You are on page 1of 4

KERAJAAN MALAYSIA

SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2006

LANGKAH.LANGKAH MEMPERKASAKAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

22 DISEMBER 2OO5

Dikelilingkan kepada: Kementerian SemuaKetua Setiausaha SemuaKetua JabatanPersekutuan SemuaKetua PengurusanBadan Berkanun Persekutuan SemuaY.B. Setiausaha Kerajaan Negeri SemuaKetua PengurusanPihak BerkuasaTempatan

JABATAN PERDANA MENTERI, MALAYSIA KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI PUSATPENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62502PUTRAJAYA

Telefon :603-88881957 Faks :603-88883903


: PM(S)10034 Jld.9 : 22 Disember 2005

Ruj. Kami Tarikh

SemuaKetua Setiausaha Kementerian SemuaKetua JabatanPersekutuan SemuaKetua Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan SemuaY.B. Setiausaha KerajaanNegeri SemuaKetua Pengurusan Pihak BerkuasaTempatan

SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2006

LANGKAH.LANGKAH MEMPERKASAKAN PENGGUNAANBAHASA KEBANGSAAN .DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TUJUAN Surat Pekeliling Am ini berfujuan memaklumkan akan langkah-langkah untuk memperkasakanpenggunaanbahasa kebangsaanyang baik, betul dan santun, sertamemperluaspenggunaannya secara menyeluruhdalam Perkhidmatan Awam, sesuaidenganperkembangandan kemajuannegarayang pesatpada masaini. LATAR BELAKANG 2. Perkara 152, PerlembagaanPersekutuandan Akta Bahasa Kebangsaan 1963167,memperuntukkan bahawa bahasaMelayu sebagaibahasakebangsaan

hendaklah digunakan sebagaibahasarasmi dalam pentadbirannegara. Bahasa rasmi yang dimaksudkan ialah bahasa yang digunakan dalam semua maksud rasmi yang meliputi wacanalisan dan tulisan di peringkat Kerajaan Persekutuan, BerkanundanPihakBerkuasaTempatan. Negeri, Badan-Badan Kerajaan-Kerajaan Wacanalisan rasmi termasuklahmesyuarat,taklimat, ucapan,ceramah,syarahan, Wacanatulisan rasmi perbincanganpentadbirandan yang seumpamadengannya. laporan,kertas pentadbiran, mesyuarat, memo, pula meliputi surat-menyurat minit cadangan,pekeliling dan sebagainya.Bahasa yang digunakan di tempat awam seperti pada papan iklan, papan tanda dan premis perniagaanjuga terangkum sebagaibahasayang digunakandalam urusanrasmi. Bagi melaksanakan dan memantau penggunaan bahasa kebangsaan 3. yang baik dan betul, Kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa,iaitu Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Negara. Perkhidmatan Awam yang dipengerusikanoleh Ketua Setiausaha TANGGUNGJAWAB KEMENTERIANIABATAN/AGENSI 4. Ketua-ketua jabatan hendaklah mewujudkan mekanisme di organisasi suratpekeliling ini masing-masinguntuk menjayakandan memantaupelaksanaan sertamensambil tindakan-tindakanvane berikut:

(i)

memastikansemuapegawai dan kakitanganKerajaan menggunakan yang baik dan betul dalam semuaurusan rasmi, bahasakebangsaan sama ada secaratulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabilaberurusandenganpelanggan(kecuali urusanyang melibatkan negara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supayafasih berkomunikasi dalam bahasaasing); mewajibkan penggunaanbahasa kebangsaanyang baik dan betul dalam hal-hal seperti dari segi ejaan, sebutan,istilah dantatabahasa mesyuarat, surat-menyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, penamaan di tempat awam (alan, kawasan perumahan,premis perniagaan dan lain-lain) dan sebagainya. lain boleh digunakan berdasarkanpada keperluan. Bahasa-bahasa lain itu hendaklah penggunaan bahasa-bahasa Walau bagaimanapun, kurang menonjol dari segi saiz, warna dan seumpamanya;

(ii)

(iii) menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusan yang bertujuan meningkatkankemahiran dalam bahasakebangsaan di kalanganpegawai dan kakitangan;

(iv) memastikan buku, bahan rujukan atau risalah pedoman bahasa kebangsaan terbitan Dewan Bahasadan Pustakadalam edisi terkini untuk kegunaansemuapegawai dan kakitangan, seperti disediakan Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Dwibahasa, TesaurusUmum BahasaMelayu, buku-buku istilah dalam pelbagai bidang ilmu, E-Kamus (yang mengandungiKamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Istilah Komputer), Daftar Kata BahasaMelayu: Rumi - Sebutan- Jawi, dan lain-lain; dan (v) mendapatkankhidmat nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian terus 03-21481960 dan 03-21485887 atau laman web DBP. http ://www.dbp.gov.my

5. Semuapertanyaan berkaitandengansuratpekeliling ini hendaklahdirujuk kepada Urus Setia Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan BahasaKebangsaan dalam Perkhidmatan Awam, Bahagian PengembanganBahasa Sektor Awam, JabatanBahasa,Dewan Bahasadan Pustaka,Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannyaoleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan surat pekeliling ini dipanjangkan kepada semuaPerkhidmatan Negeri, Pihak BerkuasaBerkanun dan Pihak BerkuasaTempatan. TARIKH KUAT KUASA 7. Surat Pekelilins ini berkuat kuasadari tarikh ia dikeluarkan.

..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

(TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMAN) KetuaSetiausaha Negara

PNMB,K.L.

You might also like