You are on page 1of 2

Soalan 1 Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, terangkan mengapa pentingnya seseorang guru mempelajari psikologi.

Bincangkan implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah anda. Beri contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan anda. (1 jam) Perkataan psikologi adalah gabungan perkataan Greek (psyche) yang bermaksud minda dan (logos) bermaksud kajian, dengan itu psikologi membawa maksud kajian minda dan turut didefinisikan sebagai sains tingkah laku. Menurut Baron (1989) psikologi didefinisikan sebagai kajian saintifik tingkah laku manusia dan proses mental. Manakala Crow dan Crow pula mentakrifkan psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku dan perhubungan manusia. Tingkah laku ini bukan sahaja merujuk kepada tingkah laku seseorang individu yang boleh dilihat tetapi merangkumi juga tindak balasnya terhadap pengaruh batin serta pengaruh persekitaran. Kesimpulannya, psikologi ialah kajian saintifik tingkah laku manusia dan proses mental. Contohnya, mengkaji kaitan tahap motivasi murid dengan pencapaian akademik mereka. Kegunaan psikologi adalah banyak. Jika seseorang ingin membina hubungan yang baik dengan rakan-rakan, dia perlu memahami tingkah laku mereka. Jika kita ingin membantu kanakkanakyang mengalami perkembangan optimum dari segi fizikal, rohani dan mental, dia perlu memperoleh ilmu pengetahuan psikologi. Kepentingan psikologi memang tidak dapat dinafikan lagi kerana ia merupakan kajian sains yang melibatkan aplikasi prosedur dan pendekatan saintifik dalam memahami tingkah laku manusia. Antara kepentingan psikologi kepada seseorang guru ialah : i) Memahami tingkah laku murid agar persefahaman dan perhubungan yang baik antara guru dan pelajar dapat dicapai. Guru yang memahami tingkah laku pelajar cenderung berempati (daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain) dengan mereka dan dengan itu perhubungan guru-murid akan bertambah baik. ii) Merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini dengan memberi bimbingan yang sewajarnya. Contohnya, seseorang individu yang berpengetahuan tentang modifikasi tingkah laku lebih berupaya membimbing atau memperbaik tingkah laku seseorang lain mengikut harapan masyarakat. iii) Menilai tingkah laku pelajar dalam sesuatu masyarakat. Contohnya, dengan pengetahuan psikologi, guru lebih berupaya untuk menilai tingkah laku seseorang pelajar secara tepat dan berlandaskan kriteria tertentu. iv) Memahami perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi. Pemahaman seperti ini amat penting terutamanya kepada guru agar dia dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada pelajar. Implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah banyak memberi kepentingan kepada seseorang guru. Antara implikasi atau kepentingannya ialah : i) Psikologi pendidikan dapat membekalkan guru dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang berguna dalam pendidikan. Dengan ini seseorang guru dapat meningkatkan pengajarannya serta pembelajaran murid-murid.

ii) Melalui psikologi pendidikan, minat dan bakat murid dapat dikesan. Guru dapat membantu murid membuat perancangan kerjaya masing-masing. Situasi ini dapat dikesan melalui gerak kerja berkumpulan. iii) Psikologi pendidikan dapat menyediakan pengetahuan tentang keperluan murid. Dengan pemahaman seperti ini, guru dan pentadbir sekolah dapat memberikan layanan yang sewajarnya kepada murid-murid. iv) Psikologi pendidikan membolehkan seseorang guru meramal serta mengawal tingkah laku murid-murid. v) Psikologi pendidikan membantu guru bimbingan memahami masalah peribadi serta masalah pembelajaran murid-murid. Contohnya adakan sesi kaunseling untuk mengenal pasti punca permasalahan murid. Daripada huraian tentang kepentingan psikologi dan implikasi psikologi pendidikan, jelas kepada kita bahawa pertalian antara kedua-dua tersebut begitu rapat kerana kedua-dua perkara tersebut dapat memberi panduan dan pengetahuan kepada para guru.

You might also like