You are on page 1of 29

BML 3083 SEMANTIK DAN PRAGMATIK Kuliah 2a DK V PULAU PINANG. 8.00 9.

00 pagi 17 Mac 2012

FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN MAKNA

Terdapat

pelbagai faktor yang dapat menentukan makna

Hanya

lima (5) faktor dibincangkan, iaitu:

pilihan,

kebudayaan, konteks, unsur paralinguistik, dan ciri prosodi

PILIHAN
Abdullah

Hassan (1990). Hujah: i. Memberikan respons yang sesuai kepada soalan yang dikemukakan Setiap ungkapan yang dikeluarkan bermakna mengikut konteks jawapan dan soalan yang dikemukakan

ii. Memberikan respons kerana tidak ada pilihan

Pilihan
Cth

ucap yg dikeluarkan murid sebab mereka tidak ada pilihan lain untuk bertutur dengan guru. Maka ujarannya tadi tidaklah membawa sebarang makna, tetapi ia mengujarkan juga kerana itulah pilihan yang paling sesuai dengannya. Basa basi berbahasa (phatic communion) juga (cth. menyapa dengan ucapan selamat pagi, sudah makan dsb) tidak bmakna tapi diujarkan juga

Pilihan
3. Memilih tidak memberikan respons Berdiam diri sebab tidak mengetahui jawapan, marah, tidak bsetuju dan lain-lain membawa makna tersirat atau makna pragmatik

Kebudayaan
Budaya

tentukan bentuk ujaran penutur Cth - masyarakat Jepun, bahasa mereka amat pentingkan status umur penutur seseorg mesti guna bentuk bahasa dan rujukan yang benar-benar sopan kepada orang yang lebih tua walaupun beza umur cuma sehari Cth - budaya Melayu pula, penutur tidak boleh gunakan kata yang kurang sopan kepada orang tua dan orang yang berkedudukan lebih tinggi

Kebudayaan
Cth

budaya Melayu - orang biasa dan rakyat biasa dengan golongan raja rakyat dikatakan tidak manis kalau gunakan kata saya apabila bertutur dengan raja gunakan patik walaupun patik dan saya itu maknanya sama Inggeris penutur boleh gunakan perkataan I kepada orang tua malah juga kepada sesiapa

Budaya

Konteks
Konteks

juga tentukan makna kata atau ujaran.

Konteks

boleh dibahagi kepada 2: konteks situasi/latar ujaran dan konteks ayat

Konteks

situasi - hal-hal yang terlibat dalam pertuturan yang menyebabkan makna kata berbeza cth. tempat, orang yang terlibat, tajuk perbincangan dan kesan pertuturan, dll. ayat aspek bahasa leksikal, morfologi, intonasi dll

Konteks

Konteks situasi Tempat tempat yang berbeza membawa makna yang berbeza bagi sesuatu kata cth. kata mati di majlis pengebumian dan parti
Orang

yang terlibat cth konotasi kata aku waktu betutur dengan kawan berbeza apabila bertutur dengan ibu/ayah

Konteks situasi
Tajuk

perbincangan kata tertentu membawa makna berbeza dalam perbincangan tertentu cth. kata arak di majlis hari kebangsaan Kesan pertuturan sesuatu ungkapan berbeza makna akibat reaksi atau perlakuan yang ditunjukkan oleh penutur selepas terlafaznya suatu ujaran amboi seronoknya mungkin benar-benar seronok atau memerli

Konteks ayat
Konteks

ayat leksikal, morfologi, intonasi, dll. Leksikal polisemi membawa makna yang pelbagai dalam konteks berbeza cth. kata badan Imbuhan menyebabkan makna berbeza cth. daya dengan terdaya, jatuh dengan terjatuh, laut dengan melaut Sesuatu ungkapan berbeza makna jika diucapkan dengan nada @ intonasi berbeza cth. haus , haus?, haus!

Unsur Paralinguistik
Paralinguistik

/body language - unsur yang berkait dengan mimik muka, gerak tangan dan sebagai yang boleh tentukan makna

Cth. Yalah atau baiklah diujarkan dengan mimik muka masam dan jelingan sinis membawa maksud yang negatif - kalau dengan senyuman dan wajah ikhlas, maka ujaran itu membawa makna yang positif

Ciri Prosodi
Bkait

dgn tekanan, nada dan intonasi

ayat Cth walaupun ayat gunakan kata-kata sopan tetapi kalau diucapkan dengan intonasi, tekanan atau nada keras maknanya boleh jadi negatif kepada sesetengah pendengar Cth jangan buat begitu boleh membawa maksud nasihat atau amaran bergantung kepada tekanan dan nada ujaran yang dilakukan oleh seseorang penutur itu

Perubahan bahasa itu sendiri, 2. Perubahan tanggapan penutur, 3. Perubahan kerana perubahan maksud 4. Perubahan kerana perbatasan maksud 5. Kata pantang/tabu/pemali
1.

Terdapat kata yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan itu Perubahan berlaku disebabkan pkembangan bahasa itu sendiri Pengguna bahasa telah menukar makna sesuatu perkataan itu kepada maksud yang lain. Contoh perkataan: KITAB

Tanggapan penutur terhadap sesuatu kata menyebabkan penutur cenderung mengubah makna sesuatu perkataan / tidak mggunakan kata hingga kata mjadi usang dan hilang Tanggapan positif berubah kepada negatif baik kepada buruk atau sebaliknya Cth murah kepada harga barang positif; tetapi kepada perempuan menjadi negatif

Perubahan ini lazimnya dipengaruhi oleh dua faktor sebelum ini. Akibat perubahan bahasa dan tanggapan penutur bahasa makna sesuatu perkataan itu boleh mengalami perubahan makna yakni pertambahan makna Contoh perkataan: SAUDARA - tidak lagi terhad kepada makna pertalian saudara spt adikberadik malah pertalian berdasarkan agama SAUDARA BARU

Makna kata juga boleh dibataskan Lazimnya makna dibataskan kerana wujud kepentingan agar sesuatu perkataan itu menjadi istilah khusus dan digunakan oleh pengguna yang khusus. Contoh perkataan: SARJANA (makna asal merujuk orang bijak pandai, kini istilah dalam bidang pendidikan sebagai peringkat kelulusan)

Kata pantang ialah kata yang dianggap boleh membawa bencana atau kecelakaan kalau disebut secara terang-terangan Berlaku sebab kepercayaan terhadap unsur ghaib - seperti kepercayaan terhadap roh nenek moyang atau binatang buas Jika di sebut secara langsung dianggap boleh menyebabkan bencana Contoh perkataan: ULAR (disebut akar/tali pinggang) ROH atau JIN (disebut datuk)

Kata pantang jika di sebut secara langsung dianggap boleh memalukan Contoh perkataan merujuk alat sulit digantikan dgn kata yg lebih sopan Cth - ? & hubungan kelamin diganti dgn kata spt buat projek Kata pantang jika disebut akan menerbitkan rasa sedih/sakit hati Cth mati dijemput ilahi, kembali ke rahmatullah, meninggal duni dll

Pemahaman terhadap bidang ilmu semantik / makna adalah amat penting. Makna sesuatu perkataan itu ada hubungan dengan kata yang diguna untuk mengungkapnya Kata juga mempunyai hubungan dengan rujukan yang pelbagai. Faktor penentuan dan perubahan makna harus diambil kira untuk mendapatkan makna yang tepat bagi sesuatu kata yang diungkapkan

Buat satu ulasan terhadap makna konteks situasi dan konteks ayat. Sokong ulasan anda dengan contoh yang bersesuaian.

You might also like