You are on page 1of 4

Assalamualaykum , kami dari kumpulan 2 akan membentangkan tajuk yang diberi iaitu Bab 20 : Sayidina Uthman B Affan ( Korporat

Dermawan ) Biodata Sayidina Uthman b Affan R.A Nama penuh Beliau ialah Uthman bin Affan bin Abu al- As bin Umayyah. Beliau dilahirkan pada 576 Masihi ( 6 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW). Manakala tempat lahir beliau ialah di Makkah Al- Mukarramah. Beliau berketurunan Bani Umayyah. Beliau mempunyai jawatan sebagai Khalifah ketiga daripada Khulafa Ar- Rasyidin. Cara perlantikan beliau ialah beliau merupakan antara nama yang dicalonkan oleh Sayidina Umar sebelum wafat. Di Baiah dalam Majlis Syura.Tarikh beliau menjadi Khalifah ialah pada tahun 23 Hijrah (644 masihi) . Tempoh beliau menjadi Khalifah ialah 12 tahun ( 23 Hijrah Hingga 35 Hijrah atau 644 Masihi Hingga 656 Masihi ). Tarikh Kewafatan Beliau ialah pada 18 Zulhijah , tahun 35 Hijrah (656 Masihi ). Usia beliau ketika wafat ialah 82 tahun. Beliau wafat kerana dibunuh oleh pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Tempat dimakamkan ialah ditanah perkuburan al-Baqi, Madinah . Beliau di gelar Zun nurain ( yang mempunyai dua cahaya ) kerana Sayidina Uthman telah berkahwin dengan dua orang puteri Rasulullah, iaitu Ruqaiyah dan Ummu Kalthum. WIKEPEDIA SAYIDINA UTHMAN B AFFAN. Soalan : 1.Apakah yang berlaku ketika beliau menjadi Khalifah ? = Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.

Sifat peribadi Sayidina Uthman b Affan -Taat kepada Allah dan Rasul : Beliau sanggup berhijrah ke Habsyah dengan meninggalkan segala kemewahan harta benda dan sanak saudara demi menyahut seruan Allah dan RasulNya. -Takut kepada Allah : Beliau banyak beribadat seperti Qiamullail , berpuasa sunat dan Membaca al-Quran sebagai persediaan hari selepas mati -Pemalu dan Lemah lembut : Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik semasa bercakap walaupun dengan musuh.

Bukti sifat dermawan Saidina Usman - Menafkahkan hartanya sebanyak 300 ekor unta dan 10 ribu dinar untuk kegunaan tentera Islam dalam Perang Tabuk; -Memerdekakan hamba pada setiap hari Jumaat; -Membeli sebidang tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi. -Membeli perigi Raumah dengan harga 35,000 diirham dan menyedekahkannya untuk kegunaan orang ramai. Faktor semangat jihad Saidina - Usman Keimanan yang teguh terhadap Allah SWT; -Beliau sangat sayang dan cintakan Islam; -Mempunyai harta kekayaan yang melimpah ruah; -Minat yang tinggi untuk berdakwah kepada orang Islam dan bukan Islam. Sumbangan Saidina Usman dalam bidang politik: -Menjadi utusan Rasulullah SAW dalam Perjanjian Hudaibiyah; -Menubuhkan angkatan tentera laut untuk mengawasi perairan negara. Sumbangan dalam bidang ekonomi: -Menyumbangkan harta yang banyak untuk perkembangan Islam; - Mempertingkatkan ekonomi rakyat. Sumbangan Saidina Usman dalam bidang sosial: -Memperkenalkan sistem protokol dalam urusan kerajaan; -Berjaya mewujudkan masyarakat yang harmoni hasil sifat beliau yang lemah lembut. Sumbangan Saidina Usman dalam bidang dakwah: -Membuka kawasan-kawasan baru untuk mengembangkan dakwah Islam; -Mengumpul dan membukukan al-Quran yang melahirkan naskah al-Quran yang dikenali sebagai Mashaf Usamani. Cerita Awal memeluk Islam.
Pada suatu hari Saidina Abu Bakar telah bertemu dengan Saidina Uthman. Beliau berkat kepada Saidina Uthman,"Wahai Uthman, sahabatku! Setakat yang aku tahu engkau ialah seorang yang tegas yang akan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Cuba engkau lihat berhala-berhala yang disembah oleh kaum kita, tidakkah berhala tersebut diperbuat daripada batu yang tidak mengetahui apa-apa pun?". Jawab

Saidina Uthman,"Benar katamu itu". Kemudian Saidina Abu Bakar berkata,"Ada seorang rasul yang diutuskan oleh Allah membawa agama yang mulia. Mahukah engkau berjumpa dengannya?". Jawab Saidina Uthman,"Sudah tentu!"Apabila Saidina Uthman bertemu dengan Rasulullah, Rasulullah pun bersabda, "Wahai Uthman, sahutlah seruan Allah untuk kesyurganya". Lantas beliau memeluk Islam dengan penuh keikhlasan. Saidina Uthman mudah menerima Islam kerana beliau mempunyai akhlak yang mulia. Justeru, kita mestilah mengamalkan akhlak yang terpuji supaya mudah menerima kebenaran.

Konflik pada zaman Saidina Uthman B Affan R.A.


1.Apakah tuduhan mereka terhadap Sayidina Uthman B Affan ? = Uthman telah membakar mushaf-mushaf, solat tidak diqasar sewaktu di Mekah, mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri dan mengangkat pimpinan dari kalangan generasi muda. la juga mengutamakan segala kemudahan untuk Bani Umayyah (golongannya) melebihi orang lain.

Konflik dan fitnah berlaku apabila Saidina Uthman telah ditohmah oleh puak-puak yahudi dan munafik yang diketuai oleh Abdullah b Sabak. Saidina Uthman dituduh tidak telus dan tidak melakukan keadilan dalam pemerintahannya. Saidina Uthman berjaya mengatasi krisis yang berlaku ini dengan menghantar pegawaipegawai penyiasat ke Kufah,Mesir,Basrah dan Syam. Disamping itu, beliau telah membuka pintu perbincangan dengan rakyat serta memanggil gabenor-gabenor untuk disoal-siasat. Hasil siasatan mendapati bahawa krisis yang berlaku berpunca daripada musuh-musuh Islam.
Tamadun

Saidina Uthman tokoh koperat yang berjaya kerana usahanya yang bersungguhsungguh dan keberkatan yang ada pada hartanya disebabkan banyak bersedekah dijalan Allah. Umat Islam akan maju dan berkembang sekiranya dapat mencontohi Saidina Uthman yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu perniagaan dan berusaha untuk menguasai ekonomi negara serta menguruskannya berdasarkan sistem ekonomi Islam.

1. Bidang Ketenteraan Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. 2. Pembukuan Al-Quran Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah Al-Quran yang baru yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana Al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani atau Resm Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian AlQuran sebagai sumber perundangan Islam.

3. Kerja-kerja Pembangunan Bangunan-bangunan pejabat dibina, begitu juga rumah-rumah rehat untuk kegunaan para pegawai yang bertugas di beberapa bandar seperti Kufah, Basrah dan Syria. Manakala Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai, Oleh itu Khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi memperluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada tahun 29 Hijrah. 4. Menyebarkan Dakwah Islam Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. 5. Pentadbiran Wilayah Mereka yang di lantik sebagai pentedbir wilayah pada zaman pemerintahannya adalah Muawiyah bin Abi Sufian di Syria, Yaala bin Muhabbah di Yaman, Abdullah bin Hadrami di Makkah, Qasim bin Rabiah al-Thaqafi di Taif, Abdullah bin Amir, Abdullah bin saad di Mesir, Abu Musa al-asyari di Kufah, dan Habib Muslimah Fahmi di Asia kecil, termasuk Armenia dan Antalia.

You might also like