You are on page 1of 11

Bab 5 : Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya 5.2 Pedagogi Kelas Bercantum 1.

Latar Belakang dan Konsep Kelas Bercantum Terdapat banyak sekolah kurang murid di pedalaman. Pendemokrasian pendidikan mewajarkan kelas bercantum diwujudkan. Sejarah kelas bercantum telah bermula sejaka zaman penjajahan British di Negara ini. Ketika itu dikenali sebagai Multiple Class Teaching yang dijalankan di Lower Primary School. Diwujudkan kerana masalah bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan prasaran yang tidak mencukupi. 2. Definisi Kelas Bercantum Konsep kelas bercantum merujuk kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi muridmuridnya hamper sebaya; contohnya tahun satu dan dua, tiga dan empat serta lima dan enam. Kelas yang mana seseorang guru mengajar lebih daripada satu kelas yang mempunyai muridmurid yang berbeza umur dan tahun persekolahan pada masa yang sama. 3. Ciri-Ciri Kelas Bercantum i. ii. iii. iv. diwujudkan di sekolah rendah sahaja murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan bilangan murid kurang 10 orang, tidak membolehkan kelas dibuka guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan mengikut bilangan kelas

4. Kepentingan Kelas Bercantum Kelas bercantum diwujudkan di sekolah-sekolah kurang murid khususnya dapat mengatasi masalah bilangan murid-muridnya tidak mencukupi untuk dijadikan kelas tunggal. Ini membolehkan murid-murid di pedalaman mendapat pendidikan. Tambahan pula sekolah di pedalaman menghadapi hambatan kemudahan asas dan kewangan. Kelas bercantum sebagai satu alternative penyelesaian tersebut. 5. Pedagogi Kelas Bercantum i. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum Murid-murid di dalam kelas bercantum dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Prinsip-prinsip pecahan kumpulan adalah seperti berikut :

a. kumpulan sama kebolehan dinamakan sebagai kumpulan akademik contoh subjek matematik dan bahasa guru memerhati dan mencatat pencapaian murid dalam aktiviti P&P

b. kumpulan pelbagai kebolehan terdiri daripada murid-murid pelbagai kebolehan contoh, dalam satu kumpulan ada yang pandai menulis, membaca, melukis, aktif dan sebagainya. biasanya kumpulan ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek lembaran kerja disediakan mengikut kebolehan mereka.

c. kumpulan tahun persekolahan guru mengajar satu tahun tertentu, pada masa yang sama kumpulan tahun persekolahan lain melakukan kerja sendiri kaedah ini sesuai untuk kemahiran yang berbeza setiap kelas ada kumpulan lambat, sederhana dan cerdas. guru mengajar mengikut kelas secara bergilir guru menyediakan lembaran kerja untuk semua kumpulan.

d. kumpulan sosial berbeza dengan kumpulan aktiviti & kumpulan pelbagai kebolehan dibentuk berdasarkan penyesuaian kanak-kanak sendiri kanak-kanak diberi peluang memilih kumpulan sendiri antara aktiviti yang djalankan ialah permainan, pelajaran muzik, drama, P&P bercorak rekreasi.

e. kumpulan individu aktiviti ini boleh dijalankan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu.

6. Bahan Mengajar Kelas Bercantum Guru yang terlibat mengajar kelas bercantum perlu menyediakan banyak bahan bantu mengajar yang sesuaiuntuk digunakan dalam kelas. Ini membolehkan murid menggunakan bahan tersebut semasa guru mengajar kelompok tahun persekolahan tersebut. 5.1 Pedagogi Releven Budaya dan Kepelbagaian Kelompok

Pedagogi yang releven menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-murid. Menurut ahli Sosiologi, konsep Kebudayaan dikatakan sebagai cara hidup yang dipelajari, diubahsuai dan diturunkan dari satu generasi ke generasi lain. Menurut pandangan ahli Fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai Proses Sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat. Modal Budaya merujuk kepada seseorang individu yang mewarisi dan memperoleh keupayaan Bahasa dan Budaya dari keluarga dan masyarakat. Mengikut Kajian Pierce Bourdie (1930), ahli sosiologi pendidikan dari Perancis, pencapaian persekoahan seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar belakang Kebudayaan ibu bapanya iaitu tahap pendidikan ibu bapa. Guru seharusnya memilih strategi, kaedah dan teknik dalam pedagogi pendidikan. Latihan penggunaan bahasa mampu meningkatkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan murid bukan Melayu. i. Kaedah Direktif - Murid belajar melalui penerangan dan diikuti ujian kefahaman dan latihan. ii. Kaedah Mediatif - Guru menggunakan bahan media dalam pembelajaran. iii. Kaedah Generatif - Guru boleh menjana idea murid. iv. Kaedah Kontekstual - Murid mengaitkan bahan P&P kepada situasi dunia sebenar. v. Kaedah Metakognitif - Ia memberi peluang kepada murid-murid memikirkan proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri tentang tugasan yang diberi. vi. Kaedah Kajian Luar/ Konteks Luar- Aktiviti P&Pnyang dilakukan oleh guru di luar bilik darjah. vii. Kajian Masa Depan- Murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan. viii. Kaedah Kooperatif- Diaplikasikan dalam kelas yang mengandungi murid-murid dari pelbagai Budaya supaya mereka dapat belajar secara berkumpulan dalam keadaad harmonis. ix. Kaedah Kolaboratif- Kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Murid berusaha untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Seseorang guru akan mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara serentak dalam kelas bercantum. Guru menjalankan P&P secara berkumpulan. Murid dari pelbagai kebolehan dikelompokkan dalam kumpulan yang dibina. Guru juga boleh menggunakan kaedah perbincangan. Kaedah perbincangan kelas serta perbincangan dalam kumpulan kecil digalakkan. Guru perlu bijak menggunakan pengajaran kerana terdapat aras perbezaan yang agak ketara dalam diri murid. Sosiolinguistik

5.3

Sosiolinguistik berasal daripada gabungan sosio dan linguistik. Bidang ilmu adalah perpaduan Sosiologi dengan Linguistik. Sosiolinguistik adalah ilmu inter-disiplin yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian. Maksud istilah masyarakat dalam ilmu Sosiolinguistik adalah mencakupi kajian mengenai pihakpihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi bahasa.

Maksud istillah bahasa pula mencakupi gagasan seperti perbezaan bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab, dll. Kesemuanya diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatika, dll. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Bidang ini memberi pengertian umum, rasional dan empirikel serta bersifat umum (Soekanto, 1982). Linguistik memiliki rumusrumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikel, kenyataan struktur, penggolongan dan rumus bahasa. Kita menilai orang bukan hanya dengan apa yang dituturkan oleh seseorang tetapi juga bagaimana kedengarannya bahasa yang diucapkan. Timbulnya kesedaran baru dalam kalangan ilmuan Amerika akan hubungan yang tidak boleh dipisahkan antara Perilaku Bahasa dan Perilaku Sosial (Loveday, 1982). Ahli linguistik Antropologi berpendapat bahawa Bahasa dan Kebudayaan sebagai keseluruhan yang bersifat Monolitik (Satu) (Fishman, 1968). Bahasa itu hanya akan bermakna dan berfungsi sekiranya digunakan dalam kehidupan seharian. Sosiologi bahasa membidangi faktor-faktor sosial seperti bahasa dialek, bahasa pembakuan, perancangan bahasa, dll. Sosiologi Bahasa pula mengkaji kesan Bahasa terhadap masyarakatnya. Aspek-aspek ini terdiri daripada norma dan nilai masyarakat, harapan masyarakat, suasana yang wujud dalam masyarakat, dll. Dell Hymes (1962), bahasa yang digunakan seharian dalam perbicaraan melalui telefon, bergurau, berbual kosong, dll dikenali sebagai Etnografi pertuturan (The Ethnography of Speaking). Kesemua yang dibincangkan tadi dapat disimpulkan dalam 4 perkara:i. Ahli Sosiolinguistik percaya kenyataan sosial tidaklah boleh diselesaikan melalui jadual ataupun statistik tetapi pada kenyataannya dibangunkan dalam Proses Interaksi. Ahli Antropologi menganalisis cerita dongeng, cerita rakyat, teka-teki dan upacara keagamaan yang terdapat dalam sesuatu masyarakat lama. ii. Kajian juga dijalankan bagaimana norma-norma dan nilai-nilai sosial mempengaruhi perilaku linguistik, seperti penyelidikan yang dilakukan oleh Bernstein mengenai perbezaan gaya pertuturan Kelas Pertengahan dan Kelas Atasan masyarakat Inggeris. iii. Banyak indikator linguistik yang memberikan maklumat sosial bermula daripada bahasa loghat, pemilihan kosa kata dan tatabahasa. Trudgil (1974), menunjukkan perbezaan sosial orang Inggeris yang berasal dari Norway.

iv. Pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik juga menjadi sasaran kajian Sosiolinguistik. Lembaga seperti Academie Francaise secara rasmi menentukan apa yang boleh diterima atau tidak dalam bahasa Peranchis.

Pemurnian bahasa Jerman sewaktu pemerintahan Nazi pernah diakukan sebagai satu eksploitasi bahasa. Bahasa Maori diajar kepada mereka yang berkulit putih di New Zealand. Bahasa Rusia diajar di negara blok Timur Eropah. Terdapat usaha untuk memasukkan bahasa pribumi ke dalam kurikulum sekolah di negara-negara Afrika. Indonesia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa Nasional Indonesia seperti yang dinyatakan dalam Sumpah Pemuda (1928). Ini bertentangan dengan hakikat bahawa bahasa Jawa atau Sunda mempunyai bilangan penutur yang jauh lebih ramai daripada bahasa Melayu. Aspek-Aspek Sosial dalam Bilingualisme dan Multilingualisme adalah juga penting dalam kajian sosiolinguistik. Kebanyakan kajian memberi tumpuan kepada kelompok-kelompok minoriti di pelbagai negara. Kajian lain juga melihat motivasi sosial dalam amalan meminjam perkataan asing.

5.4 Penilaian Berasaskan Budaya


TOPIK 8 PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA Fikirkan pengalaman anda sebagai guru di sebuah sekolah pelbagai budaya. Adakah anda pernah merancang penilaian untuk kelas yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik? Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil kira semasa menyediakan ujian untuk kelas anda? Topik ini akan membincangkan mengenai perancangan yang diperlukan untuk melaksanakan penilaian yang berasaskan budaya. Ini termasuklah konsep penilaian berasaskan budaya, ciriciri ujian berasaskan budaya, prinsip-prinsip yang perlu diambil kira serta strategi penilaian yang sesuai untuk kelas pelbagai budaya. 7.1 Konsep dan Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya Konsep Penilaian Berasaskan Budaya Penilaian merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya. Dalam perkataan lain, penilaian adalah satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam membuat keputusan bagi tindakan yang akan diambil kelak. Manakala mengikut Hall (1959), budaya merupakan satu set pola yang dialami oleh individu-individu sebagai cara bertindak, merasa, dan melakukan sesuatu. Amat jelas adalah pandangan Erickson (1997) di mana atribut penting budaya berkait dengan pendidikan merupakan suatu yang eksplisit (seperti tabiat manusia) dan implisit (seperti nilai, andaian dan kepercayaan). Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang dilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan seharusnya mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyedia atau memilih instrumen untuk memperoleh maklumat supaya keputusan yang dibuat adalah sah dan boleh dipercayai.

Penilaian berasaskan budaya kian memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Pengumpulan data tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar dengan menggunakan alat/teknik penilaian yang sesuai amat mustahak . Kesahan dalam keputusan penilaian merupakan isu utama kerana keputusan-keputusan ini digunakan untuk memaklumkan

keputusan terhadap pembelajaran pelajar. Maka keputusan yang sah dipengaruhi oleh pemilihan alat penilaian yang telah disahkan berasaskan sampelan populasi tertentu. Juga, jika suatu alat diterjemahkan, kepastian perlu dibuat terhadap kesahan dan integriti dalam proses terjemahan.

Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya Penilaian yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai budaya perlu mengambil kira faktor pelajar seperti sejarah imigrasi atau perpindahan, status sosio-ekonomi, latar belakang pelajar. Aspek-aspek ini akan akan membantu dalam membekalkan maklumat kepada guru apabila memilih alat-alat penilaian yang sesuai untuk proses peinilaian. Untuk guru yang menyediakan penilaian, pentaksiran berasaskan budaya memerlukan integrasi kepekaan dari segi sikap, pengetahuan, kemahiran menyoal atau menemubual, strategi-strategi intervensi dan amalanamalan penilaian. Penilaian ini bertujuan untuk menentukan teknik dan strategi penilaian yang sesuai untuk memperoleh data mengenai pelajar. Fokus mengenai penilaian yang tidak mendiskriminasikan sesiapa seharusnya dapat membuat keputusan tentang kemajuan pelajar selain dapat mengenal pasti atau mengklasifikasikan pelajar. Di samping itu, penilaian ini bertujuan untuk memberi maklum balas tentang kelemahan dan kekuatan pengajaran pembelajaran, dan seterusnya pembangunan program pendidikan. Secara keseluruhannya, penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk : (a) mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan selanjutnya (b) menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif (c) memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid (d) mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kira faktor linguistik dan kerelevanan budaya (e) menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal (f) mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional

Sila buat refleksi

Buat refleksi: Sebagai guru di sekolah, pernahkah anda berfikir tentang penilaian yang mesra budaya? Beri pandangan anda kepada jawapan anda.

7.2 Peranan Guru dalam menyediakan penilaian berasaskan budaya Guru perlu mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai kemahiran penilaian dan alat dalam pengajaran yang dapat memberi peluang pelajar menunjukkan kompetensi mereka dalam pelbagai cara berasaskan keadaan tempatan, termasuklah pengetahuan dan kemahiran berkait dengan pemahaman amalan budaya tradisional. Tambahan pula, guru perlu mengambil kira pelbagai kemahiran penyelesaian masalah dalam menilai potensi pembelajaran pelajar di bawah jagaan mereka dan menyediakan peluang yang sesuai untuk pelajar meningkatkan diri.

Budaya sama ada dapat dilihat atau terselindung harus diutarakan dalam proses-proses dan kandungan pengajaran oleh guru. Budaya membentuk dan dibentuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran pembelajaran sepanjang hidup manusia, keluarga, bilik darjah , komuniti dan tempat kerja. Maka guru berperanan untuk menangani isuisu budaya setiap kali mereka mengajar dan membina alat penilaian. Oleh demikian, boleh dikatakan bahawa budaya bukan sahaja melibatkan amalan- amalan harian ( pola tingkah laku, tradisi, tabiat atau adat resam) tetapi juga cara murid memahami idea dan membina makna terhadapnya setiap hari. Perkara ini amat penting untuk guru sebagai landasan untuk prosespengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

Berhenti seketika dan buat renungan Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri peranan yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam merancang ujian bilik darjah yang baik? Adakah anda dapati sebarang kesulitan yang akan dihadapi?

Latihan 1. Terangkan dengan ringkas dua aspek budaya yang mempengaruhi keberkesanan satu ujian bilik darjah yang baik. 2. Berikan tiga tujuan penilaian berasaskan budaya dalam bilik darjah 7.3 Prinsip- Prinsip Penilaian berasaskan budaya Penilaian autentik berbandingkan penilaian tradisional iaitu ujian kertas dan pensil didapati memberi peluang kepada semua murid pelbagai budaya untuk melibatkan diri dalam aktiviti/tugasan penilaian berasaskan situasi sebenar. Ini amat relevan dan bermakna kepada murid kerana mengkaitkan situasi sebenar dalam mata pelajaran. Antara prinsip-prinsip yang perlu diambil kira oleh guru dalam penilaian berasaskan budaya termasuk: (a) Penilaian harus berasaskan pemahaman tentang bagaimana murid belajar. Ia harus memainkan peranan positif dalam membentuk pengalaman pembelajaran murid (b) Penilaian harus mengambil kira perbezaan individu murid dalam pembelajaran. Ia harus berasaskan objektifobjektif dan membolehkan murid mendemonstrasikan pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai cara. Dalam konteks ini, pengubahsuaian kandungan harus dilakukan dan kandungan seharusnya melambangkan budaya murid, latar belakang murid, bahasa utama, keluarga dan komuniti. Pengetahuan kandungan dan kemahiran perlu diintegrasikan dan merentasi semua mata pelajaran sepanjang masa. Dalam hal ini, tugasan/aktiviti terdiri daripada jenis koperatif, aktif dan berasaskan inkuiri. (c) Penilaian harus bercorak adil kepada semua murid. Amalan penilaian harus merangkumi

prinsip-prinsip inklusif dan menyokong ekuiti. Amalan-amalan ini harus dapat memenuhi kepelbagaian sama ada secara individu atau kumpulan murid. Adalah penting untuk menggunakan pelbagai bentuk penilaian. Juga, bahasa inklusif perlu digunakan untuk mengelakkan bias dari segi gender, perkauman, budaya atau bahasa. 7.4 Ciri-Ciri Penting Dalam Penilaian Berasaskan Budaya Kita harus sedar bahawa guru yang paling berpengetahuan dalam kandungan mata pelajaran mungkin tidak begitu cekap dari segi mengenal pasti pengaruh-pengaruh relevan budaya secara kontektual, cekap dalam mengenal pasti strategi-strategi pengajaran yang sesuai atau pun membina prosedur penilaian yang mesra budaya. Pada awalnya, usaha membina alat penilaian dibuat secara kolaboratif, namum guru dalam bilik darjah perlu belajar bagaimana memodeli dan memurnikan alat-alat ini jika ingin mewujudkan pembelajaran berkualiti dengan positifnya.

Penilaian yang menyokong pembelajaran merupakan jenis-jenis penilaian yang tersirat dalam kerangka kurikulum (Gordon,1996). Penilaian yang terangkum dalam kurikulum secara formatif adalah penting untuk mencapai hasil pembelajaran spesifik yang mana murid diberi pendedahan. Oleh yang demikian, alat-alat penilaian direka bentuk untuk satu- satu pengajaran yang akan membekalkan maklumat untuk membuat keputusan bilik darjah berkait dengan penempatan, diagnosis, pemantauan, dan pencapaian murid. Penilaian yang terangkum dalam kurikulum dan aktiviti-aktiviti pengajaran merupakan komponen yang berkait rapat untuk memudahcara pembelajaran.

Penilaian yang terangkum dalam kurikulum berbeza dari segi format dan gaya. Bentuk penilaian terdiri daripada jenis formal, tidak formal, ujian kertas dan pensil atau aktiviti berasaskan prestasi/perlakuan. Dalam konteks penilaian mesra budaya, penilaian formatif yang direka atau bina akan berkisar kepada konteks yang sama seperti dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan pengajaran. Mengikut Gordon (1996), proses penilaian yang dilaksanakan perlu menyokong pengalaman pembelajaran pelbagai, pelbagai konteks, dan item ujian lebih process-sensitive. Bentuk penilaian perlu distrukturkan untuk memberi sokongan kepada aktiviti pengajaran dan terdiri daripada kepelbagaian dalam jenis item untuk menilai objektif secara berkesan. Guru perlu berkebolehan memadankan kehendak ujian dan aktiviti-aktiviti pengajaran demi meningkatkan kerelevanan kurikulum dan menghasilkan maklumat yang tepat. Bentuk format penilaian gabungan antara pelbagai jenis item dapat mengukur kemahiran- kemahiran pemerosesan kognitif yang berlainan dan ini dikatakan dapat menunjukkan pelbagai tahap atau jenis pembelajaran. Tambahan pula, beberapa objektif atau komponen pengajaran dan pembelajaran boleh diukur dengan menggunakan pelbagai format item yang berbeza untuk memperoleh maklumat yang dapat menilai pencapaian murid. Berhenti seketika dan buat renungan Berkongsi dengan rakan-rakan tentang jenis item ujian bilik darjah anda. Bincangkan sama ada anda mempertimbangkan kepelbagaian budaya semasa menyediakan item ujian. Aspek penting yang perlu diambil kira semasa membina ujian bilik darjah termasuk bahasa yang digunakan, jenis item ujian,

Salah satu ciri penting yang boleh mempengaruhi prestasi murid ialah bahasa yang digunakan dalam penilaian prestasi seperti sains. Perkataan mempengaruhi cara murid bertindak balas terhadap tugasan. Jika sesorang tidak dapat memahami satu perkataan or dia memahami perkataan tersebut pada perspektif lain kerana latar belakang budaya dan linguistik, prestasinya mungkin tidak membawa makna yang tepat mengenai pengetahuan dan kemahirannya. Oleh kerana bahasa begitu penting dalam sesetengah alat penilaian, guru yang mengadaptasi ujian dari populasi normal untuk kegunaan kumpulan pelbagai budaya atau linguistik akan gagal menghasilkan penilaian yang adil serta boleh dibuat perbandingan. Latihan/Aktiviti Berdasarkan kepada pengalaman anda disekolah, terangkan secara ringkas prinsip-prinsip dan proses penilaian yang anda gunakan untuk menyediakan ujian berasaskan budaya. Gunakan pengurusan grafik untuk mengambarkan proses tersebut. 7.5 Jenis-Jenis Penilaian Berasaskan Budaya Dalam bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menggunakan penilaian berterusan dan sistematik untuk menilai kebolehan, minat, sikap dan kemahiran sosial murid. Maklumat yang dikumpul akan menyediakan asas untuk membuat keputusan pengajaran dan memberi pengertian kepada apa yang perlu diajar dan bagaimana hendak mengajar. Tambahan pula, terdapat tekanan terhadap penglibatan murid dalam proses penilaian. Apabila murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penilaian, mereka boleh membuat refleksi terhadap kemajuan mereka dan memberi pemahaman baru yang tidak dapat diberi oleh orang dewasa. Contoh-contoh penilaian mesra budaya merangkumi yang berikut: Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi bilik darjah. Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak, catatan, atau kad fail untuk membolehkan guru merumuskan pemerhatian tingkah laku murid secara yang tekal dan bermakna. Sebagai contoh, guru boleh gunakan senarai nama kelas merupakan cara mudah untuk merekodkan pemerhatian harian. Guru boleh mewujudkan lajur untuk mengenal pasti projek, aktiviti atau tingkah laku yang ingin diperhatikan. Penilaian Portfolio Murid dan guru boleh memilih sampel tugasan yang menggambarkan kepelbagaian keperluan dan kebolehan murid untuk dinilai. Guru, murid dan ahli-ahli keluarga boleh membuat refleksi terhadap apa yang murid telah laksanakan, tahap kebolehan mereka dan bidang manakah yang perlu ditambah baik. Penulisan Jurnal Penulisan jurnal memberi peluang kepada murid berkongsi pemahaman peribadi mengenai perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya untuk memaklum, memperjelas dan menerangkan tentang masyarakat majmuk. Contohnya, guru boleh menilai tentang jurnal pembelajaran di mana murid mencatat kaitan peribadi dengan watak-watak dalam sastera yang mereka baca. Mereka boleh membina pengertian terhadap watak dan ini memberi mereka

kebebasan untuk menulis tentang watak dan berkongsi dengan rakan. Projek Projek memberi peluang murid menyumbang idea mengikut kebolehan mereka. Projek sebegini baik untuk murid dari pelbagai budaya dan berbeza secara individu kerana mereka melakukan tugasan mengikut masa dan tahap kesediaan mereka. Mereka boleh meneroka topik yang diminati berasaskan bacaan topik pelbagai budaya. Mereka boleh pilih menulis laporan atau menyediakan satu persembahan lisan atau mencipta lukisan untuk menggambarkan konsep utama terselindung dalam topik mereka. Salah satu contoh projek termasuk rekacipta artifak yang mewakili patung kumpulan etnik dan murid boleh menulis cerita atau puisi tentang artifak untuk tujuan penilaian projek. Ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran Perhatian utama harus diberi kepada gaya kognitif dan kemahiran akademik semua murid. Contohnya, guru boleh mereka bentuk ujian dengan menggubal item soalan sesuai untuk menilai pengetahuan atau prestasi murid dalam bidang kandungan tertentu dalam kurikulum yang mesra budaya. Dalam lain perkataan, ujian harus culturally loaded dengan mengambil kira budaya semua kumpulan murid. Bahasa yang digunakan harus difahami semua dan tidak bias kepada kumpulan murid yang dominan. Arahan ujian perlu mengambil kira asas budaya dan faktor linguistik sedia ada murid dan murid perlu merasai bahawa bahasa dan budayanya adalah aset bukan liabiliti dalam penilaian. Penilaian kendiri murid Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai pembelajaran mereka secara berkala dalam konferens guru/murid. Portfolio boleh digunakan semasa konferens. Sebagai contoh, murid ditunjukkan kerja/ tugasan mereka, membincang hasil kerja dengan guru dan menilai kemajuan sendiri. Penilaian kendiri guru Penilaian kendiri merupakan bahagian penting keberkesanan pengajaran guru. Guru perlu menyoal diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-strategi pengajaran, keberkesanan dan kerelevanan budaya dalam pelajaran mereka serta reaksi dan tindak balas mereka terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik darjah mereka yang boleh menyumbang kepada perkembangan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. 7.5 Rumusan Topik di atas membincangkan aspek-aspek penting seperti berikut: Cabaran yang dihadapi penilaian tidak seberat berbandingkan isu-isu mengenai strategistrategi pengajaran sesuai dan perkembangan guru. Penilaian mesra budaya yang dibincangkan di atas merupakan cara-cara yang boleh digunakan untuk menilai murid tanpa menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan semasa membuat keputusan. Jenis-jenis penilaian yang dikemukakan dapat mengurangkan bias terhadap kumpulan etnik

tertentu dan pertimbangan yang ditimbulkan perlu diambil kira oleh guru semasa menyediakan penilaian sama ada formal atau tidak formal. Sekiranya kurikulum adalah mesra budaya dengan mengambil kira kandungan yang sesuai untuk murid, maka tidak akan menimbulkan banyak masalah semasa membina alat penilaian untuk murid. Kita akan berjaya jika kita menggunakan semua resos dan tenaga untuk melakukan yang terbaik untuk anak kita yang berisiko jika kita tidak laku adil kepada mereka dengan tidak mengambil kira kepelbagaian budaya. Seperti mana Height (1996) maintains: "No one else can retrieve our values and salvage our people better than we can" (p. 53).

You might also like