You are on page 1of 3

Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat di dalam dewan kerana majlis akan dimulakan sebentar

lagi. Agenda Kata Aluan Assalamualaikum w.b.t. Yang berbahagia, Puan Miskiah bt Abdul Aziz, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Machang Bubok, Yang dihormati, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, guru-guru, serta muridmurid yang dirahmati Allah sekalian. Isi Catatan

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dataran Sekolah Kebangsaan Machang Bubok bagi meraikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2013 bersamaan dengan 1434H. Sambutan Maulidur Rasul bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan besar Rasulullah s.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat silaturrahim sesama kita.
@ Hadirin dan hadirat sekalian,

Jemari dihimpun tangan ditadah Doa dipohon moga urusan dipermudah -- Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis menjemput
( ) untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan. -- Amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada ustaz atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Bagi meneruskan majlis, dengan ini dijemput Puan Miskiah bt Haji Abdul Aziz untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan majlis sambutan maulidur rasul peringkat SKMB bagi tahun 2013. Majlis dengan ini mempersilakan. (muzik iringan).

Terima kasih atas ucapan yang disampaikan dan mohon kepada GB untuk berada seketika di atas pentas. (bunga manggar..Gimik) Dengan ini, majlis berbesar hati menjemput Guru Besar bagi menyempurnakan majlis pelancaran Maulidurrasul peringkat SKMB. Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar atas majlis perasmian itu tadi. Dengan ini pihak majlis mohon kerjasama semua agar sama-sama memberikan tumpuan kepada pentas utama. (persembahan murid)

--- Terima kasih diucapkan atas persembahan daripada kumpulan nasyid sk machang bubok sebentar tadi.

Indah sungguh pohon markisa, Tumbuh menjalar nampak berbekat, Jadikan Rasulullah sebagai idola, Moga selamat dunia akhirat. -- Majlis mempersilakan ustaz malek untuk mengetuai bacaan selawat jamaie. Untuk itu, diminta semua guru dan murid untuk sama-sama berdiri untuk mengalunkan selawat. (selawat jamaie) Dengan bacaan selawat itu tadi, maka majlis kita pada pagi ini ditangguhkan seketika. Bagi mengendalikan perarakan sebentar lagi, saya serahkan majlis ini kepada ust malek. Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama mendengar dan menghayati ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan ......... yang diundang khas dari ........... Dengan segala hormatnya dipersilakan. @ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada .............. atas ceramah yang telah disampaikan oleh beliau itu tadi. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan panduan berguna daripada ceramah tersebut. @ Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha......., bagi menyampaikan cenderahati kepada....... Majlis mempersilakan Hadirin dan hadirat sekalian, Sempurnalah sudah majlis sambutan Maulidur Rasul SKMB Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Majlis ini. Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan didalam peti Majlis Maulidurrasul selesailah sudah Jumpa lagi di lain kali

You might also like