You are on page 1of 11

CABARAN GLOBALISASI DAN IMPLIKASI KEPADA HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

NURAINI BT MOHD NOORDIN NUR AIN ASILAH BT NOOR AZAM NURUL FASIHAH BT MOHD TAMIZI

GLOBALISASI
Globalisasi dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi semakin pintas dan cepat. Boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan.

CABARAN GLOBALISASI
Globalisasi yang berjalan sekarang ini hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu Barat. i. Proses pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi, politik dan sosial. ii. Penjajahan bentuk baru. iii. Menyelitkan unsur-unsur sosial seperti kehidupan bebas dan budaya hedonisme Mereka juga membawa pemikiran bahawa tamadun mereka lebih tinggi dan mengetengahkan bangsa lain kurang bertamadun. Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat akan mendatangkan kebaikan dan memodenkan mereka.

CABARAN GLOBLISASI
Pengaruh luaran dalam menentukan keamanan dan kestabilan sesebuah negara juga tidak boleh dipandang ringan. Era selepas Perang Dingin memperlihatkan US dan sekutunya mendominasi politik dunia. Kuasa Barat ini akan cepat bertindak dan memainkan peranan mereka dengan melibatkan diri dalam hal ehwal sesebuah negara jika ianya melibatkan kepentingan mereka.

CABARAN GLOBALISASI
Antara dominasi kuasa Barat ke atas dunia i. Memiliki dan mengendalikan sistem perbankan antarabangsa (IMF, World Bank) ii. Mengawal mata wang utama dunia dimana USD dijadikan pengukur nilai wang antarabangsa iii. Mendominasi pasaran modal dunia iv. Mendominasi akses ruang angkasa dan v. Mengawal laluan maritim dunia vi. Mendominasi industri senjata teknologi tinggi dunia

Untuk membentuk dan menjaga perpaduan kaum bebrapa faktor penting perlu diatasi antaranya hak asasi, agihan kekayaan, peluang pendidikan, peluang pekerjaan yang dikendalikan atas semangat perpaduan. Setiap hak perlu dipertimbangkan supaya tidak ada kaum yang merasakan mereka disisihkan, dianaktirikan, tidak dipedulikan dan akibatnya tidak mendapat keadilan sebenar. Aspek yang boleh mendatangkan sensitiviti sesuatu kaum perlulah dielakkan.

Penduduk Malaysia juga harus menjadikan setiap konflik yang berlaku di dunia luar sebagai pengajaran bahawa pentingnya perpaduan, perasaan faham memahami di kalangan rakyat Malaysia dan keharmonian kaum dijaga dengan seeloknya. Setiap aspek perhubungan kaum seperti adil dan saksama, hak kekayaan dan lain-lain hak perlulah sentiasa diberi perhatian agar tidak ada pihak yang tertinggal.

Globalisasi merubah segala budaya masyarakat tempatan dan akhirnya budaya-budaya luhur yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum mula hancur. Setiap yang datang dari barat samada dalam bidang pemikiran, politik dan budaya mula diterima dan dikatakan baik. Kesannya masyarakat mula diiktiraf setiap budaya dan pemikiran barat dalam segenap aspek kehidupan. Akhirnya globalisasi ini tidak lebih hanyalah suatu bentuk atau proses penjajahan baru barat ke atas dunia lainnya yag dipandang rendah dan tidak bertamadun.

Kesimpulannya cabaran-cabaran di atas boleh menyebabkan berlaku ketegangan kaum andai tidak diurus dengan baik. Cabaran ini perlu difahami dan ditanggani kerana kegagalannya akan membawa perselisihan dan prasangka yang memang telah sedia wujud di hati setiap kaum.

IMPLIKASI
Proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat sejagatmerupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Barat membawa masuk pengaruh dari segi ideologi, budayahedonisme dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains danteknologi yang memusnahkan dan sistem politik yangdianggap terbaik bagi semua manusia Mengeksport segala macam keburukan yang merosakkan negar dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengekspoitasiansumber manusia dan bahan mentah

Globalisasi ialah faktor perubah budaya yang amat kuat danpantas. Secara tidak lansung, gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan pemikiran barat diterima secara halus ke dalammasyarakat.

You might also like