You are on page 1of 1

SEBAB ETIKA KHIDMAT AWAM DIWUJUDKAN Untuk mewujudkan kakitangan awam yang dapat memberi perkhidmatan yang cekap

dan berkesan, kerana permintaan rakyat terhadap perkhidmatan awam terus meningkat dan mereka mahukan satu pentadbiran yang cemerlang. Terdapat tuduhan bahawa kakitangan awam telah melakukan beberapa penyelewengan dalam melaksanakan dasar dasar kerajaan. Adalah menjadi matlamat dan azam kerajaan untuk meningkatkan lagi mutu kecekapan dan prestasi perkhidmatan awam dari masa ke semasa. Di samping itu terdapat juga faktor faktor luar yang mendorong kerajaan untuk mewujudkan etika ini. Antaranya ialah kemerosotan ekonomi, ancaman keselamatan di rantau ini dan berlakunya gejala gejala yang kurang sihat seperti rasuah, penipuan serta penyelewengan dalam melaksanakan tugas tugas yang diamanahkan. AMALAN-AMALAN ETIKA KHIDMAT AWAM Mengadakan hari penganugerahan atau pengiktirafan dan penghargaan. Menubuhkan jawatankuasa kelab sukan, kebajikan dan sosial. Mengadakan sesi dialog serta perbincangan untuk menerangkan tatacara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam dari masa ke semasa. Menghasilkan makalah jabatan yang mana melaluinya bolehlah dimasukkan rencana rencana yang berkaitan dengan Etika Perkhidmatan Awam. Mengadakan Majlis Jamuan Minum Teh atau hari keluarga dan lain lain aktiviti yang sesuai. Mengadakan majlis ceramah atau syarahan agama dari masa ke semasa. Menghantar kakitangan ke mana mana kursus atau latihan yang boleh meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapannya. Menganjurkan pertandingan seperti taman bersih, pejabat bersih dan lain lain. Menyediakan manual kerja atau jadual kerja serta buku panduan jabatan atau unit.

You might also like