You are on page 1of 33

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)

1.0 PENGENALAN Untuk menyempurnakan tugasan projek Pengantar LInguistik (BMM3107) ini, para pelajar PISMP semester 4 BM/PJ/KS telah dikehendaki untuk menjelaskan perbandingan antara manamana dua zaman perkembangan ilmu linguistik serta 2 bidang linguistik yang meliputi psikolinguistik di mana saya perlukan menjelaskan pemerolehan bahasa kanak-kanak peringkat umur 2-4 tahun dan bidang sosiolinguistik yang memerlukan saya menjelaskan penggunaan bahasa dalam sebuah masyarakat yang saya kaji. Tambahan juga, saya juga perlu menghuraikan bagaimana sesuatu bahasa itu boleh mencapai taraf sebagai bahasa ilmu melalui dua ciri penting iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa.

Istilah

linguistik

berasal

daripada

perkataan

Latin

lingua

yang

membawa

maksud 'bahasa'. Dalam bahasa-bahasa "Roman"(iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya, bahasa Inggers memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language. Istilah 'linguistiks' dalam bahasa Inggers adalah berkaitan dengan kata language tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik atau "linguistik".

Ilmu linguistik merupakan ilmu yang mengkaji secara ilmiah atau secara saintifik. Menurut Abdullah Hassan (2009), kajian bahasa merupakan satu kajian yang sama dengan bidang- bidang kajian sains lainnya yang memerlukan pemerhatian yang teliti dan mendalam. Kajian bahasa memerlukan undang- undang dan syarat- syarat tertentu berdasarkan teori- teori yang tertentu juga. Dengan perkataan lain kajian bahasa mestilah dilakukan berdasarkan datadata yang empirikal dan dapat dijadikan kenyataan. Hasil analisis yang dijalankan mestilah konsisten iaitu tidak bercanggah satu sama lain. Hasil analisis adalah rumus- rumus yang berupa peraturan- peraturan bahasa yang perlu ringkas, tepat dan padat sifatnya.

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


Asmah Haji Omar (1993) pula mengatakan bahawa ilmu linguistik mempunyai bidang pengkajian yang sangat luas. Pengkajian bahasa boleh dilakukan dari pelbagai aspek. Berdasarkan aspek- aspek tertentu yang dijalankan dalam pengkajian bahasa, ilmu linguistik dapat berdiri sebagai salah satu daripada disiplin- disiplin iaitu linguistik umum, linguistik deskriptif, linguistik komparatif dan linguistik sejarah.

Zaman perkembangan ilmu linguistik dalam abad ke-20 boleh dianggap sebagai zaman perkembangan linguistik moden. Kajian linguistik pada zaman ini dijalankan berdasarkan kaedah penyelidikan sains. Pengkajian dibuat dengan teliti dan sistematik serta berasaskan pemerhatian yang objektif. Hasil penyelidikan dalam bentuk undang- undang, tatabahasa dan boleh diuji kebenaran atau ketepatannya oleh pengkaji- pengkaji yang lain. Ramai ahli bahasa telah muncul dalam zaman ini dengan pelbagai pembaharuan dalam aspek pengkajian bahasa antaranya ialah Ferdinand de Saussure, Leonard Bloomfield dan Noam Chomsky.

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM hinggalah ke hari ini. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun, titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


2.1 PERBANDINGAN ANTARA ZAMAN YUNANI DAN ZAMAN ROM Dalam sejarah linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamaduan Yunani merupakan satu pengkajian bahasa terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kirakira 500 tahun sebelum Masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum Masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu fasafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Antara perkara-perkara yang disentuh mereka adalah soal-soal mengenai asal usul perkataan, keterangan-keterangan tentang gejala bahasa dan huraian-huraian mengenai bahasa yang dilandaskan kepada bahasa bertulis. Dalam pengkajian tentang bunyi, orangorang Yunani tidak menggunakan mana-mana dialek yang dituturkan. Dengan menggunakan bahasa tulisan sebagai dasar dan sumber penghuraian, maka huraian-huraian mereka terlalu dipengaruhi oleh keangkuhan mereka dengan kemegahan falsafahnya bahawa bahasa Yunani bertulis itu adalah termulia dan semulajadi, dan harus dipatuhi oleh setiap pemakai jika mereka inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka. Akibatnya, bahasa itu dianggap tetap dan tidak boleh berubah-ubah, lalu tidak harus pula diperbaiki kerana bahasa mereka itu sudah sempurna dan termulia. Tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristostle, iaitu murid Plato. Plato (427-347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidiki bahasa sebagai satu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cartylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempecayai bahawa bahasa bersifat alamiah, dan logis dengan kumpulan anamolis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persutujuan masyarakat. Beliau juga menyelidiki tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum Masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristostle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristostle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Pada zaman Rom pula, orang Rom telah mengambil ahli bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Mereka telah mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. Setelah runtuhnya zaman Iskandariah, pusat pengajian berpindah ke Rom. Usahausaha yang dibuat oleh orang-orang Yunani dalam bidang tatabahasa telah diakukan khususnya terhadap bahasa Yunani tetapi terlalu sedikit kajian yang telah dibuat terhadap bahasa Latin. Orang-orang Roma mendirikan peradaban dalam bidang tatabahasa tradisional ini menyambung sahaja usaha-usaha yang telah dilakukan oleh orang-orang Yunani sebelum darinya. Cuma yang berbeza adalah dari segi bahasa yang dikaji itu sahaja. Orang Yunani mengkaji bahasa Yunani, manakala orang-orang Roma sama sahaja dengan yang telah dilakukan oleh oran-orang Roma sama sahaja dengan yang telah dilakukan oleh orang-orang Yunani terhadap bahasa yang dikaji oleh mereka itu. Kajian di zaman Yunani banyak mempengaruhi pemikiran dan pengkajian tatabahasa zaman Roma. Orang-orang Roma telah terpengaruh dengan sifat pengkajian orang-orang Yunani seperti Aristostle. Pengaruh orangorang Iskandariah dan Stoik misalnya, jelas sekali terlihat dalam kerja-kerja Vorra yang membuat kajian tentang bahasa Latin.

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


Ahli-ahli tatabahasa Roma meniru model atau contoh-contoh orang Yunani bukan sahaja dari segi pandangan dan andaian-andaian terhadap bahasa, bahkan juga dari segi aspek-aspek lain yang lebih halus dalam bahasa, persamaan yang dikatakan hayati yang terdapat antara bahasa Yunani dan Latin menimbulkan satu anggapan bahawa beberapa kategori seperti golongan perkataan, kasus, nombor, sistem kala, dan sebagainya adalah merupakan ciri-ciri yang seharusnya ada dalam semua bahasa di dunia. Anggapan seperti ini berterusan hingga ke zaman pertengahan. Dalam zaman ini juga, pengkajian linguistik berlaku dengan agak pesat juga. Sebenarnya, apa yang berlaku pada zaman ini adalah bahawa orang-orang Roma itu hanya mengubahsuai tinggalan bijak pandai Yunani tetapi digunakan untuk bahasa Latin. Dengan kata lain, pengkodifikasian pemikiran dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan di zaman Roma ini. Ada beberapa ahli tatabahasa Roma telah banyak membuat sumbangan dalam bidang ilmu linguistik, khusunya dalam bidang tatabahasa tradisional. Mereka itu ialah Appolonius Discollus, M.T. Varro dan Priscian. Appolonius Discollus Beliau mungkin merupakan orang yang pertama sekali bertanggungjawab dalam

mengkodifikasikan bidang sintaksis dengan bergantung kepada hasil kajian orang-orang Yunani yang terdahulu. Beliau dikatakan telah banyak menerima pengaruh daripada penghuraian tatabahasa Yunani yang telah dilakukan oleh Dionysius Thrax. Appolonius telah melakukan kajiannya dengan berdasarkan kepada bahan yang terdapat di dalam Techne oleh Thrax dan bahan-bahan pemerhatian yang telah dilakukan oleh penulis-penulis yang lebih dahulu dalam bidang sintaksis. Appolonius dengan tegas telah menubuhkan penghuraian sintaksisnya dengan berdasarkan kepada hubungan satu sama lain antara kata nama dengan kata kerja, di samping dengan perkataan-perkataan golongan lain dalam hubungannya dengan kedua-dua jenis utama tadi. Antara yang menarik menngenai kerja-kerja Appolonius ini adalah usahanya

menggunakan hubungan unsur struktur untuk merujuk kepada binaan kata kerja dan partikel dalam suatu ayat atau kata nama atau ganti nama dengan kata kerja. Selain dari itu, beliau merupakan ahli tatabahasa yang benar-benar menyedari akan hakikat penggolongan perkataan-perkataan tertentu yang sama dengan menggunakan teknik penggantian.

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


M.T. Varro (116-27 SM) Varro hidup semasa dengan Thrax. Oleh yang demikian, beliau juga menyedari kontroversi bijak pandai Stoik dan Iskandariah. Varro merupakan seorang penulis tatabahasa yang bebas dan asli mengenai beberapa aspek dan pegangan linguistik bahasa Roma. Dalam pada itu, cara penghuraian beliau pernah dikritik sebagai tidak menarik, tetapi dalam bidang masalahmasalah linguistik beliau telah dianggap sebagai ahli tatabahasa yang paling tulin dalam kalangan bijak pandai bahasa Latin. Beliau telah banyak terpengaruh dengan pemikiran orangorang Stoik. Varro berpendapat bahawa bahasa adalah seragam. Dia berpendapat yang ahli anomali adalah salah faham kerana tidak melihat seragaman bahasa yang semulajadi. Dalam bidang morfologi, Varro telah menghuraikan beberapa kategori tatabahasa yang tertentu iaitu dari segi cara penggunaannya yang tidak langsung didasarkan kepada acuan penghuraian yang telah dilakukan untuk tatabahasa Yunani yang terdahulu. Di sinilah letaknya keaslian dan ketulinan beliau dalam penghuraian tatabahasa Latin itu. Princian (500 TM) Hasil kajian beliau yang diberi namanya Institutiones gramaticae telah diterima sebagai suatu yang standard untuk beberapa lama, bahkan diterima sebagai satu yang standard untuk beberapa lama, bahkan hingga sekarang. Dalam pada itu penghuraianya terhadap tatabahasa tradisional Latin itu dikatakan tidak konsisten, malahan kriteria yang dipakai bercampur-aduk antara yang formal dengan bersifat semantik. Dalam banyak hal, Priscian bergantung dengan banyaknya kepada usaha-usaha Thrax dan Appolonius khususnya dalam bidang penggolongan perkataan dan penentuan perkataan-perkataan kepada jenis-jenisnya. Priscian menggunakan perkataan analogia untuk maksud unsur-unsur fleksi perkataanperkataan yang seragam. Anomalia yang bermaksud tidak seragam merupakan istilah teknikal yang kerap dipakai dalam tatabahasa dalam kalangan kepada jenis-jenisnya. Fikiran dan pandangan Varro mengenai pembahagian perkataan-perkataan Latin, mahupun

penggolongan yang dilakukan telah sebenarnya terbayang dengan banyaknya dalam cara penggolongan yang dilakukan telah sebenarnya terbayang dengan banyaknya dalam cara penggolongan yang dibuat oleh Priscian pada umumnya, tatabahasa Priscian yang mengandungi 18 buah buku yang diterbitkan hingga hari ini dapatlah dianggap sebagai kajian grammarian orang-orang Roma yang representatif.

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


Antara perkara-perkara yang dikaji dengan baiknya oleh beliau termasuklah penjenisan bunyi-bunyi bahasa dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang dihasilkan itu. Bidang fonetik melampaui kajian mengenai suku kata yang dikatakan unit yang boleh dituturkan dalam satu hembusan nafas. Dalam bidang morfologi pula, penghuraian beliau itu adalah kurang memuaskan jika dibandingkan dengan kajian yang telah diakukan oleh Varro. Dalam bidang morfologi, beliau telah menyentuh antara lain soal-soal pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi dan sebagainya.

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


3.0 PSIKOLINGUISTIK : PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK PERINGKAT UMUR 24 TAHUN 3.1 DEFINISI PSIKOLINGUISTIK Menurut Garnham (1985), psikolinguistik ialah kajian tentang mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Matthews (1997) berpendapat bahawa bidang ini ialah kajian bahasa dari pada sudut psikologi. Aitchison (1998), pula mendefinisikan psikolinguistik sebagai kajian bahasa dan akal budi. Mangantar Simanjuntak (1980), mentakrifkan psikolinguistik sebagai cabang linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan, iaitu prosesproses yang berlaku pada waktu seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat yang didengarnya. Oleh yang demikian, boleh kita ertikan bahawa psikolinguistik merupakan disiplin ilmu yang meneliti perkara-perkara yang dikaji dalam ilmu linguistic dan psikologi. Jadi bidang ini merupakan antara disiplin psikologi dan linguistik. Dengan demikian, disiplin ini kadangkala dikenali juga sebagai psikologi bahasa. Disiplin ilmu ini secara saintifik menganalisis perkaraperkara yang berlaku dalam akal budi manusia semasa seseorang itu berbahasa. 3..2 PROSES PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK PERINGKAT UMUR 2-4 TAHUN Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu perkara yang rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang linguisitk. Bagaimana manusia memperoleh bahasa merupakan satu isu yang amat mengagumkan dan sukar dibuktikan. Pelbagai teori dari bidang disiplin yang berbeza telah dikemukakan oleh para pengkaji untuk menerangkan bagaimana proses ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Memang diakui bahawa sama ada disedari ataupun tidak, sistem-sistem linguistik dikuasai dengan pantas oleh individu kanak-kanak walaupun umumnya tiada pengajaran formal. learning a first language is something every child does successfully, in a matter of a few years and without the need for formal lessons. (Language Acquisition: On-line). Kita akan dapati kanak-kanak selalunya dapat memperolehi atau mempelajari bahasa secara berperingkat-peringkat dari masa ianya bayi. Apa yang penting ialah bahawa bayi itu belajar secara tidak formal, atau pembelajaran berlaku dengan secara tidak sedar dan tidak perlu diajarkan. Yang perlu hanya pendedahan kepada pemakaian bahasa itu dan kanak-kanak itu akan terus memperolehi sesuatu bahasa tersebut.

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


Jadi para sarjana cuba mencari jawapan bagaimana ini boleh berlaku. Ada dua aliran yang mencuba menganalisa dan menerangkan fenomena ini. Ada sarjana yang berfikir bahawa bahasa itu serupa dengan lakuan lain dan lakuan ini dikuasai oleh kanak-kanak secara meniru segala lakuan pertuturan ibu bapanya. Kemudian terdapat pula sarjana yang memikirkan bahawa kanak-kanak memperolehi bahasa itu kerana ianya sudah terancang untuk berkembang dalam kanak-kanak tersebut dari segi biologis. Kanak-kanak yang terdedah pada bahasa akan dengan sendirinya mempunyai keupayaan untuk memperolehi bahasa. Teori pertama itu dipanggil teori behaviorisme dan yang kedua itu dipanggil teori biologis. Sebagaimana diketahui umum, pertumbuhan bahasa kanak-kanak meliputi tiga komponen iaitu sintaksis, fonologi dan semantik. Walau begitu, perbahasan mengenainya selalu dipisah-pisahkan untuk memudahkan pemahamannya. Peringkat fonologi pula lebih kepada pengeluaran bunyi bahasa yang bermakna kepada kanak-kanak. Dengan berinteraksi dengan kedua ibu bapanya melalui bunyi-bunyi tertentu dan membabel, seseorang bayi itu sebenarnya sudah mula mencipta bahasa untuk berkomunikasi pada usia akhir satu tahun (Mei-Yu 2000). Manakala peringkat semantik pula ialah peringkat di mana kanak-kanak mula memahami maksud ayat ujarannya atau ayat-ayat yang diterimanya.

10

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


RESPONDEN : KANAK-KANAK BERUSIA 4 TAHUN

NAMA : NUR UZMA QAISARA BT ASRI UMUR : 4 TAHUN TARIKH LAHIR : 4 JULAI 2012 ASAL : K.TERENGGANU HOBI : MENULIS DAN MELUKIS BILANGAN ADIK BERADIK : PERTAMA DARI 2 BERADIK

11

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


Secara umumnya, pada peringkat 2 hingga 3 tahun,kanak-kanak akan mengurangkan penggunaan perkataan yang kurang difahami. Ayat yang ringkas jarang digunakan tetapi masih boleh didengar pada usia awal 2 tahun. Dia akan bercerita tentang apa yang dialaminya kepada orang dewasa. Pada masa inlah mereka belajar bercakap dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi anak agar menggunakan ayat yang betul dan baik. Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan memainkan peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian dan reaksi sosial setiap kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya amat nyata. Susunan bahasa masih belum sempurna. Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan bahasa , perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu. Pengaruh sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf rendah. Ini mungkin ibu bapanya yang menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan masyarakat luas. Pada peringkat usia kanak-kanak 4 tahun, ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-kanak yang berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan dan suasana tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat. Cara mereka menjawab pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada seseorang.

12

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


FONOLOGI Fonologi adalah kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Semua kanak-kanak secara umumnya mempunyai corak perkembangan fonologi tidak kira bahasa apa yang dituturkan. Kanak-kanak juga menghasilkan bunyi secara rambang. Ini berlaku pada peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan perbezaan fitur yang ketara. Tetapi ia akan beransur maju kepada fonem-fonem yang halus dan jelas kedengaran. Antara bunyi yang dihasilkan oleh kanak-kanak mengikut peringkat umur 2 hingga 4 tahun ialah Menyebut gabungan 3 perkataan menggunakan strategi sebutan untuk perktaan rumit (seperti didi untuk tv atau alan untuk jalan. Berdasarkan kajian terhadap responden, pada peringkat usia 4 tahun, Uzma sudah boleh menyebut perkataan yang boleh dikatakan berada di aras tinggi seperti generalisasi, kadang-kadang dan pelbagai kata mudah yang lain. MORFOLOGI Pada peringkat morfologi, kanak-kanak akan mempelajari perkataan baru apabila memahami bahawa gabungan bunyi membawa makna tertentu. Mereka akan mempelajari perkataan baru pada umur 18 bulan. Pada umur ini, mereka sudah dapat menguasai 20 hingga 50 perkataan dan apabila mencapai peringkat 4 tahun akan menambah perkataan sebanyak lebih 2000 patah perkataan. Ada juga kanak-kanak pada waktu ini telah dapat memahami konsep majmuk. Pada usia 2-3 tahun, kanak-kanak sudah boleh membentuk ayat gabungan 3 perkataan seperti:Adik nak makan, serta berupaya menggunakan sifat nama, kata bilangan dan kata tempat dalam membentuk ayat. Bagi kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun, biasanya sudah boleh menghasilkan ayat gabungan 3-6 perkataan seperti Roti coklat itu makanan kegemaran adik. Kebanyakannya juga sudah boleh menggunakan kata sambung (kerana, sambil), ayat berlapis (topi saya cantik) ayat pasif (roti dimakan oleh emak) serta dapat menghasilkan cerita pendek. Berdasarkan responden yang dikaji ini iaitu pada usia awal 4 tahun, Uzma sudah berupaya menuturkan ayat menggunakan ayat gabungan seperti, jangan marah kakak, nanti kakak nangis , mama tak sayang kakak. Selain itu, responden juga sudah pandai menggunakan ayat arahan seperti Widat ! jangan la buat gitu, nanti mama marah. Tambahan juga Uzma juga sudah pandai menghasilkan cerita pendek seperti, Kakak gi Gambang hari tu, kakak main air sedap sangat. Ombok besar. Kakak tak takut pun ombok. Kakak naik pelampung dengan papa. Sejuk sangat air. Ketor badan kakak.

13

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


SINTAKSIS Sintaksis adalah bidang kajian yang mengkaji tentang ayat. Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan semasa umur satu tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan semasa berumur dua tahun. Setiap ujaran merujuk kepada beberapa makna mengikut susunan kata ataupun konteks bagi menafikan pertanyaan dan sebagainya. Ayat-ayatnya padat dan ringkas bayak menggunakan kata kerja dan kurang ataupun tiada langsung kata kerja. Responden juga sudah boleh menafikan ayat seperti bukan kakak yang buat, kakak tak tau pun. Sekiranya diajukan pertanyaan, Uzma juga boleh menjawab pelbagai soalan mengikut kehendak soalan yang ditanya. SEMANTIK Semantik adalah kajian yang berkaitan dengan makna. Ini bermaksud kanak-kanak berkebolehan memahami percakapan yang didengari. Kanak-kanak menyerap bunyi bahasa ketika masih dalam kandungan sehinggalah 10 bulan selepas kelahiran. Pada peringkat kanakkanak mula menguasai beberapa patah perkataan dan kemudian memperluaskan

perbendahaan kata dengan agak cepat. Pada peringkat permulaan, kanak-kanak hanya memahami beberapa makna perkataan. Tetapi hasil interaksi dengan alam sekitar dalam pelbagai konsep, mererka telah dapat memperkayakan perkataan dan maknanya. Pada usia 2 tahun, mereka mempelajari daripada konsep konkrit kepada konsep abstrak dan seterusnya dapat menyusun makna perkataan mengikut tatabahasa. Secara umumnya, kanak-kanak pada masa ini banyak melakukan kesilapan dalam berbahasa. Orang dewasa harus memberi bimbingan untuk memperbaiki bahasa mereka. Mengikut Piaget, perkembangan bahasa berkait rapat dengan perkembangan intelek iaitu sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit. Perkembangan semantik kanak-kanak pada usia 2 hingga 3 tahun ialah, perkembangan perbendaharaan kata diiringi dengan menyifatkan objek, dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan suka dan sedih, lebih banyak perbendaharaan kata (1000 kata) serta dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikannya. Pada usia 4 hingga 6 tahun pula, berlaku percetusan perbenadaharaan bahasa (10000 perkataan sehingga mencecah hujung prasekolah), memahami lawak jenaka dan metafora, memahami cerita lisan ataupun yang dibaca di dalam buku, serta memahami dan menghafal seni kata lagu atau puisi.

14

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


PRAGMATIK Pragmatik adalah penggunaan bahasa yang peka pada konteks iaitu cara seseorang menyesuaikan bentuk ucapan ataupun perkataan mengikut konteks sosial yang berbeza. Ini bermakna kanak-kanak perlu mempelajari bahasa mengikut peraturan budaya ketika berkomunikasi. Sebagai contoh, jangan menyampuk secara tiba-tiba apabila orang dewasa bercakap. Ini adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dalam masyarakat Melayu. Apabila ada perkara yang penting untuk diberitahu, hendaklah ia bijak mencelah dan bersopan seperti menggunakan maaf saya mencelah, memberi salam dan sebagainya. Mereka juga harus mengetahui bahasa badan, isyarat dan tajuk yang diperbualkan jika ingin memberi respon dalam satu perbualan. Namun begitu, perkembangan pragmatik bergantung kepada budaya masyarakat (tempat mereka membesar). Kemahiran kanak-kanak menggunakan bahasa secara pragmatik berkembang seperti berikut ; pada usia 1-2 tahun kanak-kanak mula mengambil giliran dalam perbualan dan dapat menggunakan daftar bahasa yang mudah, seperti bye bye. Pada usia 3 hingga 4 tahun pula, kanak -kanak sudah dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan kecil ketika bermain atau aktiviti kelas, berbual dengan rakan sebaya semasa aktiviti harian dan dapat menggunakan daftar bahasa , seperti selamat pagi Sekiranya di dalam kumpulan, Uzma seringkali dianggap sebagai ketua kerana suka bercakap dan memberi arahan. Ayat yang biasa dituturkannya seperti, jangan buat begitu, salah lah. , kita buat yang ni dulu, baru buat yang ni. Selain itu, responden juga pandai menuturkan ayat yang perbualan di dalam kumpulan.

15

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


4.0 SOSIOLINGUISTIK Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio (singkatan daripada sosiologi-disiplin yang meneliti masyarakat) dan linguistik-disiplin yang meneliti bahasa. Sosiolinguistik adalah bahagian pengajian (studies) dan pengkajian (research) yang menggabungkan dua disiplin, iaitu sosiologi dan linguistik. Dengan sifat penggabungan dua disiplin ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua entiti, iaitu bahasa dan masyarakat. Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur, yakni hubungan antara kedua-dua entiti tersebut yang rapat. Pengkajian dan pengajian sosiolinguistik bermatlamat untuk menunjukkan hubungan sistematik yang wujud antara struktur bahasa dengan struktur sosial, iaitu sama ada sesuatu struktur bahasa itu menyebabkan sesuatu struktur sosial tertentu atau sebaliknya Bidang sosiolinguistik membincangkan pelbagai aspek hubungan bahasa dengan masyarakat. Antara aspek tersebut ialah kedwibahasaan, kepelbagaian bahasa, bahasa, kelainan bahasa, sikap terhadap bahasa, perancangan bahasa dan sebagainya. Bidang sosiolinguistik terapan pula menggabungkan kajian sosiolinguistik dengan kajian pendidikan. Bidang ini telah menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri.

16

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


4.1 DIALEK Dialek digunakan dalam masyarakat sebagai penghubung komunikasi dalam sesebuah kawasan atau situasi sosial. Dialek yang merangkumi penggunaan bahasa halus, sopan, rasmi, dan santai telah mengikat masyarakat agar menggunakan dialek yang tertentu bergantung kepada situasi yang dialami ketika sesuatu perkara itu berlaku. Penggunaan dialek tertentu melambangkan kesopanan dan kehalusan budi seseorang penutur, di samping menentukan jarak perhubungan seseorang penutur sama ada akrab atau sebaliknya. Situasi sama ada rasmi atau tidak rasmi secara langsung telah mendasari masyarakat agar memilih sama ada mahu berlaku sopan atau sebaliknya. Melalui pelbagai dialek geografi yang terdapat dalam masyarakat ini telah membawa kekuatan masyarakat terhadap negeri tercinta dengan menggunakan dialek negeri masingmasing. Situasi ini secara langsung telah membawa identiti sesebuah masyarakat di kawasan tertentu seiring dengan latar belakang yang membawa ciri budaya. Melalui aspek dialek sosial pula membolehkan masyarakat mengaplikasi dialek sosial tertentu dalam situasi tertentu demi menghormati protokol yang wujud khususnya situasi rasmi. Hal ini telah membawa masyarakat agar menyedari akan kewujudan pelbagai tatacara dan gaya bahasa yang bersesuaian yang juga merangkumi adat budaya. Oleh itu masyarakat sememangnya harus mendasari penggunaan dialek sosial khususnya demi menjalani urusan dengan teratur.

17

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


4.2 LATAR BELAKANG DIALEK TERENGGANU Salah satu dialek yang terdapat dalam bahasa Malaysia ialah dialek Terengganu. Asmah Hj Omar ( 1991:31) mengelompokkan dialek di Semenanjung Tanah Melayu kepada lima kelompok di mana dialek Terengganu telah dikelompokkan kepada kelompok Timur. Dialek Terengganu bukan sahaja dituturkan oleh penduduk yang berasal dari Terengganu malah mereka yang menduduki negeri ini juga turut menuturkan dialek ini. Mereka menggunakan dialek ini sebagai alat komunikasi dalam pergaulan seharian untuk mewujudkan sebuah perhubungan yang harmoni. Dialek ini bukan sahaja dituturkan oleh masyarakat berbangsa Melayu, malah kaum Cina dan India turut menuturkan dialek ini tanpa kedengaran bunyi pelat. Menurut Asmah Haji Omar ( 1988:288 ) subdialek yang dituturkan di Kuala Terengganu dianggap sebagai dialek Terengganu standard. Tambah beliau lagi, Kuala Terengganu merupakan kawasan pusat budaya, pentadbiran dan perniagaan. Dengan demikian, subdialek yang dituturkan di situ juga sedikit sebanyak menjadi rujukan untuk dialek Terengganu, yang dianggap lebih tinggi daripada subdialek-subdialek lain.Negeri Terengganu yang sekarang bergelar Bandaraya Warisan Pesisir Airadalah merupakan salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Negeri Terengganu terletak di antara garisan bujur 102.25T dengan 103.50T 3 dan garisan lintang 4 U hingga 5.50U. Negeri Terengganu bersempadan dengan negeri Kelantan di bahagian utara dan barat lautnya manakala di bahagian barat daya pula bersempadan dengan negeri Pahang. Negeri Terengganu sekarang berkeluasan kira-kira 1,295,638.3 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 km dari utara iaitu dari daerah Besut dan ke Selatan dari daerah Kemaman. Sebelum tahun 1947, negeri Terengganu mempunyai sembilan daerah iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut. Namun begitu ia telah dikurangkan menjadi enam buah daerah sahaja di mana daerah Kemasik dan Paka telah dibubarkan. Daerah Setiu telah dibentuk pada 1 Januari 1985 dan hingga kini negeri Terengganu kekal mempunyai 7 buah daerah . Tiap-tiap daerah ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah. Negeri Terengganu dianggarkan mempunyai kepadatan penduduk seramai satu juta enam puluh tujuh ribu (1,067,000.00 juta) orang.

18

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


Majoriti penduduk terlibat dalam sektor pertanian, perhutanan, ternakan dan perikanan. Mereka menetap di kawasan kampung dan di tepi pantai. Namun begitu terdapat juga

pegawai-pegawai kerajaan, swasta dan ahli-ahli perniagaan yang tinggal di bandar-bandar besar. Abdul Hamid Mahmood (1990:217) berdasarkan kajiannya menyatakan dialek Terengganu bukan sahaja dituturkan oleh penduduk negeri Terengganu sahaja tetapi dituturkan juga oleh penduduk negeri Kelantan dan Pahang yang mendiami kawasan sempadan negeri Terengganu. Menurut beliau lagi, dialek Terengganu agak unik dan berbeza daripada bahasa Malaysia baku, baik dalam bidang fonologi, morfologi, sintaksis, mahupun leksikal.

Keunikan dan perbezaan dialek Terengganu dengan bahasa Malaysia pernah dinyatakan oleh Abdullah Abdul Munsyi yang pernah melawat Terengganu pada tahun 1883.

4.3 PENGGUNAAN DIALEK DALAM MASYARAKAT TERENGGANU Bagi mereka yang bukan penutur dialek Terengganu, perkataan yang mungkin paling kerap didengar dan disebut mengenai dialek Terengganu ini ialah 'makang ikang'. Entah sebab apa dua perkataan ini sering timbul dan sentiasa disebut-sebut untuk mengaitkannya dengan dialek Terengganu. Mungkin kerana Negeri Terengganu ini kaya dengan makanan laut itu. Sebenarnya terdapat banyak lagi perkataan-perkataan loghat Terengganu yang jika disebut mungkin langsung tidak difahami. Satu lagi perkara yang sangat sinonim dengan loghat Terengganu ialah penambahan huruf 'G' di belakang perkataan. Selain itu, dialek ini sangat kaya dengan penambahan kata penguat di belakang perkataan. Sebagai contoh, 'busuk kohong', 'kohong' itu membawa maksud sangat busuk. Loghat Terengganu juga sering meringkaskan perkataan seperti perkataan 'masjid' menjadi 'sejid'. Terdapat tiga dialek yang berbeza di Terengganu ini, iaitu dialek di Daerah Kuala Terengganu Dungun, Kemaman dan Marang, dialek di Daerah Kuala Berang dan Dialek di Daerah Besut. Di Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman dan Marang, dialek Terengganu pekat digunakan. Dialek ini juga digunakan oleh penduduk di sempadan Pahang. Berbeza di Daerah Besut dan sebahagian Setiu, mereka menggunakan dialek Kelantan dalam kehidupan seharian. Loghat Kuala Berang merupakan loghat yang paling unik di Negeri Terengganu, ia sangat berbeza dengan loghat Terengganu dan loghat di Besut. Seperti perkataan 'balik', loghat Kuala Berang menyebutnya sebagai 'balaik', manakala perkataan 'barangkali' disebut sebagai 'bakalai'. Banyak lagi perkataan-perkataan loghat Kuala Berang yang sangat berbeza dari loghat Terengganu.

19

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


Contoh perkataan dialek Terengganu. Bahasa Standard Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan sembilan sepuluh Makan Telur Gajah Kipas Ikan Jalan Tidur Dalam Besar Kecil Tandas Pinjam Keras Kelat Dialek Terengganu /se/ /Due/ /tige/ /Empak/ /Lime/ /Enang/ /tujoh/ /Lapang/ /Semilang/ /Puloh/ [makan] [tlur] [gaah] [kipas] [ikan] [alan] [tidur] [dalam] [bsar] [kcil] [tandas] [pinam] [kras] Kelak Transkripsi dialek [s] [du ] [tig] [mpak] [lim ] [n] [tujoh] [lapa] [smbila] [puloh] [maka] [telo] [gah] [kipah] [ika] [ala] [tido] [dala] [bso] [kcik] [tandah] [pina] [krah] [kla]

20

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


kelak sebak Tawo tawo heber Masing masing pekok Pahit pahit lepang Msang masang ghebang Manih manih neting Pedah pedah desing Paya Lemok Sedak kaya degang Meroh merang Meroh daroh ikang Meroh jambue [kla sba] [taw] [taw hbr] [msi] [msi pk] [pahit] [pahit lpa] [msa] [msa ba] [mnih] [mnih nti] [pdah] [pdah dsi] [paja] [lm] [sda] [kaja dga] [mroh mera] [mroh daroh ika] [mroh jambue]

Tawar Masin Pahit masam Manis Pedas Payau Lemak Sedap Khayal Merah

Putih

Puteh lepuk Puteh siot

[puth lput] [Puth siot]

Hitam hitang legang hitang maneh Hijau ija pucuk pisang ija tuee ija mude ija pekak [hita lega] [[hita manh] [ija pucuk pisa] [ijautu] [ija mud] [ija pekok]

21

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


Contoh penggunaan perkataan dalam ayat dialek Terengganu Ayat Bahasa Melayu Ayat dialek Terengganu Transkripsi Terengganu dialek

standard

/# dia mendapat tempat /# dia dapak tepat ketige /# di dapak tpat ktig ketiga dalam pertandingan dalang pertandingang pesta dala ptandia psta patu pesta pantun #/ patung #/ #/

/# motosikal itu berharga /# moto itu berharge lapang lapan ribu ringgit #/ ribu ringgit #/

/# moto itu bharg lapa ribu rigit #/

/# baju adik berwarna hijau /# baju adek berwarne ija /# baju adk warn ija pucuk pucuk pisang #/ pucuk pisang #/ pisa #/

/#

selendang

itu /#

selendang

itu /#

slnda

itu

brwan

berwarna merah darah ikan #/

berwarne meroh darah ikang #/

mroh daroh ika #/

/#

Masam

sangat

buah /#

Masang ghebang buoh [# msa ba bu h pauh

mempelam yang Mak Cik pauh hok mok cik timoh bagi h m i timh bagi tadi #] Timah bagi tadi. /# tadi. /#

/#Pahit sangat rasa ubat /#Pahit lepang rase ubat hok [# pahi lpa ras ba yang doktor bagi. /# dokto bagi. /# dt bagi #]

/# Pedasnya

kuah

/# Pedahnye kuoh tonyang [# pdah ku oh t a kat kda p lh #

tomyam di kedai Pok Loh. kat keda pok loh. /# /#

22

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


5.0 BAGAIMANA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU BOLEH TERCAPAI Bahasa ilmu merupakan bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi (Kamus Dewan, 1994: 88). Konsep Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah mula diperkenalkan dalam tahun 1990-an seiring dengan penekanan budaya ilmu kepada seluruh masyarakat .Konsep ini membawa maksud Bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau wadah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti sains, teknologi, kedoktoran, ekonomi,undang-undang dan sebagainya. Bahasa Melayu kini bukan hanya terhad kepada soal kebahasaan dan sastera sahaja, malah turut merangkumi bidang-bidang yang sebelum ini dimonopoli oleh bahasa Inggeris. Di peringkat pengajian tinggi, Bahasa Melayu telah beperanan sebagai bahasa pengantar ilmu peringkat demi peringkat. Di universiti, pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penyampai ilmu bermula dengan tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970. Pada tahun 1983, semua kursus tahun pertama di universiti-universiti tempatan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penyalur ilmu. Walau bagaimanapun pelaksanaan secara menyeluruh bagi semua mata pelajaran di universiti bermula pada tahun 1984. Sebagai bahasa ilmu, Bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Bahasa melayu juga memiliki tatabahasa yang sempurna agar setanding dengan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain di dunia dalam menjadi bahasa yang memperkatakan konsep dan ilmu moden disamping nilai keintelektualan bahasa yang tinggi. Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting: keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Melalui keintelektualan, bahasa tersebut mestilah mempunyai keupayaan

menyampaikan hujah dan buah fikiran yang berkesan dan tepat yakni mampu menyampaikan kesinambungan dan kerumitan fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan. Beliau juga mengatakan bahawa, kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa tersebut mesti sudah berada di dalam suasana 'saintifik' yang boleh menganalisis bahasa secara tepat yang mencerminkan kejelasan pemikiran yang logik. Keintelektualan bahasa dicapai melalui perbendaharaan kata dan melalui sistem tatabahasa. Keintelektualan perbendaharaan kata boleh dicapai melalui dua cara, iaitu:

23

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


i. Pengembangan perbendaharaan kata (lexical development ) dengan menambah istilah baru, yang bersifat khusus dan kadangkala sukar difahami. ii. Melalui penukaran bentuk dan corak perbendaharaan kata iaitu dengan memberi pengertian khusus atau tertentu kepada perkataan tertentu yang berbeza dengan penggunaan biasa; perkataan baru mesti bersifat tepat, spesifik dan abstrak. Perbendaharaan kata atau kosa kata Bahasa Melayu kini jauh lebih banyak, meluas dan lebih khusus sifatnya. Hal ini rentetan usaha-usaha serta langkah-langkah mapan yang telah diambil oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan pada tahun 1956 dalam mencipta istilah-istilah yang diperlukan dalam bidang akademik. Beberapa jawatankuasa istilah telah ditubuhkan seperti Jawatankuasa Istilah Pendidikan Undang-undang, Botani dan Sains bagi menjayakan proses memperkayaan kosa kata ini. Jawatankuasa ini telah dianggotai pensyarah-pensyarah universiti serta pakar-pakar dari pelbagai bidang (Jurnal Dewan Bahasa Ogos 1996 : 717). Antara contoh, dalam bidang Botani diwujudkan istilah pembiakan seks, aseks dan mikro (Mustafa Kamal Mohd. Shariff, 1990). Dalam bidang Sains pula, dicipta istilah-istilah seperti autoradiografi, radioisotop, neutron dan juga proton (Abdul Ghafar Ramli, 1991 : 240). Defendan serta plaintif pula merupakan beberapa contoh istilah yang digunakan dalam bidang Undang-undang (Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, 1985 : 275). Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa yang akan berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan. Kestabilan bermaksud sesuatu bahasa itu mesti lah mempunyai peraturan-peraturan atau sistem, contohnya peraturan sebutan, peraturan memakai imbuhan, peraturan menggunakan frasa atau ayat, di samping mempunyai sistem atau cara membentuk kata atau istilah-istilah. Tanpa peraturan ini, kestabilan bahasa tidak mungkin tercapai. Bersifat luntur pula bermaksud bahasa itu boleh menerima pembaharuan yang berlaku di dalam bahasa-bahasa lain. Misalnya, penggunaan imbuhan pinjaman (pro-, anti-, -isme, is-), penggunaan istilah baru dan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan Arab. Sifat keterbukaan ini membolehkan bahasa Melayu berfungsi dengan sempurna sebagai bahasa ilmu di dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi.

24

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


Sifat kepelbagaian di dalam bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa ilmu pula merujuk kepada gaya, atau stail dalam menyampaikan sesuatu maksud atau idea demi mewujudkan kesan yang berlainan. Manakala, bahasa yang sedap didengar, bertenaga dan menarik serta dapat menyentuh perasaan dikaitkan kepada ciri keindahan bahasa itu sendiri. Sifat keberkesanan pula bermaksud yang sempurna itu mempunyai keupayaan memberikan maksud dengan tepat dan berkesan. Antara ciri-cirinya ialah, bahasa itu mestilah mempunyai perkataan, istilah, frasa dan ayat yang boleh digunakan untuk menyemai maksud dengan tepat tanpa menimbulkankeraguan, kekeliruan dan kekaburan erti. Pada masa kini juga terdapat banyak buku ilmiah sama ada di dalam bidang teknologi mahupun sains yang digunakan sebagai rujukan di pusat pengajian tinggi atau universiti. Bahasa yang sempurna juga mestilah mempunyai keindahan bahasa yakni boleh melahirkan buah fikiran, pendapat ataupun kenyataan dengan bahasa yang indah dan sedap didengar serta mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi. Nilai estetika ini dapat kita lihat melalui puisi tradisional mahupun puisi moden seperti pantun, syair, gurindam dan sajak.

25

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


6.0 RUMUSAN Linguistik dan pengajaran bahasa berhubung rapat antara satu sama lain. Ini disebabkan pengajaran bahasa seiring dengan pertumbuhan bahasa. Beberapa abad sebelum Masehi golongan Brahmin di India memperoleh pelajaran Sanskerta daripada ahli-ahli tatabahasa melalui pendekatan yang sudah sedia maju. Sebenarnya perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak begitu banyak berubah semenjak Zaman Yunani sehinggalah pada awal kurun ke-20 ini. Walau bagaimanapun perkembangan alat-alat bantu telah mempengaruhi bidang pengajaran bahasa. Dalam bidang pengajaran bahasa seseorang guru itu perlu tahu linguistik. Ahli linguistik bukan menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran tetapi terpulanglah kepada para pendidik untuk menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran. Robert Lado (1980: 12), menegaskan: "Kalau hendak menjadi guru bahasa, maka kebolehan bercakap dalam bahasa itu sahaja tidak mencukupi. Penutur bahasa ibu itu sekalipun tidak dapat memandu pelajar melainkan dia dapat mengasing-asingkan dan menunjukkan pelbagai-bagai unsur dalam bahasa tersebut. Dia mestilah mengetahui deskripsi bahasa tersebut. Dia harus mengetahui fakta-fakta linguistik mengenai bahasa ibu pelajar supaya dia mengetahui masalah mereka dalam mempelajari bahasa matlamat mereka." Sehubungan dengan itu, ilmu linguistik banyak memberi manfaat dalam pengajaran bahasa. Bidang linguistik yang digunakan dalam pengajaran bahasa merupakan linguistik gunaan atau terapan, iaitu sebagai suatu bidang ilmu yang mempunyai tempat yang tersendiri dalam dunia keilmuan. Linguistik gunaan berdasarkan teori dan prinsip dan bukan hanya semata-mata bergantung kepada teknik, ataupun prosedur mempraktik sesuatu tetapi cuba melihat prinsip, rasional, generalisasi, hipotesis serta teori yang dapat membantu menerangkan fenomena atau aktiviti yang dihadapinya secara praktikal. Linguistik juga merupakan suatu sains yang mengkaji bahasa. Ini dijelaskan lagi oleh S. Pit Corder (1973: 82) 'Linguistics, or, to be more specific, theoretical linguistics, is often called the scientific study of language'. Dalamnya terdapat teori dan teknik-teknik menganalisis bahasa yang dipelajari oleh ahli-ahli bahasa untuk merumus sesuatu bahasa melalui pemerhatian-pemerhatian mereka terhadap bahasa. Penggunaan teori-teori dan teknik-teknik dalam linguistik seseorang ahli bahasa dapat menghuraikan serta menganalisis sesuatu bahasa itu dengan objektif.

26

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


Dalam ilmu linguistik terdapat beberapa bidang kajian yang bergabung di dalamnya seperti sosiolinguistik, psikolinguistik, linguistik komputer, linguistik gunaan dan sebagainya. Setiap satu bidang ini menjadi cabang linguistik yang berkembang hingga menjadi disiplin tersendiri. Sebagai contoh linguistik gunaan yang mengkaji linguistik dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, bahasa telah berkembang begitu luas dan penting menjadi suatu disiplin yang giat dikaji dan dipelajari sekarang. Dalam bidang ini, linguistik digunakan untuk mengkaji kaedah mengajar bahasa, menguji kemahiran bahasa, membentuk bahan mengajar dan sebagainya. Oleh itu, pengajaran pula merupakan suatu organisasi yang dirancangkan dan diolah oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajar-pelajarnya dalam suatu suasana yang dipanggil bilik darjah.

Koh Boh Boon menyatakan pengajaran merupakan suatu proses kompleks yang dipengaruhi oleh pelbagai unsur termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat dan minat pelajar serta pengaruh motivasi, persekitaran sekolah, rumah dan dorongan ibu bapa terhadap pelajar itu. Oleh sebab itu, pengajaran bahasa sebagai cara-cara guru menyampaikan maklumat kepada pelajarnya tentang bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan. Dalam usaha menyampaikan pengetahuan itu, seseorang guru menggunakan pelbagai kaedah untuk membolehkan pelajar memahami dan menggunakan bahasa yang diajar itu dengan betul berdasarkan rumus-rumus tatabahasanya. Penggunaan linguistik dalam pengajaran selalunya dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini termasuklah kajian fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan kadang-kadang termasuk juga tajuk-tajuk lain seperti psikolinguistik dan sosiolinguistik yang masing-masing memberi tumpuan pada teori pemerolehan dan situasi bahasa. Dalam pengajaran bahasa, bidang-bidang linguistik seperti linguistik teoritis, sosiolinguistik dan psikolinguistik tidak dapat dipisahkan kerana semua disiplin ini memberi sumbangan yang berguna dalam menjayakan sesuatu program pengajaran dan pembelajaran bahasa. Terdapat hubungkait antara bidangbidang tersebut dengan pengajaran bahasa.

27

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


Ilmu linguistik telah lama digunakan oleh guru bahasa. Cuma yang berbeza mereka menggunakan linguistik tradisi yang penuh dengan pernyataan perskriptif dan normatif, manakala linguistik moden pula bersifat struktural dan deskriptif. Bagi guru yang menggunakan sebuah buku tatabahasa lama untuk mengajar sebutan, tatabahasa atau semantik sebenarnya menggunakan pengetahuan linguistik, iaitu linguistik tradisional. Aspek fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik berguna dalam pengajaran sesuatu bahasa. Asas teori sesuatu bahasa, iaitu deskripsi linguistik akan memberi deskripsi bahasa; struktur dan fungsi bahasa itu.

28

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


7.0 REFLEKSI Alhamdulillah... Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya yang telah menguatkan dan meminjamkan sedikit ketabahan kepada saya untuk menyempurnakan tugasan kerja kursus ini, walaupun terdapat pelbagai halangan,dugaan dan rintangan terpaksa dihadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini sebagai seorang hambanya yang lemah. Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas kepada Encik Rosely bin Mustapha, yang berperanan sebagai penyelia tugasan saya. Peranan beliau yang besar sangat saya hargai. Beliau telah banyak mengorbankan masa dan tenaga dengan memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang sangat bermanfaat selama memantau perkembangan tugasan saya. Berkat kesabaran yang beliau tunjukkan menjadikan saya bersemangat untuk menyempurnakan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan oleh beliau, berkemungkinan tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Tugasan Pengantar Linguistik Bahasa Melayu BMM3107 untuk semester empat ini telah memberikan pengalaman baru bagi saya. Walaupun bidang linguistik ini telah

didedahkan pada semester satu bagi Pogram Persediaan Ijazah Sarjana Muda

Perguruan

yang lepas, namun tugasan kali ini telah memberi satu pengalaman yang baru bagi saya. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya telah memperolehi pelbagai input, maklumat dan ilmu pengetahuan tentang pengantar linguistic, ini termasuklah dalam bidang psikolinguistik, sosiolinguistik serta kesempurnaan berbahasa. Linguistik dan pengajaran bahasa berhubung rapat antara satu sama lain. Ini disebabkan pengajaran bahasa seiring dengan pertumbuhan bahasa. Dalam bidang pengajaran bahasa seseorang guru itu perlu tahu linguistik. Ahli linguistik bukan menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran tetapi terpulanglah kepada para pendidik untuk menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran. Robert Lado (1980: 12), menegaskan: "Kalau hendak menjadi guru bahasa, maka kebolehan bercakap dalam bahasa itu sahaja tidak mencukupi. Penutur bahasa ibu itu sekalipun tidak dapat memandu pelajar melainkan dia dapat mengasing-asingkan dan menunjukkan pelbagai-bagai unsur dalam bahasa tersebut. Dia mestilah mengetahui deskripsi bahasa tersebut. Dia harus mengetahui fakta-fakta linguistik mengenai bahasa ibu pelajar supaya dia mengetahui masalah mereka dalam mempelajari bahasa matlamat mereka." Kata-

29

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


kata ini sangat merangsang saya untuk menjadi seorang guru yang bukan hanya sekadar pandai berbahasa tetapi mampu Berjaya memandu pelajar ke arah berbahasa yang betul. Sehubungan dengan itu, ilmu linguistik banyak memberi manfaat dalam pengajaran bahasa. Bidang linguistik yang digunakan dalam pengajaran bahasa merupakan linguistik gunaan atau terapan, iaitu sebagai suatu bidang ilmu yang mempunyai tempat yang tersendiri dalam dunia keilmuan. Linguistik gunaan berdasarkan teori dan prinsip dan bukan hanya semata-mata bergantung kepada teknik, ataupun prosedur mempraktik sesuatu tetapi cuba melihat prinsip, rasional, generalisasi, hipotesis serta teori yang dapat membantu menerangkan fenomena atau aktiviti yang dihadapinya secara praktikal. Penggunaan linguistik dalam pengajaran selalunya dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini termasuklah kajian fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan kadang-kadang termasuk juga tajuk-tajuk lain seperti psikolinguistik dan sosiolinguistik yang masing-masing memberi tumpuan pada teori pemerolehan dan situasi bahasa. Dalam pengajaran bahasa, bidang-bidang linguistik seperti linguistik teoritis, sosiolinguistik dan psikolinguistik tidak dapat dipisahkan kerana semua disiplin ini memberi sumbangan yang berguna dalam menjayakan sesuatu program pengajaran dan pembelajaran bahasa. Terdapat hubungkait antara bidangbidang tersebut dengan pengajaran bahasa. Setelah memebuat tugasan ini, saya sendiri menyedari akan hakikat itu di mana sosiolinguistik amat mempengaruhi psikolinguistik kanakkanak. Sebagai seorang guru, amat penting untuk kita memahami dan mempelajari tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak. Hal ini kerana, jika seseorang kanak-kanak mengalami masalah berbahasa, guru akan dapat mengenalpasti apakah masalah yang dihadapai oleh kanak-kanak tersebut dan bagaimana untuk menyelesaikannya. Tambahan juga, guru juga akan dapat mengenalpasti bagaimana sosiolinguistik mempengaruhi bahasa kanak-kanak dalam aktiviti latihanseharian dan cara penulisan mereka serta bagaimana mereka berbahasa. Seperti yang kita maklum, percakapan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh dialek sesebuah tempat. Justeru, sebagai guru Bahasa Melayu, ia amat mencabar untuk membetulkan gaya bahasa pertuturan mereka.

30

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


Untuk tugasan tiga pula, saya kini sudah memahami tentang kesempurnaan bahasa. Kesempurnaan bahasa bermaksud satu bahasa yang akan berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan. Kestabilan bermaksud sesuatu bahasa itu mesti lah mempunyai peraturan-peraturan atau sistem, contohnya peraturan sebutan, peraturan memakai imbuhan, peraturan menggunakan frasa atau ayat, di samping mempunyai sistem atau cara membentuk kata atau istilah-istilah. Tanpa peraturan ini, kestabilan bahasa tidak mungkin tercapai. Bersifat luntur pula bermaksud bahasa itu boleh menerima pembaharuan yang berlaku di dalam bahasa-bahasa lain. Misalnya, penggunaan imbuhan pinjaman (pro-, anti-, -isme, is-), penggunaan istilah baru dan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan Arab. Sifat keterbukaan ini membolehkan bahasa Melayu berfungsi dengan sempurna sebagai bahasa ilmu di dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu khasnya, saya beriltizam untuk sentiasa menggunakan system bahasa yang betul bagi mengajar murid untuk berbahasa dengan betul. Tuntasnya, tugasan ini banyak membantu saya untuk mendalami dengan lebih baik tentang ilmu berkaitan linguistic, pemerolehan bahasa kanak-kanak serta sosiolonguistik sesebuah daerah di samping bagaimana untuk sesuatu bahasa itu mampu mencapai taraf sebagai bahasa ilmu. Sekian, terima kasih.

31

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)


8.0 RUJUKAN Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti.

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. (2000). Pengantar Linguistik Am. Kuala Lumpur : Penerbit Sarjana.

Asmah Haji Omar. (1981). Bahasa dan Pendidikan Kanak-Kanak Dalam Di sekitar Persoalan Bahasa Melayu 1957-1972. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Aina Dani. (2007). Siri Penataran Bahasa dan Sastera : Pengantar Psikolinguistik. Kuala Lumpur : Sasbadi Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Shah Alam : Oxford Fajar.

http://www.scribd.com/doc/47300661/09-Isi-Pelajaran. Aplikasi atas talian, 26.9.2012.

http://books.google.com.my/books?id=zhCfFUQgJMIC&pg=PA6&lpg=PA6&dq=perbezaan+ilmu +linguistik+yunani+dan+rom&source=bl&ots=NmoXGY1yZ7&sig=uzhe0BsESv_ujZLX70gSfYrEeE&hl=en#v=onepage&q=perbezaan%20ilmu%20linguistik%20yunani%20da n%20rom&f=false. Aplikasi atas talian, 26.9.2012.

http://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20-%20Bahasa%20KanakKanak%20-%20Jurnal%20IPGMTAA.pdf. Aplikasi atas talian, 27.9.12.

32

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM3107)

http://azemi09.wordpress.com/category/dialek-kelantan/. Aplikasi atas talian, 27.9.12. http://journalarticle.ukm.my/2992/1/1-Zulkiflee.pdf. Aplikasi atas talian, 27.9.12.

http://www.scribd.com/doc/25333759/Dialek-Kelantan. Aplikasi atas talian, 27.9.12.

33

You might also like