You are on page 1of 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / 2013

HBAE2103 CORAK DAN REKAAN

MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

731021035667001 731021-03-5667 019-9367367 a.syarir05@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PPU KUALA TERENGGANU

<

HBAE2103 >

Isi Kandungan Perkara 1. Pengenalan 2 Definisi Corak dan Peranan Guru Seni Visual 3 1.1 Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan 3 1.2 Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan seni 4 1.3 Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan 1.4 Pengurusan Ko-kurikulum 1.5 Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan penulisan. 1.6 Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan murid. 1.7 Menerapkan nilai terapeutik 5 5 4 Muka surat

2. Perbincangan hasil Karya Murid 2.1Perlakuan

6 7

2.2 Persepsi 8 2.3 Pengetahuan Budaya 3. Hasil Karya Murid 3.1 Anyaman 3.2 Capan 3.3 Tiupan 3.4 Resis 3.5 Pualaman 2 9 9 10 10 11

<

HBAE2103 > 11 13

4. Kesimpulan 5. Rujukan 6. Lampiran

1.Pengenalan Definisi Corak dan Peranan Guru Seni Visual

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang.Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi. Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu corak terancang dan tidak terancancang.Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu.Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

Seringkali ungkapan kecemerlangan diperkatakan kepada guru-guru pendidikan seni.Indikator kecemerlangan kebanyakannya tertumpu pada sifat umum, Tulisan ini memberi fokus indikator guru pendidikan seni yang cemerlang.Kecemerlangan

HBAE2103 > dalam konteks pengajaran-pembelajaran, Keilmuan, kualiti peribadi, pengurusan


<

ko-kurikulum, sumbangan dan hasil karya dan perhubungan sejawatan.

Peranan guru amat penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah.Bagi guru mata pelajaran pendidikan seni peranan mereka amat penting bagi menetukan mata pelajaran pendidikan seni boleh dimanfaatkan. Dua peranan penting bagi seseorang guru pendidikan seni di sekolah, pertama menentukan mata pelajaran pendidikan seni diajar kepada murid-murid dengan sempurna dan berkesan dan kedua menggunakan kemahiran pendidikan seni berguna kepada kemajuan sekolah dari segi fizikal dan kemudahan.Antara peranan-peranan guru pendidikan seni di sekolah adalah seperti:

1.1 Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berbagai-bagai teori dan model pengajaran yang berkesan. Mengikut Borich & Fenton (1977), kecemerlangan pengajaran adalah melibatkan perlakuan guru, peningkatan keilmuannya dan beberapa variable yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya hubungan dengan pengetua atau guru besar dan faktor persekitaran.Apa yang dimaksudkan di sini ialah cara guru itu menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya di dalam kelas. Ini termasuklah bagaimana guru itu berinteraksi dengan muridnya, pengurusan kelas, penggunaan masa yang efisyen dan sebagainya yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.Satu faktor yang penting ialah sikap guru itu penentu utama bagi kecermelangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan seni

HBAE2103 > Guru pendidikan seni banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang
<

dalam kerja-kerja amali. Lantaran itu guru pendidikan seni kurang mendalami pengetahuannya melalui bahan-bahan bacaan ilmiah. Guru pendidikan seni lebih berminat sekiranya diadakan latihan berbentuk bengkel. Ini merupakan fenomena yang negatif.Pendidikan seni perlu ditekankan dari segi aspek teori dan amali. Guru pendidikan seni perlu mendalami keseluruhan bidang-bidang yang ada dalam bidang pendidikan seni. Sebagai contohnya, sekarang pendidikan seni memperkenalkan bidang rekacipta, maka guru pendidikan seni perlu membaca dan mendalami bidang tersebut sehingga boleh menguasainyaKebolehan guru pendidikan seni menguasai sesuatu bidangbidang lain akan menentukan mutu pengajaran yang berkesan. Misalnya penggunaan komputer dalam pengajaran pendidikan seni, walaupun belum disediakan dalam kurikulum, tetapi sekarang banyak perisian komputer yang boleh digunakan dalam pendidikan seni.Misalnya perisian Grafik seperti PageMaker, CorelDraw, CAD dan sebagainya. Perisian ini dapat membantu guru dari segi alat bantu mengajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan

Penekanan kualiti peribadi sangat penting kepada guru-guru pendidikan seni. Seseorang guru pendidikan seni semestinya mempunyai kualiti pribadi yang konsisten. Menunjukkan akhlak mulia dengan rakan sejawat dan muridmuridnya.Ia sentiasa menjadi model kepada guru-guru lain dari segi kemasan diri. Contohnya guru-guru pendidikan seni perempuan boleh menjadi contoh atau pun ikon dari segi memilih warna dan fesyen baju untuk guru wanita lain. Guru pendidikan seni sentiasa senang untuk membuat rujukan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kreativiti. Justeru itu guru pendidikan seni haruslah seorang yang Kreatif dan inovatif. 5

<

HBAE2103 >

1.4 Pengurusan Ko-kurikulum

Seseorang guru pendidikan seni tidak akan lengkap sekiranya tidak terlibat dalam organisasi kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan di bawah kokurikulum. Kelab seni dan kreatif merupakan kelab yang membantu mengembangkan mata pelajaran pendidikan seni di sekolah.Melalui kelab tersebut dapat menentukan daya minat yang lebih dari murid yang diajar semasa pendidikan seni.Pelengkap dari pengajaran pendidikan seni boleh di salurkan dalam bentuk aktiviti kelab seni dan kreatif.Banyak aktiviti boleh dijalankan melalui kegiatan kelab.Misalnya lawatan ke pusat-pusat yang berkaitan dengan seni tampak, Balai senilukis dan Pusat kraftangan.Melalui kelab pendidikan seni, guru pendidikan seni boleh membina kepimpinan murid dalam bidang kesenian disamping melahirkan seniman-seniman kecil melalui penghasilan karya seni.Kejayaan dalam kegiatan ko-kurikulum kebiasaannya adalah bergantung kepada keupayaan guru dalam melibatkan diri bersama murid dan memberi keyakinan kepada mereka.

1.5 Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan penulisan.

Sewajarnya guru pendidikan seni merupakan orang terpenting untuk mencantikkan sekolah.Tidak dinafikan tanggungjawab utama untuk keceriaan sekolah kebiasaannya terpikul pada guru pendidikan seni.Sumbangan ini amat wajar kerana dalam mata pelajaran pendidikan seni (sekolah rendah/ menengah).Seni dan Persekitaran boleh dipraktikkan melalui kerja-kerja keceriaan sekolah. Sumbangan guru pendidikan seni tidak tertumpu pada sekolah sahaja.Guru pendidikan seni boleh memberi khidmat kepada projekprojek di peringkat daerah misalnya hiasan pentas bagi sesuatu program yang 6

HBAE2103 > dianjurkan oleh PPD atau pun Jabatan Pelajaran Negeri.Sumbangan kreatif itu
<

akan menambahkan lagi kesuburan kemahiran bidang kerja.

1.6 Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan murid.

Melalui sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah, guru pendidikan seni sewajarnya mempunyai tingkahlaku yang baik terutama dari segi hubungan dengan pengetua atau pun guru besar, rakan sejawat dan murid. Hubungan ini penting, kerana prestasi guru yang baik adalah melalui imej hubungan yang baik dengan rakan sejawat mahupun pihak pentadbir di sekolahnya disamping pengurusan kerja efisyan, baik dan cemerlang.

1.7 Menerapkan nilai terapeutik

Seni mempunyai kuasa tersendiri dalam menarik minat seseorang, lantaran itu seorang pendidik dapat menjadikan ia satu instrumen menerapkan nilai terapeutik bagi menarik minat pelajar, menjadikan pelajar lebih rapat dan rasa selamat, kreatif berfikir, inovatif, aktif, berkeyakinan, emosi yang stabil, penuh kasih sayang dan sahsiah yang mantap. Kesimpulan dari cadangan ini akan mencapai era yang ditunggu-tunggu dan meneroka dimensi baru seiring dengan perlaksanaan kurikulum bestari pendidikan seni visual.

2.0 Perbincangan hasil Karya Murid

2.1 Perlakuan 7

<

HBAE2103 >

Hasil karya yang dibuat oleh

murid saya iaitu adik Nurmaizatul Izzati

menggambarkan tentang sepohon pokok bunga yang berada di dalam pasu.Dalam gubahan tersebut, beliau telah memilih warna yang sesuai seperti mana gambar pokok bunga yang sebenar.Begitu juga dengan warna daun dan batang pokok tersebut.Beliau juga menggambarkan jenis garisan untuk menghasilkan sesuatu ciptaan. Dalam karya ini, beliau menggunakan bahan-bahan seperti tumbuhan (sayur-sayuran) untuk menghasilkan satu gubahan yang menarik.Beliau telah menggunakan bendi, batang betik daun dan juga bawang untuk menghasilkan karya ini.Beliau juga telah mengolah, mengubahsuai dengan menggunakan bahan tersebut sehingga membentuk sepohon pokok bunga yang berada di dalam pasu.Beliau juga menggunakan unsur-unsur corak yang yang terdapat di persekitarannya. Unsur-unsur yang digunakan dapat membezakan jenis-jenis corak tertentu.Sebagai contohnya adik Izzati telah menggunakan cetakan bendi untuk membentuk bunga, batang betik untuk membentuk pasu dan batang pokok dilukis secara catan sementara daun cili untuk dijadikan daun. Beliau telah menggunakan beraneka jenis bahan seperti bendi, batang betik dan juga bawang merah untuk menggambarkan corak sepohon pokok bunga.Susun atur coraknya agak baik kerana dapat membentuk satu gambaran mengenai sepohon pokok bunga di dalam pasu yang hidup subur.Sebelum menghasilkan karya ini, beliau telah membuat satu eksprementasi motif dan warna dalam mencorak. Beliau juga mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik dalam menghasilkan karya ini.Semasa menjalankan aktiviti ini, beliau mencipta dengan teratur serta memberi perhatian secara terperinci terhadap hasil ciptaan yang beliau hasilkan.Beliau lebih banyak bersikap berhati-hati dalam menghasilkan karya ini agar karya yang beliau hasilkan dapat dihasilkan dengan baik dan boleh dibaca dan mempunyai makna yang tersendiri oleh mana-mana orang yang melihatnya.

2.2 Persepsi 8

<

HBAE2103 >

Di dalam hasil seni ini, beliau telah menggunakan prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni dan kepelbagaian di mana untuk menghasilkan karya ini beliau telah menggunakan pelbagai jenis flora seperti bendi, bawang merah, daun cili dan juga batang betik.Imbangan dan harmoni dapat digambarkan pada karya yang dihasilkan dengan kesesuaian warna pada hasil karya tersebut.Dalam situasi ini, belaiu telah menggunakan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan. Beliau telah menggunakan teknik capan untuk menghasilkan pokok bunga dan pasu dengan mengecap bahan semulajadi seperti bendi, bawang merah, daun cili dan batang betik. Beliau juga memahami dan menyedari corak di alam sekitar juga dapat menghasilkan sesuatu karya yang menarik. Di dalam hasil karya ini, belaiu banyak menggunakan bahan-bahan bermotifkan flora sepenuhnya.Dalam hasil karya beliau ini, beliau menyedari ada perkaitan antara warna dan corak di dalam hasil karya beliau. Beliau telah menggunakan kesesuaian warna dalam hasil karya beliau seperti warna merah pada bunga, warna coklat pada batang pokok dan pasu bunga, warna hijau pada daun dan warna kuning pada kelopak ditengah-tengah kuntum bunga.Beliau juga menyedari ada corak-corak tertentu pada sesuatu bahan yang digunakan.Di dalam hasil karya ini,beliau membentuk beberapa corak sehinggalah terhasilnya dan membentuk satu pohon pokok bunga yang hidup subur di dalam pasu. Jalinan juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu corak.Beliau telah menggunakan beberapa jalinan agar hasil karya ini dapat kelihatan lebih menarik.Selain itu, beliau juga membuat perkaitan antara warna dan rekaan corak.Ini dapat dilihat dalam hasil karya di mana beliau telah mengaitkan warna dengan hasil karyanya seperti gambaran pokok bunga yang sebenar.Pemilihan warna merah pada kelopak bunga, hijau pada daun, coklat pada batang dan pasu bunga dan kuning pada tengah-tengah bunga mencerminkan empat kombinasi warna ini dapat menarik perhatian apa yang telah dihasilkan ditambah pula dengan tindihan warna renjisan pada latar belakang lebih menampakkan keceriaan pada pokok bunga tersebut.Perkaitan warna dan corak memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu karya.Karya ini juga merujuk kepada sumber alam semulajadi di mana beliau 9

HBAE2103 > telah menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk membentuk corak capan
<

sehingga terbentuknya satu jambangan pokok bunga. Idea yang kreatif juga mencerminkan keperibadian seseorang pengkarya.dalam menghasilkan sesuatu karya yang kreatif.

2.3 Pengetahuan Budaya

Dalam hasil karya ini, beliau telah mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah. Ini dapat digambarkan apabila hasil karya yang telah beliau hasilkan hanya menggunakan corak-corak mudah tetapi kelihatan menarik apabila corak-corak tersebut dapat membentuk pokok bunga ditambah pula dengan keindahan warna-warna yang digunakan serta teknik renjisan yang menarik pada latar belakang karya ini.

Beliau juga mengenal, mengolah dan mengubahsuai corak-corak tradisional ini sehingga ianya dapat membentuk gambaran pokok bunga yang hidup subur di dalam pasu.Corak-corak tradisional ini amat penting dalam pembuatan kain batik pada zaman dahulu.Mengolah dan mengubahsuai memainkan peranan dalam menghasilkan sesuatu karya yang menarik.

Karya ini juga menerapkan pelbagai corak untuk dijadikan unsur seni. Dengan gabungan pelbagai jenis corak melalui teknik capan ini ia dapat menggambarkan tentang budaya masyarakat melayu pada zaman dahulu yang lebih gemar memakai kain batik dalam kehidupan seharian. Pemakaian seperti kain batik dan batik sutera juga menggambarkan tentang kehidupan dan budaya orang melayu yang lebih sukakan bunga dalam kehidupan harian mereka.Budaya memakai batik sutera pada hari ini merupakan trend moden pada masa kini yang lebih diminati oleh kaum wanita dan mempunyai corak-corak yang lebih moden dan 10

HBAE2103 > terkini.Bahkan sutera batiki kini sudah dieksport ke luar Negara sebagai
<

memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia.

Hasil karya ini juga menghargai, mengembangkan dan mengembangkan unsurunsur kebudayaan di mana unsur bunga menjadi kebanggaan serta memberi semangat kepada budaya kita.Ianya dapat digambarkan apabila bunga raya dijadikan sebagai bunga kebangsaan kepada Negara kita Malaysia dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

3.0 Hasil Karya Murid 3.1 Anyaman Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian atau jaluran daun, lidi, rotan akar,buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusupkannya antara satu sama lain.Hasil karya adik Nur Maizatul Izzati bt Bakar (3 Arif) iaitu teknik anyaman menggunakan bahan-bahan seperti kertas lukisan, kertas warna (biru dan kuning dan juga gam. Teknik anyaman yang dibuat oleh adik Izzati ini nampak kemas dan merupakan salah satu teknik anyaman yang popular dalam membuat tikar dan juga kraf tradisional pada masa dahulu.Beliau telah menggunakan corak tapak catur. Walaupun corak ini nampak biasa sahaja, namun dengan jalinan yang kemas dan penggunaan dua warna (biru dan kuning) menampakkan corak anyaman ini lebih kemas dan kelihatan menarik.Corak anyaman ini merupakan satu simbol budaya masyarakat melayu pada masa dahulu dan masih menjadi ikutan pada masa kini walaupun hampir sudah ditelan zaman. 3.2 Capan Capan merupakan satu proses mengecap bahan-bahan semulajadi ke atas permukaan yang rata sehingga membentuk corak atau bentuk bahan yang dicap tadi.Saya telah memilih hasil karya adik Fatin Nuraina bt Rosli (3 Arif) di mana beliau telah menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti batang betik, batang pisang, bendi dan juga bawang. Bahan-bahan ini merupakan simbol flora yang 11

HBAE2103 > popular dalam menghasilkan corak batik.Adik Fatin Nuraina telah menyusun
<

corak-corak tersebut sehingga membentuk enam kuntum yang pelbagai warna.Penggunaan pelbagai warna seperti ungu, coklat, merah jambu, hijau, biru gelap dan biru muda telah menaikkan lagi seri corak batik ini.Selain itu juga, beliau telah menggunakan teknik renjisan yang pelbagai lapisan warna pada latar belakang untuk menjadikan corak ini kelihatan lebih menarik.Simbol yang digunakan oleh adik Fatin Nuraina lebih kepada corak masyarakat melayu dahulu yang lebih sukakan tema flora dalam kehidupan mereka.Corak ini juga mencerminkan tentang budaya masyarakat melayu pada masa dahulu.Corak yang dihasilkan oleh adik Fatin ini lebih sesuai dalam pembuatan kain batik dan batik sutera. 3.3 Tiupan Teknik tiupan merupakan satu proses dimana menggunakan titisan warna yang diletakkan di atas permukaan yang rata dan kemudiannya warna tersebut ditiup dengan menggunakan straw dalam pelbagai hala tiupan.Saya telah memilih hasil karya adik Muhd Aiman Syafiq (3 Arif ) di mana beliau telah menghasilkan karya beliau menggunakan teknik tiupan. Bila di tanya tentang penjelasan karya beliau, beliau menjelaskan hasil karya beliau menceritakan tentang najis sekawan burung yang jatuh dari atas pokok.Beliau juga menyatakan sememangnya najis burung tidak mempunyai pelbagai warna yang digambarkan tetapi beliau mengilhamkan hasil karya ini untuk kelihatan lebih menarik. Bila ditanya bagaimana beliau mendapat ilham ini. Beliau menjelaskan ketika berada di bawah sebatang pokok di tepi rumahnya,tiba-tiba sekawan burung duduk bertenggek di atas dahan pokok lalu membuang najisnya ke bumi.Walaupun hasil karya beliau Nampak berserabut sedikit, namun dengan penggunaan pelbagai warna, hasil ini nampak kelihatan lebih menarik.Beliau menggunakan bahan-bahan seperti warna poster colour dan juga straw. 3.4 Resis Resis merupakan satu teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat 12

HBAE2103 > air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya.Saya telah memilih hasil karya
<

adik Siti Aisyah bt Zainal (3 Arif). Dalam hasil karya ini, beliau telah menghasilkan lukisan yang menggunakan teknik resis.Beliau telah menggunakan tiga jenis bahan iaitu lilin, warna air dan lukisan. Walaupun pokok bunga yang dilukis oleh beliau namapka biasa sahaja, namun dengan kombinasi dua warna iaitu oren dan kuning sebagai latar belakang menaikkan lagi seri pada hasil karya beliau.Bila ditanya apakah simbol disebalik lukisan pokok bunga yang dilukis. Beliau menjelaskan pokok bunga yang dilukis itu hidup subur.Itu adalah simbol sebuah keluarga yang bahagia yang diimpikan sepanjamg hidupnya.Beliau tidak mahu pokok bunga itu layu yang menjelaskan simbol sebaliknya. 3.5 Pualaman Pualaman merupakan satu penghasilan corak teknik cetakan mono di mana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit.Dalam hasil karya ini, adik Mohd Syafiz b. Roasmawe (3 Arif) telah menggunakan cat minyak (biru dan kuning) dan air dalam menghasilkan karya ini.Belaiu menceritakan hasil karya ini menceritakan tentang aliran air di kawasan sungai di pinggir air terjun yang mengalir dicelah-celah batu untuk mengalir ke muara.Menurut beliau, hasil karya ini mencerminkan tentang kedamaian yang ditunjukkan oleh air sungai yang mengalir walaupun terpaksa mengalir dicelah-celahan batu.Walaupun hasil karya ini agak sukar untuk ditafsir tetapi ianyamempunyai makna yang simbolik oleh seseorang yang telah menghasilkannya.Bagi beliau lukisan teknik ini amat mudah untuk dihasilkan dan sesuai untuk semua peringkat umur. 4.0 Kesimpulan Sebagai kesimpulannya peranan guru pendidikan seni visual amat penting dalam menjaminkualiti pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual di sekolah samaada di sekolah rendah mahupun sekolah menengahKeterampilan, kewibawaan dan komitmen guru merancang, mengurus, melaksana menilai dan membuat penambahbaikkan dalam keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Keterampilan di sini bermaksud seseorang guru pendidikan seni 13

HBAE2103 > visual mestilah menunjukkan keterampilan diri yang kemas dari segi pemakaian
<

dan juga kekemasan pada dirinya. Ini dapat menjadikan seseorang guru seni itu sebagai simbolik kepada bidang yang diceburinya yang memerlukan kekemasan dan menarik dalam menghasilkan sesuatu hasil karya seni.Selain itu juga kemahiran dalam bidang seni juga perlu ada bagi seseorang guru seni. Ini dapat menunjukkan bahawa seseorang guru seni itu mempunyai bakat dalam bidangnya dan menjadi proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik di dalam kelas apabila seseorang guru seni itu menunjukkan bakat yang ada pada dirinya.Selain itu juga setiap hasil karya perlu mempunyai perlakuan, persepsi dan juga pengetahuan budaya. Ini kerana setiap hasil karya yang dihasilkan perlu mempunyai cerita atau maknanya tersendiri selain kelihatan cantik dan menarik. Maksudnya di sini seseorang pengkarya bukan sahaja dapat menghasilkan sesebuah karya yang menarik sebaliknya apa yang dilukis atau dihasilkan itu mempunyai makna yang tersendiri.Sesebuah karya juga mesti mempunyai nilainilai budaya yang perlu diterapkan agar hasil karya itu mencerminkan budaya dalam sesebuah masyarakat.Sebagai contohnya seseorang pengkarya itu melukis gambar congkak, wau bulan atau gasing. Ini menunjukkan tentang budaya permainan masyarakat melayu pada zaman dahulu yang masih kekal amalannya pada masa kini.Hasil karya yang menarik tidak semestinya mempunyai nilai estetika yang baik sekiranya hasil itu tidak mempunyai makna yang tersirat mengenai hasil karya itu. Sebagai seorang pengkarya, kita mestilah menghasilkan sesuatu karya yang menarik dan mempunyai makna yang tersendiri di sebalik hasil karya yang kita dihasilkan.

14

<

HBAE2103 >

RUJUKAN

Haslinda Madon (2011), Menggambar, Open University Malaysia, Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. http://anismi.blogspot.com/2010/04/teknik-menggambar.html Prof Dr haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria (2012), Perkembangan Seni Kanak-kanak, Open University Malaysia, Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Rousliluddin Ambia, Mohd Jamel Hj, Mohd Taslim Abd Rahim (2011), Pengenalan Pendidikan Seni Visual , Open University Malaysia, Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. www.ipislam.edu.my/uploaded/.../PSV3105.pdf

15

You might also like