You are on page 1of 1

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: PENGURUSAN OLAHRAGA Pertama dan selamanya, syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan dan kekuatan

yang telah diberi oleh-Nya untuk saya menyiapkan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mikro pada semester ini. Tidak dilupa kepada pensyarah saya iaitu Encik Nordin dan Encik Nazri atas tunjuk ajar dan bimbingan yangt telah diberikan selama saya menyiapkan tugasan ini bersama dengan ahli kumpulan lain. Terima kasih juga pada para rakan dan ahli kumpulan. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah mempelajari pelbagai ilmu dan teknik dalam mengajar kemahiran bersukan kepada murid. Pelbagai teknik baru yang tidak pernah saya pelajari selama ini telah saya pelajari dan fahami dengan baik. Hal ini boleh membantu saya untuk bersedia apabila tiba masanya untuk saya mengajar di praktikum dan apabila tiba masanya saya bekerja kelak. Teknik-teknik ini membolehkan saya berusaha untuk melahirkan tunas atlet baru yang boleh mengharumkan nama sekolah, negeri, dan seterusnya negara ke peringkat antarabangsa. Saya juga telah mempelajari teknik untuk mengajar dengan lebih berkesan. Semasa melaksanakan pengajaran, saya dapat lihat bagaimana semua orang menggunakan pelbagai cara yang berbeza-beza untuk menyampaikan ilmu. Walaupun hanya sekadar latihan, saya dan semua yang lain tetap cuba untuk menjadikan pengajaran ini adalah seperti pengajaran yang sebenar seperti yaang dilaksanakan bersama murid sekolah yang sebenar. Saya rasa kurang puas apabila masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan untuk melaksanakan pengajaran hanyalah selama 30 minit. Dalam satu kumpulan, terdapat beberapa orang yang akan mengajar sekali dalam 30 minit tersebut. Jadi, masa yang diperlukan untu setiap ahli untuk mengajar amatlah terhad dan saya serta yang lain tidak dapat membuatnya sehabis baik. Aktiviti lain juga tidak dapat dimasukkan supaya lebih menarik Walau bagaimanapun, semua orang masih mendapat bahagian masing-masing. Kesimpulannya, semua orang dalam kelas saya termasuk saya sudah melakukan yang terbaik dalam tugasan kali ini. Saya harap, pada sesi tugasan yang akan datang, kami boleh melakukan yang terbaik lagi daripada ini. Sekian, terima kasih.

CHE SHARIFUDDIN ISMAIL

910313115347

PISMP JAN 2011

You might also like