You are on page 1of 11

UNIT DUA

MEMBACA DAN MENULIS SUKU KATA DAN PERKATAAN (KV+KV )

MASA 2 JAM

KEMAHIRAN :
2.1 Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV. 3.1 Membina dan menulis suku kata terbuka KV+KV. 4.1 Membaca perkataan mengandungi suku kata terbuka KV+KV. 5.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV + KV

OBJEKTIF
1. Peserta mendapat pendedahan teknik

membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV. 2. Merancang aktiviti yang menarik dan berkesan untuk mengajar membaca dan membunyikan suku kata KV+KV
3. Peserta dapat mengaplikasikan teknik membina dan menulis suku kata terbuka KV+KV untuk membentuk perkataan.

AKTIVITI 1: GERAKAN AJAIB Bahan yang diperlukan: Tiada Tempoh Masa: 5 minit

- aktiviti senaman pergerlangan tangan

AKTIVITI 2 : BALING DADU


Bahan yang diperlukan: Dadu, kad perkataan Tempoh Masa: 15 minit

- aktiviti membaling dadu - menyebut suku kata

AKTIVITI 3 : MARI MAIN BOLING Bahan yang diperlukan: Botol mineral 500 ml yang diisi air penuh, kad perkataan, bola tenis Tempoh Masa: 20 minit

- aktiviti kumpulan - membaca perkataan

AKTIVITI 4: LEMBARAN GEMILANG

Bahan yang diperlukan: Lembaran Kerja Tempoh Masa: 15 minit

- menulis perkataan pada gambar

AKTIVITI 5 : MARI MENGEJA SAMBIL MENYANYI

Bahan yang diperlukan: Komputer riba, LCD, skrin Tempoh Masa: 5 minit - menyanyi dan bergerak mengikut irama

AKTIVITI 6: BENGKEL

Bahan yang diperlukan: Tiada Tempoh Masa: 60 minit - tugasan kumpulan

Soalan 1: Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV yang menarik dan berkesan. Soalan 2: Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membina dan menulis suku kata terbuka KV + KV yang menarik dan berkesan.

Soalan 3: Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV + KV+ KV yang lebih menarik. Soalan 4: Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV + KV + KV supaya lebih berkesan dan menarik.

You might also like