You are on page 1of 1

KESAN-KESAN E-ROKOK

Bagi kalangan perokok,e-rokok merupakan cara mahupun kaedah alternatif terbaru untuk menghilangkan keinginan merokok kebiasaannya yang diamalkan sebelum ini.Mereka juga beranggapan dan dinyatakan bahawa e-rokok tidak mengandungi bahan merbahaya yang ada kepada kebiasaan rokok iaitu tar dan karbon monoksida yang membahayakan kesihatan. Jika dahulu perokok seolah-olah berbangga ketika menghisap sebatang rokok, kini ramai yang merasakan mereka berada di kelas tersendiri apabila menghisap e-rokok.Tahukah anda, e-rokok juga mengandungi cecair nikotin yang membawa padah kepada pengguna kerana bahan itu meningkatkan ketagihan merokok. Dalam pada itu, sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna menunjukkan e-rokok juga mampu merosakkan paru-paru mereka yang menggunakannya. Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru. Menurut pakar kesihatan, kebanyakan pengguna menganggap e-rokok selamat dan merupakan alternatif bagi mereka yang ingin mengurangkan ketagihan merokok. ebenarnya belum ada kajian e-rokok yang ada di pasaran ini selamat atau tidak. S Wujudnya salah faham apabila mereka menganggap asap e-rokok terhasil daripada cecair biasa dan tidak mengandungi nikotin. Hakikatnya, kesihatan anda tetap terjejas dan berisiko sekiranya anda masih menghisap e-rokok yang mengandungi nikotin. Lebih membimbangkan, sukatan nikotin yang terdapat di dalam e-rokok tidak diketahui,.Penggunaan nikotin yang tidak terkawal akan meningkatkan kadar denyutan nadi dan pengaliran hormon adrenalinserta melembapkan sistem urat saraf. Nikotin boleh bertindak terus ke atas otak dengan memberi kesan rangsangan. Rangsangan ini diperkukuhkan pula oleh pelbagai faktor pendorong yang boleh bersifat positif dan negatif.Oleh kerana e-rokok tidak mengandungi bahan-bahan kimia lain seperti tar, karbon monoksida dan irritants ia tidak mengakibatkan penyakit yang sering dikaitkan iaitu kanser paru-paru. Namun, pengguna e-rokok harus ingat mereka berisiko terdedah dengan penyakit lain yang disebabkan oleh nikotin pula.Kesimpulannya e-rokok bukan cara yang terbaik untuk menghilangkan tabiat buruk merokok.

You might also like