You are on page 1of 7

Yang Berbahagia ,

Yang Dihormati , , Yang Berusaha , Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru , Guru-guru Kanan Mata Pelajaran , Guru-guru , staf sokongan, para ibu bapa, penjaga dan seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi. Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama pada pagi ini, sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik, SMK .....................tahun 2013.

Yang Berbahagia, Puan Sri Datin, Datuk, tuan-tuan ,puan-puan dan pelajar sekalian.

Saya mewakili seluruh komuniti PIBG SMK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, atas iltizam pihak sekolah merancang dan melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan

Akademik 2013. Hari ini merupakan hari yang bersejarah dan amat bermakna bagi kita apabila anak-anak kita diberi anugerah atas kecemerlangan pencapaian akademik mereka. Dengan

penganugerahan ini diharapkan dapat menjadi pendorong semangat kepada pelajar untuk terus memantapkan kecemerlangan selepas ini. Acara tahunan ini menunjukkan bahawa setiap usaha pasti akan membuahkan hasil dan sewajarnya diberi pengiktirafan. Tahniah dan syabas kepada anak-anak didik yang berjaya. Hadirin dan hadirat sekalian,
2

Bagi mencapai kejayaan seperti yang kita impikan bukan mudah, pastinya memerlukan pengorbanan dan komitmen kedua-

kedua pihak. Ibu bapa tidak boleh bergantung harap kepada pihak sekolah semata-mata, malahan perlu juga menyumbangkan tenaga dan sumbangan demi perkembangan anak-anak kita. Kejayaan sekolah ini pasti dapat lebih direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sesungguhnya kecemerlangan ini tidak akan dapat dicapai tanpa usaha kolektif pelbagai pihak khususnya warga pendidik yang sentiasa berusaha membimbing murid dalam proses pembelajaran dan penyesuaian diri secara psikologi yang komprehensif dan bersepadu. Kecemerlangan bukanlah suatu perkara yang mudah dicapai tanpa adanya usaha dan pengorbanan yang tinggi. Tidak dinafikan, kecemerlangan akademik merupakan wadah yang akan menjadi
3

penentu masa depan para pelajar khususnya pada era millenium ini yang sangat mementingkan sains dan teknologi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sesungguhnya,

peranan guru amatlah penting, terutamanya

dalam usaha mendidik murid-murid menjadi sumber modal insan masa hadapan. Guru berperanan memberi dan meningkatkan penguasaan ilmu serta kemahiran dalam kalangan murid agar mereka menjadi aset berharga kepada negera. Guru bertangungjawab membimbing anak-anak didik dengan nilai agama dan budaya Timur agar mereka tidak terjerumus ke kancah yang negatif dan merosakkan identiti bangsa dan agama. Guru berperanan melahirkan anak didik menjadi insan berakhlak dan berkeperibadian tinggi. Seterusnya, kita percaya para guru mampu berperanan mendidik, membimbing dan mentarbiah murid-murid menjadi pewaris kepemimpinan masa hadapan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Pihak PIBG sedar akan peranan pihak sekolah menghasilkan generasi yang berkualiti tinggi selaras dengan kemajuan era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan. Oleh itu permuafakatan antara PIBG dan sekolah perlu disemarakkan lagi dengan pelbagai rancangan strategi dan pelaksanaan program-program pendidikan. Hal ini perlu agar pendidikan bertaraf dunia menjadi satu realiti. Budaya memasyarakatkan sekolah seharusnya sentiasa diamalkan oleh para ibu bapa kerana sekolah merupakan tempat anak-anak kita menerima pendidikan. Ibu bapa yang mempunyai sifat prihatin terhadap pendidikan anak-anak, mereka akan sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan pembelajaran anak-anak dan sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dengan memberikan buah fikiran dan apa-apa jua sumbangan yang boleh meningkatkan prestasi sekolah. Anak-anak ialah permata yang perlu digilap agar kelihatan bersinar. Masa depan negara bergantung kepada anak-anak muda pada hari ini. Anak-anak pada hari ini mencerminkan suasana

masyarakat akan datang. Oleh itu, Saya berharap agar kita dapat bersama-sama dan berganding bahu untuk membentuk anak-anak kita menjadi insan yang berdisiplin, berilmu, dan kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan berwawasan Di terima kasih dan

menyanjung tinggi usaha para guru yang terus-menerus tidak mengenal erti jemu dalam mendidik anak bangsa. Semoga kita semua diberkati Allah.

Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum. Begitu juga kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mendidik anak-anak kita. Wajarlah hari ini pihak sekolah memberi penghargaan atas usaha dan penat lelah mereka. Diharapkan anugerah ini terus membakar semangat anak-anak yang berada di dalam dewan ini serta mereka yang di luar sana untuk terus maju jaya. Akhir kata, saya mendoakan semoga sekolah ini akan melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang, gemilang dan berkaliber sama ada di peringkat daerah, negeri malahan peringkat kebangsaan.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like