You are on page 1of 10

Bahagian A Tugasan individu

SOALAN 1B

Guru C ialah guru yang berdedikasi dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) semasa bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasek Kesuma Kajang. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred 44 (Hakiki) dan ditempatkan di kawasan pedalaman sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebatik, Tawau, Sabah.

a) Jelaskan syarat dan kriteria kenaikan pangkat yang digunakan oleh ketua jabatan untuk memperakukan kenaikan pangkat guru tersebut.

b) Nyatakan jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh Guru C.

1.0 Pengenalan

Semua orang dalam sesuatu perkhidmatan sememangya mengimpikan kenaikan pangkat. Dengan adanya kenaikan pangkat ini seseorang itu akan menikmati ganjaran yang selaras dengan pangkat yang telah diberikan kepada beliau. Antara contoh keistimewaan yang bakal diperolehi sekiranya seseorang penjawat awam mendapat kenaikan pangkat ialah dari segi gaji, kuasa dan juga elaun yang dibayar kepada beliau. Definisi untuk kenaikan pangkat ialah peningkatan jawatan secara hakiki dari satu gred yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang sama.

Di dalam situasi ini, guru tersebut telah mendapat kenaikan pangkat.

Beliau telah

dinaikkan pangkat ke Gred 44 (Hakiki) dan ditempatkan di kawasan pedalaman. Beliau telah berpindah dari sebuah sekolah di bandar di Semenanjung Malaysia ke sebuah sekolah pedalaman di negeri Sabah.

2.0 Syarat kenaikan pangkat Berikut adalah antara syarat kenaikan pangkat yang digunakan oleh ketua jabatan untuk memperakukan kenaikan pangkat seseorang guru. i. Berasaskan merit. Merit digunakan sebagai pengukur untuk megukur seseorang penjawat awam dinaikkan pangkat. Berikut merupakan instrument dan kaedah dalam menentukan merit kenaikan pangkat temuduga, peperiksaan/ujian, kursus juga digunakan selain kaedah atau kriteria lain yang sesuai. ii. Sokongan Ketua Jabatan. Untuk seseorang itu dinaikkan pangkat, beliau mestilah mendapat sokongan ketua jabatan. Ketua Jabatan haruslah berpuas hati dengan kemampuan dan kelayakan bawahannya barulah ia akan disokong untuk dinaikkan pangkat. Ini kerana, Ketua Jabatan adalah orang yang mengetahui segala kemampuan dan kebolehan anak buahnya. Tanpa sokongan dari Ketua Jabatan maka seseorang itu tidak akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. iii. Kecekapan dan prestasi kerja pegawai selama 3 tahun berturut-turut. Prestasi kerja dan kecekapan pegawai juga diambilkira untuk kenaikan pangkat. Prestasi kerja selama tiga tahun berturut-turut akan dinilai. Sekiranya prestasi kerja pegawai ini memenuhi syarat maka ia akan dipertimbangkan untuk pangkat. Ia dilihat dari Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terakhir dengan wajaran seperti berikut :a) Tahun Pertama 20% b) Tahun Kedua 35% c) Tahun Ketiga 45% Jumlah = 100 3 tahun

iv.

Tiada menerima sebarang tindakan tatatertib. Sebarang tindakan tatatertib yang pernah diambil terhadap seseorang pegawai mungkin akan menyebabkan masalah untuk dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. Ini kerana sekiranya pegawai itu pernah dikenakan tindakan tatatertib maka ia akan menggambarkan bahawa pegawai tersebut tidak telus dan tidak bertanggungjawab terhadap tugasnya. Antara tindakan tatatertib yang mungkin boleh diambil terhadap seseorang penjawat awam ialah penahan kerja dan digantung dari tugas.

v.

Pengistiharan harta. Setiap pegawai kerajaan mestilah mengisytiharkan hartanya. Pengisytiharan

harta ini mestilah dibuat setiap tiga tahun. Kegagalan berbuat demikian boleh membuatkan pegawai tersebut disoal. Proses pengisytiharan harta ini juga akan menunjukkan sikap jujur pegawai tersebut. Pengisytiharan harta ini boleh mengelakkan gejala rasuah berlaku dalam perkhidmatan awam. vi. Keutuhan pegawai Keutuhan pegawai di sini boleh dilihat dari segi moral pegawai. Antara sikap moral yang perlu ada pada seseorang pegawai adalah seperti bersikap amanah, bertanggungjawab, berhemah tinggi, kerajinan dan keadilan. dan keyakinan orang lain. Huraian bagi amanah ialah sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan Tanggungjawab pula ialah kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Berhemah tinggi pula bermaksud beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Dalam erti kata lain pegawai harusmenjaga nama baik kerajaan, memberi imej bersih kepada penjawat awam, berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab serta amanah dalam menjalankkan tugas yang diberikan.

3.0 Kriteria Berikut pula merupakan kriteria yang diperuntukkan untuk seseorang yang akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat: i. Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai. Dari segi kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman, seseorang pegawai tersebut haruslah memenuhi perkara-perkara ini. Pegawai tersebut tidak akan dinaikkan pangkat sekiranya beliau tidak layak untuk memegang jawatan tersebut. Ini kerana ia akan menyebabkan organisasi akan mengalami masalah terutamanya dalam aspek pengurusan. Selain itu pegawai tersebut harus juga mahir dalam bidang yang diterajuinya. Beliau haruslah mempunyai pengetahuan yang tinggi dari semua bidang terutamanya dalam bidang kerjanya sendiri. Perkara-perkara tersebut boleh juga diukur dari berapa tahun Ini kerana pengalaman seseorang pegawai dalam bidang yang diceburinya.

banyak perkara dan pengetahuan akan dipelajari melalui pengalaman yang tidak mungkin dapat dipelajari secara formal di dalam buku atau melalui mana-mana individu yang lain. ii. Sifat peribadi; kesesuaian dengan jawatan atau pangkat beliau yang baru. Sifat peribadi yang paling penting untuk seorang pegawai ialah amanah. Ini

kerana dengan dinaikkan pangkat maka tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang pegawai itu adalah semakin besar. Begitu juga dengan kuasa yang ada padanya. Sekiranya beliau tidak amanah maka akan berlaku masalah salah guna kuasa dan masalah tidak dapat menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya sesuai dengan jawatan.

iii.

Potensi dan kepimpinan. Seseorang yang dilihat mempunyai potensi dalam bidang pengurusan dan mempunyai pengalaman akan dipertimbangkan untuk memegang kedudukan sebagai pemimpin sesuai dengan potensi yang ada padanya. Kepimpinan ini penting kerana ia akan digunakan untuk mengawal keadaan sekiranya beliau berada di tahap yang lebih tinggi, yang mana beliau akan menguruskan orang yang berada di bawah kendaliannya.

iv.

Kegiatan luar dan sumbangan pegawai terhadap masyarakat dan negara. Kegiatan luar, sumbangan terhadap masyarakat dan negara. Ini merupakan satu lagi syarat untuk kenaikan pangkat. Untuk dinaikkan ke satu lagi tahap, seseorang itu mestilah mempunyai sumbangan sama ada terhadap organisasi mahupun terhadap masyarakat dan ianya diiktiraf. Selain itu dari sumbangan secara langsung, hubungan yang baik dengan pihak lain juga diambil kira sebagai sumbangan yang tidak langsung. Seseorang yang mempunyai pangkat yang tinggi semestinya mempunyai pergaulan dan perhubungan yang amat baik dengan orang lain. Ini dapat dilihat daripada kerjasama yang diberikan contohnya dalam sesuatu kerja kumpulan yang dilakukan bersama-sama.

v.

Aspek lain yang difikirkan relevan. Selain dari perkara-perkara yang telah disebutkan di atas seseorang pegawai akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat sekiranya beliau difikirkan layak di atas sebab-sebab lain yang difikirkan relevan oleh jabatan. Antaranya ialah keperluan di jabatan untuk mengisi kekosongan jawatan.

4.0 Jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh Guru C Berikut pula merupakan jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh Guru C sebagai ganjaran kepada beliau yang mendapat kenaikan pangkat dan telah diarahkan untuk berpindah dari Semenanjung Malaysia ke negeri Sabah. Definisi elaun dalam Dewan edisi keempat elaun merupakan bayaran yang diberikan kepada seseorang secara tetap kerana menjalankan tugas. Antara elaun-elaun yang boleh dituntut ialah elaun keraian, elaun kesukaran, elaun wilayah, elaun angkut barang dan paking, elaun makan, elaun perbatuan dan lain-lain. Elaun ini merupakan satu kemudahan kepada penjawat awam untuk melaksanakan kerja di luar pejabat dengan penuh dedikasi. Selain itu ia juga dapat mengurangkan beban pegawai di satu-satu kawasan beliau bertugas; i. Elaun keraian. Elaun keraian merupakan elaun yang dibayar kepada pegawai kerajaan bagi tujuan meraikan tetamu dan orang kenamaan kerajaan atau sebagai imbuhan tambahan kerajaan. Elaun untuk gred DG44 ialah sebanyak RM500. Kelayakan untuk mendapat elaun ini ialah ia akan dibayar terus kepada kategori iii iaitu pegawai yang bergaji RM3,228.00 ke atas. Pegawai di bawah kategori iii juga layak sekiranya mendapat kelulusan JPA berdasarkan sifat tugasnya. Surat pekeliling perkhidmatan: SPP 8/80, PP 9/91. ii. Elaun kesukaran. Elaun kesukaran ialah elaun yang dibayar kepada pegawai yang bertugas di pedalaman. P1, P2 dan P3 merupakan gred bagi tahap kesukaran sesuatu tempat yang dikatakan sebagai pedalaman. Bayarannya pula ialah P1=RM500, P2=RM750 dan P3=RM1000 P4=RM1250, P5=RM1500. Diberi kepada anggota yang berkhidmat di kawasan terpencil berdasarkan kriteria berikut:a) kemudahan asas yang tidak sempurna (tiada bekalan air paip dan elektrik) b) kemudahan awam yang tidak sempurna (tiada pengangkutan awam, telefon awam dan kemudahan perubatan) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2000.

iii.

Elaun wilayah (17% dari gaji pokok). Dibayar kepada pegawai kerajaan yang bertukar wilayah. Dalam kes ini pegawai tersebut telah ditukarkan dari wilayahnya iaitu di Selangor dan ditukarkan ke negeri Sabah. Maka dengan ini pegawai ini layak untuk menuntut elaun wilayah. Elaun ini merupakan elaun wilayah tempat berkhidmat. Elaun wilayah ini merupakan elaun yang telah diperuntukkan khusus untuk penjawat awam. Surat pekeliling perkhidmatan berkaitan ialah SPP6/87, SPP2/90, SPP9/91, SPP11/2001 Pindaan JPA(S)63/151/KLT.9(21) BTH 30.04.2002 Kadar yang dibayar adalah seperti berikut :Lingkungan Gaji (termasuk Elaun Pemangkuan) RM4340.60 dan ke atas RM4340.50 RM2534.40 RM2534.39 RM1283.70 RM1283.69 RM778.80 RM778.79 RM553.30 RM553.29 dan ke bawah Peratusan Daripada Gaji Yang Diterima 12.5 15 17.5 20 22.5 25

iv.

Elaun angkut barang dan paking (ikut resit dan munasabah) Untuk berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain maka barangan turut akan dibawa bersama. Maka dengan ini tuntutan bagi elaun ini penting kepada Cikgu C kerana ia akan memudahkan beliau untuk mengangkut barang-barang keperluan diri dan keluarga dari semenanjung ke Sabah.

v.

Elaun perbatuan. 500 km pertama 501-1000 km 1001-1700 km 1700 km dan seterusnya 70 sen/km 65 sen/km 55 sen/km 50 sen/km

Berikut adalah jadual yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada Cikgu C dalam membuat tuntutan perjalanan beliau dari Selangor ke Pulau Sebatik, Sabah. Jarak tempat baru bertugas Cikgu C melebihi jarak perjalanan (perbatuan) yang ditetapkan, oleh itu Cikgu C layak membuat tuntutan perjalanan.

5.0 Penutup

Jika kita melihat di sini, terdapat banyak perkara yang jabatan akan pertimbangkan untuk menaikkan pangkat seseorang penjawat awam. Ia perlu dilakukan secara teliti agar kepentingan organisasi dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dapat dijaga. Ini juga adalah kerana kebajikan rakyat juga dapat dijaga sekiranya golongan ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna. Bagi elaun-elaun pula secara keseluruhannya, segala elaun ini diberikan kepada penjawat awam dapat dilihat sebagai satu daripada pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan penjawat awam dalam jentera pembangunan kerajaan. Ia diharap dapat memantapkan lagi perkhidmatan awam. Selain itu ia diharap agar beban seseorang pegawai dalam sesuatu perkara dapat diringankan. Selain itu juga ia diberikan agar kerajaan dapat menjaga kebajikan penjawat awam.

10

You might also like