You are on page 1of 8

PEJABAT PELAJARAN DAERAH DALAT Kertas Konsep: PROGRAM DelimA dan Dedikasi

1. MUKADIMAH
Gerakan Menjulangi Sarawak (2011-2015) di bawah Teras 3: Memperkasa Sekolah telah menggariskan mempertingkatkan prestasi akademik sekolah sebagai pelan tindakannya. Manakala di peringkat daerah, pelan tindakan ini diterjemahkan dengan memperkenalkan dua khas yang berimpak tinggi demi meletakkan kualiti pendidikan di daerah Dalat sentiasa berada pada kedudukan cemerlang. Program-program tersebut dikenali sebagai Program Delima dan Dedikasi. Program Delima ( The LimA ) merupakan program bimbingan untuk meningkatkan pencapaian dari segi kualiti ( cemerlang ) pelajar. Program Dedikasi ( The D-C ) pula merupakan program bimbingan yang berfokus kepada meningkatkan jumlah pelajar yang lulus sekurang-kurang mendapat gred C.

2. RASIONAL
Semua sekolah mempunyai program-program bimbingan masing-masing untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah mereka. Program-program ini pula diberikan nama mengikut keselasaan sekolah masing-masing. agaimanapun, kaedah pelaksanaannya berbeza walaupun hala tujunya sama., Berikut adalah cirri-ciri pelaksanaan kelas bimbingan sedia ada di sekolah i. Ii iii. v. Penggunaan bahan- bahan bercetak. Kurangnya dokumentasi program Kurangnya penilaian dan impak secara sistematik Kurangnya usaha tindaksusul.

Justeru itu, Program Delima dan Dedikasi akan menjadi nama baru untuk aktiviti bimbingan di semua sekolah mulai tahun ini. Ini akan mewujudkan keseragaman dari segi pelaksanaannya untuk sekolah-sekolah di daerah Dalat

3. MATLAMAT
Pengenalan kedua-dua program diharap akan bertindak sebagai pemangkin kepada kepada aspirasi-aspirasi berikut; i. meletakkan pencapaian akademik sekolah-sekolah seterusnya Daerah Dalat dalam peperiksaan awam berada di tahap cemerlang Daerah Dalat mempunyai satu program peningkatan akademik yang berfokus untuk meningkatkan yang akan digunapakai oleh semua sekolah Bersama-sama Menjulangi pendidikan negeri Sarawak

ii.

iii.

4. FASA-FASA PELAKSANAAN

4.1.

Fasa Menjejaki Potensi Murid

Setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza. Kalangan murid-murid yang dianugerahkan otak yang pintar tidak mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajaran. Namun bagi murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran, mereka akan memperlihatkan potensi yang lemah. Begitu juga kalangan murid-murid yang dikategori dalam kumpulan sederhana. Berdasarkan ini, maka sekolahsekolah akan mengkategorikan murid-muridnya kepada murid cemerlang, murid sederhana dan murid halus. Proses menjejaki potensi murid-murid boleh dilaksanakan melalui pendekatan berikut; i. Keputusan Peperiksaan :Item Analisis Penggunaan item analisis untuk melihat keupayaan murid-murid menguasai setiap tajuk merupakan antara mekanisme yang paling adil setakat ini dan diguna laksana oleh semua peringkat persekolahan. Pada peringkat awal pelaksanaan, dua ujian boleh digunakan untuk menentukan potensi setiap murid-murid. Pertama hasil item analisis Peperiksaan Akhir Tahun dan kedua Ujian Daignostik. ii. Audit akademik Kaedah bersemuka ( face to face ) antara guru dengan murid untuk mengesan masalah dan mengenalpasti keupayaan merupakan kaedah paling tepat untuk tujuan menjejaki potensi murid-murid. Kaedah menyelami jiwa pelajar dianggapkan akan merungkaikan pemasalahan yang terbuku dalam diri murid-murid. Antara perkara yang boleh diketengah ketika audit akademik adalah

sejauhmana penguasaan murid-murid terhadap topik-topik yang diajar sebelum ini. Kaedah pengajaran yang bagaimana sesuai untuk digunakan topik-topik yang sukar dikuasai topik-topik yang senang dikuasai sasaran yang boleh dicapai oleh murid-murid.

Selain bersemukakan dengan murid-murid, para pemimpin sekolah boleh juga bersemuka dengan guru-guru yang mengajar murid-murid tersebut untuk mengetahui pencapaian mereka. Dalam lain perkataan, pandangan guru yang mengajar atau yang pernah mengajar turut di ambil kira dalam usaha menjejaki potensi murid-murid. Pihak guru dikehendaki membuat satu rumusan mengenai tahap penguasaan muridmurid. Dapatan ini akan digunapakai oleh guru yang akan melaksanakan program bimbingan dalam merancang penyediaan bahan.

4.2.

Fasa Pelaksanaan Program Program ini dijalankan serentak namun di tempat yang berbeza. i. Penyediaan Bahan-Bahan : Memandangkan gaya pembelajaran murid-murid tidak sama, maka penyediaan bahan tidak seharus bersifat static kepada bahan cetakan semata-mata. Perlu juga pihak guru menggunakan bahan lain seperti bahan intraktif, digital dan online ( virtual learning ) II. Penyediaan latihan-latihan pendek Penyediaan latihan pendek ini bertujuan untuk menguji murid-murid terutamanya kumpulan lemah. Pengujian ini semata-mata untuk melihat setakat mana bimbingan terhadap murid-murid pada hari tersebut mencapai sasaran yang dikehendaki. Dalam lain perkataan, latihan pendek ini juga berperanan sebagai penilaian terhadap kelas bimbingan itu. Guru disyorkan untuk merekod pencapaian murid-murid untuk tujuan analisa.

4.3. FASA PENILAIAN Konsep kaizen yang diamalkan oleh masyarakat merupakan satu mekanisme dalam pelaksanaan kedua-dua program ini. Kaedah P-D-C-A ( Plan- Do- Check Action ) dan 3M ( Muda, Mura, muri ). Penilaian ini merangkumi penilaian segera dan penilaian impak. Untuk itu, rekod pencapaian prestasi

murid-murid hendaklah disediakan dan dianalisis. Dapatannya nanti akan menghasilkan tindaksusul ke arah penambahbaikan. Penilaian segera merujuk kepada keupayaan murid-murid menguasai topic-topik yang diadakan pada hari tersebut. Proses ini menggunapakai skor markah yang diperolehi daripada latihan pendek ( selepas bimbingan ) ataupun latihan semasa bimbingan. Memandangkan guru pembimbing merekod hasil markah maka rekod itu sendiri merupakan alat yang sesuai untuk melihat perkembangan muridmurid ini. Penilaan impak menjurus kepada pengukuran pencapaian murid-murid dalam ujian terutamanya ujian sebenar. Dalam konteks program bimbingan ini, pencapaian sebenar ( Actual Result ) Peperiksaan 1 ( Mac ), Peperiksaan 2 ( Mei ), Peperiksaan 3 ( Julai ) boleh digunakan untuk mengukur keberkesanan program bimbingan ini. Apabila murid-murid ini mencapai sasaran yang ditetapkan, pihak sekolah perlu bertindak untuk menanagani fenomena ini.

4.4 FASA PELAPORAN Pelaporan ini merangkumi perkara-perkara berikut; i. Pencapaian semasa murid-murid: Berdasarkan proses penjejakan, murid-murid dibimbing berdasarkan topic-topik yang belum dikuasai. Pasa fasa pelaporan, adalah amat penting selaku pemimpin instruksional sekolah mengetahui perkembangan terkini murid-murid. Disyorkan supaya aktiviti pelaporan ini dibuat secara kerap mungkin, sekurang-kurang seminggu sekali. Penggunaan bahan sokongan : Merujuk kepada kesesuaian kepada murid-murid dan kesukaran untuk menyediakannya Komitmen guru : Tidak dinafikan walaupun bersifat terpencil, masalah komitmen guru perlu juga dilihat. Terdapat sesetengah guru yang tidak menunjukkan kesungguhan mereka. Kumpulan ini melaksanaakan bimbinghan sekadar memenuhi kehendak ketua mereka sahaja. Dan berpegang kepda konsep asal buat . Antara isu-isu yang melibatkan kurangnya komitmen guru adalah seperti berikut; - lambat hadir ke kelas bimbingan, - tidak menghantar Borang Pelaksanaan Bimbingan. - latihan tidak disemak. Sekiranya disemak dibuat ala kadar sahaja - penggunaan bahan yang tidak menepati keperluan murid-murid dan tidak disertakan bersama Borang Pelaksanaan Bimbingan.

ii.

iii.

Pelaporan ini akan menggunakan Borang Pelaporan Khas yang perlu dihantar ke GB/Pengetua dan Pegawai Pelajaran Daerah Dalat sebulan sekali.

4.5. FASA TINDAKSUSUL Fasa ini merujuk kepada tindakan penambahbaikan sebagai maklumbalas pihak pentadbir terhadap pelaporan yang dikemukaan oleh pembimbing. Dalam hal ini, pihak PPD Dalat juga berperanan dalam memberi pandangan supaya apa-apa tindaksusul yang bakal dilaksanakan memberi impak positif kepada matlamat asal program bimbingan ini.

5. MODUS OPERANDI Tiga kaedah pelaksanaan kedua-dua program ini adalah seperti berikut;

5.1. Bimbingan oleh guru kepada kumpulan murid-murid mengikut kategori kumpulan. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling dominan. Ia akan dilaksana mengikut jadual yang ditetapkan. 5.2. Bimbingan rakan sebaya , melibatkan sesama pelajar. Tanpa kawalan guru. Amat sesuai dilaksanakan sebelum kelas bermula. Mrid-murid boleh datang awal. Murid yang mempunyai keupayaan yang lebihb baik akan membimbing rakannya yang lemah. Contohnya, murid A amat menguasai topik pecahan dalam Matematik. Maka murid A ini boleh dijadikan sebagai pembimbing kepada murid yang lemah dalam tajuk ini. 5.3. Bimbingan berfokus oleh guru. Lebih menjurus kepada murid-murid tersebut dijadikan sebagai anak angkat akademik. Kumpulan murid-murid yang boleh dilibatkan adalah murid-murid yang berstatus istimewa. Contohnya murid tersebut merupakan harapan sekolah. Ataupun murid tersebut sahaja masih galus dan sekiranya dibantu, sekolah boleh lulus 100%.

6. PERANAN PERANAN PEGAWAI-PEGAWAI BERIKUT i. Pegawai-Pegawai Akademik di PPD - memantau pelaksanaan program - mengutip data-data prestasi setiap bulan untuk tujuan analisis ii. Pengurus Sekolah - memberi taklimat pelaksanaan kepada guru-guru sekolah - membuat proses penjejakan seperti audit akademik dan membuat rumusan - memantau pelaksanaan program bimbingan oleh guru Mengutip dan merekod dan menganalisis borang-borang seperti Borang Pelaksanaan Program Bimbingan, Prestasi Murid-murid (selepas program ). - membuat pelaporan sebulan sekali kepada PPD

iii.

Guru Pembimbing - bersama-sama pihak pentadbir melaksanakan proses Penjejakan Potensi - menyimpan rekod-rekod hasil penjejakan. Sekiranya jumlah tidak ramai, dicadangkan mewujudkan fail-fail untuk setiap murid. - menyediakan bahan-bahan yang sesuai dengan tahap penguasaan murid / latihan - melaksanakan bimbingan - merekod kehadiran murid-murid - merekod pencapaian semasa murid-murid - menghantar borang-borang berkaitan pelaksanaan program bimbingan kepada pentadbir sekolah selepas tamat .

iv.

Murid-Murid - menghadiri setiap kali program bimbingan - memberi komitmen yang tinggi.

7. PENUTUP Kedua-dua program ini merupakan satu usaha penambahbaikan kepada pelaksanaan program bimbingan yang sudah wujud di sekolah sebelum ini. Selain itu, pelaksanaannya yang seragam di semua sekolah. Kesungguhan dan komitmen yang tinggi di kalangan guru pembimbing dan para pentadbir dituntut demi melihatkan pelaksanaan seperti mana yang dirancang. Peranan pegawai-pegawai di PPD dilihat sama penting bagi memastikan pihak sekolah melaksanakan program mengikut acuan yang dikehendaki.

PEJABAT PELAJARAN DAERAH DALAT CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN ( The LimA dan The d-C )

TAKLIMAT PROGRAM BIMBINGAN i. Taklimat di peringkat PPD oleh Pegawai kepada Semua Pengetua/Guru Besar ii. Taklimat Guru Besar kepada semua guru di sekolah

MENJEJAKI POTENSI MURID i. Menggunakan item analisis ujian Peperiksaan Akhir Tahun / UJian Diagnostik ii. Menggunakan kaedah Audit Akademik ( secara bersemuka dengan murid /guru )

MENGKATEGORIKAN KUMPULAN POTENSI MURID

CEMERLANG

SEDERHANA

HALUS

Delima

Dedikasi

PERANCANGAN Jadual Waktu , Penyediaan Bahan dan Pelaporan

Bahan Bercetak

Modul Intraktif

Online Intraktif

Digital/Astro

PELAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN Bimbingan OlehMurid Guru Merekod Kehadiran Program Bimbingan Bermula Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Rakan Sebaya PENILAIAN SELEPAS BIMBINGAN ( latihan Pendek )
Guru hendaklah merekod markah yang diperolehi setelah setiap kali bimbingan untuk

Bimbingan Anak Angkat

TIDAK

Ya Program Bimbingan Seterusnya

Penilaian Program Bimbingan Seminggu sekali Pentadbir memantau prestasi murid-murid. Skor/markah latihan semasa bimbingan, latihan dalam kelas biasa dan ujian formatif/sumatif boleh dijadikan alat pengukur/indikator

PELAPORAN Secara pembentangan dan dokumen. Apa yang hendak dilapor


- Prestasi Semasa Murid-Murid - Komitmen Guru - Bahan Sokongan

TINDAKSUSUL

OUTCOMES

You might also like