You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PENAJIS 71350 KOTA MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2010 TARIKH HARI MASA

TEMPAT KEHADIRAN : : : : : 12 Januari 2010 Selasa 2.30 tengahari Pusat Sumber Sekolah Tn Hj Omar b Md. Shariff En Abdullah Naim B Md. Bohari En Mohd Nori B Hamzah Pn Rosnita Bt Abdul Wahab Pn Rodiah Bt Othman Cik Siti Zaleha Bt Mohiddin Pn Siti Aidah Bt Mohamad Cik Suliza Bt Abd Wahab Pn Kamariah Bt Abd Samad Pn Tan Meng Chin En Hisham B Lian Pn Anirah Bt Saian Cik Norziah Bt Mustafa Tn Hj Omar B Md Shariff Guru Besar SK Penajis

PENGERUSI : MESYUARAT 1.

Ucapan Aluan Ketua Panitia : Pn. Rosnita Bt Abdul Wahab 1.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Tindakan : Makluman semua guru

2.

Ucapan Aluan Oleh Guru Besar SK Penajis : Tn Hj Omar Bt Mohd Shariff 2.1 2.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan menjadi harapan beliau agar semua aktiviti panitia dapat dilakukan dengan teratur dan mengikut format yang telah dirancang dan ditetapkan. Selain itu, beberapa perkara lain turut disentuh seperti : 2.2.1 2.2.2 2.2.3 Pencapaian baik dalam UPSR ( 100 % ) Penggunaan Bahan EteMS dan rekod penggunaan untuk disemak oleh pihak pemantau seperti Pentadbiran, PPD, JPNS atau Jemaah Nazir. Buku Rekod hendaklah dikemaskinikan dan dihantar ke Guru Besar untuk ditandatangani.

2.2.4 2.2.5 2.2.6 2.2.7 2.2.8

Bahan impak dan BBB dan nilai hendaklah dinyatakan dengan jelas. Buku latihan dan nota perlulah digunakan sepenuhmya. Pastikan penggunaan maksimum dan disemak mengikut jadual. Buku hendaklah di cop mengikut jadual. Pemantauan akan dilakukan oleh Pihak Pengurusan termasuk buku latihan, kerja dan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Beliau juga menegas kan agar perbelanjaan setiap panitia perlulah secara berhemah dan mengikut keperluan dan kehendak semasa. Tindakan : Makluman semua guru

3.

Pembentukan Jawatankuasa Panitia Matematik 2010 Pengerusi N. Pengerusi Ketua Panitia Setiausaha AJK : : : : : Tn Hj Omar B Shariff Guru Besar En Abdullah Naim B Md Bohari Guru Penolong Kanan Kurikulum Pn Rosnita Bt Abdul Wahab Pn Kamariah Bt Abd Samad Semua guru yang mengajar matematik

4.

Program dan Aktiviti Panitia ( Dilampirkan )

5.

Kursus Dalaman 5.1 Kursus Dalaman yang bersesuaian akan dijalankan bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru matematik di SK Penajis. Guru-guru pakar akan dijemput sebagai fasilitator bagi membantu guru-guru dalam membina item ujian yang berkualiti serta teknik penandaan Bahagian B. Kursus dalaman sempena pelaksanaan dan penilaian PEKA juga akan diadakan bagi membantu guru-guru matematik melaksanakan PEKA dengan lebih baik,terancang dan berkesan. Tindakan : Guru Matematik Tahun 3, 4, 5 dan 6 sahaja

5.2

6.

Ujian / Penilaian 6.1 6.2 6.3 6.4 Ujian Dwi Bulanan Peperiksaan Dua Kali Setahun : Mei dan Oktober Ujian adalah berdasarkan topik terkini yang telah diajar dan pastikan setiap soalan ujian akan diperbincangkan jawapannya selepas setiap ujian dilaksanakan. Guru perlu memastikan bahawa murid melakukan pembetulan atas setiap soalan yang salah.

6.5 6.6 6.7 6.8

Tahun 6 akan mengikuti peperiksaan Canang yang telah ditetapkan oleh JPNS. PESTLE untuk Tahun 4 dan 5 manakala BUKTI untuk Tahap 1. UPSR pada bulan September. Analisa pencapaian perlu diserahkan kepada Ketua Panitia sekurang-kurangnya 1 minggu selepas Ujian/Peperiksaan dijalankan. Tindakan : Makluman semua guru.

7.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran, Penilaian dan Pemantauan 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 Dijalankan seperti biasa dan guru hendaklah banyak menggunakan bahan-bahan maujud terutama untuk murid Tahap 1 bagi memudahkan mereka memahami konsep matematik. Penggunaan maksimum semua software yang dibekalkan kerajaan bagi membantu meningkatkan pemahaman serta menarik minat murid mempelajari matematik. Memastikan murid tahap 2 menguasai teknik menjawab soalan yang betul berdasarkan skema pemarkahan yang boleh diterima. Memastikan murid tahap 2 memahami apa yang perlu dilakukan untuk memperolehi markah maksimum setiap kali peperiksaan dijalankan. Pemantauan P & P guru dan buku tulis murid-murid akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditentukan oleh pihak pentadbiran. ( Rujuk Jadual Pemantauan ) Tindakan : Makluman semua guru.

8.

HSP / Rancangan Tahunan / Buku Rekod Mengajar 8.1 8.2 Rancangan Tahunan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan murid SK Penajis. Rancangan Harian hendaklah ditulis mengikut format yang ditetapkan iaitu : 8.2.1 8.2.2 8.2.3 8.2.4 8.2.5 8.2.6 8.2.7 8.3 8.4 8.5 Topic : Learning Area : Learning Objectives : Learning Outcomes : Activities : Value/ Aids : Vocabulary / Keywords :

Pastikan Huraian Sukatan Pelajaran sentiasa ada bersama guru untuk memastikan proses pengajaan dan pembelajaran berada di landasan yang betul. Pastikan Rekod Mengajar harian sentiasa dikemaskini seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Gunakan bahan rujukan yang terkini agar sesuai dengan perubahan sukatan pelajaran. Tindakan : Makluman semua guru.

9.

Mesyuarat Panitia 9.1 9.2 9.3 9.4 Mesyuarat perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Minit perlu diserahkan sekurang-kurangnya seminggu selepas mesyuarat dijalankan. Semua minit perlu diedarkan kepada semua guru matematik selain disimpan dalam fail minit. Semua guru matematik perlu membaca setiap perkara yang telah diminitkan agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Tindakan : Makluman semua guru

10.

Hal-hal lain 10.1 10.2 10.3 Peralatan matematik yang tidak mencukupi akan diambil tindakan yang sewajarnya. Keceriaan sudut matematik didalam kelas dan di papan kenyataan perlulah sentiasa dikemaskinikan agar seiring dengan P&P yang sedang dijalankan. Semua program diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat kerjasama yang penuh daripada semua personel yang terlibat. Tindakan : Makluman semua guru Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang.

Disediakan oleh :

Disemak dan disahkan oleh :

( ROSNITA BT ABDUL WAHAB ) Ketua Panitia Matematik, SK Penajis.

. ( TN HJ OMAR B MD SHARIFF ) Guru Besar, SK Penajis.

You might also like