You are on page 1of 8

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________ 9 perkara itu.

11 Sungguhpun Parti itu menerima taraf dan dasar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebagaimana tercatat dalam Perlembagaan, tetapi Gerakan lebih suka dalam menggunakan semua bahasa serta menyokong kuat penubuhan Universiti Kebangsaan dan Universiti Merdeka. Bahasa-bahasa Melayu, Cina dan Tamil boleh dipelajari sehingga peringkat universiti. Parti ini mahukan juga sekolah menengah Cina dan Tamil dikekalkan. Gerakan memperjuangkan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatupadu dengan mempunyai pandangan dan matlamat yang sama. 12 2.3 Pakatan Pembangkang 1969 DAP lebih bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Dr Chen Man Hin dan lain-lain pemimpin setuju bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina pakatan bagi menghadapi Perikatan . DAP telah bekerjasama dengan secara langsung dan tidak langsung dengan parti Gerakan , Parti Progresif Rakyat dan PAS tentang pembahagian kerusi semasa pilihan raya 1969. Prinsip yang dipakai ialah hanya satu calon pembangkang berlawan dengan Perikatan. Dato Mohd Ari selalu Presiden PAS bersedia bekerjasama dengan DAP ini tindakan ini mengejutkan tokoh-tokoh politik. 2.4 Keputusan Pilihan Raya
11Ibid.

hlm 84

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________ 10 Gambar 1: Sisw a I TM membantu proses pengiraan undi di Universiti Malaya pada tahun 1969.(Berita Harian) Pembuangan undi telah diadakan pada 10 Mei 1969. Keputusan pilihanraya itu telah tidak memuaskan hati pihak Perikatan. Di peringkat Parlimen, Perikatan telah memenangi 66 buah kerusi dan sepuluh daripada calonnya telah berjaya tanpa bertanding di Sabah. Perikatan sudah pasti memperoleh suara terbanyak dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 144 ahli itu. Keputusan pilihanraya di Malaysia Timur telah dilambatkan dan tidak diadakan pada masa yang sama sebagaimana Semenanjung Malaysia. Pilihanraya di Malaysia Timur itu akan menentukan sama ada ia akan masih dapat mengekalkan dua pertiga suara terbanyak di Parlimen. Tanpa kemenangan dua pertiga, Perikatan akan tiada mempunyai

kuasa untuk meminda Perlembagaan, melainkan ia berjaya mendapatkan sokongan beberapa orang ahli pembangkang.13 Keputusan itu bermakna bahawa Perikatan telah memenangi 23 buah kerusi kurang daripada piihanraya tahun 1964. Dengan perkataan-perkataan lain, Perikatan telah kalah 25.84 peratus daripada kerusi yang dahulunya parti itu pegangi. MCA telah kalah teruk sekali. Parti itu telah memenangi Cuma 13 buah kerusi daripada 33 buah kerusi yang telah ditandingi. Lagipun 3 buah kerusi telah tidak ditandingi. Tiga telah dimenangi di kawasan pilihanraya yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada orang-orang Melayu. MIC telah memenangi dua daripada tiga buah kerusi yang telah ditandinginya itu. Dalam tahun 1964, parti itu telah memenangi tiga buah kerusi. UMNO yang merupakan parti yang mewujudkan Perikatan itu, telah memenangi 51 buah kerusi
13Ibid.

hlm 85

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________ 11 daripada 67 buah kerusi yang telah ditandinginya. Dengan perkataan-perkataan lain, Parti itu telah memenangi 8 buah kerusi kurang daripada pilihanraya tahun 1964. Perubahan yang ketara sekali telah berlaku dalam Perikatan dalam pilihanraya di peringkat negeri. Di Malaysia, pilihanraya negeri telah diadakan pada masa yang sama

sebagaimana pilihanraya peringkat persekutuan.(lihat lampiran di belakang). 14Pulau Pinang telah kalah kepada Gerakan. Cuma empat orang calon daripada 24 orang calon UMNO sahaja yang telah menang dalam pilihanraya itu. Gerakan telah memenangi 16 buah kerusi, DAP tiga dan sebuah kerusi lagi dimenangi oleh parti pembangkang. Kelantan telah dimenangi oleh PAS dan ini telah mengejutkan UMNO kerana parti itu telah merancang untuk mengalahkan parti lawan dengan teruknya. Gerakan dan DAP telah berjaya dengan cemerlang di Selangor dengan kekalahan di pihak Perikatan.Ini adalah nyata sekali bukan sahaja di ibukota Kuala Lumpur, tetapi juga Selangor. Di Selangor, puak pembangkang memenangi separuh daripada 28 buah kerusi ( DAP sembilan, Gerakan empat, Bebas satu ), dan di Perak, Perikatan telah berjuang bermati- matian untuk mengekalkan kuasa. Perikatan telah memenangi hanya 19 buah kerusi daripada 40 buah kerusi. (PPR 12, DAP 6, GERAKAN 2, PAS 1). Gambar 2: Syed Hussein Alatas (kiri) dan Lim Chong Eu (kanan) diangkat ketika meraikan kemenangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang amat besar dalam piliha n raya umum 1969.
14Ibid.

hlm 85

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________ 12 Pada keseluruhannya, parti-parti pembangkang memenangi 50.7% daripada jumlah undi, serta 49 kerusi dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala PAS menang 12 kerusi. Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di ibu negara, Kuala Lumpur pada 12 Mei tetapi perhimpunan itu menjadi hiruk-pikuk, dengan ahli-ahli menjerit julukan- julukan perkauman terhadap orangorang Melayu yang berada di tempat perhimpunan ini. UMNO bertindak balas dengan perhimpunan sendiri pada 13 Mei, tetapi perhimpunan ini kemudian merosot menjadi rusuhan besar-besaran. Rusuhan ini kini dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei. 3.0 PERI STI WA 13 MEI 1969 Tragedi 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara ini, dan hampir-hampir menghancurkan keutuhan negara. Tragedi 13 Mei ini ialah rusuhan kaum dan merupakan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini adalah ekoran daripada pilihan raya kebangsaan yang telah berlangsung pada 10 Mei 1969. Sebenarnya hubungan aman dan semangat perpaduan di antara pelbagai kaum belum utuh

pada tahun-tahun awal selepas kemerdekaan. Hal ini adalah disebabkan oleh dasar pecah dan perintah serta pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi semasa zaman penjajahan British. Selain itu, ia juga berpunca daripada jalinan tekanan sejarah yang menyelubungi negara, serta jurang generasi dan interpretasi yang berbeza-beza terhadap struktur perlembagaan Negara. 3.1 Fa ktor-faktor yang men cetu skan Perist iw a 13 Mei Pada hakikatnya, dapat dikatakan bahawa huru-hara yang telah menggoncangkan Kuala Lumpur telah meletus disebabkan oleh keputusan pilihan raya umum 1969. Bagaimanapun, sebab yang utama adalah lebih besar daripada itu. Faktor yang mencetuskan tragedi ini boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu faktor politik,

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________ 13 ekonomi, dan sosial.15 Politik merupakan faktor utama yang menyebabkan tercetusnya peristiwa 13 Mei ini. Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi telah menjadi tema utama sepanjang kempen pilihan pilihan raya 1969. Hal ini telah mewujudkan sentimen perkauman di Tanah Melayu pada waktu itu. Sepanjang tempoh berkempen, calon- calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya dari parti-parti pembangkang seperti Parti Gerakan dan DAP telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera, dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Matlamat utama mereka ialah untuk menang dalam pilihan raya dan berkuasa dalam parlimen. Hal ini telah menimbulkan kegelisahan, syak wasangka, dan menebalkan perasaan tidak puas hati rakyat berbagai kaum di negara ini. Ucapan yang dibuat dalam kempen plihan raya telah dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan perasaan kaum lain. Apabila isu sensitif dan perkauman dibangkitkan serta diapi-apikan, perasaan tidak puas hati sekali lagi timbul. Di samping itu, perarakan kemenangan yang dilakukan oleh pihak pembangkang juga telah menjadi salah satu faktor penyumbang berlakunya peristiwa 13 Mei. Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC telah mengalami kekalahan yang teruk dalam pilihan raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun darpada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.16Walaupun pada peringkat persekutuan Parti Perikatan masih boleh menubuhkan

kerajaan dan terus memerintah, tetapi undi dan kerusi yang diperolehi pada keseluruhannya telah merosot. Hal ini telah membangkitkan semangat dan kegembiraan pihak parti pembangkang seperti DAP dan Gerakan. Sebagai menyambut kemenangan tersebut, DAP dan Gerakan telah mengadakan beberapa siri perarakan kemenangan.17 Perarakan tersebut bukan sahaja dianjurkan untuk merayakan kemenangan, tetapi ada yang mengambil kesempatan ini untuk merendah dan menghina orang Melayu. Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti GERAKAN telah menang besar di
15Mohamad

Idris Salleh, (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi: Utusan Publication Sdn. Bhd, hlm 123. 16Ibid, hlm 124 17Ibid, hlm 124

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________ 14 kawasan Batu, Selangor. Beliau meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut. Polis telah memberikan kebenaran kepada mereka untuk melakukan perarakan, kerana menganggap bahawa perarakan yang dilakukan hanyalah perarakan untuk meraikan kejayaan mereka. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Dikatakan bahawa kaum Cina yang menang berarak dengan mengikat penyapu pada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan menghina Melayu. Dalam masyarakat Melayu, penyapu membawa konotasi yang negatif (sial). Perarakan yang membakar semangat perkauman inilah yang menjadi punca tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei 1969. Faktor ekonomi juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan tercetusnya peristiwa 13 Mei. Semasa pendudukan British di Tanah Melayu, kerajaan British telah menjalankan dasar pecah dan perintah, iaitu pengasingan dan pengenalan kaum mengikut aktiviti ekonomi. Di bawah dasar ini, orang Melayu ditempatkan di kawasan luar bandar dan menjalankan kegiatan pertanian. Manakala imigran Cina telah ditempatkan di kawasan bandar dengan menjalankan kegiatan perdagangan dan perlombongan. Bagi imigran India pula, mereka ditempatkan di kawasan ladang getah. Dasar ini telah mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Keadaan ekonomi dan demografi penduduk di Tanah Melayu ini telah menunjukkan bahawa majoriti penduduk Melayu

berpendapatan rendah dan hidup dalam kemiskinan. Kaum Cina pula kebanyakannya hidup senang dan mewah.18Kesan daripada dasar ini masih jelas kelihatan pada tahun-tahun awal selepas kemerdekaan. Keadaan ini telah melahirkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu. Mereka merasakan bahawa ekonomi Tanah Melayu telah dikuasai oleh imigran asing, manakala orang Melayu sendiri jauh ketinggalan di belakang. Pihak kerajaan telah mengambil langkah positif untuk menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi tersebut. Langkah-langkah tersebut termasuklah penubuhan badan-badan seperti FELDA, MARA dan FAMA. Melalui badan-badan ini, kerajaan membuka tanah baru, membina rumah, dan menyediakan pasaran untuk
18Ibid,

hlm 125

You might also like