You are on page 1of 7

Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Majmuk Kata Ganda Akronim

BENTUK KATA

(1)

Definisi Kata Bentuk bebas yang terkecil yang terdapat dalam sesuatu bahasa (Bloomfield, 1933:78) Morfem atau gabungan morfem yang merupakan unit terkecil yang dapat berdiri sendiri sebagai ayat ujaran (A dictionary of Linguistics and Phonetics, 1997:108) Tutur yang utuh yang dipisahkan oleh ruang kosong dalam tulisan (Asmah, 1986:17) Kata dalam bentuk cetakan yang dipisahkan oleh ruang kosong (Bauer 1988:7) Definisi Perkataan (kata) Satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bunyi bahasa (Tatabahasa Dewan jilid 2 (1989) Penjenisan kata berdasarkan ciri morfologi berikut: Kata Kata Kata Kata Kata akar dasar majmuk terbitan ganda tidur, tawa, pimpin pimpin > pimpinan > pemimpin sampul surat tertawa, kepemimpinan kanak-kanak, lelaki

(2)

(3)

Kata Tunggal Abdullah Hassan (2006) Kata tunggal terbentuk daripada satu morfem bebas. Contohnya, makan, jatuh, besar, air dan lain-lain. Kesemua kata tunggal juga ialah kata tunggal. Kebanyakan kata tunggal/akar terdiri daripada bentuk suku kata seperti yang berikut : Dua suku kata - rumah, apa, saya Tiga suku kata - perangkap, tempurung, lengkuas Empat suku kata keluarga, sentiasa, matematik Lima suku kata cenderawasih (bilangan sedikit) Kata tunggal juga boleh dikenali sebagai kata selapis (Asmah Hj. Omar, 2006) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) Kata tunggal boleh dilihat dari segi persukuan kata, iaitu mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Contoh:

SATU SUKU KATA KV VK KVK KKVK KVKK KKVKK yu in roh stor teks crust Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Inggeris ikan yu di dalam roh stor teks kerak

DUA SUKU KATA pelbagai bentuk susunan K dan V a las wa ras o pen syah du pa cu TIGA SUKU KATA ceng ke rik se lum bat gem bi ra mo ni tor ge la gat EMPAT SUKU KATA a nu ge - rah lux u ri - ant ma sya ra - kat Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Melayu anugerah mewah/subur masyarakat Bahasa Melayu Bahasa Jawa Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Melayu cengkerik Alat mengupas kelapa gembira Mengawas/ketua darjah gelagat Bahasa Melayu Bahasa Jawa Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Bahasa Tamil alas sihat membuka syahdu lembu

(4)

Kata Terbitan Bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan, iaitu mendapat atau menerima imbuhan sama ada awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Contoh: men- + dukung di- + pukul makan + -an mendukung dipukul makanan

Kebanyakan kata dasar yang menerima imbuhan ialah morfem bebas sementara imbuhan merupakan morfem terikat. Contoh kata terbitan yang mempunyai kata dasar daripada jenis morfem bebas adalah seperti yang berikut: ber- + jalan lukis + -an berjalan lukisan

(5)

Kata Majmuk Kata yang terdiri daripada gabungan sekurang-kurangnya dua morfem akar yang lazimnya berbentuk bebas, yang dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang mendukung makna tertentu. Contoh: guru besar meja tulis bendahari kehormat Contoh kata majmuk: kakitangan ibu bapa surat khabar tengah hari guru besar meja tulis pilih kasih garis pusat

Penulisan kata majmuk - Lazimnya kata majmuk bahasa Melayu dieja terpisah. Namun begitu, Daftar Ejaan Rumi telah menyenaraikan kata majmuk yang dieja bercantum. Contoh: antarabangsa sukarela jawatankuasa setiausaha bumiputera tandatangan beritahu suruhanjaya kakitangan

tanggungjawab olahraga (6)

kerjasama pesuruhjaya

warganegara matahari

Kata Ganda Bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Contoh: kanak-kanak rama-rama buah-buahan memperkecil-kecilkan Proses pengulangan adalah seperti yang berikut: (a) Penggandaan penuh melibatkan seluruh kata dasar Contoh : negara-negara guru-guru

(b)

Penggandaan separa melibatkan sebahagian kata dasar sahaja Contoh : le laki je - jari

(7)

Akronim Kata akronim tergolong juga ke dalam kata tunggal. Kata akronim ialah perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga) Akronim ialah perkataan-perkataan baru yang dihasilkan melalui proses pencantuman (Abdullah Hassan, 2006) Perkataan-perkataan ini dibina dengan mencantumkan bahagianbahagian daripada beberapa perkataan menjadi satu perkataan baru. Perkataan baru ini mempunyai konsep dan makna sendiri. Proses membentuk perkataan baru ini berlaku dengan mencantumkan sama ada suku kata atau huruf pangkal setiap perkataan yang digabungkan. (7a) Jenis-jenis akronim 1. Cantuman suku kata

Perkataan akronim boleh dibentuk dengan menggabungkan suku kata perkataan yang berlainan menjadi sebuah perkataan baru. Contoh: cerpen (suku kata pertama perkataan cer + ita gabung dengan suku kata pertama perkataan pen + dek) Cerpen yang membawa maksud baru iaitu cerita pendek apabila dibandingkan dengan novel dan lain-lain. Contoh lain: andartu (anak dara tua) pawagam (panggung wayang gambar)

2.

Cantuman Huruf Pangkal Perkataan Huruf pangkal sebuah ungkapan panjang digabungkan menjadi satu perkataan bagi menamakan konsep, institusi, bangunan dan lain-lain. Contoh: ADD (Akhbar Dalam Darjah) MARA (Majlis Amanah Rakyat) KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) KAFA (Kursus Agama Fardu Ain) Kekeliruan boleh terjadi antara bentuk akronim dengan nama kependekan bagi sebuah nama panjang. Perbezaan penting antara akronim dengan kependekan perkataan lain ialah akronim membawa konsep dan makna baru tetapi kependekan tidak. Contoh: ADD (Akhbar Dalam Darjah) Satu konsep baru dalam mengajar bahasa. Petikan akhbar digunakan dalam kaedah tersebut. Pengertian yang sama dengan kaedah terus, kaedah terjemahan dan lain-lain. Akronim juga mempunyai ciri-ciri digunakan sebagai perkataan. Contoh: perkataan dan

1.

2. 3. 4.

Guru KAFA guru yang dilatih untuk mengajar Kursus Agama Fardu Ain (penerang kepada kata nama) Beliau berpuas hati dengan gaji baru di bawah tawaran SSR. Biasiswa MARA biaya yang dikeluarkan oleh MARA (penerang kepada kata nama) Bagi menjayakan KSSR, para guru dilatih semula supaya dapat mengajarkan mata pelajarannya dengan berkesan.

You might also like