You are on page 1of 13

Journal of Science and Mathematics Education, volume 6 June 2012, Pages 26-38/ISSN:2231-7368

KESEDIAAN GURU MATEMATIK TAHUN SATU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DI DAERAH KLUANG
Sanitah Binti Mohd Yusof 1 & Norsiwati Binti Ibrahim 2 Fakulti Pendidikan, UniversitiTeknologi Malaysia, 81310 Johor, Malaysia1

Abstrak: Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan mengenalpasti apakah tahap kesediaan guru daripada aspek minat, sikap dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti adakah terdapatnya hubungan kesediaan guru Matematik Tahun Satu daripada segi sikap, minat, penguasaan pengetahuan dengan pengalaman mengajar. Seramai 50 orang guru telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian diperolehi melalui soal selidik yang dibina oleh pengkaji. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 17.0 dan ditunjukkan dalam frekuensi , peratus dan min. Melalui korelasi pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara minat dan sikap terhadap pengalaman mengajar Matematik Tahun Satu. Akhirnya penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kajian lanjutan untuk dijalankan oleh penyelidik yang akan datang.
Katakunci: Kesediaaan Guru, Matematik, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Abtract: This survey is carried out to identify that aspects of teachers readiness, interest, attitude and mastery of knowledge and skills in implementing the Primary School Curriculum Standard (KSSR). This study is also aimed to identify whether there is relationship readiness among the mathematics Year One teachers in terms of the attitudes, interests, share knowledge and skills with teaching experience. This study was conducted in the Kluang District. A total of 50 teachers were involved in this study. The findings were obtained through a questionnaire developed by researchers. The data was analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 17.0 and shown in the frequency, percentage and mean. Through the Pearson Correlation shows that there is relationship between interest and attitudes towards mathematics teaching experience for Year One. Finally, the researchers made several recommendations for further studies which can be carried out by researchers in the future
Keywords: Teachers Readiness, Mathemathics, Primary School Curriculum Standard (KSSR)

1.0

PENGENALAN

Proses pembangunan dan pengembangan kurikulum sentiasa berlaku dari masa ke semasa. Ia melibatkan aktiviti seperti semakan semula, penstrukturan semula, penambahbaikan sehinggalah kepada perubahan dan penukaran kurikulumnya. Proses ini biasanya lebih tertumpu kepada tiga komponen asas kurikulum iaitu isi kandungan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan bentuk penilaian. Antara bentuk perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara adalah semakan semula sukatan pelajarannya, penetapan kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta program penilaian berasaskan struktur dan bentuk baru. Ini dapat dilihat

Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

dalam sistem pendidikan negara yang sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Pada tahun 1983 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR ) diperkenalkan dan sepuluh tahun kemudian iaitu pada tahun 1993 pula Kurikulum Baru telah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang memperlihatkan kesepaduan dari segi mata pelajaran dengan matapelajaran. Seterusnya pada tahun 2003 satu semakan terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilakukan. Dalam semakan ini telah diperkenalkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) . Susulan daripada itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum akan membuat penyemakan dan perubahan kurikulum bersesuaian dengan keperluan dan keadaan semasa. Ini termasuklah kurikulum Matematik dalam perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada awal tahun 2011. Perubahan kurikulum ini dijalankan serentak di seluruh negara di semua sekolah rendah pada sesi pembelajaran Januari 2011. Pada dasarnya, matlamat perubahan dan penyemakan semula kurikulum Matematik ini adalah satu usaha untuk memperkasakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Ini kerana pada tahun 2003 pelajar pelajar sekolah rendah telah mula belajar matematik dalam Bahasa Inggeris melalui PPSMI. Namun demikian perubahan yang dilakukan adalah bertepatan dan bersesuaian dengan kehendak masyarakat dan keperluan negara. Selain itu perubahan sukatan ini berlandaskan kepada keperluan dan hasrat Fasafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani. Mengapakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini dipilih bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini dipanggil standard berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya ialah untuk memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Begitu juga dengan penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas menerusi penilaian yang dijalankan secara berterusan. Kemudaian guru-guru akan mengenal pasti strategi penambahbaikan bagi membantu murid memahami isi kandungan pelajaran. Kurikulum ini juga bertujuan untuk mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran melalui sistem penilaian yang berkesan. Murid dibimbing dengan lebih efektif oleh guru. Akhirnya ialah pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Melalui sistem pentaksiran ini, murid dinilai mengikut tahap kemampuannya. Berasaskan kepada perubahan inilah, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) lebih memfokuskan kepada bentuk bahan, organisasi, bentuk kandungan, peruntukan masa, pedagogi, pentaksiran dan pengurusan kurikulum. Ini semua bertujuan bagi melahirkan insan seimbang yang selaras dengan Falsafah Pendidikan negara serta mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif.

2.0

LATAR BELAKANG KAJIAN

Sebelum 2003, semua matapelajaran dan kursus ( kecuali Bahasa Inggeris, dan bahasa Ibunda seperti Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazandusun) dalam sistem pendidikan Malaysia diajar dalam Bahasa Melayu iaitu Bahasa Kebangsaan bagi negara kita. Rata-rata semua guru dan pelajar telah mahir dan selesa mengajar dan belajar semua mata pelajaran dalam Bahasa Kebangsaan, terutama di peringkat rendah dan menengah. Ini adalah dasar pendidikan negara sejak 1957, bertujuan untuk mendemokrasikan peluang pendidikan dan memupuk pembinaan indentiti negara bangsa dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Beberapa kajian 27

Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

telah dibuat menghuraikan kejayaan pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pengantar pendidikan, termasuk bagi mata pelajaran Matematik dan Sains seperti dinyatakan oleh Hassan (2005) . Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada murid tahun satu, sudah pastilah guru-guru tahun satu harus menyediakan diri dengan bentuk perubahan yang berlaku secara drastik ini. Perubahan dalam KSSR ini bukan sahaja meliputi 3M malah menambah satu lagi pendekatan iaitu menaakul. Dalam KSSR ini guru-guru tahun satu hendaklah menjadikan manusia lebih berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Perubahan perubahan juga berlaku dari segi isi kandungan, peruntukan masa pengajaran, pentaksiran, pedagogi , organisasi, bahan dan pengurusan kurikulum. Kesediaan guru-guru tahun satu ini menerima perubahan akan menentukan kejayaan dan kegagalan kurikulum tersebut. Guru adalah penggerak kepada kesinambungan kurikulum ini. Guru-guru juga didedahkan dengan transformasi yang hendak dilakukan dalam KSSR, maka sudah tentulah kesediaan guru menerima perubahan dan memahaminya dengan berkesan. Dalam KSSR ini mahukan murid-murid menggabungjalinkan kemahiran lisan dan tidak lisan dalam interaksi semasa berkomunikasi. Murid-murid juga hendaklah menguasai dunia sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan, kerohanian, sikap dan nilai.

3.0

PERNYATAAN MASALAH

Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar melayu yang kurang menguasai Bahasa Inggeris. Ini kerana sebelum ini beberapa kajian telah dijalankan melalui peperiksaan awam. Hasil dari keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM, menunjukkan bahawa pelajar Melayu rata-rata adalah lemah bukan saja dalam Matematik dan Sains, tetapi juga dalam Bahasa Inggeris, bermula dari peringkat pendidikan rendah lagi (UPSR), dan secara kumulatif kelemahan itu membawa kepada peringkat PMR, SPM, STPM dan universiti (Isahak, 2001). Dalam hal ini guru adalah individu terpenting yang akan menjalankan visi dan menyampaikan ilmu dan kemahiran ini. Oleh itu bagi memastikan matlamat dan objektif pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini tercapai, pengajaran guru amat memainkan peranan. Oleh itu guru-guru ini telah dihantar mengikut kursus dan bengkel bagi mendapatkan tatacara menjalankan pembelajaran mengikut standard. Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 1996), maksud keberkesanan ialah menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan membawa kepada sesuatu perubahan (perkembangan), efektif atau mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran (sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu golongan dan lain-lain (seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan dan sebagainya). Dengan kata lain, keberkesanan pengajaran diukur berdasarkan sejauh manakah hasil objektif pelajar telah dicapai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan. Keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan kesediaan dari semua pihak dalam melaksanakan visi dan misi pendidikan negara. Oleh itu jelaslah bahawa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun Satu dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) amat bergantung kepada kesediaan guru Matematik tahun Satu di sekolah rendah dalam melaksanakannya.

28

Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kepada masalah, pengkaji merumuskan objektif kajian yang hendak dicapai ialah : 1. 2. 3. Mengenalpasti kesediaan guru-guru Matematik Tahun 1 daripada segi sikap terhadap pengajaran Matematik dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mengenal pasti tahap kesediaan guru-guru Matematik Tahun 1 daripada segi minat terhadap pengajaran Matematik dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mengenalpasti tahap kesediaan guru-guru Matematik Tahun 1 daripada segi penguasaan kemahiran dalam sukatan pelajaran baru yang diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) Mengenalpasti samada terdapat hubungan yang signifikan kesediaan guru Matematik Tahun 1 dari aspek sikap, minat dan penguasaan kemahiran dengan pengalaman mengajar dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

4.

5.0

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini adalah untuk mengkaji tentang kesediaan guru Matematik Tahun 1 dari segi sikap, minat, penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam sukatan pelajaran Matematik Tahun Satu mengikut sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Secara spesifiknya kajian ini cuba untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan berikut: 1. Apakah kesediaan guru daripada aspek minat, sikap, pengetahuan dan kemahiran guru Matematik Tahun satu dalam perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Adakah terdapatnya hubungan kesediaan guru Matematik tahun 1 daripada segi sikap, minat dan penguasaan kemahiran dengan pengalaman mengajar matematik tahun 1 dalam perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

2.

6.0 6.1

SOROTAN KAJIAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu kurikulum yang mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan murid yang seimbang. Pelajar yang dilahirkan itu berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berterusan berasaskan pengetahuan pada abad ke -21. Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berktrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. 29

Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu transformasi kurikulum pendidikan berdasarkan kepada lapan bidang iaitu bentuk, organisasi, kandungan, peruntukan masa, pedagogi, pentaksiran, pengurusan kurikulum dan bahan. Lapan bidang ini amat diharapkan dapat dicapai agar kurikulum pendidikan dapat direalisasikan bersesuaian dengan aspirasi negara. Kelapan-lapan bidang ini merangkumi bidang pedagogi yang menitik beratkan kepada cara-cara pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penguasaan ilmu pedagogi guru akan dapat membantu guru menyampaikan ilmu dengan berkesan. Disamping itu penggunaan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang dan menarik minat murid mempelajari displin ilmu. Seterusnya pengurusan kurikulum yang berkesan akan membantu guru menjalankan tanggungjawab mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Pengurusan kurikulum yang berkesan dapat membantu pelaksanaan KSSR dengan berkesan. Konsep Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Oleh itu kurikulum menjadikan pendekatan secara bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Ini adalah konsep yang ingin diterapkan dalam kurikulum baru yang diperkenalkan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke 21. Bagi mejayakannya, guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum ini memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak-pihak yang berkepentingan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini merupakan satu bentuk kurikulum tranformasi. Di dalam kurikulum baru ini menggariskan enam tranformasi yang ingin dijana iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, sains dan teknologi, perkembangan estetika dan fizikal, ketrampilan diri serta kemanusiaan. Semua elemen ini akan membentuk insan seimbang dan mempunyai daya pemikiran yang inovatif, kreatif dan kritis. Ini selaras dengan kehendak dan matlamat pendidikan negara yang mahukan rakyatnya dapat menghayati nilai-nilau murni disamping mecapai kejayaan. Falsafah Pendidikan Negara dijadikan tunjang dan garis panduan dalam merealisasikan harapan dan matlamat ini. Sesungguhnya ketrampilan dan budaya hidup murni dapat dizahirkan sekiranya guru dan pelajar dapat menghayati matlamat dan harapan KSSR dengan berkesan. 6.2 Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Guru adalah orang terpenting dan perantara dalam bidang pendidikan untuk menyampaikan semua ilmu pengetahuan kepada pelajar. Guru sebaik mungkin akan menyampaikan ilmu dengan sempurna agar murid-muridnya memahami apakah tujuan pembelajaran tersebut. Ini bagi memastikan bahawa murid dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di sekolah untuk direalisasikan di persekitaran dan dunia yang semakin mencabar ini. Maka adakah peranan guru akan dapat melaksanakan pembaharuan kurikulum ini dapat dijalankan. Ini dapat dilihat dengan kajian-kajian yang telah dilakukan kepada keupayaan guru memahami pembaharuan kurikulum untuk disampaikan kepada murid secara lebih berkesan. Kejayaan dan pencapaian objektif kepada sesuatu pembaharuan kurikulum yang dilaksanakan amat bergantung kepada guru, penggubal kurikulum dan pihak-pihak yang berkaitan dengan penggubalannya. Ini bermula dengan pihak yang menggubal kurikulum itu sendiri dan guru adalah golongan yang amat penting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan 30

Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

kurikulum baru yang diperkenalkan. Ini kerana guru yang akan melaksanakannya kurikulum dan menyampaikannya di sekolah. Guru adalah pihak yang sewajarnya menerima sesuatu pembaharuan kurikulum dengan penuh kesediaan dan tanggungjawab. Ini bagi memastikan isi kurikulum itu dapat difahami dengan berkesan. Kesediaan guru menerima perubahan kurikulum ini akan dapat menentukan hasil dari perubahan kurikulum tersebut iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ini bagi menentukan bahawa hasrat dan matlamat kerajaan dalam pembaharuan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Kajian yang telah dikaji oleh pengkaji lepas telah menyatakan tentang tiga keperluan yang penting bagi kejayaan sesuatu pembaharuan kurikulum itu ialah dengan mendapat sokongan dari pelbagai pihak. Kenyataan ini sememangnya diakui kerana apa jua pembaharuan yang hendak dibuat, sekiranya tidak mendapat sokongan pasti akan menemui kegagalan. Pihak Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah bertanggungjawab untuk menggubal dasar yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Setelah penggubalan di buat sudah pastilah mahu melihat hasilnya. Maka kerjasama yang padu dari semua pihak akan mendatangkan hasil.

7.0 7.1

METOD Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk tinjauan yang akan mengkaji tentang tahap kesediaan guru matematik tahun satu dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Rekabentuk kajian ini ialah kuantitatif. Kesediaan guru itu dilihat dari aspek perlengkapan guru berdasarkan pengetahuan serta kemahiran, sikap dan minat guru matematik tahun satu dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 7.2 Tempat Kajian

Kajian ini akan dijalankan di daerah Kluang iaitu sekolah-sekolah yang terletak berhampiran dengan Bandar Kluang. Pengkaji menghadkan jumlah sampel yang dipilih seramai 50 orang maka lebih daripada 15 buah sekolah rendah di daerah Kluang akan terlibat dengan kajian ini. Sekolah-sekolah yang dipilih dalam kajian ini ialah 15 buah sekolah rendah yang terletak lebih kurang 30 km daripada Bandar kluang. Oleh itu kebanyakkan sekolah yang terlibat adalah sekolah Gred A dan Gred B yang terletak di kawasan Bandar Kluang. Jumlah sampel pula adalah bergantung kepada guru matematik tahun 1 yang mengajar di sekolah berkenaan. 7.3 Sampel Kajian

Dalam kajian ini pengkaji memilih guru Matematik Tahun Satu sebagai sampel. Sampel kajian adalah semua populasi. Di daerah Kluang terdapat 50 buah sekolah kebangsaan. Dalam kajian ini pengkaji menetapkan hanya guru matematik yang mengajar tahun satu di setiap sekolah sahaja yang akan menjadi sampel kajian. Guru-guru ini dipilih kerana pengkaji ingin melihat tahap kesediaan guru matematik tahun satu dalam menerima perubahan sukatan pelajaran dalam kurikulum standard sekolah rendah seiring dengan melaksanakan kurikulum baru ini. Jumlah responden yang akan terlibat adalah seramai 50 orang. 31

Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

7.4

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan mengupul maklumat data daripada soal selidik serta mencari taburan kekerapan dan peratusan min. Soalan - soalan soal selidik adalah dibentuk berdasarkan pengubahsuaian daripada soalan-soalan yang terdapat dalam kajian - kajian lepas. Bahagian A dalam borang soal selidik mengandungi 10 item yang menyentuh tentang sekolah dan maklumat diri guru. Bahagian B pula mengandungi 12 item soalan bagi mengenalpasti kesediaan guru dari segi minat dalam mengajar Matematik Tahun Satu. Dalam aspek ini item yang dikaji ialah tentang minat guru dalam kesediaanya menerima perubahan sukatan pelajaran. Seterusnya dalam bahagian C pula adalah untuk mengenalpasti sikap guru dalam kesediaannya menerima perubahan sukatan pelajaran dalam KSSR. Dalam aspek ini pula pengkaji ingin melihat tentang sikap guru tahun satu itu mendalami perubahan sukatan yang telah disebarkan. Seterusnya bahagian D pula adalah untuk mengenalpasti kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini adalah untuk melihat bahawa minat, sikap , pengetahuan dan kemahiran itu akan menunjukkan tentang kesediaan guru tersebut menerima perubahan dalam sukatan pelajaran Matematik Tahun Satu dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Tinjauan menggunakan soal selidik ini akan ditadbir oleh pengkaji dengan bantuan ketua panitia matematik di sekolah-sekolah yang terlibat dengan kajian. Manakala soal selidik bahagian B, C dan D pula akan mengandungi 41 item untuk melihat keseluruhan tahap kesediaan guru menerima perubahan kurikulum dalam KSSR bagi subjek Matematik tahun satu. 12 item adalah bahagian A bagi melihat tahap minat guru dalam kesediaannya menerima perubahan sukatan pelajaran. Bahagian C juga mengandungi 12 item yang mengandungi soalan bagi mengenalpasti tahap sikap guru dalam kesediaannya menerima perubahan sukatan dan bahagian D juga mengandungi 17 item bagi mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam kesediaannya menerima perubahan sukatan pelajaran dalam kurikulum standard sekolah rendah. Di dalam soal selidik bahagian B , C dan D terdapat 41 item, penyelidik telah menggunakan skala 5 likert untuk soal selidik ini. Skala 5 likert yang diberikan ialah (1), (2), (3), (4) dan (5). Skala ini menerangkan skala dari negatif kepada positif iaitu : 1 2 3 4 5 Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

Soalan bahagian B ini di bina berdasarkan kepada soal selidik the technology in my life survey yang telah dikaji oleh McKenzie pada tahun 1999. Soalan dalam soal selidik ini diubah oleh pengkaji untuk disesuaikan dengan kajian yang dijalankan.

8.0 8.1

ANALISIS DATA Taburan responden mengikut pengalaman mengajar Matematik Tahun Satu
Jadual 1 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar Matematik Tahun Satu

32

Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

Tahun 0 hingga 5 tahun 6 hingga 10 tahun 11 hingga 15 tahun 15 tahun Jumlah

Kekerapan 23 9 12 6 50

Peratus 46.0 18.0 24.0 12.0 100.0

Selain dari berpengalaman menjadi pendidik, kajian ini lebih terarah untuk melihat hubungan pengalaman pengajaran guru di tahun satu. Maka analisis data ini menunjukkan terdapat 23 orang guru telah terlibat secara langsung mengajar Matematik dan mempunyai pengalaman selama 0 hingga 5 tahun iaitu mewakili 46%. Selebihnya ialah 9 orang guru ( 18%) mempunyai pengalaman mengajar Tahun Satu selama 6 hingga 10 tahun, 11 hingga 15 tahun seramai 12 orang ( 24%) dan 15 tahun ke atas ialah seramai 6 orang ( 12%). Analisis ini menunjukkan pengalaman langsung guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun Satu. 8.2 Dapatan Kajian Persoalan 1 :

Apakah kesediaan guru daripada aspek minat, sikap, pengetahuan dan kemahiran guru Matematik Tahun satu dalam perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Dalam persoalan ini, Bahagian B di analisis untuk melihat apakah kesediaan minat guru Matematik Tahun Satu dalam pelaksanaan KSSR. Tahap minat itu dikategorikan kepada sangat tidak setuju. Tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Elemen minat ini adalah dari soalan 1 hingga soalan 12 bahagian B .
Jadual 2 Kesediaan Minat Guru Tahun Satu Dalam Pelaksanaan KSSR.
BIL 1 2 ITEM-ITEM Saya sangat berminat untuk mengajar subjek Matematik. Saya sangat berminat mengajar matematik tahun 1 kerana ini merupakan satu cabaran bagi memenuhi kehendak matlamat KSSR. Saya menawarkan diri mengajar matematik tahun 1 kerana minat yang mendalam terhadap matematik. Saya berminat mengajar subjek matematik kerana pengalaman yang ada pada saya. Saya berpuashati semasa mengajar matematik muridmurid tahun 1. Saya dapat menyebarkan kurikulum baru dengan mudah kerana memahami isi kandungan. Saya berminat mengajar matematik tahun 1 ini apabila berlaku perubahan bahasa pengantar dari bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu Saya berminat mengajar matematik tahun 1 kerana ini merupakan opsyen saya ketika belajar di maktab perguruan. Saya amat berminat mengajar matematik kerana saya telah mengikuti kursus perguruan asas atau kursus pendidikan lepasan ijazah. STS 1 2% 1 2% 2 4% 10 20% 6 16% TS 1 2% 1 2% 7 14% 2 4% 1 2% 3 6% 2 4% 15 30% 16 32% TP 4 8% 3 6% 17 34% 10 20% 2 4% 4 8% 3 6% 1 2% 1 2% S 25 50% 27 54% 17 34% 26 52% 36 72% 29 58% 30 60% 12 24% 17 34% SS 20 40% 19 38% 8 16% 12 24% 10 20% 14 28% 13 26% 12 24% 10 20% Min SP 4.28 .701 4.28 .671 4.48 7.354 3.96 .781 4.06 .712 4.08 .778 4.00 .926 3.02 1.532 3.18 1.395

3 4 5 6 7

33

Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

10 11

Saya berminat mengajar matematik tahun 1 kerana ini merupakan subjek utama pilihan saya. Saya berminat mengajar matematik tahun 1 kerana dapat menggunakan pelbagai bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran. Saya berminat mengajar matematik tahun 1 kerana pengalaman yang ada pada saya.

1 4% -

4 8% 1 2% 2 4%

14 28% 2 4% 2 4%

19 38% 36 72% 31 62%

12 24% 11 22% 15 30%

3.74 .986 4.14 .572 4.18 .691

12

Min keseluruhan item 1 hingga 12 ialah 3.95

Dalam kajian yang dijalankan ini, penyelidik dapat mengumpulkan data dan maklumat dari 50 guru yang mengajar Matematik Tahun Satu. Merujuk kepada jadual di atas, min yang paling tinggi iaitu seramai seorang responden ( 2%) sangat tidak setuju dengan item penawaran mengajar subjek ini di sekolah. Manakala terdapat tujuh orang responden (14%) tidak bersetuju, tidak pasti seramai 17 orang responden ( 34 %) , setuju pula seramai 17 orang responden (34%) dan 8 orang responden sangat bersetuju dengan item ini iaitu ( 16%). Seterusnya analisis data bagi item 8 dan item 9 adalah berkenaan dengan opsyen guru. Skor min bagi item 8 ini adalah rendah iaitu 3.020 dimana terdapat 10 orang responden ( 20%) sangat tidak bersetuju, 15 orang responden (30%) tidak bersetuju, 1 orang responden (2%) tidak pasti, 12 orang responden (24%) bersetuju dan 12 orang responden juga (24%) bersetuju dengan item ini. Seterusnya bagi item 9 juga didapati bahawa skor minnya ialah 3.18. Bagi item ini seramai 10 orang respenden (20%) sangat bersetuju, 17 orang responden (34%) bersetuju, 1 orang responden (2%) tidak pasti, 16 orang responden ( tidak setuju) dan 6 orang responden (112%) sangat tidak setuju. Item ini mengkaji tentang kursus yang telah diikuti ketika mengikuti kursus perguruan.
Jadual 3 Kesediaan Sikap Guru Matematik Tahun Satu Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
BIL 13 14 ITEM-ITEM Saya berasa selesa mengajar Matematik dengan perubahan sukatan pelajaran yang baru. Saya lebih yakin mengajar matematik dalam kelas dengan perubahan bahasa pengantar dalam kurikulum baru. Saya membuat persediaan rapi sebelum mengajar bagi memastikan pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Saya membuat persediaan rapi dalam penyediaan bahan bantu mengajar agar pembelajaran lebih berkesan Saya merujuk kepada sukatan pelajaran bagi memastikan pemahaman dalam penyampaian ilmu pengajaran mengikut kehendak kurikulum. Saya sentiasa membuat inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik selaras dengan sukatan pelajaran terbaru. STS 1 2% 1 2% TS 2 4% 1 2% TP 1 2% 1 2% 1 2% 22 44% S 26 52% 23 46% 21 42% 27 54% 19 38% 31 62% SS 20 40% 25 50% 28 56% MIN SP 4.24 .847 4.42 .731 4.54 .542 4.50 .614 4.62 .490

15

16 17

18

1 2%

36 72%

13 26%

4.22 .545

34

Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

19

Saya membuat kajian tindakan mengenai kebolehan murid bagi memastikan penilaian terhadap murid berkesan bersesuaian dengan kehendak KSSR. Saya bersedia untuk mengikuti kursus pemantapan pengajaran dan pembelajaran bagi memantapkan lagi pengetahuan saya. Saya bersedia mengikuti kursus berkaitan matematik demi meningkatkan kemahiran saya Saya berbincang dengan rakan sealiran bagi membuat refleksi isi kandungan pengajaran dan pembelajaran Matematik tahun 1 dalam KSSR. Saya kerap terlibat dalam mesyuarat , taklimat dan aktiviti-aktiviti matematik di sekolah. Saya selalu menganalisis pencapaian Matematik murid untuk tindakan susulan.

2 4%

1 2%

33 66%

14 28%

4.18 .661

20

1 2% -

26 52% 23 46% 28 56%

23 46% 27 54% 22 44%

4.44 .541 4.54 .503 4.44 .501

21 22

23 24

1 2% -

28 56% 30 60%

21 42% 20 40%

4.38 .602 4.40 .495

Min keseluruhan item 13 hingga 24 ialah 4.41

Analisis 13 hingga 24 menggambarkan tahap kesediaan sikap guru Matematik Tahun 1 dalam pelaksanaan KSSR. Skor min bagi keseluruhan item 13 hingga 24 ialah 4.41 dan sisihan piawainya 0.5894. Data yang menyeluruh tentang tahap kesediaan sikap guru guru Matematik Tahun Satu dalam pelaksanaaan KSSR dapat dilihat melalui analisis item bahagian C soalan 13 hingga 24. Merujuk kepada jadual di atas, item yang mempunyai min yang paling tinggi merekodkan seramai 19 orang responden (38%) dan 31 orang responden sangat bersetuju dengan item ini iaitu (62%). Item ini menyatakan bahawa Saya merujuk kepada sukatan pelajaran bagi memastikan pemahaman dalam penyampaian ilmu pengajaran mengikut kehendak kurikulum. Seterusnya analisis data bagi min yang paling rendah adalah berkaitan dengan membuat kajian tindakan mengenai kebolehan murid bagi memastikan penilaian terhadap murid berkesan bersesuaian dengan kehendak KSSR. Skor min bagi item 19 ini adalah rendah iaitu 4.18 dimana terdapat dua orang responden (4%) tidak bersetuju, seorang responden (2%) tidak pasti, 33 orang responden (66%) bersetuju dan 14 orang responden (28%) sangat bersetuju dengan item ini.
Jadual 4 Kesediaan Penguasaan kemahiran Dan Pengetahuan Guru Matematik Tahun Satu Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
BIL 25 26 27 28 29 ITEM-ITEM Saya mempunyai pengetahuan bagi mengajar Matematik Tahun 1. Saya mempunyai kemahiran bagi mengajar subjek Matematik Tahun 1. Saya berkelayakan untuk mengajar Matematik tahun 1 dengan berkesan. Saya mempunyai kefahaman yang jelas setiap topik dan item. Saya mempunyai pengetahuan untuk memotivasikan murid tahun 1 belajar Matematik. STS TS 1 2% TP 1 2% 3 6% 3 6% 3 6% 2 4% S 35 70% 38 76% 40 80% 42 84% 39 78% SS 14 28 9 18% 7 14% 5 10% 8 16% MIN SP 4.26 .487 4.12 .479 4.08 .444 4.04 .402 4.08 .528

35

Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

30 31 32 33

Saya mempunyai kemahiran untuk memotivasikan murid tahun 1 seronok belajar Matematik. Saya mempunyai pengetahuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam Matematik. Saya mempunyai kemahiran mengajar subjek Matematik dengan menggunakan teknik mudah. Saya mempunyai pengetahuan dalam menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat murid. Saya mempunyai kemahiran dalam mengaplikasikan strategi pembelajaran dalam bilik darjah. Saya sentiasa bersedia untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan guru-guru lain tentang sukatan pelajaran Matematik Tahun 1 KSSR ini. Saya mempunyai pengetahuan dalam menyampaikan ilmu matematik kepada murid tahun 1. Saya mempunyai kemahiran dalam mengendalikan penggunaan bahan bantu mengajar bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran. Saya mempunyai kemahiran penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Saya mempunyai pengetahuan untuk mengendalikan ujian - ujian penilaian murid. Saya boleh mengendalikan ujian-ujian mengikut band yang telah ditetapkan dalam KSSR . Saya berkemahiran membuat analisis pencapaian murid mengikut band yang telah ditetapkan dalam KSSR

1 2% 2 4% 1 2% -

2 4% 2 4% 2 4% 1 2% 1 2% 2 24% -

22 44% 22 44% 24 48% 21 42% 28 56% 25 50% 24 48% 19 38% 20 40% 21 42% 18 36% 18 36%

26 52% 27 54% 24 48% 27 54% 21 42% 25 50% 25 50% 29 58% 28 56% 28 56% 32 64% 31 64%

4.48 .579 4.50 .614 4.44 .577 4.50 .580 4.40 .534 4.50 .505 4.48 .543 4.50 .707 4.52 .579 4.54 .54 4.64 .484 4.64 .484

34 35

36 37

38 39 40 41

Min keseluruhan item 25 hingga 41 ialah 4.39

Analisis 25 hingga 41 menggambarkan tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran guru Matematik Tahun 1 dalam pelaksanaan KSSR. Skor min bagi keseluruhan ialah 4.39 dan sisihan piawainya 0.16. Data yang menyeluruh tentang tahap kesediaan sikap guru guru Matematik Tahun Satu dalam pelaksanaaan KSSR dapat dilihat melalui analisis item bahagian D soalan 25 hingga 41. Merujuk kepada jadual di atas, terdapat dua item yang mempunyai min yang paling tinggi. Item ini menerangkan tentang pengetahuan dan kemahiran guru dalam mengendalikan penilaian mengikut band dalam KSSR. Dalam item 40 dan 41 ini mencatatkan rekod yang sama iaitu seramai 18 (36%)setuju dan seramai 32 orang responden (64%) sangat bersetuju dengan item. Seterusnya analisis data bagi item 28 berkaitan dengan kemahiran dalam topik pengajaran matematik. Skor min bagi item 28 ini adalah rendah iaitu 4.04 dimana terdapat, tiga orang responden (6%) tidak pasti, 40 orang responden (80%) bersetuju dan 7 orang responden (14%) sangat bersetuju dengan item ini.

36

Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

8.3

Dapatan Kajian Persoalan 2


Jadual 5 Hubungan kesediaan guru Matematik Tahun 1 daripada segi minat, sikap , pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan KSSR dengan pengalaman mengajar Matematik Tahun 1 dalam pelaksanaan KSSR.
Tahap minat Tahap sikap Tahap pengetahuan dan Kemahiran .a . .a . .a . .a . Pengalaman Mengajar Matematik Tahun 1 .187 .193 -.053 .717 .a . 1

Tahap minat guru Matematik Tahun 1 dalam pelaksanaan KSSR tahap sikap guru matematik tahun 1 dalam pelaksanaan kssr tahap pengetahuan dan kemahiran guru matematik tahun 1 dalam pelaksanaan KSSR PengalamanTahun1

Pearson Correlation Sig. (2 tailed) Pearson Correlation Sig. (2 tailed) Pearson Correlation Sig. (2 tailed) Pearson Correlation Sig. (2 tailed)

.385** .006 1

.385** .006 .a . .187 .193

.a . -.053 .717

Berdasarkan analisis di atas didapati terdapat perkaitan di antara tahap minat dan sikap guru matematik tahun satu dalam pelaksanaan KSSR dengan pengalaman mengajar matematik tahun satu. Mengikut analisis nilai korelasi bagi melihat hubungan antara sikap dan minat dengan pengalaman mengajar Matematik Tahun Satu menunjukkan bahawa p Sig ( 2 tailed ) dalam pelaksanaan KSSR ialah r=0.385 dan p = 0.006. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan sikap dengan pengalaman mengajar Mateamatik Tahun Satu kerana di atas nilai signifikan .001. Ini jelasa menunjukkan bahawa minat dan sikap amat berkait rapat bersesuaian dengan pendapat Atan Long (1991) yang menyatakan bahawa kesediaan merupakan perkara utama dalam pembinaan sikap yang baik. Dari segi kekuatan hubungan kita dapati bahawa tahap minat adalah lebih tinggi iaitu r=.187 berbanding tahap sikap iaitu r=-.053. Menurut peringkat skala 5 Likert menujukkan bahawa tahap minat guru matematik masih di tahap rendah iaitu di antara tahap 1.00 hingga tahap 2.00. Ini menunjukkan bahawa semakin lama seseorang guru mengajar tahun satu maka akan menimbulkan minat yang mendalam untuk menyampaikan ilmu. Ini jelas menunjukkan bahawa kesediaan minat dan sikap yang positif guru guru yang mengajar Matematik Tahun Satu akan memberikan impak yang berkesan dalam pelaksanaan KSSR. Guru-guru ini mudah memahami kehendak sukatan pelajaran dan dapat menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan lebih efektif. Guru- guru yang berpengalaman mengajar Tahun Satu lebih mendekati murid dan memahami kehendak murid yang baru mengenali alam persekolahan. Manakala kekuatan perkaitan tahap sikap guru matematik dengan pengalaman mengajar matematik tahun satu adalah sederhana kuat. Perkaitan yang songsang iaitu r =- .53 ini bermaksud bahawa sikap seseorang guru itu memainkan peranan dalam melaksanakan KSSR. Keadaan ini menunjukkan bahawa guru yang baru mempunyai pengalaman mengajar matematik tahun satu akan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap tugas mereka berbanding dengan guru yang mempunyai pengalaman yang lama dalam mengajar matematik tahun satu. Manakala tiada perkaitan antara pengetahuan dan kemahiran dengan pengalaman mengajar matematik tahun satu. 37

Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

9.0

KESIMPULAN

Secara keseluruhan kajian yang dijalankan ini dapat memberikan maklumat yang berguna dan berfaedah kepada guru-guru dan pihak-pihak yang terlibat dalam KSSR. Walaupun guru-guru sentiasa bersedia menerima perubahan dan bersikap positif dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan KSSR di sekolah rendah pada awal persekolahan 2011, namun keputusan mendadak kerajaan akan memberi impak kepada penyesuaian diri guru untuk menyampaikan ilmu tersebut. Oleh itu satu usaha untuk memantapkan lagi pengisian kursus dalam KSSR akan dapat membantu para guru mendalami dan memahami hasrat dan matlamat pendidikan Negara.

REFERENCES Hassan Ahmad (2005) Memertabatkan Penggunaan Bahasa Melayu: Dasar, Pelaksanaan dan Pencapaian, kertas kerja Kongres Pendidikan Melayu ke-2, anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu (PBPPM), di Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur, 26-27 Mac, 2005. Isahak Haron, (2001). Prestasi Pelajar Melayu/Bumiputera di Peringkat Rendah (UPSR), Menengah (PMR, SPM dan STPM) dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), dalam Laporan Kongres Pendidikan Melayu, 1 - 2 September, 2001, di Pusat Dagangan Dunia Putera, Kuala Lumpur. Kamus Dewan (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

38

You might also like