondary dan tertiary sebanyak 136.3 peratus dan bukan bumiputera pula dengan 163.7 peratus (Sumber: Malaysia, 1990). Dominasi sesetengah etnik dalam ekonomi negara akan melahirkan ketidakpuas hati etnik yang lain kerana mereka akan berasa kedudukan mereka tergugat, justeru sifat etnosentrism dan kekitaan akan wujud lalu menjadi halangan kepada hasrat kita untuk mengekalkan perpaduan antara etnik. 2.2.2 PERBEZAAN PEKERJAAN BERDASARKAN SEKTOR EKONOMI Cabaran ini memberikan implikasi yang sama dengan cabaran dominasi ekonomi tetapi cabaran perbezaan perkerjaan berdasarkan sektor ekonomi merupakan cabaran yang menjadi dilemma penduduk negara kita pada masa kini, di mana pendapatan rakyat Malaysia berbeza mengikut pekerjaan mereka. Situasi ini mengujudkan jurang perbezaan ekonomi rakyat yang terbahagi kepada orang kaya dan orang miskin. Jurang perbezaan ini akan mengujudkan benteng antara perpaduan etnik di Malaysia, misalnya, pergaulan dan interaksi antara orang kaya hanyalah dengan golongan elit sahaja dan mereka tidak akan bercampur gaul sesama orang miskin. Ini bukan pernyataan streotaip tapi inilah situasi yang sedang berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia. Situasi ini akan mengujudkan rasisme dan perasaan kekitaan yang akan menjadi cabaran untuk menangani dan menguruskan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat kita. Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan bahawa perpaduan negara tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. 2.3 ASPEK POLITIK Dari segi aspek politik, terdapat pelbagai cabaran yang menjadi halangan bagi menangani dan menguruskan perpaduan antara etnik di negara kita dan antara cabarannya ialah, kepimpinan ketua, parti politik berasaskan kaum, tiada kesatuan politik, dan visi politik yang berbeza.

2.3.1 KEPIMPINAN KETUA Kepimpinan seseorang ketua amat penting untuk mengujudkan serta

mengekalkan perpaduan antara etnik. Seseorang ketua itu adalah aset penting dan tulang belakang sesebuah negara. Corak dan cara pemerintahan yang digunakan oleh setiap pemimpin negara kita akan memberikan impak kepada perpaduan negara kita. Sebagai contohnya, pemimpin negara kita akan berubah setiap lima tahun dan corak dan cara pemerintahan beliau akan memberikan impak positif atau negatif terhadap perpaduan etnik bergantung kepada sifat dan sikap seorang ketua negara semasa memerintah. 2.3.2 PARTI POLITIK BERASASKAN KAUM Parti politik yang berasaskan kaum akan menjadikan keadaan lebih parah apabila isu-isu perkauman diperalatkan untuk kepentingan sesuatu pihak bagi mendapatkan sokongan rakyat. Parti politik sebegini akan mengungkitkan rusuhan kaum yang akan menggugatkan perpaduan etnik dalam kalangan masyarakat negara kita. Rusuhan kaum berlaku disebabkan oleh unsur rasisme yang diungkitkan oleh parti politik yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan pertelagahan antara etnik yang berbeza seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku disebabkan oleh parti berasaskan perkauman. Selain itu, rusahan kaum pada masa kini pula berubah bentuk kepada demonstrasi seperti demonstrasi yang dijalankan secara besar-beasar iaitu, demonstrasi bersih yang berlaku pada tahun 2011. Demonstrasi-demonstrasi sebegini akan menggugat perpaduan etnik di negara kita. 2.3.3 TIADA KESATUAN POLITIK DAN VISI POLITIK YANG BERBEZA Perpaduan ialah tangga utama untuk kejayaan sesebuah negara, justeru, untuk menangani dan menguruskan perpaduan etnik di negara kita, semua pihak perlulah bersatu terutamanya, pihak politik perlulah bersatu untuk menyatupadukan etnik di negara kita. Kesatuan politik akan mengujudkan visi politik yang sama dan perkara ini akan mengeratkan lagi perpaduan antara kaum di negara kita. Selain itu, visi pihak politik yang sama tidak akan mengelirukan penduduk negara kita dan perkara ini dapat menghalang perpecahbelahan rakyat kita mengikut visi politik masing-masing, sebagai contohnya, terdapat pelbagai parti politik di negara kita seperti parti Barisan Nasional (BN), Parti Rakyat Malaysia (PKR) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) dan mempunyai visi yang berbeza serta tidak bersatu untuk mengujudkan perpaduan antara etnik di negara kita.

2.4 ASPEK NILAI ANTARA ETNIK Cabaran yang seterusnya ialah nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi bahasa, nilai dan kebudayaan yang lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina, India dan penduduk Sabah Sarawak mempunyai bahasa, nilai dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa, nilai dan kebudayaan mereka sendiri. Ini akan mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat. Perkara ini seolaholah sudah menjadi tegal atau taboo kerana perkara ini memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan nilai, bahasa dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walaupun perkara ini akan memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka. 2.5 ASPEK SIKAP PENDUDUK MALAYSIA Dari segi aspek sikap penduduk Malaysia, terdapat pelbagai cabaran yang menjadi halangan bagi menangani dan menguruskan perpaduan antara etnik di negara kita dan antara cabarannya ialah, sikap mementingkan diri sendiri dan prasangka serta prejudise yang menebal dalam diri setiap etnik. 2.5.1 SIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI Kebanyakan penduduk di negara kita mementingkan diri sendiri, di mana mereka tidak sudi untuk bertegur sapa dan beramah mesra dengan penduduk yang lain, justeru mengujudkan jurang antara penduduk negara kita. Selain itu, mereka tidak mempunyai minat untuk bersosial dan berinteraksi dengan penduduk negara kita yang lain dan tidak sudi untuk tolong-menolong antara satu sama lain, maka mereka tidak mempunyai persefahaman dan komunikasi yang sihat di antara satu sama lain, justeru merenggangkan hubungan antara mereka dan jurang ini akan menjadi titik utama dalam melonggarkan perpaduan antara etnik di Malaysia.

2.5.2 PRASANGKA DAN PREJUDISE YANG MENEBAL Prasangka dan prejudise antara etnik akan menjadi cabaran yang paling hebat bagi menangani dan mengekalkan perpaduan etnik dalam negara kita. Prasangka dan prejudise yang timbul antara kaum ini akan memjejaskan perpaduan etnik dan prasangka serta prejudise akan mengungkitkan sifat rasisme dan etnosentrisme antara etnik tersendiri, justeru memisahkah etnik yang berlainan untuk kekal bersatu padu di negara ini. 2.6 ASPEK CABARAN PENGARUH LUARAN Dari segi aspek cabaran pengaruh luaran terdapat pelbagai cabaran yang menjadi halangan bagi menangani dan menguruskan perpaduan antara etnik di negara kita dan antara cabarannya ialah, politik antarabangsa dan globalisasi. 2.6.1 POLITIK ANTARABANGSA Dalam era pasca perang dingin dan berakhirnya dunia bipolar pada akhir 1980an, kini dunia telah menjadi unipolar di mana, Amerika dan sekutunya telah mendominasi politik antarabangsa dan penguasaan mereka bukan sahaja dalam konteks Pertubuhan Bangsa Bersatu tetapi penguasaan ini juga adalah untuk menjaga kepentingan mereka di mana-mana sahaja, justeru negara kita perlulah berwas-was dalam situasi sebegini kerana pengaruh politik luar dapat menggangu perpaduan di negara kita, sebagai contohnya, peristiwa Lahad Datu yang hangat berlaku di negeri Sabah, di mana berlaku pemberontakkan Orang Sulu disebabkan pengaruh politik luar negara dan peristiwa ini akan menjadi ancaman kepada perpaduan antara etnik di negara kita. Pemberontak-pemberontak Orang Sulu dapat mengungkitkan rusuhan etnik dalam negara kita semata-mata untuk mendapat apa-apa yang mereka hajati dan perkara ini akan merosakkan serta memecah belahkan rakyat pelbagai etnik di negara kita. 2.6.1 ASPEK GLOBALISASI Aspek globalisasi terbahagi kepada teknologi dan sains dan pembaratan corak hidup. Pencipataan teknologi dan sains juga telah menjurangkan lagi perpaduan antara etnik di negara kita. Dari sudut yang positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik dan menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang kita dapat rasai kini. Namun demikian, pengaruh Barat atau dikenali sebagai pembaratan corak hidup ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyusur dalam

para remaja yang akan menjadi bakal pemimpin negara lenyap disebabkan oleh budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi, para remaja yang terdiri daripada pelbagai etnik terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan moral remaja itu sendiri dan memusnahkan kebanyakan golongan remaja. Jelasnya di sini dapat dilihat bahawa kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus kerana pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga disebabkan oleh tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dilendak oleh arus pemodenan zaman dan pembahuruan terhadap corak hidup ataupun dikenali sebagai globalisasi akan menjadi ancaman kepada perpaduan etnik di negara kita.

You might also like