You are on page 1of 7

Soalan 1 Bahagian A - Cara untuk mengatasi Vandalisme

Vandalisme ialah perbuatan merosakkan harta benda awam seperti telefon awam dan tong sampah. Gejala itu kerap dilakukan oleh golongan remaja. Untuk mengatasi gejala ini, beberapa cara dapat
diambil oleh pihak berkuasa. Cara yang pertama ialah mengadakan kempen anti-vandalisme melalui poster dan ceramah. Selain pihak berkuasa, sekolah juga perlu lebih aktif dalam mengadakan ceramah kesedaran dan pertandingan yang berkaitan dengan antivandalisme. Ibu bapa pula perlu mendidik anak-anak supaya menghargai kemudahan awam. Selain itu, kamera litar tertutup harus dipasang di tempat-tempat yang sering berlakunya vandalisme. Cara ini akan sedikit banyak dapat menghindari orang yang melakukan vandalisme daripada berbuat demikian. Jika mereka berbuat demikian, perbuatan mereka akan dirakam dan mereka dapat dikesan serta dibawa ke muka pengadilan.

Kesimpulannya/ Natijahnya, kita mesti berganding bahu untuk mengelakkan/ mengurangkan/ membanteras ________________

Seterusnya, hukuman yang berat harus dikenakan terhadap orang yang melakukan vandalisme. Hukuman denda sahaja tidak mencukupi. Mungkin orang yang didapati bersalah atas vandalisme boleh dikenakan hukuman penjara. Hukuman ini pasti akan menakutkan orang yang kerap melakukan vandalisme. Tegasnya, usaha untuk menangani vandalisme tidak harus dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa sahaja. Pihak sekolah, ibu bapa, dan orang ramai perlu memainkan perana mereka.

Soalan 2: Bahagian B - Masyarakat penyayang menjadi matlamat dalam Wawasan 2020. Terangkan pembentukan masyarakat penyayang di negara kita.

Pihak kerajaan telah menggarisi beberapa matlamat dalam Wawasan 2020 untuk menjadikan negara ini sebagai negara perindustrian dan melahirkan masyarakat penyayang.

Masyarakat penyayang bermaksud masyarakat yang hidup dengan berlandaskan nilai kasih sayang. Selain itu, anggotanya saling membantu, saling menghormati, saling memahami, dan bertolak ansur. Pembentukan masyarakat penyayang akan memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaun di Malaysia. Tegasnya, kita mahu sikap masyarakat seperti aur dengan tebing menjadi amalan.

Para pemimpin masyarakat haruslah menunjukkan teladan kepada kepa baik kepada anak-anak buah mereka. Para pemimpin perlu menyemaikan semangat patriotismehormat-menghormati dan sentiasa berkasih sayang dalam kalangan anggota masyarakat bawahan. Isu-isu yang dapat mencetuskan perbalahan antara kaum harus dielakkan agar tidak berlaku perasaan curiga antara kaum. Para pemimpin perlu memberi layanan yang adil yang adil kepada orang yang dipimpin.

Sekolah tidak harus menumpukan soal pencapaian akademik pelajar semata-mata. Generasi muda di sekolah perlu diterapkan dengan nilai moral bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Ibu bapa perlu menerangkan kepentingan kasih sayang. Keluarga yang dilimpahi kasih sayang akhirnya akan membentuk masyarakat penyayang. Maka, negara menjadi harmoni dan bersatu padu. Sikap mementingkan diri sendiri dan prasangka terhadap kaum mesti dihapuskan. Ringkasnya, pembentukan masyarakat penyayang perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan terancang. Pembentukan masyarakat penyayang sangat penting dalam negara pelbagai kaum seperti Malaysia.

Soalan 3: Bahagian A - Cara-cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak harus digalakkan supaya membaca buku sejak kecil lagi. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai amalan harian. Ibu bapa yang gemar membaca contoh kepada anak-anak. Malah, ibu bapa boleh membaca buku-buku cerita untuk anak-anak yang belum tahu membaca. Dengan cara ini, minat membaca dapat dipupuk sejak peringkat awal lagi. Selain amalan membaca di rumah, ibu bapa juga boleh membawa anakanak mereka ke perpustakaan. Minat kanak-kanak terhadap buku dan tabiat membaca akan bertambah. Selain itu, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke pesta buku. Anak-anak dapat membeli buku pilihan mereka. Minat membaca lebih mudah diterapkan jika anak-anak memperoleh bahan bacaan yang sesuai dengan mereka.

Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak hendaklah dipupuk sedikit demi sedikit bak kata peribahasa, "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain".
Soalan 4: Penguasaan Bahasa Inggeris amat penting dalam kehidupan

Sering kali kita terdengar masalah pengangguran graduan tempat meniti dari mulut ke mulut masyarakat. Walaupun telah beberapa puluh syarikat didatangi Melayu yang menghadapi masalah tersebut kerana mereka sering tersisih apabila bersaing dengan pelajar bukan Melayu yang lebih fasih berbahasa Inggeris. Lebih parah lagi apabila kawasan tertentu orang Melayu begitu fanatik terhdap agama, sehingga menolak segala unsur yang berbaur asing. Tegasnya, kepentingan bahasa Inggeris perlu disedari oleh semua rakyat supaya negara kita tidak ketinggalan dan dipadang enteng oleh kuasa luar.

Dasawarsa ini, Amerika Syarikat merupakan kuasa besar di dunia. Ekonomi dunia juga boleh dikatakan telah dikuasai oleh negara tersebut. Selain itu, Amerika Syarikat diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa antarabangsa memandangkan negara asal bahasa tersebut mendominasi dunia dari segi ekonomi dan kemajuan teknologi. Justeru, bahasa Inggeris diterima sebagai bahasa utama dunia dan menjadi wahana komunikasi antara wakil ataupun pedagang asing dalam sebarang urusan. Sebab itulah, penguasaan bahsa Inggeris amat penting untuk kemajuan kendiri dan ekonomi negara.

Di samping itu, sektor swasta yang kalian meluas di negara kita menambahkan kepentingan bahasa Inggeris. Seperti yang kita maklum, sektor swasta kebanyakannya dikuasai oleh orang Barat, jadi sudah tentu kemahiran bahasa Inggeris dengan lancar menjadi kritera utama dalam menggaji pekerja. Senario ini bercanggah dengan polisi sektor kerajaan yang mementingkan bahasa Melayu dalam urusan surat-menyurat dan berkomunikasi. Jadi, kebanyakan orang Melayu hanya dapat bekerja di sektor kerajaan berbanding dengan orang bukan Melayu yang dapat memegang jawatan tinggi di sektor swasta. Fenomena ini bukan soal diskriminas, sebaliknya sebabkan kemampuan orang bukan Melayu berkomunikasi sekurang-kurangnya dwibahasa. Sekiranya, fenomena ini berterusan, sudah tentu negara kita tidak akan berkembang maju dan dipercayai lam-kelamaan akan ditelan oleh kuasa asing.

Selain itu, Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad ingin menjadikan negara kita sebuah negara perindustrian menuntut rakyat negara ini gigih berusaha untuk menghala ke arah tersebut. Koridor raya multimedia (MSC) yang menampilkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan dan pengendalian maklumat serta pekhidmatan, tidak mengetepikan bahasa Inggeris. Sudah tentu pelabur asing akan

berlumba-lumba datang ke negara kita untuk membina kilang, industri dan menjadi rakan kongsi. Pada masa itu, bahasa dan negara. Kepentingan bahasa Inggeris bukan sahaja dirasai oleh masyarakat negara kita yang sedang pesat membangun, tetapi juga oleh masyarakat Jepun dewasa ini. Walau bagaimanapun, bahasa antarabangsa ini masih asing bagi negara Jepun berbanding negara kita. Jadi, kita perlu menguasai bahasa Inggeris dengan secepat mungkin untuk merancakkan pembangunan negara kita.

Satu lagi fenomena yang ketara ialah semua tokoh politik negara kita mahir berbahasa Inggeris. Meraka yang menceburi politik dan tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih tidak berpeluang untuk naik ke peringkat menteri kabinet. Sama juga dalam pemilihan pemimpin negara. Sudah tentu kita tidak mahu seorang pemimpin yang tidak mampu berbahasa Inggeris memimpin negara kita dan dipandang enteng oleh negara asing. Tokoh-tokoh negara di petingkat antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan menyuarakan pendapat mereka dalam bahasa Inggeris. Kalau sudah fasih berbahasa Inggeris, kita tidak memerlukan penterjemeh. Pada masa itu, nescaya negara kita akan dihormati oleh negara lain.

Kesimpulannya, dunia ini didominasi oleh Bahasa Inggeris. Suka atau tidak. Kita terpaksa akur dengan senario ini. Kita perlu mengambil tindakn segara untuk meluaskan penguasaan bahasa Inggeris terutamanya dalam kalangan orang Melayu supaya tidak ketinggalan dalam semua aspek. Dalam proses pencapaian Wawasan 2020, kebolehan penguasaan bahasa dunia juga merupakan satu daripada kriteria. "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya", demi kegemilangan negara dan masa depan generasi muda, semua pihak perlu berganding bahu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan bahasa Inggeris. "Malaysia Boleh!"

You might also like