You are on page 1of 1

SOALAN 1 Langkah-langkah penyoalan yang mampu merangsang kemahiran berfikir dalam pembelajaran di bilik darjah dapat dilaksanakan dengan

memastikan soalan yang dikemukakan tepat, jelas dan sesuai dengan penyusunan isi pelajaran. Di samping itu, perlu sesuaikan aras soalan dengan pengalaman, kebolehan dan pengetahuan sedia ada pelajar. Penyoalan mestilah menggunakan perkataan dan istilah yang mudah pelajar fahami bukannya terlalu abstrak sehingga menyebabkan pelajar sukar untuk memahaminya. Selain itu, perlu kurangkan memberi soalan yang memerlukan jawapan ya atau tidak. Sebaliknya, perbanyakkan soalan yang mencabar dan dapat memperkembang daya pemikiran pelajar. Contohnya, merancang soalan peringkat tinggi dan mencabar yang memerlukan pelajar memanipulasi maklumat yang telah dipelajarinya. Selain itu, soalan perlu diajukan terlebih dahulu secara lantang dan jelas agar semua pelajar mendengarnya. Setelah itu, berhenti seketika iaitu dalam masa 5 saat untuk memberi masa kepada pelajar berfikir, kemudian baru memanggil nama pelajar untuk menjawabnya. Elakkan daripada memanggil nama pelajar mengikut susunan kedudukan pelajar di dalam kelas. Soalan pula haruslah diajukan hanya satu sahaja pada satu-satu masa. Elakkan menyoal soalan yang berkaitan berkali-kali kerana keadaan ini boleh menyebabkan murid keliru. Selain daripada itu, perlu menggunakan soalan yang menguji ingatan

You might also like