You are on page 1of 3

Perbincangan Haba peneutralan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol ion H+ daripada asid meneutralkan 1 mol

ion OH-daripada alkali bagi menghasilkan air pada keada an piawai. Tindak balas peneutralan ialah tindak balas antara asid dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air sahaja. Haba peneutralan adalah tindak balas eksotermik. Tindak balas eksotermik berlak u apabila bahan kimia yang berlainan dicampurkan untuk bertindak balas. Percampu ran ini akan membebaskan haba ke persekitaran dan menjadikan suhu persekitaran l ebih tinggi daripada haba purata bahan-bahan kimia yang ditindak-balaskan.Peruba han tenaga tindak balas eksotermik ialah dari tenaga kimia kepada tenaga haba. Asid + alkali garam + air Bagi haba peneutralan asid hidroklorik dan natrium hidroksida (campuran R), kep utusan haba tindak balas peneutralan adalah eksotermik, maka haba peneutralan asid hidroklorik dan natrium hidroksida adalah - 42.84 kJ mol ^(-1). Berdasarkan p ersamaan kimia, HCl (ak) + NaOH (ak) NaCl (ak) +H2O (ce) 1 mol HCl bertindak balas dengan 1 mol NaOH untuk membentuk 1 mol air. Jadi bagi tindak balas yang lengkap bagi eksperimen ini , 0.025 mol HCl bertindak balas d engan 0.025 mol NaOH untuk membentuk 0.025 mol air. Bagi campuran T, iaitu haba peneutralan bagi asid nitrik dan kalium hidr oksida adalah sama dengan campuran R dimana hasil yang diperoleh ialah - 42.84 k J mol^(-1). Berdasarkan persamaan, HNO3 (ak) + KOH (ak) KNO3 (ak) + H2O (ce) 1 mol HNO3 bertindak balas dengan 1 mol KOH untuk membentuk 1 mol air. Jadi bagi tindak balas yang lengkap bagi eksperimen ini, (ambil nilai mol terkecil) :0.02 5 mol HNO3 bertindak balas dengan 0.025mol KOH untuk membentuk 0.025 mol air. Mengikut teori haba peneutralan, haba peneutralan asid monobes iaitu as id hidroklorik,HCl dan asid nitrik, HNO3 adalah 57.3 kJ mol-1. Ini kerana penc eraian 1 mol asid ini akan menghasilkan 1 mol ion hidrogen, H+. Ini bermakna 1 m ol asid monobes akan bertindakbalas dengan 1 mol ion OH- daripada alkali untuk m enghasilkan 1 mol air. Jika dibandingkan dengan keputusan eksperimen yang dipero leh iaitu - 42.84 kJ mol ^(-1). Jadi terdapat ralat pada eksperimen yang telah dija lankan. Bagi haba peneutralan Campuran S yang melibatkan asid dwibes iaitu asid sulfurik dan natrium hidroksida, hasil haba tindak balas ialah 128.520 kJ mol ^(-1) adalah haba untuk 2 mol air. Jadi haba bagi peneutralan bagi 1 mol air ialah 64.26 kJ mo l ^(-1) . Menurut persamaan, Menurut persamaan, 1 mol H2SO4 bertindak balas dengan 2 mol NaOH untuk membentuk 2 mol air. Jadi bagi tindak balas yang lengkap bagi eksperimen ini , H2SO4 ber tindak balas dengan 0.025 mol NaOH untuk membentuk 0.025 mol air H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak) Na2SO4 (ak) + 2H2O (ce)

Mengikut teori, haba peneutralan bagi asid dwibes iaitu asid sulfurik, H2SO4 ad alah 2 kali ganda daripada asid mono bes iaitu 114.6 kJ mol-1 bagi 2 mol air. Ha l ini kerana, 1 mol asid sulfurik, H2SO4 dalam larutan akuesnya mengandungi 2 m ol ion H+. Ini bermakna 1 mol asid sulfurik, H2SO4 dineutralkan dengan lengkap oleh 2 mol NaOH dan menghasilkan 2 mol air . Keputusan eksperimen yang diperol eh adalah 128.520 kJ mol ^(-1). Ini bermakna keputusan yang diperoleh adalah lebih tinggi berbanding teori. Hal ini bermakna terdapat ralat ketika eksperimen ini dijalankan. Berdasarkan keputusan haba peneutralan campuran R, S dan T, keputusan ya ng diperoleh adalah berbeza dengan teori. Bagi campuran R dan T, iaitu asid mono

bes ,haba peneutralannya ialah - 42.84 kJ mol ^(-1)

jika dibandingkan dengan

haba teori iaitu 57.3 kJ mol-1 . jika Hal ini mungkin disebabkan sebahagian hab a hilang ke persekitaran dan ada haba yang telah diserap oleh cawan plastik yang digunakan. Bagi campuran S yang merupakan asid dwibes, keputusan yang sepatutny a diperoleh mengikut teori ialah 114.6 kJ mol-1 bagi 2 mol air. Tetapi keputusan yang telah diperoleh adalah 128.520 kJ mol ^(-1) bagi 2 mol air. Hal ini mungkin d iakibatkan oleh kehadiran bendasing yang terdapat di slam cawan yang digunakan. Kaedan pembacaan termometer yang kurang tepat juga mempengaruhi keputusan yang d iperoleh. Semasa menjalankan eksperimen ini, pipet digunakan dan bukan silinder penyukat. Hal ini kerana bacaan pipet adalah lebih jitu berbanding dengan silinder penyuka t. Keadaan persekitaran juga perlu diambil kira sewaktu menjalankan eksperimen i ni. Kipas hendaklah ditutup bagi memastikan kadar penyerapan haba kepada perseki taran adalah diminimumkan untuk memperoleh keputusan yang lebih tepat dan jitu. Semasa menuangkan larutan yang terlibat, kita perlulah menuangkan dengan cepat a gar haba tidak terbebas ke persekitaran dan dengan cermat supaya larutan tidak t ertumpah dan mencederakan pelajar. Larutan yang dicampur perlulah dikacau untuk mendapatkan larutan yang sekata dan bacaan yang tepat. Untuk memperoleh nilai yang lebih tepat dan jitu, langkah yang boleh diambil ial ah dengan menbalut cawan yang digunakan dengan kain. Ini bertujuan untuk mengela kkan cawan yang digunakan menyerap haba dan membebaskan ke persekitaran. Selain itu, sewaktu larutan dicampur dan dikacau, cawan hendaklah ditutup dengan penutu untuk tujuan yang sama.

Kesimpulan Haba peneutralan, bagi Asid hidroklorik(asid kuat,monobes) dan natrium hidroksida (alkalikuat) = - 42.84 kJ mol^(-1) Asid sulfurik(asid kuat, dwibes) dan natrium hidroksida(alkali kuat) = - 128.252 kJ mol^(-1) Asid nitrik(asid kuat,monobes) = - 42.84 kJ mol^(-1) dan kalium hidroksida(alkali kuat)

Didalam eksperimen ini, dapat dirumuskan bahawa haba peneutralan bagi as id dwibes (asid sulfurik) adalah 2 kali ganda lebih tinggi daripada haba peneutr alan asid monobes (asid hidroklorik & asid nitrik).

You might also like