You are on page 1of 25

Mengenal Negara Kita

Geografi Fizikal

Bentuk Muka Bumi Di Malaysia


Malaysia mempunyai bentuk muka bumi yang menarik yang terdiri daripada pulau, pinggir laut, saliran, tanah pamah dan tanah tinggi. Setiap bentuk mempunyai kepentingannya kepada manusia.

Tanah Tinggi Dan Kepentingannya


Banjaran, gunung dan bukit tergolong dalam kategori tanah tinggi. Di bawah ini, disenaraikan maksud bentuk muka bumi tanah tinggi. 1. Banjaran - Banjaran Titiwangsa digelar tulang belakang Semenanjung Malaysia. Banjaran bermaksud rangkaian atau sambungan kawasan gunung. 2. Gunung - Ketinggian gunung melebihi ketinggian kawasan bukit. Ketinggian gunung adalah sekurangkurangnya 330 meter. 3. Bukit - Kawasan tanah tinggi yang kurang dari 330 meter.

Beberapa contoh banjaran dan gunung yang terdapat di negara Malaysia adalah seperti berikut.

1. Banjaran Titiwangsa - Gunung Korbu 2. Banjaran Keledang - Gunung Korbu 3. Banjaran Bintang - Gunung Bintang 4. Banjaran Crocker - Gunung Kinabalu 5. Banjaran Kapuas Hulu

Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Malaysia manakala Gunung Tahan adalah gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Banjaran Titiwangsa juga dikenali Banjaran Besar dan ianya banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia. Di sinilah punca utama sungai-sungai yang mengalir ke lautan di sekeliling Semenanjung Malaysia. Stesen penjana kuasa hidroelektrik juga terdapat di sini. Tempat peranginan yang terkenal juga terletak di sini iaitu Genting Highlands, Bukit Fraser, Bukit Tinggi (Berjaya Hills), Cameron Highlands dan Bukit Larut (Maxwell Hill)

Genting Highlands

Bukit Tinggi (Berjaya Hills)

Cameron Highlands

Bukit Larut (Maxwell Hill)

Di antara kepentingan tanah tinggi ialah

1. Menjana kuasa hidroelektrik Stesen janakuasa hidroelektrik dibina di kawasan tanah tinggi yang mempunyai sumber air. Contohnya di Batang Ai, dimana stesen janakuasa Empangan Batang Air membekalkan kuasa elektrik ke kawasan kediaman dan perindustrian di Kuching dan Bintulu.
2. Pelancongan Suhu nyaman di tanah tinggi berbanding kawasan bandar berjaya menarik ramai pelancong luar dan tempatan. Permandangan hijau di persekitaran kawasan kunjungan seperti Genting Highlands dan Cameron Highlands sungguh indah sekali.

3. Pertanian Sayur-sayuran, bunga serta pelbagai jenis bunga yang memerlukan suhu yang rendah untuk tumbuh boleh ditanam di tanah tinggi. Oleh itu, terdapat banyak kawasan pertanian di Cameron Highlands (Pahang) and Kundasang (Sabah).

Tanah Pamah Dan Kepentingannya


Tanah pamah bermaksud kawasan tanah rendah yang mendatar dan beralun yang mungkin terdapat sungai, tasik, air terjun dan paya. Antara kawasan tanah pamah yang terdapat di Malaysia ialah:
1. Dataran Kedah 2. Dataran Kerian 3. Lembah Klang 4. Dataran Johor 5. Pahang Tenggara 6. Delta Kelantan 7. Lembah Rajang 8. Lembah Kinabatangan

Kawasan tanah pamah penting dan sesuai untuk aktiviti seperti 1. Pertanian Banyak jenis tanaman ditanam di kawasan tanah pamah disebabkan kesesuaian jenis tanah, contohnya padi di Dataran Kedah dan Tanjong Karang, Selangor. Kelapa sawit juga banyak ditanam di Pahang dan Sabah manakala getah di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Perlis pula menanam tumbuhan seperti tebu. Negara Malaysia merupakan pengeksport getah dan kelapa sawit.

2. Kawasan Perindustrian Kawasan tanah pamah yang begitu luas di Malaysia berjaya manarik pelaburan asing untuk membuka kilang dan melabur di sini.Shah Alam, Pasir Gudang, Bintulu dan Gurun meupakan kawasan perindustrian di Malaysia dan kawasan-kawasan ini terletak di tanah rendah. 3. Pengangkutan Lebuhraya telah banyak membantu dan memudahkan urusan harian rakyat dan kegiatan ekonomi. Laluan di lebuhraya kebiasaanya dibina di kawasan tanah pamah yang rata.

Saliran Dan Kepentingannya


Di Malaysia, terdapat beberapa sungai yang penting untuk aktiviti harian semua penduduk. Sungai mengalir dari kawasan tanah tinggi ke tanah rendah dan seterusnya menuju ke laut. Berikut adalah sungai-sungai dan tasik-tasik yang terkenal di negara Malaysia. 1. Tasik Timah Tasoh 2. Sungai Muda 3. Tasik Temenggor 4. Sungai Perak 5. Tasik Cini 6. Sungai Pahang

7. Sungai Muar 8. Tasik Kenyir 9. Sungai Terengganu 10. Sungai Rajang 11. Sungai Baram 12. Sungai Kinabatangan

Peta yang berikut menunjukkan beberapa kawasan tasik dan sungai untuk rujukan anda.

Kepentingan Saliran 1. Sumber pengairan dan perikanan Empangan yang dibina di sungai boleh membekalkan bekalan air yang mencukupi kepada petani untuk menanam padi. Ada juga sungai dan tasik yang dijadikan kawasan ternakan ikan dalam sangkar. Contohnya, Sungai Pahang dan Tasik Timah Tasoh (Perlis). 2. Sumber air Semua penduduk di negara ini mendapat bekalan air daripada empangan. Sumber air dari sungai ini seterusnya disalurkan ke loji rawatan air sebelum dibekalkan untuk kegunaan harian kita semua.

3. Jalan perhubungan Sungai menjadi lebuhraya kepada penduduk di kawasan pedalaman. Contohnya Sungai Rajang di Sarawak. Sungai Kinabatangan di Sabah pula digunakan untuk menghanyutkan kayu balak ke kilang kayu. Di Semenanjung Malaysia pula, Sungai Tembeling menjadi salah satu laluan masuk ke Taman Negara Pahang.

Kepentingan Pinggir Laut Dan Kepulauan


Pantai, tebing tinggi, teluk dan tanjung adalah beberapa jenis kawasan yang dijumpai di kawasan pinggir laut di Malaysia.

Kawasan pinggir laut dan pulau-pulau di Malaysia adalah penting untuk a) Pelancongan Pusat pelancongan yang terkenal di pinggir laut dan pulau-pulau di negara kita termasuklah Teluk Kemang, Pulau Redang, Pulau Sipadan dan Pantai Cahaya Bulan. b) Pelabuhan Beberapa lokasi di sepanjang pinggir laut yang mempunyai air dalam telah dijadikan pelabuhan untuk kapal-kapal besar seperti Pelabuhan Klang di Selangor dan Tanjung Pelepas di Johor. Bolehkah anda namakan beberapa pelabuhan yang lain di Malaysia?

c) Perikanan Penduduk yang tinggal di pinggir laut kebanyakkannya bekerja sebagai nelayan. Mereka bergantung kepada laut untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara kehidupan harian.

Sekian..diharap semua dapat memahami apa yang telah kita pelajari hari ini!

You might also like