You are on page 1of 6

PK07 Pengurusan Mesyuarat

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27 SEKOLAH KEBANGSAAN NONG CHIK JOHOR BAHRU, JOHOR Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran : 2 Mac 2013 : Sabtu : 8.00 pagi : Dewan Maria, SK Nong Chik : Rujuk Senarai Kehadiran

Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 1.0 Ucapan Alu-aluan Yang Di Pertua PIBG SK Nong Chik Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-26 tahun 2011 Perkara berbangkit Membentangkan aktiviti PIBG 2012-2013 Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan 1 Januari 2012 sehingga berakhir pada 31 Disember 2012 Membentangkan dan membahaskan usul-usul yang diterima Hal-hal lain Ucapan penangguhan Ucapan Alu-Aluan Pengerusi YDP PIBG SK Nong Chik Tuan Haji Halid bin Haji Sono 1.1 Beliau merakamkan ucapan terima kasih di atas kehadiran semua AJK PIBG, guru-guru dan ibubapa. 2.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-26 tahun 2011

2.1 En Syed Hanafi bin Syed Abdullah mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-26 tahun 2011 disahkan. 2.2 Pn Hjh Norlida binti Ali telah menyokong minit mesyuarat tersebut disahkan. 3.0 3.1 Perkara Berbangkit

Berhubung perkara 6.6 pada mesyuarat agong yang lalu mengenai cadangan mempelbagaikaan makanan yang sihat di kantin, pihak sekolah telah mengambil tindakan dengan menyediakan borang kaji selidik tentang variasi makanan di kantin. Maklum balas yang diterima, mereka berpuas hati dengan makanan yang disediakan oleh pihak kantin sekolah. Tindakan: Jawatankuasa Kantin Sekolah 3.2 Berhubung perkara 6.7 iaitu mengenai penyediaan loker di sekolah, pihak sekolah tidak mampu menyediakan loker kerana memerlukan kos yang tinggi. Namun begitu, pihak sekolah telah menyediakan rak-rak di setiap kelas bagi memudahkan murid-murid menyimpan buku di sekolah. Tindakan: Semua guru kelas
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.0

Membentangkan Aktiviti PIBG tahun 2012-2013

4.1 YDP PIBG SK Nong Chik, Tuan Haji Halid bin Haji Sono telah memaklumkan segala aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2012-2013 adalah seperti berikut: 4.1.1 4.1.2 Program Konferensi Ibu Bapa Tahap 2 - 4 Feb 2012 Mesyuarat Agung PIBG SK Nong Chik Kali Ke-26 - 24 Mac 2012 4.1.3 Mesyuarat Khas Persaraan Guru Besar (AJK PIBG Pentadbir SKNC) - 14 Mei 2012 4.1.4 Majlis Persaraan Guru Besar Bersama Murid - 19 Jun 2012 4.1.5 Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama Sesi 2012/2014 - 19 Jun 2012 4.1.6 Majlis Persaraan Guru Besar Peringkat Negeri - 21 Jun 2012 4.1.7 Program Motivasi Kecemerlangan Tahun 6 -13-15 Jun 2012 4.1.8 Program Solat Hajat Perdana Tahun 6 (UPSR) - 14 Jun 2012 4.1.9 Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Nong Chik 2012 -21-22 Sept 2012 4.1.10 Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke 2 Sesi 2012/2014 - 4 Oktober 2012 4.1.11 Hari Sukaneka dan 1 Murid 1 Sukan 2012 -23Oktober 2012 4.1.12 Hari Terbuka KSSR, KBSR, Program Kecemerlangan Murid Tahun 4 dan 5 dan Ujian Diagnostik Murid Tahun 1 2013 - 2 Nov 2012 4.1.13 Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke 3 Sesi 2012/2014 - 30 Jan 2013 4.1.14 Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke 4 Sesi 2012/2014 - 21 Feb 2013 4.1.15 Program MaulidurRasul Peringkat Sekolah 2013/1434H - 22 Feb 2013 4.1.16 Program Konferensi Ibu Bapa Murid Tahun 6 2013 - 23 Feb 2013 4.2 YDP PIBG SK Nong Chik, Tuan Haji Halid bin Haji Sono mengucapkan tahniah di atas segala usaha guru dalam melaksanakan dan menjayakan segala aktiviti yang telah dirancangkan.

5.0

Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan 1 Januari 2012 sehingga berakhir pada 31 Disember 2012 5.1 Bendahari PIBG SKNC Puan Mariam bt Tugiman membentangkan Penyata Kewangan yang bermula 1 Januari 2012 dan berakhir pada 31 Disember 2012 adalah seperti berikut: Baki Buku Tunai pada 1 Januari 2012 Baki Buku Tunai pada 31 Disember 2012 Penerimaan sebanyak Pembayaran sebanyak 5.2 RM 11, 984.71 RM 40, 140.90 RM 97, 483.79 RM 69, 327.60

NYDP PIBG mencadangkan segala penyata kewangan di atas diterima dan disahkan.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

5.3 5.4

En Ismail bin Bahari mencadangkan Penyata Kewangan PIBG SKNC yang bermula 1 Januari 2012 dan berakhir pada 31 Disember 2012 disahkan. En Syed Hanafi bin Syed Abdullah telah menyokong Penyata Kewangan PIBG SKNC yang bermula 1 Januari 2012 dan berakhir pada 31 Disember 2012 disahkan.

6.0 BIL 1.

Membentangkan dan Membahaskan Usul-usul CADANGAN USUL / JAWAPAN

NAMA IBUBAPA/PENJAGA & MURID Mengurangkan buku teks yang perlu dibawa setiap hari atau Nama Bapa : En.Azman b. Sadan buku aktiviti disimpan di sekolah sahaja. Nama Murid : Muhammad Azim 2A Jawapan Pihak sekolah telah menyediakan rak-rak buku di bilik darjah. Guru-guru mengumpul buku latihan, buku aktiviti di rak dan diberi kepada murid bila perlu digunakan. Walau bagaimanapun buku-buku dibawa balik sekiranya ada kerja rumah atau tujuan mengulang kaji pelajaran.

2.

Mewujudkan semula kelas Smart Reading Jawapan : Pada tahun 2010 & 2011 kelas Smart Reading telah dilaksanakan pada hari Sabtu. Walau bagaimanapun sejak tahun 2012, kelas ini diberhentikan berikutan masalah pertindihan aktiviti serta kekangan tenaga guru untuk mengurus kelas ini. Sebagai contoh, seperti tahun ini; sekolah mempunyai 3 aktiviti berturut-turut melibatkan hari sabtu iaitu 23 Mac 2013 Program Konferensi Keibubapaan 2013, 2 Mac 2013 Mesyuarat Agung PIBG dan 9 Mac 2013 sekolah ganti jadual hari khamis. Tambahan pula, sebahagian besar guru menghadiri kuliah / kelas pada hujung minggu.

Nama Ibu : Pn.Rosmiza bt Rohmad NamaMurid : Akmal Rizal 2A

3.

Mengadakan aktiviti Ko-Kurikulum pada hari Sabtu. Jawapan : Berdasarkan analisis sekolah, kehadiran murid pada hari sabtu amat mendukacitakan. Ini bererti aktiviti kokurikulum tidak mencapai objektifnya. Atas kekangan tersebut, pihak sekolah menukar jadual kepada hari rabu kerana aktiviti ini adalah aktiviti wajib bagi setiap orang murid tahap 2. Malahan setakat ini, tiada sebarang isu berbangkit dari segi pengurusan masa. Tambahan pula, sebahagian besar guru akan ke kuliah / kelas pada hari sabtu dan ahad.

Nama Ibu : Pn.Fauziah bt Mohd Zain Nama Murid :Muhammad Amir 2A

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.

Menyelaraskan waktu persekolahan. Ibu bapa tidak Nama Bapa: En.Ismail b. Bahari mempunyai banyak masa untuk berulang-alik mengambil Nama Murid : Hasya Diena 3A anak-anak yang tidak sama waktu balik dari sekolah. Jawapan : Peruntukan jadual waktu KSSR dan KBSR telah ditetapkan oleh Kemeterian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, sekolah perlu akur dengan pembahagian masa tersebut. Pembahagian masa pembelajaran KBSR (Tahun 4-6) dan KSSR (Tahun 1-3) memang mempunyai agihan masa berbeza.

5.

Mewujudkan pengisian program pada hari Rabu dan Khamis Nama Ibu : Pn. Khamsah bt Mohajir (12.10 1.00) untuk Tahun 1 dan 2. Contohnya Tahsin Solat. Nama Murid : Muhammad Irfan 1 Jawapan : Pada hari berkenaan guru mempunyai kelas lain. Walau bagaimanapun, program tasmik untuk Tahun 1 dan Tahun 2 telah dijalankan pada hari isnin dan selasa setiap minggu. Bagi murid Tahun 3, aktiviti ko-kurikulum dipercepatkan Nama Ibu : Pn. Khamsah bt Mohajir (12.10 1.10) supaya murid dapat solat zohor dan segera ke Nama Murid : Asmaa 3A sekolah agama. Jawapan : Aktiviti kokurikulum perlu dijalankan serentak pada jam 1.40 petang atas faktor kekangan tenaga guru. Sekiranya pihak sekolah mempunyai tenaga guru yang mencukupi, usul ini akan dipertimbangkan pada masa akan datang. Bagi mata pelajaran yang mempunyai 10 masa seminggu, Nama Ibu : Pn. Khamsah bt Mohajir perlu mewujudkan jadual pertemuan pada setiap hari. Nama Murid : Aishah 5 Contohnya subjek BI Tahun 1. Jawapan : Agihan waktu semua mata pelajaran setiap minggu perlu mengikut peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris KSSR Kementerian memperuntukan formula :3,2,2,3 seminggu. Bagi murid Tahun 4,5 dan 6, dicadangkan solat zohor Nama Ibu : Pn. Khamsah bt Mohajir berjemaah untuk semua murid Islam. Nama Murid : Aishah 5 Jawapan : Usul akan dipertimbangkan dan diusahakan. Buat masa ini, kapasiti surau tidak mengizinkan untuk bersolat secara jemaah. Pengawal keselamatan pada waktu pagi perlu berpakaian yang NamaBapa :En.Zairil Amri bersesuaian dengan tugas yang dijalankan sebagai pegawai NamaMurid :Ezza Zafirah
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

6.

PK07 Pengurusan Mesyuarat

trafik. Pihak sekolah perlu menggunakan papan tanda berhenti agar aliran trafik lebih sistematik. Jawapan : Pengawal keselamatan yang ada sekrang bukanlah warden lalu lintas. Mereka sebenarnya tidak mempunyai kuasa mengawal lalu linta tetapi mereka dengan sukarela membantu untuk mengawal lalu lintas. NamaBapa :En.Zairil Amri Guru bertugas di pintu pagar juga perlu menjaga aliran trafik NamaMurid :Ezza Zafirah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Jawapan : Pengurusan lalu lintas memerlukan pertimbangan dan kerjasama semua pihak. Guru bertugas boleh menasihati ibu bapa yang didapati menyebabkan kesesakan tetapi ada yang tidak memberi respon yang baik terhadap teguran. Usaha penambahbaikan akan dibuat secara berterusan. 7. Lampu di pondok pengawal keselamatan hendaklah Nama Ibu : Pn. Sharipah bt. dinyalakan pada waktu malam terutamanya pada waktu kelas Jamaluddin tambahan waktu malam. Nama Murid : Muhammad Hazim b. Farizal 6B Jawapan : Terima kasih di atas usul tersebut. Pihak sekolah akan usahakan sebaik mungkin bagi mengatasi masalah ini. Telefon awam supaya kerap diselenggara bagi kemudahan Nama Ibu : Pn. Sharipah bt. murid menghubungi Ibu Bapa sekiranya ada keperluan. Jamaluddin Nama Murid : Muhammad Hazim b. Jawapan : Farizal 6B Telefon awam diselenggara mengikut jadual kontraktor yang dilantik. Kadang kala terdapat murid yang tidak menggunakan dengan cara yang betul menyebabkan telefon sering rosak. Pihak sekolah memberi kebenaran kepada murid menggunakan telefon pejabat sekiranya dirasakan benar-benar perlu.

6.0 Hal-hal lain


Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

6.1 Pihak ibu bapa mengharapkan agar pengawal keselamatan memasang lampu di sekitar pondok menunggu terutama apabila murid-murid tahun 6 terlibat dengan kelas tambahan. 7.0 Ucapan Penangguhan 7.1 Puan Noraishah Mohd Allaudin mencadangkan pemberian insuran kepada pengawal keselamatan kerana menjaga dan mengawal keselamatan anak-anak apabila balik dari sekolah. 7.2 Encik Khairul Anuar B. Bachok mengucapkan tahniah kepada warga pendidik atas pencapaian sekolah terutama keputusan peperiksaan UPSR yang memberangsangkan barubaru ini. 7.3 Encik Halim B Hj. Sulaiman mencadangkan agar pihak sekolah memantau penjualan barang-barang di luar pagar sekolah berikutan melihat penjualan barang-barang tidak berfaedah seperti daun terup yang dijumpai di dalam beg sekolah anaknya . Beliau juga mencadangkan agar pihak sekolah merancang pelbagai aktiviti untuk memotivasikan muridmurid tahun 6 seperti: a) Mengadakan lawatan ke universiti b) Menjemput penceramah luar untuk memotivasikan murid 7.4 Tuan Hj. Halid Bin Sono, YDP PIBG SKNC mengucapkan terima kasih di atas kesudian ibu bapa meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali ini. Harapannya agar semua pihak boleh memberi kerjasama yang baik agar SKNC boleh terus berjaya pada masa hadapan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.01 pagi Pencatat Minit I, . (NURUL HAFIZAH BINTI MD RAWI) Pencatat Minit II, (NURUL AZMINA BINTI AZMI) Pencatat Minit III, (SAMSUL RIZAL BIN MOHAMAD) Disahkan oleh, (AZMY BIN OTHMAN) Setiausaha PIBG, Sk Nong Chik, Johor Bahru, Johor.
PK 07/3
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like