You are on page 1of 2

Wah, seronok Arnab Putih berlari seorang diri untuk mencuba kelajuan lariannya.

Eh, terserempak pula Arnab Putih dengan seekor Sang Kancil. Nah, Sang Kancil Mengingatkan Arnab Putih pada kekalahan pada nenek moyang Sang Kura-Kura 198 tahun yang lalu. Arnab Putih dicabar dan tercabar dengan kata-kata Sang Kancil itu lalu memutuskan akan mengadakan perlumbaan semula dengan Sang Kura-Kura. Sang Kancil datang berjumpa kura-kura lalu menyampaikan hajat Arnab Putih itu. Ha, Sang Gajah mengadakan perhimpunan dengan semua binatang yang tinggal di kawasan bukit batu. Katanya peraturan pertandingan kali ini adalah bahawa ia akan dilangsungkan di kawasan bukit bukau dan bahawa ia merupakan satu perlumbaan terakhir. Sang Gajah dilantik sebagai hakim. Manakala Sang Arnab dan Sang Kura-Kura diberi tempoh sebulan untuk membuat persediaan. Ayahnya Sang Arnab Putih menugaskan Sang Tedung untuk memerhati pergerakkan Sang Kura-Kura selama 2 bulan.

Kura-kura menugaskan saudaranya semua lalu memilih 10 dikalangan mereka untuk dilatih. Kura-Kura membuat perancangan dan melatih mereka semua di kawasan air terjun itu. Ayahnya Si Arnab Putih memilih anaknya Arnab Putih di kalangan arnab lain yang telah ditandingi dalam satu perlumbaan percubaan. Apa yang Sang Tedung buat di situ. Dia datang dengan tujuan untuk memporak-perandakan kura-kura semuanya. Hinggakan kura-kura diiniaya oleh pengikutnya sendiri. Lalu membuat keputusan untuk menghilangkan diri. Berita kehilangan kura-kura tersebar ke seluruh hutan. Apa lagi ayahnya Si Arnab Putih terus mengusulkan cadangan agar anaknya Si Arnab Putih diistiharkan sebagai pemenang. Tetapi kura-kura datang memunculkan diri pada hari perlumbaan. Maka kini tibalah masanya untuk Arnab Putih bertanding dengan Sang Kura-kura. Kura-kura melambungkan badannya menggelungsur di atas tanah dan serta merta memenangi perlumbaan tersebut. Sekian

You might also like