You are on page 1of 32

ISLAM

Muhammad Husni Bin Asmuni Mohd Adib Zakuan Bin Osman Nurul Fateha Binti Razak Nur Fatehah Haida Binti Md Fadzil

Pandangan Kemasukan Islam di Tanah Melayu


Terdapat pelbagai pandangan oleh para sejarawan . Namun begiru dapat India dirumuskan kepada China tiga kumpulan teori penyebaran iaitu :Semenanjung Tanah Arab

Teori kedatangan Islam dari India


BRIAN HARISSON (penyokong kepada Snouck Hurgoronje)

Merupakan seorang orientalis barat. Beliau telah mengemukakan teori iaitu masyarakat alam Melayu mengambil pandangan daripada masyarakat India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal dagangan dan kebudayaan.

Ianya bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala ini dan masyarakat tanah Melayu berminat dengan agama Islam yang dianuti oleh pedagang-pedagang India. Pengaruh perkataan Lebai telah digunakan dalam masyarakat Melayu sehingga kini.

bagi mengukuhkan lagi pernyataan ini , dikatakan senibina kubah masjid juga berasal daripada senibina dari negara India

Teori Kedatangan Islam dari China


Islam telah datang sendiri ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650 Masihi yang pada ketika itu zaman pemerintahan Dinasti Pang. Pada waktu tersebut, wilayah Canon telah menjadi tempat tumpuan pedagangpedagang serta pendakwah Islam.

877 Masihi, telah berlaku pemberontakan di wilayah Canton.


dan menyebabkan orang Peristiwa tersebut Arab-Islam menyelamatkan telah mengorbankan diri mereka di Kalah 120 000 hingga (Kedah) serta Palembang. 200 000 pedagang yang kebanyakannya datang dari Tanah Arab.

Penghijrahan pelarian-pelarian tersebut dari China juga menunjukkan yang Islam di Nusantara datang melalui negeri China. Hujah ini dapat di perkuatkan dengan penemuan batu nisan yang bertarikh 419H/1028m di Pekan Pahang dan juga Batu Bersurat yang bertarikh 702h/1303M. di Kuala Brang Terengganu.

Menurut catatan juga , kedatangan pedagang-pedagang Islam dari negara China bermula pada awal tahun 977 Masihi.

Teori Kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab


Sebelum wujudnya Islam hubungan perdagangan antara negara Arab dengan tanah Melayu telah lama berlaku.

Namun begitu, aktiviti perdagangan bertambah selepas Islam diperkenalkan pada abad ke -7 masihi.
Namun begitu hanya pada abad ke-13 agama Islam berkembang dengan pesat sekali .

Sebagai contoh bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi telah dihujahkan oleh Professor Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) ialah:
1. Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal dari Arab. 2. Kebanyakkan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah dari tanah arab seperti Syeikh Ismail al-Siddiq, Maulana Abu Bakar, Maulana Iskah dan ramai lagi.

3. Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu mulaqat bermaksud tempat pertemuan.
4. Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan perundangan Islam Syariah Islamiyyah untuk mentadbir negara. 5. Terdapat istilah bahasa Arab dalam bahasa Melayu sebagai contoh adil, zalim, ilmu, kanun, kalam dan sebagainya.

Kesimpulan Teori
Dapat disimpulkan teori-teori ini sebenarnya tercetus kerana aktiviti perdagangan. Aktiviti perdagangan menjadi medium utama dalam perkembangan Islam di tanah Melayu. Hal ini juga menyokong bahawa perdagangan merupakan faktor utama perkembangan Islam di tanah Melayu.

Faktor Perkembangan Islam


PERDAGANGAN

Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam di Nusantara amat penting sekali. Para pedagang dari Arab, India, dan Parsi telah menumpukan kegiatan perdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 lagi.

Pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi.

Menurut catatan China

Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di Perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan.

Selain menjadi pedagang, saudagar-saudagar tersebut menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan yang disinggahi.
Ada juga dalam kalangan mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi memberikan kemudahankemudahan kepada golongan pendakwah menaiki kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain.

KEUNGGULAN ISLAM
Faktor penyebaran dan perkembangan Islam juga didorong oleh keunggulan dan keistimewaan Islam itu sendiri. Antaranya :a) Kesederhanaan b) Kesucian c) keluhuran agama Islam yang bertunjangkan kepada ketuhanan yang tunggal dan persamaan taraf antara sesama Islam

Hal ini bertentangan dengan agama Hindu yang dianuti sebelum ini yang bertuhankan berhala dan dewa disamping mengamalkan sistem kasta.

Perkembangan agama Islam berlaku dengan pantas.

Hal ini menyebabkan penganut Hindu mudah menerima agama Islam nagi membaiki kedudukan mereka. Mereka juga tidak lagi mahu hidup dengan amalan kasta yang sememangnya tidak adil.

PERKAHWINAN
Pada zaman dulu, perkahwinan ini berlangsung kebanyakannya antara golongan sufi, pedagang-pedagang dan pendakwah dengan anak-anak gadis tempatan termasuk puteri-puteri di istana dan anak-anak pembesar di setiap negeri-negeri berhampiran atau negeri-negeri yang ditakluki

Misalnya perkahwinan puteri Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar dari Pasai ke Melaka.

Begitulah juga perkahwinan anak-anak raja Melaka dengan putera puteri Pahang dan Kedah yang akhirnya telah menyebabkan kedua-dua menjadi negeri Islam kemudiannya.
Dengan ini golongan masyarakat alam melayu untuk memeluk Islam adalah tinggi.

Pengislaman Pemerintah

Kebanyakannya negeri yang masyarakatnya Pemerintah begitu taat serta merupakan taksub dengan individu yang pemimpinnya akan memainkan mengikut agama peranan yang yang dianuti penting dalam pemimpin mereka. penyebaran Islam

Contohnya ialah di Melaka, apabila raja Melaka Parameswara memeluk Islam ramai pengikut-pengukut dan rakyat jelata yang masuk Islam.

Hal ini adalah berdasarkan konsep daulat dan derhaka yang amat dipegang tinggi dalam masyarakat ketika itu.

PERSAINGAN PENYEBARAN AGAMA


Hal ini kerana telah berlaku perlumbaan bagi menyebarkan agama Islam dan Kristian Perlumbaan ini semakin sengit sehingga tercetusnya Perang Salib sekitar abad ke-15 hingga ke-19 Masihi. Peperangan in telah mempercepatkan lagi penerimaan agama Islam.

KESAN PENYEBARAN ISLAM


AKIDAH DAN KEPERCAYAAN
Animisme Dahulu masyarakat mengamalkan kepercayaan nenek moyang yang berkaitan dengan penyembahan alam sekeliling

Masyarakat sudah beransur-ansur Hindu -Buddha menerima Islam namun masih terddapat pengaruh agama Hindu Buddha
Masyarakat mula memerina Islam dengan mengikutoii segala amalan dan amalan yang disebarkan. Al-Quran juga menjadi pegangan utama masyarakat pada ketika itu.

Islam

PERUBAHAN BAHASA DAN EJAAN


Pengaruh Islam telah memberi nafas baru terhadap bahasa melayu. Tulisan daripada Al-Quran yang diasaskan daripada 29 huruf itu telah menyebabkan masyarakat alam melayu pandai membaca dan menulis. Dari segi sastera juga telah diberi pembaharuan di alam melayu. Sebagai contoh fungsi dan peranannya telah berubah daripada sifat hiburan kini telah dijadikan kepada media pendidikan dan pendakwah.

PERUBAHAN DARIPADA ASPEK PERLAKUAN INDIVIDU Pendakwah telah memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Segala aspek murni diterapkan sebaik mungkin supaya sejajar dengan kehendak agama Islam Dengan ini hubungan dalam masyarakat juga bertambah baik.

PERUBAHAN DARIPADA ASPEK Penekanan dalam bidang pendidikan ini SOSIAL


Pengajian agama Islam telah dijalankan secara formal dan tidak formal sejak dahulu lagi.

telah membawa kepada perubahan sosial terhadap masyarakat setempat.

Ianya berlaku setelah berlakunya kesedaran setiap individu setelah mendapat pendidikan secara kebetulan atau tidak.

Misalnya pergaulan diantara lelaki dan perempuan amat terbatas bagi yang bukan muhrim. Ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya perbuatan yang tidak diingini seperti zina. Disebabkan budaya melayu berteraskan Islam amalan dan masyarakat setempat, maka aspek-aspek ini menjadi asas utama dalam membentuk budaya masyarakat melayu yang sinonim dengan agama mereka iaitu agama Islam.

PERUBAHAN ASPEK SOSIO-EKONOMI


Aspek ekonomi di Tanah Melayu sebelum kedatangan Islam sangat mundur serta tidak menentu. Sehinggakan ada jurang besar antara orang kaya dan orang miskin, pangkat tinggi dengan pangkat rendah amat ketara sekali. Tetapi semua itu berubah setelah Islam diperkenalkan serta diperluaskan di Tanah Melayu.

Hal ini kerana Islam mengajar sikap persamaan taraf dalam kedudukan sosial.
Masyarakat di alam melayu perlu bekerjasama demi meningkatkan dan memajukan ekonomi. Misalnya amalan mengeluarkan zakat serta besedekah dapat membantu satu sama lain tanpa mewujudkan jurang taraf antara mereka.

KESIMPULAN
Agama Islam telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar penduduk alam Melayu walaupun agama Hindu lebih awal bertapak di rantau ini. Islam telah membawa tamadun yang tinggi dan seba lengkap meliputi semua aspek kehidupan. Asas asas tamadun Islam yang tersebar di nusantara semenjak awal abad ke 15 telah menjadi nilai hidup orang-orang Melayu sehingga kini.

You might also like