You are on page 1of 12

Future Learning: School in the Cloud Pengenalan What would happen when I gave a computer to children who never

would have one, didnt know any English, didnt know what the internet was? My wish is to help design a future of learning by supporting children all over the world to tap into their wonder and their ability to work together. Help me build this school. It will be called school in the Cloud. It will be a school where children go on these intellectual adventures driven by big questions which their mediators put in. Sugata Mitra (2012) Hasil dapatan Sugata Mitra melalui eksperimen Hole in the wall menunjukkan sekumpulan pelajar, yang telah diberi sumber perkongsian digital mampu mempelajari cara menggunakan komputer dan internet dan terus belajar perkara yang mereka ingin tahu tanpa mendapat bantuan sesiapa. Kanak-kanak ini belajar tanpa memerlukan pemerhatian dari orang dewasa. Kemudian beliau juga mendapat penemuan baru bahawa kanak-kanak yang belajar melalui komputer dan teknologi ini mampu untu menjawab soalan peperiksaan tanpa melalui proses persekolahan tradisional. Penemuan beliau menunjukkan kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang kuat dengan menyediakan alatan yang sesuai pembelajaran boleh berlaku. Sugata berpendapat pembelajaran terjadi bukan dengan memaksa ia berlaku, sebaliknya membenarkan ia berlaku tanpa paksaan. Beliau juga memperkenalkan Self-organization educations (SOLEs) iaitu guru hanya berperanan untuk menyediakan proses pembelajaran dan hanya sebagai pemerhati untuk membiarkan proses pembelajaran berlaku. Peranan guru untuk merancang waktu pembelajaran dam menyediakan satu soalan yang dapat mencetuskan minat murid untuk menyelesaikannya. Kemudian membiarkan murid akan belajar sendiri dan berkongsi maklumat dengan mengajar rakan-rakan mereka. SOLEs telah direka dengan reka bentuk yang unik dan ia akan terus diubahsuai untuk mendapat hasil yang terbaik. SOLEs ini di bina di beberapa kawasan untuk membantu dalam pembelajaran penstrukturan kendiri. Tempat ini adalah di mana kanak-kanak boleh bekerja dalam satu kumpulan, mengakses internet dan software lain, mengikuti aktiviti-aktiviti kelas atau projek atau melakukan aktiviti yang mereka minati.

Apakah pembelajaran masa hadapan: School in the Cloud? School in the Cloud adalah satu program persekolahan yang di bentuk di mana guru boleh mengawal keseluruhan (monitor) proses pembelajaran melalui internet. Sistem ini menekankan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran belajar yang lebih menyeronokkan, tidak formal dan menekankan kaedah pembelajaran kendiri. Bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya berlaku di dalam kelas sahaja. Murid di beri peluang untuk menstrukturkan sendiri proses pembelajaran mereka. Dari pembentukan kumpulan sehingga kepada penghantaran tugasan. Pada pandangan saya, pembelajaran masa hadapan school in a Cloud boleh dilaksanakan. Mungkin ia akan mengambil masa yang lama untuk merealisasikannya. Ini kerana sistem pembelajaran konvensional telah berlaku sejak sekian lama, untuk mengubah sistem lama kepada sistem yang baru memerlukan masa dan usaha yang banyak. Oleh itu, guru perlu bersabar dalam melaksanakan sistem baru dan jika gagal guru perlu terus berusaha untuk merealisasikan penubuhan School in the Cloud ini. Contohnya, Massive Online Open Course (MOOC) yang merupakan sebuah laman web yang menawarkan kursus-kursus secara percuma dan objektif mereka adalah untuk mendapat penglibatan individu dengan skala yang besar. MOOC telah menunjukkan satu kaedah pendidikan school in the Cloud yang menunjukkan perubahan besar di dalam bidang pendidikan jarak jauh. MOOC telah menjadi satu laman sumber utama untuk pendidikan terbuka (open educational resources). MOOC. Pada masa kini, semakin banyak agensi- agensi terlibat dalam pendidikan atas talian ini contohnya Canada, Asia, Europe dan mexico telah mengumumkan kerjasama mereka untuk bekerjasama dengan American MOOC. Di sini kita dapat lihat perkembangan pendidikan secara atas talian yang sedang pesat membangun. Arah pendidikan yang semakin berubah ke arah penggunaan internet, komunikasi dan teknologi ini menunjukkan sistem pendidikan konvensional yang masih diguna pakai di sekolah perlu berubah. Pembelajaran boleh berlaku hanya melalui internet, tutorial dan tugasan dan sumber pembelajaran semua akan dibekalkan melalui atas talian. Selain MOOC, Khan Academy juga merupakan salah satu kaedah pengajaran masa hadapan yang menggunakan alatan digital seperti camtasia studio atau camstudio untuk merekod proses pengajaran terutamanya penerangan konsep. Khan Academy ini menyediakan pengajaran kepada murid-murid secara individu dan murid boleh belajar pada bila-bila masa dan tempat tanpa perlu mengumpul satu kumpulan pelajar yang belajar dalam satu kelas dan kursus yang sama. Pembelajaran dengan rakan (Peer teaching) telah dijalankan oleh Eric Marcos dari Lincoln Middle School di Santa Monica, CA. Kaedah pendidikan"kids teaching kids" Mathtrain 2

projek ini adalah projek yang dijalankan Marcos dengan kerjasama pelajar-pelajar beliau. Saya ada terbaca artikel mengenai seorang guru dari Santa Monica, Eric Marcos. Pada tahun 2006 beliau pernah mencuba membina video dan memuat naik video tutorial di dalam laman web kelas beliau untuk membantu pelajar beliau dan ahli keluarga untuk menyelesaikan kerja rumah yang berkaintan dengan topik matematik. Pada 2007 telah berlaku satu tranformasi di mana salah seorang pelajar gred 6 meminta untuk meminjam tablet dan ingin membuat video tutorial. Video tersebut tersebut mengandungi pengenalan, isi kandungan dan penutup. Pelajar itu memperkenalkan diri dan permasalahan matematik yang ingin di ajar, kemudian dia memulakan dengan menerangkan cara menyelesaikan masalah matematik dengan menggunakan pelbagai warna dan visual yang menarik dan diakhiri dengan membuat kesimpulan dengan apa yang dipelajari dan mengucapkan terima kasih kepada penonton. Video yang dicipta ini dikongsi bersama-sama dan pelajar di dalam kelas dan dimuat naik dalam laman web kelas. Pelajarpelajar lain sangat menyukai video tersebut dan ingin mencipta video tutorial sendiri dan seterusnya terbentuk "kids teaching kids" Mathtrain project . Video Pelajar mereka merekod video melalui tablet PC dengan menggunakan perisian seperti camtasiastudio dan kemudian video tersebut dimuat naik di laman web http://www.mathtrain.com/. Kini video yang dicipta oleh pelajar-pelajar Marcos telah dikongsi dengan pelajar dan pendidik di seluruh dunia. Di laman web tersebut terdapat juga sumber-sumber pendidikan lain, buku teks, tugasan-tugasan, penilaian(authentic assessment) dan sebagainya. Laman web ini digunakan sepenuhnya oleh pelajar beliau untuk belajar, berkongsi maklumat, dan ibu bapa juga dapat mengakses kemajuan pelajar. Eric Marcos telah berjaya menjalankan kaedah pembelajaran yang baru selaras dengan kemahuan pelajar pada masa kini. Melalui projek ini, pembelajaran kendiri berlaku kerana murid bukan pengguna kepada isi kandungan pelajar tetapi menjadi pencipta kepada apa yang mereka akan belajar yang mana menepati SOLEs. Murid memainkan peranan yand aktif dalam prose pembelajaran. Murid sangat suka dan berasa seronok belajar melalui rakan-rakan mereka dengan mencipta video yang menarik dan mengajar rakan-rakan mereka kerana mereka merasakan cara terbaik untuk belajar adalah dengan mengajar. Apabila pelajar memahami nilai peer teaching, proses pembelajaran menjadi semakin menarik dan berkesan. Negara Malaysia juga sudah mengaplikasikan pembelajaran masa hadapan ini dengan menubuhkan Sekolah Bestari. Sekolah bestari merupakan sebuah sekolah yang mempunyai sistem pengajaran dan pembelajaran serta sistem pengurusan sekolah yang berbeza dari sekolah biasa. Komponen teknologi merupakan salah satu komponen utama yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan utama penubuhan sekolah bestari ini adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat memenuhi permintaan global sejajar dengan 3

kemajuan teknologi dunia pada masa kini. Murid di sekolah ini di beri peluang belajar mengikut gaya pembelajaran sendiri, persekitaran pelajar yang kondusif adalah untuk menggalakkan gaya pembelajaran akses kendiri kerana pembelajaran akan menjadi lebih bermakan dan dapat meningkatkan minat murid untuk belajar secara berterusan. Peranan pengetua sekolah pula sebagai pemimpin pendidikan dan disokong oleh sekumpulan tenaga pengajar yang profesional dan berkaliber. Juga terdapat sokongan dari ibu bapa dan komuniti yang aktif dalam merancang aktiviti-aktiviti atau program yang boleh membantu guru untuk melaksanakan aktiviti muridmurid seperti mengadakan lawatan sambil belajar akan memberi galakan kepada murid. Terdapat juga kajian yang dijalankan oleh Jonathan et. al (2012) mengenai pembelajaran masa hadapan berdasarkan persepsi pelajar terhadap pembelajaran. Jonathan mendapati penggunaan tablet pada telefon bimbit mendapati pembelajaran melalui iPads dapat meningkatkan persekitaran pembelajaran kolaboratif kerana pelajar perlu berbincang konsep, mengutarakan soalan bagi perdebatan, dan perkongsian ilmu melalui internet bagi meningkatkan pengetahuan. Penggunaan iPad ini memberi peluang kepada mereka membuat perbincangan dalam kelas dengan lebih senang dan cepat kerana tidak perlu melakukan perjumpaan baru boleh berbincang. Pada bila-bila masa proses pembelajaran boleh berlaku walaupun mereka melakukan kerja secara berasingan. Sekaligus, kolaborasi antara mereka akan tercetus dan wujud peer teaching. Persekitaran pembelajaran kendiri ini memaksa untuk mereka bekerjasama untuk belajar. Kelebihan dan kekurangan pembentukan School in the Cloud Murid pada abad ke-21 terlalu berfokus kepada benda-benda yang berkaitan dengan digital sahaja. Oleh itu, pihak tertentu dan guru-guru terutamanya harus berkolaborasi untuk memajukan sistem pendidikan. Kelebihan dalam menjalankan school in a cloud ini ialah guru akan membina satu laman web yang mengandungi software, sumber pembelajaran seperti video, link, tugasan, dan rekod kemajuan pelajar yang boleh di akses secara atas talian. Laman ini menjadi sumber kepada murid-murid untuk mengakses bahan-bahan pembelajaran dengan senang. Menjimatkan masa murid untuk mendapatkan bahan pembelajaran.Selain itu, Penggunaan aplikasi seperti Skype membolehkan guru untuk berkomunikasi dengan murid pada bila-bila masa. Jika murid di kawasan pedalaman dan tiada sekolah yang di bina di kawasan itu, school in a Cloud ini memberi peluang untuk pembelajaran berlaku. Tidak perlu membina sekolah yang besar, hanya memerlukan makmal komputer yang dapat mengakses internet untuk menjalankan proses pembelajaran kendiri, membuat tugasan secara kolaborasi bersama rakan-rakan dan membuat penilaian sudah cukup. Tambahan lagi, kemahiran guru 4

bukan setakat bidang yang di ajar tetapi kemahiran menggunakan teknologi terkini dapat dipertingkatkan. Selain itu, persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan persekitaran penstrukturan pembelajaran kendiri dapat menghasilkan murid yang mempunyai pemikiran kreatif dan pemikiran kritikal, mampu menyelesaikan masalah, boleh berkolaborasi dengan rakan, mempunyai sifat inkuiri yang tinggi dan sekaligus membentuk pembelajaran yang bermakna. Pembelajaran yang berlaku di rumah memerlukan galakan daripada ibu bapa dan motivasi murid dapat dipertingkatkan Kekurangan untuk melaksanakan School in the Cloud ini adalah pada pandangan saya, kita tidak boleh bergantung kepada kaedah ini 100% kerana ia juga harus bergantung kepada mata pelajaran yang mereka pelajari. Jika mata pelajaran matematik, bahasa inggeris dan sebagainya mungkin lebih baik menggunakan pembelajaran School in the Cloud. Tetapi bagi matapelajaran sains agak sukar. Mempelajari sains untuk menjadikan ia lebih bermakna, aktiviti hands-on semasa amali perlu dilakukan. Pembelajaran inkuiri juga dapat diterapkan melalui ekseprimen-eksperimen yang dijalankan. Tetapi, guru boleh memasukkan proses pembelajaran School in the Cloud ini melalui pencarian maklumat mengenai topik amali yang akan dijalankan. Masalah lain untuk merealisasikan sistem pembelajaran baru ini akan melibatkan kos yang tinggi terutamanya untuk melatih guru untuk menguasai kemahiran kemahiran terkini untuk menggunakan komputer dan alat-alat digital yang di perlukan. Selain itu, agak sukar untuk dilaksanakan di kawasan perdalaman kerana ada sesetengah kawasan tidak mendapat kemudaha internet. Oleh itu, agak susah untuk melaksanakan School in the Cloud jika internet menjadi masalah utama. Perkongsian komputer juga menyebabkan kekangan untuk seorang murid menjalankan pembelajaran kendiri. Melalui kajian Jonathan et. al (2012), pelajar beliau mengatakan agak susah untuk berkongsi iPad dengan sekumpulan pelajar di dalam kelas kerana skrin yang terhad untuk penglihatan. Begitu juga komputer, proses pembelajaran dan pengajaran akan lebih berkesan jika setiap pelajar mendapat komputer. Ia juga akan lebih berkesan jika guru tersebut meletakkan bahan-bahan di atas talian supaya pelajar mereka boleh akses pada bila-bila masa contohnya di rumah. Selain itu, kekangan dari segi bahasa di mana majoriti sumber pembelajaran melalui internet adalah dalam bahasa inggeris. Murid-murid harus di latih dengan bahasa inggeris dahulu untuk memudahkan proses pembelajaran kendiri berlaku untuk subjek-subjek lain. Kurikulum: School in the Cloud Kurikulum School in the Cloud adalah berbeza dari kurikulum sedia ada. Pelaksaan kurikulum berbeza daripada kaedah pelaksanaannya. School in the Coud ini menumpukan kepada kaedah penstrukturan pembelajaran kendiri, pembelajaran inkuiri, peer teaching, kolaborasi, 5

galakan dari guru atau ibu bapa. Bagi merealisasikan pembelajaran masa hadapan ini, kurikulum harus menumpukan kepada sepenuhnya kepada pembelajaran inkuiri. Menurut Carin dan Sund (1971), pembelajaran inkuiri ialah pembelajaran tidak langsung yang melibatkan aktiviti penerokaan dan penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat. Pendorong utama ialah aktiviti penyoalan dan penyelesaian masalah di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti tersebut murid akan terlibat di dalam pemprosesan maklumat mental untuk mendapatkan kefahaman yang bermakna, dan melibatkan diri secara aktif di dalam pembelajaran mereka. Ini menunjukkan bahawa inkuiri adalah berpusat kepada pelajar bukan kepada guru, sebaliknya guru hanya bertindak sebagai fasilitator dalam memberikan peluang kepada pe1ajar menemui maklumat yang sebenar. Persekitaran pembelajaran dengan memberi peluang dan ruang kepada murid untuk meneroka sendiri, membuat penemuan dan berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Ini sesuai dengan falsafah cina mengatakan Tell me and I forget. Show me and I remember. Involve me and I understand. Mengapa pembelajaran kendiri ditekankan?Kerana kita tidak tahu apakah bentuk perkembangan teknologi pada masa hadapan oleh itu jenis kemahiran yang diperlukan untuk bekerja juga tidak dapat di ketahui. Dengan ini, sistem pendidikan sepatutnya menekankan terhadap pembinaan kemampuan untuk belajar sesuatu dengan sendiri dan kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan semasa. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah galakan dari guru dan ibu bapa. Ibu bapa boleh memberi galakan di rumah dengan terlibat secara aktif dengan pembelajaran anak-anak, membudayakan sifat-sifat ingin tahu di rumah, sentiasa membantu anak-anak untuk meningkatkan pengetahuan yang dipelajari disekolah dan diaplikasikan pada kegiatan harian. Di sekolah murid perlu di beri peluang untuk menstrukturkan sendiri (self-organize) pembelajaran mereka, menggalakkan peer teaching dengan berkolaborasi dengan rakan-rakan untuk menyelesaikan masalah atau mengajar rakan jika rakan tidak memahami sesuatu topik,menjalankan penilaian kendiri dan penilaian oleh rakan dan guru hendaklah sentiasa meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Galakan dari guru bukan bermakna guru sebagai pembekal jawapan tetapi hanya sebagai penyokong, pemerhati, dan mengarahkan struktur pembelajaran. Program sekolah atau program selepas sekolah akan memberi peluang untuk murid menanam sikap ingin tahu dan pembelajaran menjjadi lebih menyeronokkan. Kedua, Infrastruktur yang sesuai untuk menjalankan School in the Cloud ini ialah dengan menyediakan makmal pembelajaran (makmal komputer) yang memberi peluang kepada murid untuk melakukan cabaran intelek, berhubung dengan maklumat serta mentor 6

secara atas talian. Kelas dalam saiz yang lebih kecil dan setiap 2-3 pelajar mesti di sediakan satu komputer. Memberi kebebasan kepada pelajar untuk menggunakan tablet PC atau smartphone untuk mengakses internet untuk mendapatkan maklumat. Setiap computer perlu dibekalkan dengan webcam, microphone, software untuk membina video, audio, musik dan untuk komunikasi. Ketiga, susunan meja mungkin dalam susunan bulat di mana murid lebih senang untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, memudahkan pergerakan guru dan murid, pembelajaran seharusnya bukan berbentuk formal untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Beri kebebasan pada murid-murid untuk mendapatkan maklumat. Papan putih masih diperlukan jika guru hendak menulis soalan-soalan yang ingin dikemukakan kepada murid-muring. Murid-murid perlu mempunyai pen dan kertas untuk menulis nota tentang apa yang telah mereka pelajari untuk dikongsi. Bermaksud murid perlu digalakkan untuk membuat refleksi terhadap aktiviti pembelajaran pada hari tersebut. Keempat, contoh kaedah pengajaran, guru boleh membina video pengajaran kepada murid untuk digunakannya sebagai kerja rumah dan murid akan lebih fokus semasa mengaplikasikannya di dalam kelas atau untuk menggalakkan peer teaching, guru boleh menggalakkan murid untuk menyediakan bahan pengajaran seperti membina video untuk mengajar sesuatu topik. Guru juga boleh menyediakan platform untuk murid berkongsi maklumat dengan menyediakan laman web atau blog. Selain itu, laman web ini juga boleh digunakan sebagai tempat mendapat sumber dengan lebih cepat (online resource). Dengan ini, video yang dibentuk oleh murid tersebut boleh dikongsi di laman web kelas dan murid boleh mengakses bahan tersebut pada bila-bila masa. Guru boleh merekod pengajaran di dalam kelas supaya murid dapat belajar semula jika ada perkara yang tidak dapat di fahami serta memberi peluang kepada pelajar yang tidak hadir untuk tidak terlepas dari proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menambah kuiz-kuiz di dalam video untuk menilai pemahaman murid terhadap apa yang dipelajari.Guru juga boleh membina video dan murid boleh memuat turun atau menonton di mana-mana termasuk smartphone. Guru-guru boleh berkolaborasi untuk membina Granny Cloud untuk menjadikan pembelajaran boleh berlaku hanya melalui Skype atau media sosial lain bagi membantu murid-murid belajar. Melalui granny cloud, semua tugasan, penilaian dan tutorial boleh berlaku melalui atas talian. Ini akan memperkembangkan lagi kaedah pembelajaran melalui School in the Cloud. Jenis Penilaian: School in the Cloud Sistem penilaian yang sesuai dengan pembelajaran masa hadapan ialah menggunakan penilaian kendiri(self assessment), penilaian rakan (peer assessment) dan penilaian guru. 7

Pada pendapat saya, selain penilaian guru, penilaian oleh rakan adalah salah satu strategi untuk melibatkan murid supaya lebih bertanggungjawab terhadap apa yang telah mereka pelajari. Penilaian kendiri dan penilaian oleh rakan dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran dan meningkatkan kebolehan pelajar untuk belajar. Kaedah penilaian ini akan berjaya jika pelajar sedar akan kebaikan yang mereka akan perolehi. Kaedah penilaian ini juga menjimatkan masa guru apabila murid sudah terbiasa dengan penilaian kendiri dan penilaian oleh rakan dan memahami nilainya dalam proses pembelajaran. Antara kebaikan menggunakan kaedah penilaian ini ialah pelajar dapat meningkatkan gaya pembelajaran sendiri, mempunyai kemahiran menilai melalui komen-komen yang dilakukan ke atas kerja rakan, mereka dapat belajar memberi dan menerima maklum balas, dapat meningkatkan kesedaran sensitiviti ketika menerima maklum balas dari rakan-rakan. Penilaian kendiri dan penilaian oleh rakan ini melibatkan pelajar untuk membuat pemerhatian dan ditekankan dimana murid sendiri akan memberi komen dan menghakimi rakan-rakan mereka. Antara cadangan strategi-strategi penilaian kendiri dan penilaian oleh rakan yang boleh dijalankan ialah pertama, guru menggalakkan murid untuk mendengar soalan dan juga persembahan murid lain dan juga mengemukakan soalan jika ada perkara yang mereka tidak faham. Kedua, guru boleh menggunakan hasil kerja dari murid yang dirahsiakan identiti dan mengemukakan soalan kepada rakan mereka untuk memberi cadangan untuk meningkatkan hasil kerja untuk mencapai hasil pembelajaran (learning outcomes). Ketiga, guru meminta murid untuk menulis soalan bersama dengan jawapan mengenai topik yang selaras dengan objektif pembelajaran. Keempat, guru meminta murid untuk menanda kertas jawapan rakan tanpa memberi jawapan kepada mereka. Guru memberi kebebasan kepada pelajar untuk mencari jawapan dari pelbagai sumber yang mereka boleh akses. Kelima, guru boleh meminta pelajar untuk membuat keputusan bahawa adakah jawapan mereka betul dan nyatakan sebab. Murid boleh menambah jawapan atau boleh memberi jawapan lai dan yang terakhir guru boleh menggalakkan murid untuk membina sendiri hasil pembelajaran (learning outcomes). Contoh aktiviti penilaian kendiri dan penilaian oleh rakan yang boleh dijalankan ialah I. Guru meminta setiap murid untuk membentuk soalan berdasarkan topik yang mereka belajar pada hari tersebut. Jika bilangan pelajar ada 10 orang, maka 10 soalan akan di bina oleh pelajar. Syarat untuk membina soalan adalah soalan boleh dijawab dalam masa kurang dari 10 minit. II. Pada masa Kemudian, 10 soalan yang telah dibina tadi akan di beri kepada setiap murid. 8

III. IV.

Beri masa kepada pelajar untuk menjawab semua soalan kecuali soalan sendiri. Asingkan jawapan pelajar mengikut nombor soalan dan mengembalikan semula kepada pembuat soalan.

V.

Kemudian murid akan menanda kertas jawapan rakan mengikut soalan yang telah dibina masing masing.

Untuk menerapkan nilai dalam kepada murid tentang kebaikan penilaian kendiri dan penilaian oleh rakan, guru boleh meminta murid membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dilakukan. Ibu bapa juga akan di beri akses untuk melihat Laporan kemajuan pelajar secara atas talian bertujuan untuk membantu ibu bapa untuk prihatin dengan aktiviti anak di sekolah sekaligus dapat menggalakkan murid untuk belajar. Bagi contoh cadangan penilaian guru yang boleh dilakukan adalah seperti di bawah; Type of assessment Thinking Skills (critical and creative) Solving problems Spesification i. Students idea ii. Creating learning outcomes/ questions i. Group work ii. Problem scenario (ex: Problem based learning) Performance i. Presentation Designing and creating i. E-portfolio ii. Create video to teach other kids Communication and i. In the class collaboration ii. Sosial web iii. One and two-way communication; iv. communication within a group, v. verbal, written and non-verbal communication. (Arguing, describing, advocating, interviewing, negotiating, presenting; using specific written forms) Reflections Written jurnal of their reflection for every class. Kemahiran Guru untuk menjalankan School in the Cloud Di zaman era maklumat, era teknologi dan era digital yang pesat membangun kini memerlukan dunia untuk melahirkan tenaga pengajar yang cekap dan mahir dalam teknologi maklumat & komunikasi(TMK) dan mampu mengaplikasikan kemahiran mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran ini dperlukan untuk merealisasikan sistem pembelajaran masa hadapan ini. Setiap hari kita sentiasa bergantung kepada alat seperti komputer, tablet, smartphone dan sebagainya dalam memudahkan dan mempercepatkan urusan harian dan menjadi satu keperluan yang sangat penting. Murid-murid generasi Y yang membesar pada zaman ini sudah terbiasa dengan penggunaan alat ini. Jika proses pengajaran dan pembelajaran masih menggunakan kaedah konvensional iaitu kaedah chalk and talk sahaja ia 9

tidak dapat menarik perhatian murid-murid pada zaman sekarang. Secara realiti, sebagai seorang guru saya dapat lihat pelajar pada zaman sentiasa berasa bosan di dalam kelas, mereka kurang berminat untuk mengetahui apa yang di pelajari pada hari itu. Minat murid pada zaman ini sudah berubah, mereka datang ke kelas sambil memikirkan laptop, tablet dan smartphone mereka di rumah. Oleh itu, murid tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas menyebabkan pengajaran bermakna tidak berlaku. Persoalannya jika hal ini terus berlaku, Adakah kita mampu melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kreatif dan kritikal, dan bijak dalam menyelesaikan masalah dan sekaligus mampu memenuhi permintaan global pada masa hadapan? Pada pendapat saya ia agak sukar untuk dilakukan. Oleh itu, untuk menjayakan pembelajara School in the Cloud yang menggunakan teknologi dan alat digital dalam pembelajaran. Tenaga pengajar iaitu guru-guru perlu menyiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21 ini. Antara kemahiran yang perlu guru kuasai adalah yang pertama pengurusan masa yang bagus. Guru perlu tahu menguruskan bijak menguruskan masa semasa proses pembelajaran, waktu-waktu mesyuarat dan aktiviti-aktiviti lain. Guru boleh menggunakan alat digital untuk tujuan membantu dalam pengurusan masa. Aplikasi digital yang boleh digunakan adalah seperti Short Calendar, DayViewer,dan iDoneThis. Bagi membantu guru dan juga pelajar untuk menstrukturkan aktiviti dan tugasan, guru boleh menggunakan aplikasi Any.do dan workflow. Kedua guru perlu mengetahui emahiran menggunakan alat-alat aplikasi digital yang membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mahir dalam menggunakan computer seperti kemahiran memuat turun, menaik turun, membina dan mengubahsuai audio, video dan imej. Antara aplikasi yang boleh digunakan ialah Audio exper(audio), dan picasa. Guru boleh meningkatkan persembahan pengajaran dengan meningkatkan kemahiran menggunakan alat digital seperti SlideShare, dan prezi. Guru boleh meningkatkan kemahiran dalam membina video atau tutorials melalui penggunaaan alat Screen capture seperti Camstudio, Jing, Screenr sebagainya untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran atas talian untuk menerangkan konsep dan sebagainya. Guru juga boleh menjalankan proses penilaian berterusan melalui alat petaksiran digital, guru boleh membina soalan-soalan kuiz atas talian dengan menggunakan aplikasi seperti Web Quest, Quiz Me Online atau Google Forms. Google form boleh didapati pada bahagian google drive dimana guru-guru boleh membina soalan kuiz dalam bentuk esei atau aneka pilihan. Penggunaan google forms mempermudahkan proses analisis kerana terdapat aplikasi-aplikasi lain dalam membuat rumusan pada hasil dapatan jawapan kuiz pelajar. Terdapat banyak lagi aplikai-aplikasi yang

10

boleh digunakan dan dikongsi bersama pelajar untuk membantu menjadikan proses pembelajaran lebih mudah dan menarik. Ketiga, guru-guru perlu belajar untuk menyediakan blog, membuat link dan menggunakan wikis untuk membina platform kepada murid-murid untuk mendapatkan sumber-sumber pembelajaran atau sebarang maklumat dengan lebih cepat. Guru perlu meningkatkan kemahiran pembinaan blog dan penggunaan wikis di aplikasi blogger, wordpress, dan sebagainya. Guru juga boleh meningkatkan kemahiran perkongsian sumber dengan muridmurid di social bookmarking seperti Evernote dan Scoop,it. Aplikasi Evernote dapat membantu guru dan murid untuk merekod nota, menyenaraikan aktiviti yang ingin dilakukan, mengambil gambar untuk dikongsikan bersama dan banyak lagi. Keempat, guru harus sentiasa meningkatkan ilmu dalam bidang pendidikan. Oleh itu, penggunaan laman web sosial yang dapat menghubungkan guru-guru dari semua tempat untuk berkongsi maklumat bagi meningkatkan sistem pendidikan dalam atau luar Negara atau menyelesaikan sebarang masalah yang wujud untuk meningkatkan profesionalisme guru-guru. Antara laman web sosial yang popular dan boleh digunakan adalah Classroom 2.0, Twitter dan LinkedIn. Penggunaan sumber internet dalam pembelajaran mungkin menyebabkan berlaku plagiarism. Kemahiran yang kelima, guru-guru perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan alat digital untuk mengesan kegiatan plagiat di kalangan murid-murid dalam menyiapkan tugasan. Antara alat pengesan yang boleh digunakan oleh guru ialah Plagtracker, Plagiarism Detection, Grammarly, Turnitin, atau Article Checker. Guru harus memahami isu copyright dan penggunaan yang betul terhadap bahan atas talian supaya dapat mengajar murid-murid tentang kepentingan isu ini. Guru boleh membuat pembacaan melalui Copyright Advisory Network, Copyright and Fair Use Guidelines for Teachers, atau di Creative Commons. Untuk memastikan pembelajaran masa hadapan ini dapat dilaksanakan, kemahiran tenaga pengajar dalam bidang ini adalah perkara utama untuk dititikberatkan. Pihak-pihak tertentu perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan guru-guru dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut. Kemahiran yang diperlukan bukan sesuatu yang senang dikuasai. Namun, jika ada usaha dari pelbagai pihak dan juga inisiatif guru untuk menguasai kemahiran tersebut untuk bersama meningkatkan sistem pendidikan Negara, perkara ini mungkin akan tercapai. Walaupun guru hanya sebagai fasilitator dan proses pembelajaran adalah berbentuk kendiri, namun peranan guru sangat penting untuk membantu pelajar jika mereka ada masalah. Penutup 11

Secara keseluruhannya, sistem pembelajaran masa hadapan ini boleh direalisasikan tetapi memerlukan usaha dari pelbagai pihak dan perlu kesabaran guru yang tinggi kerana memerlukan masa yang lama. References Jonathan P. R, Willie M. M. , Amanda K. C. , Suzan E. S. (2012). iLearning: The future of higher education? Student perceptions on learning with mobile tablets. Journal of the Scholarship of Teaching and Learning, Vol. 12,(2), 1 26. Farazila Abdul Rahman. (2010). Sistem Pembelajaran Berasaskan Pendekatan Inkuiri penemuan menerusi web bertajuk perkongsian media dalam pengajaran dan pembelajaran. Tesis yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia. 17 Mac 2013, 8.30pm. http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp/farazilaap060317d2010ttp.pdf Sugata Mitra (2012). Future learning: School in the Cloud. 15 Mac 2013 6.00 pm http://www.ted.com/talks/sugata_mitra_build_a_school_in_the_cloud.html. Sugata Mitra, Paul D., Davied L., Emma C. & Suneeta K. (2010). Self Organized learning environment (SOLEs). 15 Mac 2013, 9.30 pm. http://www.media.ted.com/storage/prize/SOLEToolkit.pdf Massive open online cours. 17 Mac 2013, 9.00 pm. http://en.wikipedia.org/wiki/Massive_open_online_course Education news, 20 Mac 2013, 8.15 pm.http://www.educationnews.org/technology/eric-marcosstudents-use-tablets-for-math-video-tutorials/ The 21st Century Skills Teacher should have. 18 Mac 2013, 6.30 pm. http://www.educatorstechnology.com/2011/01/21st-century-skills-teachers-should.html Stategies for peer assessment and self assessment (2008). 18 Mac 2013, 5.00 pm. http://www.teachfind.com/national-strategies/strategies-peer-assessment-and-selfassessment Self and peer assessment 18 Mac 2013, 5.30 pm. http://mams.rmit.edu.au/71ra0k9io8yzz.pdf

12

You might also like