You are on page 1of 6

http://izzahgummy.blogspot.com/2010/11/pengajaran-berasaskan-projek.

html
PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara projek merupakan suatu kaedah yang difikirkan amat sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid masa kini. Bagaimanapun sesuatu projek memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan yang sistematik di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai. Sehubungan itu kajian ini cuba untuk merungkai perseoalan berkaitan keperluan serta cabaran dari aspek perancangan dan pelaksanaan projek bagi meneliti kesesuaiannya dalam membawa nilai tambah ilmu kepada murid serta sumbangan kepada pembelajaran.

Suatu isu yang tidak kurang penting juga ialah kesesuaian projek dilaksanakan dalam semua jenis pesekitaran sekolah. Hal ini merangkumi bukan hanya persekitaran terdekat sesebuah sekolah malah lokasi atau tempat yang jauh dari sekolah. Maka kajian ini cuba mendapatkan maklumat berkaitan kesesuaian projek dilakukan di sekolah dengan mengambil kira pelbagai kekuatan dan kelemahan persekitaran sesebuah sekolah dari segi keterdapatan bahan, sumber serta keperluan peralatan dalam pelaksanaan projek. Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik serta mengikut minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau bertiga di bawah bimbingan yang minima oleh guru.

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui "Handbook- Project Based Learning" menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru

sebagai pemberi ilmu. Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di lapangan atau dunia sebenar.

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka sendiri. Seorang pengkaji Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek yang merangkumi:

a. Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai b. Berorientasikan dunia sebenar. c. Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran. d. Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi. e. Menggunakan kaedah pengalaman "hands-on". f. Memberi pemahaman yang tinggi. g. Boleh dirujuk oleh semua pelajar. h. Melibatkan pelbagai mod komunikasi. i. Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri. j. Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri. k.Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan yang baru dengan yang lama. l. Pembelajaran melibakan data semasa. m. Proses pembelajaran dihargai sama juga dengan projek. n. Pembelajaran merentasi kurikulum. o. Guru sebagai fasilitator. p. Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan. Amalan Pengajaran Berasaskan Projek Di Singapura kerja berasaskan projek diberi penekanan pada tahun 1999 sebagai susulan daripada kemajuan pesat ekonomi negara itu dan ekonomi dunia (Murphy, 2003.110). Ini menunjukkan pelaksanaan kaedah projek dalam

pembelajaran di Singapura telah lama ditekankan. Ia menunjukkan kepentingannya sebagai penjana ilmu ke arah pembangunan ekonomi dan masyarakat negara tersebut. Di Negara Malaysia kaedah ini juga mendapat perhatian yang mendalam

dalam sistem pendidikan Negara. Dengan konsep sekolah bestari dan usaha melahirkan tenaga manusia kelas pertama, kerajaan telah meningkatkan usaha dalam pembangunan pendidikan dengan penekanan kepada pelbagai pendekatan pengajaran terutamanya yang mampu membantu pelajar lebih berdikari, mempunyai kemahiran berfikir dan bersifat inkuiri bagi menyahut cabaran wawasan pendidikan negara.

Antara projek yang telah di buat di Malaysia ialah Projek Koperatif RECSAM_SMK Raja Permaisuri Bainun yang merupakan projek 3 tahun bagi meningkatkan pencapaian matapelajaran Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Inggerisi , Matematik dan Matematik Tambahan bagi peringkat Penilaian Menengah Rendah & Sijil Pelajaran Malaysia dari tahun 1997-1999. (Hajira Bee Abdul Rahman, Ong & Michael, 2000 mukas surat 61-62). Dalam sukatan matapelajaran di sekolah banyak unsur projek sudah diterapkan melalui penyempurnaan komponen kerja kursus oleh pelajar.

Melalui penelitian tentang kajian-kajian serta tulisan-tulisan yang lalu didapati kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bersaskan Projek ini memang telah lama diamalkan dan merupakan kaedah yang semakin dititikberatkan. Kaedah ini didapati amat sesuai dalam konteks demokrasi dalam pendidikan kerana ia memberi autonomi yang luas kepada pelajar untuk meneroka dunia sebenar dalam menimba ilmu pengetahuan. Kaedah ini juga dapat memberi kualiti pemerolehan ilmu yang tinggi bagi pelajar melalui penglibatan aktif pelajar. Selain itu ia memberi bimbingan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan keupayaan berdikari dalam membuat kajian tentang sesuatu perkara.

http://hanikasina.blogspot.com/2012/05/pengajaran-berasaskan-projek.ht ml PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK Baru-baru ini saya telah menunjukkan tajuk untuk thesis saya yang perlu saya siapkan sebelum meninggalkan UPSI ini. Maka pemilihan tajuk yang betul dan sesuai amat penting. Maka saya telah memilih PERSEKITARAN

MEMPENGARUHI GAYA PEMAKANAN KANAK-KANAK. Saya pun dengan yakin nya menunjukan tajuk ini kepada penyelia saya iaitu DR NORDIN. Namun Dr menolak tajuk ini. Dr menyuruh saya membuat tajuk yang lebih berfokus di dalam kelas atau pendekatan pembelajaran. Sedih memang sedih apabila tajuk ditolak. Tapi Dr mengatakan bahawa sekiranya tajuk itu diteruskan ia akan sukar untuk diperhatikan dan dibuat kajian. Maka saya mula berfikiran positif ialah Dr menyuruh saya menukar tajuk asal adalah bagi memudahkan saya bukan menyusahkan saya kelak. Dr pun pastilah inginkan yang terbaik. Maka saya memulakan pencarian tajuk. Selak buku sini selak buku sana sedang saya menyelak buku KSPK maka saya terjumpa satu pendekatan mengajar yang menarik iaitu PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK. Maka saya tekad untuk menulis berkaitan ini. Jadi saya ingin mengambil peluang untuk sama-sama berkongsi serba sedikit mengenai PEMBELAJARAN

BERASASKAN PROJEK atau kalau dalam bahasa Inggeris lebih dikenali dengan PROJECT APPROACH. Kaedah PROJEK ialah penyiasatan secara mendalam berkaitan dengan topik dunia sebenar agar dapat menarik perhatian murid mengenai topik yang ingin diajar. Melalui pendekatan ini, murid-murid dapat mengaitkan pengalaman luar sekolah dengan aktiviti. Ia juga dapat membantu murid-murid bersedia untuk menjalankan kajian dalam bidang sains dan sains sosial. Hal ini kerana kebanyakan projek berbentuk sains. Namun demikian, sekiranya dalam pengajaran kepada kanak-kanak 4-6 tahun pelbagai bentuk projek boleh dipelbagaikan. Pendekatan ini mestilah mempunyai langkah-langkah @ urutan dalam melaksanakannya. Pendekatan ini juga perlu diakhiri dengan penilaian kanak-kanak terhadap apa yang telah mereka lakukan.

Dalam melaksanakan pendekatan ini, beberapa langkah sebelum perlu dilaksanakan. 1. 2. Guru perlulah perkenalkan projek yang ingin dilaksanakan. Guru perlulah menggalakkan kanak-kanak memberi idea dan cadangan mereka.

Langkah semasa projek dilakukan ialah : 1. Galakkan sumbangsaran idea dan membina kesepakatan antara kanak-kanak Melaksanakan projek Setiap kanak-kanak memainkan peranan dalam melaksanakan projek dan pembahagian tugas perlu dilaksanakan Terdapat skop dan urutan pelaksanaan projek Menyediakan graf tempoh masa Menjalankan proses inkuiri, penyelidikan dan pengumpulan data. Mempersembahkan projek Penambahan berterusan dan penilaian berterusan Pengintegrasian teknologi amat digalakkan

2. 3.

4. 5. 6. 7. 8. 9.

Langkah yang perlu diambil selepas projek dilaksanakan : 1. 2. Menghargai pencapaian dalam melaksanakan projek Membuat penilaian terhadap beberapa aspek iaitu kekuatan, kelemahan, kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari, pemarkahan oleh guru, penilaian kendiri pelajar dan analisis skor markah yang diperolehi.

3. Maklum balas daripada rakan-rakan terhadap projek yang dilaksanakan 4. 5. Menilai kualiti projek Mencatatkan bukti-bukti kejayaan menyempurnakan projek.

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam pendekatan ini: Menanam pokok seperti pokok cili, pokok bendi dan lain-lain Memasak sandwich Menghias cup cake Melakukan frame gambar Eksperimen sains Meneroka alam

You might also like